Selasa, 31 Disember 2013
25 yang ke 5
Setiap janji janji, semuanya aku ambil kira. Kau hidupkan aku dengan janji janji. Semoga di masa hadapan, aku akan terus hidup dalam janji janji kau. Kerana aku bersungguh inginkan kehidupan yang setiap manusia impikan. Jikalau Tuhan menjauhkan kau atau aku dari diri masing masing, itu adalah qada' & qadar dariNya. Selagi dalam perjalanan menuju kepadaNya di kehidupan ini, aku berusaha menjadi manusia sebaiknya. Kerana aku ingin miliki kehidupan kelak, bersama kamu. Insyaallah.
tiga belas
sepanjang januari ke disember, macam macam dah berlaku yang dari putih sampai hitam. yang paling baik sampai jahanam. yang paling bersih sampai kotor. yang paling suci sampai jijik. Angka 2013 ini kira terpaling ekstrem sepanjang kehidupan berusia belasan. Daripada orang baik sampai jahat, yang paling sopan sampai celaka semua ada. Tapi pengisian yang terpaling tetap masih kekal sampai sekarang adalah pengumpulan bersama kawan kawan sekolah. Tak kira macam mana bangang pun perancangan, tapi pengakhirannya tetap juga ada pengumpulan bersama. Itu yang paling tetap sampai sekarang walaupun masing masing dengan arah sendiri. Hala tuju masih sama sementara usia masih lagi belum masak. Nanti bila sampai masa masing masing mahu bekerjaya dan membina kehidupan, harapan aku masih sama iaitu tetap juga akan adanya pengumpulan. Buat sementara ini dalam hari terakhir 2013 rutin semuanya tetap lagi sama. Menginjak ke angka 2014 beberapa jam lagi, rutin akan kekal rutin. Cumanya peristiwa yang akan berlaku sahaja berbeza bagi setiap individu. Harapan akan kekal harapan dan usaha perlu ditingkatkan demi memiliki kehidupan yang baik dan selesa pada masa hadapan. Kalau nak dicoret semua sekali kejadian dalam tahun ini ke dalam taipan, tak akan ada cukupnya. Biarlah apa sahaja yang berlaku dari segi kebaikan, haruslah dipertingkatkan lagi di tahun baru nanti. Manakala dari segi segala keburukan dan kekurangan, semoga saja kita kuburkan dan jadikan pengajaran. Terus memandang ke hadapan dan menjaga sekeliling sebaik mungkin kerana setiap detik yang berlalu nilainya mahal dan tiada gantian. Semoga Tuhan tetapkan diri selalu berada dijalanNya. Kesilapan itu milik manusia manakala kesempurnaan adalah milikNya sahaja. Doa, usaha dan tawakal.
Khamis, 21 November 2013
musim baru
selamat mendaftar buat kali ke-3. bakal menghadapi musim baru dengan beberapa perubahan dan cabaran. semoga musim kali ini memberikan sesuatu yang boleh dibanggakan dihujung musim nanti. sabar dan kukuhkan pegangan untuk menghadap hari-hari mendatang. semoga semuanya dimudahkan Allah.
Khamis, 7 November 2013
shit
terus terang aku tak suka berkongsi apa yang aku anggap istimewa dalam hati dan jiwa. tentang apapun jangan sesiapapun berkeinginan mahu berkongsi. aku benci.
meng-akar dulu
ingatkan tentang janji janji dan serasi serasi kita.
ingatkan itu semua buatkan diri tenang mengharung.
untuk setiap kejatuhan paling jahanam,
untuk setiap kebangkitan paling tinggi.
cuma ketika ini perlu susah untuk senang.
sebab kita cuma mencari bahagia didepan.
yang sedang menunggu untuk dimiliki kita.
sabar itu akar,
kejayaan itu buah.
akan kita miliki.
#habibi

Selasa, 29 Oktober 2013
nanti
semuanya aku dah khatam. tinggal lagi muka berdepan muka untuk dipertanyakan agar sebuah penjelasan yang bakal terkeluar nanti sedikit melegakan. Sekalipun setiap perkataan yang keluar itu bergantung kepada dua pilihan sama ada betul atau bohong dan ya atau tidak.
kita
takkan pernah ada penjelasan yang cerah untuk dimengertikan kepada orang. Sampai bila pun semuanya berbalik kepada diri sendiri.
Tuhan mudahkan
andai kata masa itu tiba, maka itulah yang disebut-sebutkan selama ini. Dan diketika itu adalah sebuah kemenangan setelah mengharungi segala macam baik buruk.
Selasa, 15 Oktober 2013
keterlaluan menanggung
Tak mampu untuk mengeluh lagi. Berkali-kali keluhan panjang dihembus. Diulang lagi dibeberapa ketika. Diulang lagi dibeberapa ingatan. Keterlaluan banyaknya. Keluhan panjang yang berat takkan mampu sesiapapun hurai dan faham. Kerana pilihan untuk tidak berkongsi isi keluhan berat itu sudah dipilih. Maka kepada diri sendiri, mungkin perlu terus berkeluh kesah hingga tiba masanya semua akan lenyap dan langsai.
Dari lubuk
langsung aku tak berkenan sama tingkah dan laku engkau tiap kali persoalan dan hujahan yang diutarakan menurut memang guna logik akal engkau perlekehkan. Bangkitlah pemikiran engkau wahai manusia. Sampai bila engkau nak berfikiran selesa tanpa memikirkan sesuatu yang serius dan jauh ke hadapan. Ini bukan borak atau sembang kosong dan bodoh. Tetapi ini sebuah kenyataan untuk kita hadap pada masa kini dan mendatang.
Aku tetap aku.
Bila diutarakan persoalan maka jawapanlah yang akan aku lontar semula.
Terpulang kepada diri engkau dan pemikiran engkau.
Kita sebagai manusia perlu saling hormat.
Aku tetap aku.
Bila diutarakan persoalan maka jawapanlah yang akan aku lontar semula.
Terpulang kepada diri engkau dan pemikiran engkau.
Kita sebagai manusia perlu saling hormat.
Isnin, 14 Oktober 2013
borak hijau
kejap-kejap ada,
kejap-kejap tiada.
Dari dulu sampai sekarang.
Dari kenal sampai mesra.
Kata dan laku tak pernah berubah.
kau tetap kau.
sama dan sama.
Ditanya kenapa aku tak kisahkan kisah yang aku tak perlu kisahkan ke dia, lalu aku jawab untuk apa dikisahkan sedangkan itu tidak akan memberi kesan sedikit pun ke dia. Maka dia seakan menyuarakan ketidak puas hati dia sama persoalan yang aku berikan pada mulanya. Aku tidak pernah akan kisah tentang tanggapan dan anggapan kau ke aku. Tidak pernah. Untuk apa membuat ruang sedikit dalam perasaan dan fikiran untuk merasa dan memikir tentang itu semua. Sia-sia.
Semoga kau tetap terus begitu.
Sepertimana permulaannya.

Ke Selatan
Tamat hari terakhir musim penilaian, rancangan bercuti bersama teman-teman akhirnya tertunai. Mengisi masa lapang dengan dua hari dan satu malam di negeri penuh sejarah, Melaka. Melawat semua bangunan lama dan melihat kembali sejarah yang tercipta. Masa yang diluang berbaloi dan suatu lagi pengalaman dan memori untuk disimpan kemas dalam lipatan kehidupan.
#11&12 haribulan 10, 2013.
#11&12 haribulan 10, 2013.
Tamat Penilaian
Musim penilaian sudah selesai. Percutian bermula selama kurang lebih sebulan. Perlu isi dengan perkara yang mendatangkan pulangan.
Ahad, 22 September 2013
Musim penilaian
Minggu ini bermula hari dua puluh enam sehingga sebelas dibulan sepuluh adalah hari penilaian bagi semester kedua di tahun 2013. Semoga saja diri aku rajin berusaha demi mencapai markah dan gred yang bagus. Semoga diri aku menetapkan tekad yang tinggi untuk teruskan usaha dan tidak lagi bersambil lewa.
#malas
#malas
Hari kita
Kemaluan terbesar yang tercipta sekalipun yang ada wujud didalam keseluruhan tubuhmu padaku itu satu perkongsian yang tidak lagi perlu diselindung tutupkan kerana kita memilih untuk berkongsi. Dan ini jalannya untuk dilalui samada bengkang bengkok atau tinggi rendah yang harus ditempuh. Perjanjian kasih sayang dariku untuk setia berdamping tidak kira apa sekalipun untuk dihadap bersama engkau, semoga Tuhan tetapkan selalu didalam jiwa dan perasaan aku untuk engkau. Kerana ini jalan permulaan untuk sebuah impian dan mimpi yang telah dilakar sama-sama sebelum dan selepas suatu waktu ini dan itu.
Jumaat, 13 September 2013
Lerai
Sudah sepuluh bersama-sama didalam sebuah pertalian yang dulunya dianggap istimewa tetapi tidak lagi bila dihujung-hujung waktu itu tenggelam sedikit-sedikit maka pengakhirannya adalah karam terus ke dasar paling bawah. Semua isi tersurat dan tersirat sudah pun dijelaskan sebaik baik agar sampai dan lekat dalam pemahamannya. Walaupun tidaklah keseluruhannya dia mengertikan tetapi biarlah. Sudah aku anggapkan bahawa semuanya sudah tamat. Bermula dengan baik dan tamatlah juga dengan baik. Itu harapan aku. Dan telah pun terlaksana biarpun ada jiwa terkoyak. Itu adat mula dan tamat. Bukan selalu jalan-jalan yang dilalu sepasang kaki itu ditaburi bunga mekar dan tiada duri. Cuma terima kasih aku hulur untuk dari mula-mula sampailah di akhir-akhir ini. Semoga bahagia menjengah dan memeluk diri mu dengan erat lagi tanpa aku.
11sept2013, sepuluh tepat.
12sept2013, tamat.
11sept2013, sepuluh tepat.
12sept2013, tamat.
HitamPutih
Apa yang aku genggam dari dulu sampai sekarang, maksudnya detik ITU. Aku rasa aku dah boleh buang semua dan tidak lagi memandang dari atas tapi dah sama taraf dengan apa yang cukup dikejikan pada ketika dahulu sebelum waktu ITU. Semuanya cukup laju sama macam kelipan mata yang sekali sahaja. Bukan nikmat terindah lagi yang dirasa tapi suatu beban yang maha hebat untuk ditanggung simpan sendiri selama sampai masa tutup mata. Saksinya cuma berdua antara aku dan dirinya dan semua anggota kakitangan yang terlibat. Maknanya semua hamburan caci maki buat yang dibawah yang ditabur aku dari atas dulu dah boleh aku tadah sikit-sikit untuk aku pula yang telankan. Maka apa lagi yang tinggal untuk dipertaruhkan sepanjang tempoh mendatang buat aku. Kosong. Selayaknya tak perlu lagi perkongsian untuk keadilan agar tidak menimbulkan sebarang keributan persoalan yang hebat di masa hadapan. Jika termaktub di dalam buku aku bahawa memang pengakhiran aku nanti bersama dengan yang dimulakan itu maka alhamdulillah, Tuhan saja maha tahu apa isi buku aku. Walaupun sebahagian hati sudah punya perancangan dan harapan agar buku yang dimulai bersama juga akan ditutup dengan yang sama. Tapi sebahagian ruang pemikiran berfikir bahawa akan terjadikah semuanya apa yang direncana? Mungkin ya mungkin tidak dan kebarangkaliannya juga masih aku sendiri ragukan. Sedangkan gerak laku sudah tidak lagi seritma dengan perkataan dalam fikir dan pegangan. Cukuplah.
8sept2013,9sept2013.
shamelin,TktEmpat
8sept2013,9sept2013.
shamelin,TktEmpat
Sabtu, 24 Ogos 2013
masih belajar
Menghantar pesan disetiap ketika,
Menanyakan perkara yang pelbagai,
Menengokkan selalu waktu bertentang,
Mendengar kala dipendam terluah.
Diam menilai.
Diam bisu.
Menanyakan perkara yang pelbagai,
Menengokkan selalu waktu bertentang,
Mendengar kala dipendam terluah.
Diam menilai.
Diam bisu.
Apa ada
Antara sebelum dan selepas,
aku memilih yang sebelum.
Kemanisan itu keutamaannya,
meski perlu ditahan dan disekat,
Walau apa sekalipun ingat tetap lagi,
akan selalu berbuat yang benar.
Meski jalan akan ada bengkok,
maka selagi itu peka sewaktu melewati.
*Hampir 1
Kau itu
Kamu,
Sudah aku terang sepanjangnya.
Sudah aku jelaskan sejelasnya.
Kalau dipihak kamu itu masih samar,
aku tidak tahu mahu kata apa.
Kini aku simpulkan bahawa sepanjang sembilan,
yang difahamkan oleh kamu cumanya kosong.
Bukan cela kamu mahu aku telanjangkan,
cuma penjelasan yang diberi ke aku itu hari,
Kata kamu baru kini mahu memahami aku,
maka sepanjang sembilan itu apa ada di kefahaman kamu,
Sungguh itu semua buat aku luluh lebih dari sebelum,
meski kekosongan lama sudah memenuhi sebahagian.
Apabila setiap hari ditanamkan,
lama kelamaan tumbuhnya meliar.
Sama juga jarak yang diisi dengan kosong,
akhirnya terpenuhkan oleh yang lain.
Kamu masih mahu menggenggam kita,
sedang aku sudah hayun tangan sendiri.
Tiada madah lagi yang tersisa buat aku kamu,
kini haluan yang ada cuma kesendirian.
Keleraian itu bukan lagi pilihan yang ada,
tetapi keutamaan buat aku selebihnya kamu.
Sudah aku tinggalkan sedang kamu masih tegak,
menatap rasa lama dengan harap pulih semula.
Tidak tegar aku berbohong semata demi menjaga,
hati kamu.
Bangkitlah dan pergi.

Jumaat, 23 Ogos 2013
Ini pilihan
Bila sesuatu itu penuh terisi maka penuhlah.
Bila sesuatu itu mulai kosong maka kosonglah.
Bila dijarakkan sesuatu itu maka terjaraklah.
Bila dijauhkan sesuatu itu maka terjauhlah.
Bila kekosongan itu terisikan, maka berisilah.
Bukan lagi silap atau salah.
Takdir.
Kalau tahu
Bila dikata-kata yang itu dan yang ini, bagi aku terpulanglah. Selagi mampu jawapan yang aku kasi ke kamu itu mampu memuaskan seluruh isi hatimu maka selagi itu aku cuba.
Selaju waktu
Sama siapa mahu dibahagi rasa bila yang dahulunya selalu mengerti tapi kini tidak lagi.
Yang Mula-mula
Mula-mula selalu didendangkan
lama-lama terkenankan,
Di beberapa ketika mula melagukan
diambil dan disimpankan,
Di satu ketika,
Mula diperkatakan jiwa ini klasik,
Apa dipeduli sama kata-kata,
Asalkan rasa dibagi ini tidak terusik.
lama-lama terkenankan,
Di beberapa ketika mula melagukan
diambil dan disimpankan,
Di satu ketika,
Mula diperkatakan jiwa ini klasik,
Apa dipeduli sama kata-kata,
Asalkan rasa dibagi ini tidak terusik.
Sabtu, 3 Ogos 2013
Mula
Bermulanya kira-kira pada enam belas ramadhan (16) sehingga kira-kira hari ini iaitu dua puluh lima ramadhan. Kira punya kira sekejap sahaja ramadhan akan pergi dan sudah seminggu bermulanya kira-kira. Semoga ramadhan ini bukan yang terakhir agar kira-kira seterusnya dapat dijalankan seperti kira-kira pada ramadhan tahun 1434 Hijrah @ 2013. Semoga segala urusan di permulaan dan pengakhiran hari kami dimudahkan olehMu. Semoga hari-hari mendatang membawa makna tersendiri. Semoga sekalian manusia akan tetap kasih sayang, hati dan jiwa. Semoga bahagia selalu meresapi para hati.
#ghindu kek wargo omeh
Tiup sikit
Melihat pada tarikh akhir pengeposan cerita yang lepas hingga melihat ke tarikh hari ini di jam komputer, ternyata agak lama tidak mencatatkan apa-apa dan ini permulaannya.
Jumaat, 12 Julai 2013
Syukur
Mungkin Tuhan mahukan aku belajar sesuatu dengan setiap hadirnya manusia dalam kehidupan. Yang datang dan tetap di situ, yang datang dan tidak lagi kembali dan yang datangnya bila sulit dan perginya bila mudah. Mungkin Tuhan inginkan aku membina kekuatan hati sendiri dengan memberikan peluang merasa cinta, kasih dan sayang. Alhamdulillah setakat setiap hembus tarik nafas aku selama dalam kehidupan, aku bersyukur dengan segala manusia yang singgah memberi pelajaran dan pengalaman kepada aku. Sungguhpun hati manusia itu bukan selamanya berada dalam genggaman aku, tetapi dapat aku genggam sebentar sahaja dan merasakan cinta, kasih dan sayang itu semua sangat memadai.
Rumit
Seperti kata-kata orang lain untuk situasi kini, tidak sama seperti apa yang aku mahukan. Betul sangkaan yang diberikan bahawa aku tidak lagi condong ke arah kekasih. Malah sudah jauh sekali perubahan yang dilakukan. Sepertinya aku tidak lagi punya apa-apa lagi nilai ukuran untuk apa yang pernah aku rasakan dulu. Tetapi lebih kepada ingin pertahankan apa yang sudah aku genggam sepanjang lapan. Katalah aku ini kejam dan sebagainya, selagi kau tidak duduk dan merasa sepanjang lapan yang aku genggam, jangan kau berikan apa-apa penilaian. Itu semua tidak sama sekali membantu situasi aku. Begitu juga kau kekasih, kerap kali aku katakan semuanya kepada diri kau buat pengetahuan kau, tetapi masih juga begitu. Apa daya aku jika kau masih kaku berdiri di situ sedangkan aku sudah lelah menarik kau mengikut aku untuk pergi dari tapak yang kau berdiri. Sedangkan di sangkaan kau bahawa aku ini langsung sikit pun tiada usaha demi kita hanya kerana sikap yang aku tonjolkan dalam segala perbualan. Dan tanpa kau sedari bahawa kau telah katakan bahawa aku punca semua keretakan dan kekurangan yang berlaku antara kau dan orang lain. Aku terima semuanya dengan keterbukaan yang luas sekali. Selagi mana kau perlu disedapkan hatinya, selagi aku mampu lakukan buat diri kau, akan aku perbuat sesuatu walaupun memakan segala isi hati.
Terima Kasih
Cukup sekadar apa yang aku dan kau jalinkan selama ini. Pertalian yang tak punya sebarang halangan malah masing-masing berada di tempat yang selesa untuk sebarang komunikasi atau perkongsian. Sebelum kau khabarkan ke aku semuanya, aku lebih dulu sudah membaca semua. Jangan ditanya bagaimana aku mampu untuk menafsir rasa kau, kerana itu semua semulajadi anugerah Tuhan. Walau kau katakan bahawa kau akan menjaga sehingga tiada lagi nafas, terima kasih tidak terhingga aku berikan kepada kau. Seperti aku katakan dan kongsikan, cukup sekadar apa yang kita miliki sekarang. Kalau Tuhan akan jadikan kau atau aku buat diri masing-masing, percayalah bahawa itu semua bakal berlaku dengan kehendakNya. Bahagia perlu dicari, semoga berjaya dalam pencarian. Selamat buat kau sahabat.
Khamis, 11 Julai 2013
Kencang
Selama mana masa ini dihabis bersama,
Selama itu juga rasa itu diikat,
Kesamaran tidak lagi bersama,
Tetapi keyakinan mula merapat,
Hari-hari tanpa bersua muka,
Rasanya kurang sesuatu buat rasa,
Rasanya hari itu tidak sempurna,
Masih lagi benteng itu dipertahan,
Semoga masih belum tembus penuh,
Walaupun angin halus mula mencuri masuk.
#Ghindu kek wargo omeh !!
Sabtu, 6 Julai 2013
Lapan
Bakal lapan dalam perjalanan hari menuju yang kesebelas di julai.
Setakat ini yang kita perlihatkan pencapai berdua, jelas.
Kekurangan dan kelebihan itu dari masing-masing.
Memperlihatkan dengan nyata kebersamaan dalam jauh.
Cuaca yang terik di luar masih juga ada mendungnya bila tiba masa.
Begitu juga di dalam pertalian antara manusia dengan manusia.
Di selama mana mampu bertahan akan dipertahan.
Di setiap cabaran yang mendatang itu menguatkan.
Walaupun di ketika aku mencatat ini berlaku kedinginan.
Semoga bakal lapan yang akan dimiliki tidak lama lagi,
bermanfaat buat diri dan juga sekeliling.

Yang dikenen
Walau sekejapan kau singgah dan memberi pengalaman juga isi di dalam kehidupan, itu semuanya tiada ukuran dalam nilai. Semoga perpindahan ke sana bakal memberi sebuah lagi erti dalam kehidupan. Semoga berjaya aku hulur dari jauh.
Terima kasih.
esm, 20686.
Misteri
Tidak dijangka sesempurna ini aturanNya.
Di dalam sesingkatnya waktu bergerak,
Boleh bergaulan sempurna manusia itu,
Seperti sedarah dan sedagingnya,
Sedikit yang berbuah ke banyak,
Pengakhiran yang tidak jelas,
Masih samar dalam menuju,
Semoga selamat hendaknya.
Dead
Sayang,
kalau kau tahu,
apakah kau masih mahu?
Atau akan segera berlalu tanpa aku.
Jika itu pilihanmu,
aku sudah siap.
kalau kau tahu,
apakah kau masih mahu?
Atau akan segera berlalu tanpa aku.
Jika itu pilihanmu,
aku sudah siap.
Teka silang kata
Biar aku mulakan sebaik yang boleh.
Masih aku ingat dengan tepat pada tanggal lima belas, aku memulakan semuanya.
Pada tanggal lapan belas aku mula duduk selesa.
Pada tanggal yang seterusnya selepas di atas aku mula lebih bergerak seiring dengan segala situasi yang berlaku sehinggalah pada ketika aku harus pergi untuk memulakan kembali sesi yang berterusan sehingga tahun 2015 itu.
Perkara pertama yang berlaku ialah pada suatu malam di mana di situlah segalanya telah bermula. Pada permulaannya ringkas tetapi tanpa disangka selang beberapa hari perkara seterusnya pula berlaku dan itu memberi kesan mendalam yang separuh penuh dalam diri. Ini bukanlah adegan mendatangkan dosa tetapi suatu realiti atau babak dalam kehidupan yang tak mampu aku tayang kembali di sini kecuali hanya di dalam minda sendiri sahaja. Baiklah, itu semua masih di tahap yang mampu dikawal dan tidak begitu mengesankan kerana aku sendiri telah siap-siap sejak awal melakukan pembentengan tinggi dan kukuh agar tidak runtuh. Supaya apa yang bakal mahu menembus untuk mengisi ruang dapat aku hindarkan sebaik yang boleh. Selasih Ku Sayang itu indah membuatkan aku terbuai-buai di sepanjang aku bersama angin-angin menempuh perjalanan singkat bersama, ya. Kemudiannya telah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa manusia sekeliling ini haruslah berbeza untuk saling berkenal dan menjalinkan sesuatu. Mencipta apa yang belum berlaku dan kemudian mengenangnya agar tertambat kuat dalam memori. Bukan sekadar terberhenti di situ malah masih lagi bersambungan prosesnya sehingga kini. Berani aku katakan keyakinan yang ada ini bukan sebenarnya yakin. Keraguan yang ada ini juga bukan sebenarnya ragu. Dengan kata mudah, masih di persimpangan. Dan situasi berdialog secara berhadapan ternyata terus mengunci mulut untuk terus membantah sebab keadaannya belum mengambil tempat dan jawapan sudah tentu tidak boleh disuakan. Sulitnya memiliki lebih daripada satu. Tuhan takdirkan buat aku untuk melalui proses yang pernah orang terdekat aku lalui dan kini aku sedang melalui. Konflik akan tetap berterusan. Antara dipilih dan terpilih aku tak mahu memilih kerana itu bakal mencacatkan situasi. Bakal merumitkan segala isi hati. Bakal negatif segala yang posititf. Atau lebih senang untuk menyenangkan, im just going with the flow. Whatever happens, happens.

Julai
Hari ini hari yang bulannya Julai. Baru sekarang aku mencatat Julai di dalam laman kerana kesuntukkan masa dan terhadnya capaian talian ke maya. Semoga julai berjalan lancar ditambah dengan penyeri bulan ini di mana sekalian manusia islam akan berpuasa bermula sepuluh julai. Semoga kedatangan bulan mulia ini bermanfaat buat semua. Semoga bulan mulia ini akan aku lunaskan sebaiknya berbanding tahun yang terlepas. Semoga saja ramadhan ini memberikan sejuta pahala kepada segala umat Muhammad SAW. Berharap dengan harapan bahawa segala semoga yang aku taipkan disini akan tercapai semoganya di mana saja yang Tuhan tentukan buat semoga itu.
Salam bulan Julai, Salam awal untuk Ramadhan.
Salam bulan Julai, Salam awal untuk Ramadhan.
Jumaat, 21 Jun 2013
Selasih Ku Sayang
Teringat akan angin-angin yang membelai tubuh sepanjang perjalanan, dingin dan mendamaikan. Sungguh tenang dan indah detik ketika itu. rindu!
Jumaat, 14 Jun 2013
TUJUH
dah separuh jauh bersama. disebelas dalam tujuh dingin. sayang masih tetap. rasa pudar. salah silap tetap saja berdua. dugaan.
sebal
aku malas mahu karang keluar sejumlah ketidakpuas hatian sama engkau. kalau aku kata malas jangan ditanya kenapa sedang engkau hendak sekali mahu tahu mengapa. dah kalau dikarang mahu difahamkan ke orang tapi tetap disalah ertikan, sama seperti aku membuang air kecil ke lubang jamban dan simbah.
bodoh
mana aku tak melayan borak kosong yang buat aku rasa nak blah dari tempat berkenaan sesegera mungkin, dah engkau sibuk membelai dimanja. apa kau mahu aku ludah perkataan yang buat kau rasa ada tahi jatuh tepat atas muka, begitu? itu baru jujur habis kan.
Khamis, 6 Jun 2013
tunggu lagi
perjumpaan antara individu tidak kenal dan individu tidak kenal mulanya susah. tetapi bila tidak itu menjadi sudah, maka semuanya mudah. kelompok yang ditakdirkan kali ini seakan memenuhi impian yang dahulunya bagaikan angan kosong. belum lagi dapat tetapi seakan akan termasuk ke dalam dan sebati bersama. siapa tahu apa yang bakal berlaku maka aku lebih suka duduk dan menunggu. bakal mungkin.
yang itu hari
dah lama tak nampak kau dan dia saling berhubungan, apakah?
mungkin ramalan aku benar.
terpulang
bukan selalu diungkap itu ini. sesuatu yang selalu dikatakan manusia bahawa itulah penyedap dan penyejuk. kata mudahnya mungkin lebih ke arah lebih menunjuk supaya penampakan itu jelas. sedangkan itu semua bergantung kepada individu sendiri.
cuma satu
siapa yang mahu menjadi magnet yang menarik sekeliling supaya selalu dekat dan melekat. perkara itu berlaku bukan di atas kehendak tetapi ia telah diaturkan. kalau tidak suka tolak secara baik. kalau suka terima dengan sebaiknya. lebih mudah jika berada di zon neutral yang memudahkan engkau bergaul dengan semua. tiada penghalang, tiada batasan, tiada hati terluka, tiada penjelasan untuk pencerahan manusia.
sukar
kenapa kau macam pudar bila mana aku punya ruang kosong untuk kau isi supaya aku terisi. ini tidak kau makin pudar dan mahu pergi sedangkan aku di sini bebas. aku benci waktu kau menghampiri dan melingkar di dekat aku saat aku kurang kesempatan untuk bermanja meraih kasih dari engkau. engkau selalu begitu. selalu. dan bila tiba suatu saat di beberapa hari yang terpilih, maka kita akan teranap sendiri.
Isnin, 3 Jun 2013
Dingin
Seperti renungan dan pujukan yang sudah-sudah, kurang yang banyak semuanya dari aku. Lebih yang datang semuanya dari Tuhan. Semoga cinta kasih dan sayang masih dan akan. Sama.
Sayu
Dari mula aku mulakan memang aku tahu di hujung akan ada penghujung. Dan aku dah bertemu dengan hujung yang menjadi penghujung untuk takdir yang bertempoh sebulan tiga minggu. Berakhir. Bukan sedih. Bukan gembira. Sayu. Mohon pertalian yang dimulai dengan kenal tidak akan berakhir dengan hilang senyap. Persinggahan sementara yang terlalu singkat. Segala tunjuk dan ajar, makan dan minum, gurau dan senda, marah dan herdik serta serius dan gurau mohon dimaafkan. Kurang yang datang banyaknya dari aku sendiri dan lebih itu datangnya dari Tuhan. Sudah selesai di persinggahan sementara dan sekarang akan meneruskan langkah lagi. Semoga punya kesempatan sekali lagi untuk membuat persinggahan seterusnya.
Dalam kenangan, dalam simpanan.
Balang yang dalamnya penuh bintang-bintang cerita si nancy robinson.
Lilin bunga yang terbakarnya nanti bererti putus dan hilangnya si khairil anwar.
Seuntai keychain keris yang meliputi kuat dan taatnya sesuatu pertalian diantara kami.
15 april - 31 may. 2013.
Benci
Benci bila rindu datang bertimpa-timpa. Paling benci bila rindu yang datang tu bercelaru. Cilakanya!
Rabu, 29 Mei 2013
petikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti.
--------------------
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku.
-------------------
Tiap madah bererti.
--------------------
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku.
-------------------
useless
aku mahu ketawa berguling-guling.
aku mahu ketawa yang sakit perut.
di bila engkau katakan bahawa begitu begini.
tapi aku tak mampu sebab taktahu kenapa tak boleh aku dapatkan ketawa yang aku inginkan.
hanyutlah dikau selagi kau mahu tanpa sedar.
pergilah engkau jauh selagi mahu pergi.
tidak bergunanya aku kerana tidak menegur.
dan terus biar dan biarkan engkau tenggelam.
jangan dapatkan aku lagi.
sebab aku rasa 'aku' macam ayat yang aku pinjam dari buku 'dirinya masih lagi ada, sama, cuma jiwanya sudah hilang' - SEYOGIA.

kunyah
kau kata perubahan demi perubahan.
itu kau dan engkau yang kata.
maka aku mahu kata apa.
sebab aku tidak melihat.
dari kaca mata kau dan engkau.
maka aku tanya.
tapi huraian yang aku dapat apa?
serupa taik.
itulah huraian aku iaitu jawapan balas kepada huraian kau dan engkau.
kau dan engkau mahu terasa dan sakit hati tentang segala dan segalanya? silakan.
sebab peduli yang aku ada yang aku jaga dulu entah ke mana aku buang.
maaf.

Mudahnya menelan
penat sendiri maka aku yang rasa.
penat orang maka aku tidak merasa.
jadi kenapa kau mahu membanding.
masing-masing punyalah.
kau bikin kerja sikit pun berkeluh-kesah bahawa penat kau serupa penat orang membanting kuat anggota tubuhnya. penat apa tu? baiklah kau penat. penat yang aku tidak merasa maka aku dengar saja sebab kau sudah berkata. takkan aku mahu kata bukan-bukan tentang penat kau. tapi tidak pula di pihak kau ke aku. di saat aku luah dan kau dengar maka kau banding. aku mahu kata apa. kalau mulut tempayan boleh juga aku tutup maka mulut kau, mahu aku sumbat ke? takapalah.

lemas
aku perhati dan teliti kehidupan di masa sekarang.
bangun pagi.
kerja.
balik.
makan.
tidur.
bangun pagi.
kerja.
balik.
makan.
tidur.
atau terselit aktiviti tambahan untuk hiburan otak.
membaca.
yang pasti tahap bersosial sudah hilang peratusannya.
kosong.
cuma hati sekeliling yang dijaga masih lagi rutin.

masih lagi
kalau aku kata aku mahu patah balik atau kata senang mahu menyerah. di bila-bila masa sahaja aku boleh buat pilihan dan kemukakan jawapan. tapi tetap juga pilihan aku untuk meneruskan. dan aku masih. terus.
Jumaat, 24 Mei 2013
biarlah
cukup setakat masa yang sudah. apa yang aku boleh kata kita cuma mampu setakat biasa sahaja dan tidak lebih. untuk memiliki lebih itu perlu masa, ruang dan pengorbanan. aku tak boleh mencipta istimewa dalam waktu singkat. walaupun kita punya minat mendalam yang serupa. ini bukan permainan cuba cuba. dan tidak juga aku tidak cuba tapi aku tak mahu.
pergi mati
kau memang suka perasan tentang perubahan orang lain saja ya?
tentang bagaimana dan kenapa perubahan itu pernah kau kira?
baik kau diam dan berambus.
sebab kau takkan tahu.
bukan kau yang hadap.
kau cuma tahu kata.
asalkan cukup rasa.
berambuslah.
papa
secara tiba-tiba aku tersangat merindukan lelaki yang boleh aku panggil dengan manja mesra membelai melindungi memberi mencurah segala yang aku rasa. sungguh aku rindu papa.
-Al-fatihah-
-Al-fatihah-
Khamis, 23 Mei 2013
Biasalah
kalau dikisahkan ke orang sekalipun apa yang akan didapat selain kesian. baik kau duduk diam simpan telan simpan telan sampai masa kau rasa nak muntah, kau muntahkan semua sampai keluar segala isi.
Tunggu
aku cuma mahu menyarung jubah dan memakai topi.
perlu bersabar untuk ke waktu itu.
kerana semua perlu pengorbanan.
kerana semua perlu waktu.
banyak
banyak dah kisah yang terlepas.
banyak dah tak tercatat disini.
banyak dah tersimpan sendiri.
banyak dah tak tercatat disini.
banyak dah tersimpan sendiri.
Jumaat, 10 Mei 2013
Itu sahaja
Wahai kekasih lelaki, ingin aku katakan bahawa kau jantung tetapi bukan, ingin aku katakan kau hati tetapi bukan, ingin aku katakan kau jiwa tetapi bukan, ingin aku katakan kau nadi tetapi bukan. Ingin aku katakan kau kesemua organ dalam badan tetap juga lagi bukan. Tetapi kau cuma satu yang aku katakan dalam definisi aku. Engkau adalah kekasih lelaki yang mendampingi aku di ketika ini. Pendamping senyap.
Susun atur sempurna
Hari ini Tuhan huraikan lagi kepada aku tentang kehidupan yang disusun olehNya. Aku jumpa huraian dalam bentuk yang mudah untuk aku kagumi. Aku jumpa kehidupan aku dalam kehidupan manusia lain. Bukannya aku kata tiada kehidupan yang sama di dunia yang indahnya penuh celaka ini. Tetapi hari ini Tuhan tunjukkan kepada aku sebuah cerita mengenai wujudnya manusia di sekeliling aku yang hidupnya barangkali serupa dan sama dengan apa yang dialami aku. Tetapi pendekatan mereka menangani sesuatu itu mungkin lebih baik di pihak aku. Bukan aku kata di pihak aku yang terbaik segala pendekatan yang diambil tetapi lebih sikit baiknya. Hari ini aku jumpa semua dan segala lebih dan kurang juga cacat dan sempurna manusia itu. Bukan keseluruhannya tetapi sedikit. Berlainan ugama tetapi konsep kehidupan harian yang sama. Berlainan Tuhan tetapi tetap tahap ketaatan yang dituntut itu sama tingginya. Jika salah maka berdosa jika betul maka pahala. Di satu sudut di kala aku ketawa senyum bersembang, aku seperti terdiam dan terduduk seketika mengenangkan betapa sempurnyanya kejadian Tuhan. Ya hari ini hari penemuan dan keterujaan dalam hari aku. Sungguh.
Bebas
Hari ini hari bergembira segala kaki tangan mulut mata hidung telinga kerana penjaga dan pemerhati gerak kerja tidak hadir. Hari ini kami para kuli gembira menghayun langkah ke sana-sini. Hari ini kami para kuli becok berkata-kata dengan segala pekerja. Kesimpulannya kami gembira.
Tak semudah mengira
Disetiap hari aku datang dan pulang bukan dengan kosong tetapi dengan isi. Bahagian-bahagian yang terisi itu yang aku paling nantikan pada setiap hari aku memulakan tugas dan menamatkan tugas. Bukan semudah melangkah keluar rumah untuk menempuh setiap detik untuk menghabiskan 24 jam dalam satu hari. Bukan semudah melangkah pulang ke rumah untuk menamatkan hari dengan baik tanpa sebarang perasaan yang bermacam. Terima kasih kepada orang sekeliling kerana menjadi pelengkap setiap hari dalam kehidupan aku.
Pasti
Sejujurnya aku dah mula sayangkan kerja. Mahu kata yang aku taknak tinggalkan pun ya, nak tinggalkan pun ya juga. Yang pasti disetiap permulaan ada penghujungnya.
Ahad, 5 Mei 2013
Semoga
Semoga segala proses pengundian hari ini berjalan secara telus dan keputusan yang bakal diumumkan nanti berpihak kepada pemimpin yang akan mempertahankan agamanya, bangsanya dan tanah air tercinta. Semoga Tuhan memberi keamanan dan kemakmuran kepada tanah air ini. Semoga saja semua manusia menerima segala keputusan dengan terbuka.
bagi aku
kalau orang tanya kau sayang dia.
aku cuma boleh kata aku sayang.
sayang macam mana.
aku cuma boleh kata aku sayang.
tahulah tapi macam mana.
aku cuma boleh kata aku sayang.
bila hilang dia, ada sesuatu yang hilang.
kehilangan yang terbesar.
itu sayang.
Jumaat, 26 April 2013
Teringat
Pernah satu soalan daripada seorang manusia ini diaju terus ke muka aku bertanyakan tentang apakah yang aku dapatkan dari seorang manusia yang aku sedang berkasih sayang samanya sempena hari kelahiran aku. Aku katakan kepada manusia itu bahawa tiada apapun yang diberikan dan aku dapatkan. Lalu manusia itu katakan ke muka aku secara terus juga secara begini, kasihan engkau tidak mendapat satu barang apapun sempena hari istimewa kau apalah orang itu tak memberikan sesuatu bla bla bla dan kemudia disokong dengan gelak tawa dan senyum sumbang dari si perempuan teman istimewanya. Dan aku diam. Kerana aku sedang berfikir untuk menjawab kembali serangan bertubi dari mulut celaka. Ya mulutnya yang sangat celaka bukan manusia pemilik si mulut celaka. Bohong kalau aku kata langsung tidak terasa kerana dibanyak sudut dalam hati pasti ada satu sudut yang berputik dan kembang inginkan sebuah hadiah dan itu pemberian dari insan. Lebih-lebih lagi aku bukan mahu terasa untuk 'terasa' yang secara sambil lewa kerana si mulut celaka itu seorang manusia yang 'dikenali' kalaulah orang lain mungkin aku biarkan bagai angin saja. Sebenarnya aku lebih geramkan reaksi mukanya yang sangat menghina dengan secara senang hatinya merendah memperlekeh atau apa sajalah. Tapi aku terus fikir mengambil tindakan untuk berdiam dan telan. Ini sudah dua bulan yang lepas berlaku tetapi terdetik dihati untuk aku khabarkan disini manalah tahu pemilik si mulut celaka itu mengulang kembali kata-katanya, nanti aku boleh kembali ke sini dan baca semula. Lepas tu mesti sesiapa sahaja yang membaca pasti terdetik hatinya itu mahu kata itu-ini tentang aku. Eh? pergi mampus, ini taipan aku sukahati aku.
*Hai mulut celaka :)
*Lambai tangan*
*Hai mulut celaka :)
*Lambai tangan*
tak pernah kurang
Buat masa waktu ketika.
Kurung dalam kurungan.
Rindu, kau sabar ya.
Berada dalam kurungan.
Siksa memang, tapi.
Keadaan memaksa.
Dan aku, terpaksa.
rindunya. huh!!
Kurung dalam kurungan.
Rindu, kau sabar ya.
Berada dalam kurungan.
Siksa memang, tapi.
Keadaan memaksa.
Dan aku, terpaksa.
rindunya. huh!!
Teruk
Teruk sungguh.
Teramat teruknya teruk.
Teruk yang memang teruk.
Tak pernah seteruk ini.
Atau bakal teruk seteruknya.
Siapa tahu teruk ini.
Tak ada.
Tak ada.
Tak ada.
Teramat teruknya teruk.
Teruk yang memang teruk.
Tak pernah seteruk ini.
Atau bakal teruk seteruknya.
Siapa tahu teruk ini.
Tak ada.
Tak ada.
Tak ada.
Kalau ada
Kalau ada satu sudut yang memang betul-betul tersembunyi tak dapat dilihat dan langsung tidak diendah oleh seorang manusia pun dan satu sudut yang memang betul-betul kedap bunyinya yang langsung tidak ada satu ketik bunyi yang didengar oleh seorang manusia pun, aku mahu. Meraung. Sehingga habis semua tenaga sekalipun takkan berhentinya raungan dari dalam.
Gubah
Pernah dengar tak perkataan perubahan. Itulah yang akan dikatakan kepada seseorang apabila diri seseorang itu dan diri orang lain tidak lagi mempunyai persefahaman yang jelas. Seringkali akan dikatakan itu dan ini dan mulalah "macam-macam". Bila seseorang itu dah buat hal sendiri sekian lama secara masing-masing tiba-tiba ada orang datang dan katakan pada dirinya bahawa diri orang itu mengalami perubahan. Siapa yang tak berubah dan siapa yang berubah dan siapa yang diubah oleh kehidupan. titik.
Teruknya
Manusia akan selalu nampak kesalahan orang lain sebelum kesalahan diri sendiri.
Itu AKU.
Akulah.
Manusia.
Itu.
Orang lain tak.
Langsung.
Tidak.
Itu AKU.
Akulah.
Manusia.
Itu.
Orang lain tak.
Langsung.
Tidak.
Tong sampah
Kumpul banyak.
Kumpul sikit.
Okay buang sini.
Semua sekali.
Jangan tinggal sikit pun.
Sini.
Ya sini.
Sini.
Dalam tong sampah ini.
Yang sentiasa terbuka.
Terima semua sekali.
Tak kira sampah apa pun.
Dah?
Baiklah pergilah ke mana pun.
Nanti kalau ada sampah lagi.
Kembali lagi ya.
Aku disini.
Terbuka untuk menerima.
Kumpul sikit.
Okay buang sini.
Semua sekali.
Jangan tinggal sikit pun.
Sini.
Ya sini.
Sini.
Dalam tong sampah ini.
Yang sentiasa terbuka.
Terima semua sekali.
Tak kira sampah apa pun.
Dah?
Baiklah pergilah ke mana pun.
Nanti kalau ada sampah lagi.
Kembali lagi ya.
Aku disini.
Terbuka untuk menerima.
Isnin, 22 April 2013
Kod
Aku si pemain utama.
Mengerjakan hati sepuasnya.
Untuk membinakan perasaan.
Sekukuh dan seteguh binaan
Biar jatuh bangunnya tidak diketahui.
Cuma kerasnya kepala aku yang ingini.
Aku si pemain utama.
Cipta dan cetus nostalgia.
Bermain teka teki rasa.
Aku si pemain utama.
Sungguh aku ketahui.
Kau ke dia. Aku ke aku.
mse.
sne.
Mengerjakan hati sepuasnya.
Untuk membinakan perasaan.
Sekukuh dan seteguh binaan
Biar jatuh bangunnya tidak diketahui.
Cuma kerasnya kepala aku yang ingini.
Aku si pemain utama.
Cipta dan cetus nostalgia.
Bermain teka teki rasa.
Aku si pemain utama.
Sungguh aku ketahui.
Kau ke dia. Aku ke aku.
mse.
sne.
Harga sebuah kesempatan
Sehingga kini segala tarikh dan peristiwa yang memberi kesan mendalam pada jiwa, aku simpan kemas dalam kotak ingatan. Cukup aku sendiri merasakan betapa berharga segala momen antara aku dan engkau. Walaupun itu cuma aku. Sembilan dua dua puluh tiga tiga.
Suatu proses
Sebenarnya aku ke sini semata-mata melepas rindu untuk menatap laman ini. Ruang yang boleh aku katakan separuh perasaan aku disini, kalau bukan separuh lalu semuanya. Sekarang pula aku merasa situasi itu berubah dan menghalang aku untuk selalu mencurah disini. Mungkin cukup untuk aku simpan sendiri dulu dan bawa bersama dalam perjalanan menuju dewasa. Sungguh aku katakan laluan untuk berada bersama para dewasa yang lain begitu sukar. Memang terbukti kebenaran tentang kata-kata para guru atau orang tua yang menyatakan yang hidup ini semakin lama semakin sulit bukannya semakin mudah. Dan aku sedang dalam perjalanan untuk merasainya. Benar rumit. Cuma bagi kanak-kanak atau remaja-remaja dikala usia belasan mentah seperti aku dulu merasa ghairah untuk dewasa. Serupa juga aku dulu yang ghairah mahu menuju dewasa. Apabila aku sedang melaluinya adakala aku berharap alangkah bagusnya kalau aku cuma si kecil tanpa masalah. Tapi ini kehidupan. Manusia itu kompleks kitaran kehidupannya. Pelbagai duri ranjau perlu ditempuh sama ada secara individu atau berkumpulan demi menjadi seorang 'orang'. Alhamdulillah aku bersyukur dengan segala nikmat kurnia dari yang atas. Segala kekurangan dan kelebihan itu aku ambil sebaik mungkin untuk menjadi seorang dewasa yang bermanfaat kepada keluarga, sahabat dan sekeliling.
Dalam diam
Kalau cuma memerhati kau dari jauh itu menyenangkan aku, sedang aku lakukan sekarang dan selepas.
Tak faham
Aku dapat rasa yang kita seakan berubah. Dulu itu kemahuan aku memang terhadap sikap kau yang sekarang. Tapi bagaimanapun aku mula merindukan kau yang dulu. Haihh.
perhubungan manusia
kerenggangan itu kerana masa atau sikap atau kemahuan. kerapatan itu kerana kuatnya pertalian.
Khamis, 11 April 2013
Silonok
Sebetulnya sekarang ini lebih baik semuanya tak perlu lagi dikhabarkan.
Sebab semua aku suka simpan.
Sebab semua aku suka simpan.
Apa
Kalau nak kata asyik memandang kekurangan orang lain.
Orang lain itu ada memandang kekurangan dari dirinya tak.
Ada tak?
Orang lain itu ada memandang kekurangan dari dirinya tak.
Ada tak?
:D
Ini bukan kerana hadirnya seseorang yang membuat perubahan tetapi ini tentang keadaan dan diri. Ini bukan lagi pepatah yang patah tapi ini cara ekspresi rasa sendiri.
Dari dalam
Aku masih dalam lingkungan ketidakpastian tapi sejujurnya aku rindu sangat zaman kemesraan kerapatan keakraban kegembiraan kesukaan kebersamaan. Semuanya.
Aktiviti
Rutin setiap hari setakat ini cuma diwaktu pagi pergi sekolah dan balik ke rumah menonton dan makan.
Sabtu, 6 April 2013
Selalu
Semakin mahu mengelak semakin itu jugalah pertembungan berlaku. Seperti selalunya juga bergelora tak diarahkan. Tetap saja semua itu bukan peluru kuat untuk tembus perisai yang dalam pembinaan. Walaupun belum siap lengkap dan kuat tapi cukup buat bertahan.
Seronokkan
Aku membawa kau ke halaman aku. Ke halaman istimewa di mana para jiwa yang telah tertampal di halaman itu yang mengalami semua keunggulan dan kehebatan saja saling mengerti. Halaman di mana aku sudah pahatkan semua kesukaan aku di situ. Dan pada ketika itu aku bawa kau jelajah masuk ke halaman aku. Satu pengalaman baru bukan? Memang asing rasanya bila menjejak ke halaman aku tapi itu yang aku mahu kau bawa ke luar sana. Bila mana kalau suatu ketika takdir jatuh memisah kita, kau telah punya sesuatu yang diberi oleh seorang aku. Aku berani katakan dengan kesungguhan yang kuat bahawa cuma aku yang pernah singgah membawa kau bersiar di halaman yang aku perkenalkan itu. Tiada orang lain. Cuma aku.
Lucky
Nasib baik aku tak ekspreskan abjad yang aku telah susun secara ringkas hanya untuk menggambarkan 'diri'. Nasib baik aku tak ekspreskan abjad tersebut kerana 'diri' itu juga menggunakan abjad sama. Kalau tidak segala periuk belanga semua hancur berderai.
sej iwa
Dalam benak aku yang membuak tak pernah sekali terlepas pandang tentang segala kegiatan yang engkau langsungkan di setiap waktu yang ada. Dalam benak aku yang membuak ini aku masih lagi di satu titik berdiri kaku. Walau dimana dan bagaimana rupanya aku yang kau pandang di beberapa masa belakangan ini, aku cuma mahu kau tahu bahawa aku sama seperti mana samanya engkau yang sama seperti aku.
"Tak perlu selalu ada yang penting yang ingat yang peduli" - Fynn Jamal
"Tak perlu selalu ada yang penting yang ingat yang peduli" - Fynn Jamal
satu sudut
Sudah aku khabar berkali juga kepada engkau.
Tentang apa yang aku khabarkan itu biar kau saja simpan kemas.
Bagaimana untuk kau hadam perkataan aku biar kau cari cara.
Tetap aku disini setiap hari memancarkan tiga rencah wajib.

Peace!
Sayang, dalam kita ini gedebak gedebuk dengan segala hal di sekeliling kita rupanya kita ini sudah berbulan-bulan berjalan bergandingan, jari menyelit diantara celahan jari, ucapan semanis gula menjadi penambah perisa, bertelagah remeh secara bisu, jarang suara menyapa telinga dan sekerasnya aku ke engkau. Di beberapa bulan ini aku teliti semua aku lihat kembali kurang lebih aku ke engkau. Di beberapa bulan ini aku sering tersedar sebenarnya di sebelah aku ada insan lain perlu aku jaga hatinya.
Maaf kerana kurangnya aku.
Maaf kerana kurangnya aku.
Sukses
Woi! Aku berjaya sedikit-sedikit hakis ingatan terhadap apa yang aku tinggalkan ditepi jalan sebelum ini. Tapi sebetulnya belum habis semua, ada masanya yang terhakis itu datang dengan angin dan kembali lekat semula. Tapi aku nak kata yang aku masih juga berjaya hakis sikit-sikit.
Roh jalan dulu
Dua hari berturut-turut.
Dua hari bermain dengan alam tidur.
Dua hari yang menjanjikan rasa hebat.
Dua hari yang sungguh membungakan.
Dua hari yang sangat menggegar rasa.
Sebetulnya dua malam.
Terjaga.
Dua hari bermain dengan alam tidur.
Dua hari yang menjanjikan rasa hebat.
Dua hari yang sungguh membungakan.
Dua hari yang sangat menggegar rasa.
Sebetulnya dua malam.
Terjaga.
Pencari tahu
Aku pencuri maklumat terhebat.
Sehingga sesiapa sahaja tidak akan sedar.
Cuma aku yang tahu.
Sehingga sesiapa sahaja tidak akan sedar.
Cuma aku yang tahu.
Sabtu, 30 Mac 2013
Blergh
Okay macam ini senang cakap, si buta dah memang tak nampak dan si celik pula nampak. Tak boleh ke si celik yang serba nampak segalanya itu tolong tunjukkan atau memberitahu? Ini tidak di suruh si buta tadi mencari tahu apa yang tidak dapat dilihat olehnya. Ini semua apa sebenarnya ?!!
Rasa
Baiklah setelah diukur disukat ditimbang dan segalanya dari setiap sudut dengan berat hati aku memilih untuk teruskan dengan apa yang aku ada. Kalau dilihat semula dari mula tak sepatutnya semua itu berlaku. Dan sekarang semuanya seperti biasa. Pada aku kalau nanti sesuatu itu tercipta di antara aku dan dia, aku bersyukur dan jika sebaliknya aku juga bersyukur. Semua perkara ada kurang dan lebihnya. Dan aku tidak akan pernah lupa bahawa aku pernah jatuh dalam hati engkau. Engkau yang disana aku cuma mampu kata semoga bahagia selalu mendampingi engkau dan engkau bahagia disamping seseorang bilamana masa engkau untuk berDua itu tiba.
Sekian.
Tak mudah
Suka dari jauh itu bukan mudah.
Sayang dari jauh itu bukan mudah.
Tapi mudah untuk sakit sendiri.
Sayang dari jauh itu bukan mudah.
Tapi mudah untuk sakit sendiri.
Pernah
Aku dah leraikan semuanya.
Aku dah tinggalkan kat tepi.
Dan aku teruskan perjalanan.
Aku ingat.
Isnin, 25 Mac 2013
Ikut aliran
Nak bergerak.
Tak bergerak.
Nak teruskan.
Tak hentikan.
Terikat.
Berbelit.
Biar,
masa,
bikin,
kerja.
Tak bergerak.
Nak teruskan.
Tak hentikan.
Terikat.
Berbelit.
Biar,
masa,
bikin,
kerja.
Dush!
Disesetengah masa aku mahu tinggalkan semua yang baru mahu mula bertapak perlahan-perlahan membina sebuah perasaan. Disesetengah masa aku mahu teruskan turut membina mengukuhkan perasaan bilamana aku merasakan ada sesuatu itu yang mendorong aku untuk terus maju lagi. Ada disesetengah masa aku mahu tinggalkan perasaan dan nanti aku datang kutip balik.
Bulat-an
Aku pernah diaju oleh teman seandainya benar terjadi sesuatu yang bakal terjadi nanti apakah aku mahu apakah aku punya sesuatu itu. Ternyata kini setiap patah perkataan yang teman aku seringkali ulang usik seakan-akan menjadi suatu kenyataan. Aku mahu pergi ditempat permulaan untuk mengubah semuanya tetapi aku sendiri gagal mengetahui dimana titik mulanya. Dan kini aku seakan sudah berada dipertengahan kerana aku sudah pun memulakan tanpa sedar diri. Dan kini aku terus berada dipertengahan tetapi mara sedikit-sedikit kerana aku sendiri masih didalam bulatan buntu. Dan aku sendiri masih juga menanti sekiranya ada yang mengekori menemani langkah aku untuk sampai ke garisan sebenar jawapan. Ternyata walaupun jauh lagi si pengekor tetapi si pengekor sudah memberi bau-bauan bahawa si pengekor ingin mengekori langkah aku. Sedangkan aku masih lagi didalam bulatan aku yang bergerak sedikit tetapi tetap bergerak itu.
kosong
Bukan burung yang punya sayap besar,
Bukan juga manusia yang punya harapan besar,
Tetapi ini sekadar saja yang aku rasakan,
Singgah untuk merasa indah sebentar,
Tetapi belum tahu hujung pangkal.
Bukan juga manusia yang punya harapan besar,
Tetapi ini sekadar saja yang aku rasakan,
Singgah untuk merasa indah sebentar,
Tetapi belum tahu hujung pangkal.
Bukan aku cipta
Ini bukan salah aku,
Ini bukan salah kau.
Perasaan itu dicipta.
Untuk saling mencipta.
Kemudian terciptalah.
Ini bukan salah kau.
Perasaan itu dicipta.
Untuk saling mencipta.
Kemudian terciptalah.
Aneh
Aku sudah mahu bergerak dan teruskan perjalanan,
Tapi kau kembali lagi menjadi bayang-bayang,
Aku tak mahu kau mengekori setiap langkah,
Tapi kau kembali menghantui setiap gerak.
Tapi kau kembali lagi menjadi bayang-bayang,
Aku tak mahu kau mengekori setiap langkah,
Tapi kau kembali menghantui setiap gerak.
Jumaat, 22 Mac 2013
Berbicaranya
Aku suka bicara tentang jodoh bersama dengan mama. Mama sangat terbuka. Aku suka bicara jodoh dengan mama. Bagi aku itu semua suatu yang nyata. Bagi aku itu semua bakal alam yang aku akan hidup dalamnya. Aku suka bicara tentang jodoh bersama mama. Bicara yang kali ini sangat aku suka dan suka dan suka. Sungguh !!! Kerana bicaranya aku tentang jodoh bersama mama kali ini suatu yang aku dapat rasa keserapannya dalam hati dan jiwa. Fuhh ...
Teman aku kata
Mula-mula memang semuanya indah, mula-mula memang semuanya sedap, mula-mula memang semuanya manis, mula-mula memang semuanya bahagia. Kau tunggu bila datangnya penolakan. Kau tunggu bila datangnya pengkhianatan. Kau tunggu bila datangnya sengaja guna. Kau tunggu bila datangnya segala yang pahit. Mungkin baru kau ingin belajar dan berlari sekuat mungkin mencari tentang siapa yang sangat menghargai dimasa engkau dahulu bersama dengannya. Kau tunggu!
Belum sedia.
Tiada satu kurangnya kau.
Tapi banyaknya dari aku.
Ini bukan saling salah betul.
Ini bukan konsep menyalahkan.
Ini tentang aku mungkin,
yang sering mencari salah.
Aku pernah terdetik,
andai kau pergi,
mungkin baru aku merasa manisnya kau.
Aku pernah terdetik,
andai kau pergi,
mungkin baru aku merasa belajar.
Tapi banyaknya dari aku.
Ini bukan saling salah betul.
Ini bukan konsep menyalahkan.
Ini tentang aku mungkin,
yang sering mencari salah.
Aku pernah terdetik,
andai kau pergi,
mungkin baru aku merasa manisnya kau.
Aku pernah terdetik,
andai kau pergi,
mungkin baru aku merasa belajar.
Sedangkan
Kawan aku kata fikir.
Kawan aku kata fikir.
Kawan aku kata fikir.
Dan sememangnya aku sedang.
Jangan suruh.
Jangan arah.
Jangan.
Sebab aku memang sedang.
Kawan aku kata fikir.
Kawan aku kata fikir.
Dan sememangnya aku sedang.
Jangan suruh.
Jangan arah.
Jangan.
Sebab aku memang sedang.
Tentunya bukan
Ini tentang perasaan.
Bukan perasan.
Ini tentang perasaan.
Bukan perasan.
Ini tentang perasaan.
Bukan perasan.
Ini tentang perasaan.
Bukan perasan.
Perasaan,
Perasaa,
Perasa,
Peras,
Pera,
Per,
Pe,
P.
Anugrah
Ini bukan kesilapan kerana semua ini anugerah dari yang atas. Ini bukan kepura-puraan semata kerana semua ini anugerah dari yang atas. Ini bukan disengaja atau dimahu kerana semua ini anugerah dari yang atas. Ini tentang perkara bagaimana terjatuh dan tersangkut kerana semua ini anugerah dari yang atas. Ini semua tentang masakkan fikiran semasaknya untuk memperoleh jawapan.
Fikir sampai muntah
Sama ada ini semua suatu kebetulan atau memang sudah tersurat begitu.
Sama ada ini semua suatu kehendak atau semata-mata kepuasan.
Aku buntu.
Teruskan berjalan atau terus dibayangi.
Buntu.
Sama ada ini semua suatu kehendak atau semata-mata kepuasan.
Aku buntu.
Teruskan berjalan atau terus dibayangi.
Buntu.
Fuh
Tak tahu mana silap dan kurang.
Tak tahu mana salah dan betul.
Bila mata jatuh ke hati.
Maka apa?
Ahad, 10 Mac 2013
sangkaan
aku mungkinkan semua tentang apa yang kau rasakan.
tapi aku tersangat tahu semuanya dalam rasa dan jiwa.
diketika itu pasti kau rasa menyesal.
diketika itu pasti kau rasa tersalah.
diketika itu pasti kau rasa sampah.
diketika itu pasti kau rasa sial.
diketika itu pasti kau rasa celaka.
semuanya yang negatif.
aku terima negativiti itu.
bakal empat
pada perkiraan yang aku hitung sejak dari mula sebenarnya sedar tidak sedar sudah pun menjangkau empat.
Selamat sebelas.
nahh!
Sumber hati yang terasa dimakan itu aku ketahui sungguh. Bengkoknya besi yang dulunya melurus itu puncanya sangat aku kuasai.
*diam
Diketika itu kau tiba-tiba datang menolak pintu tanpa salam atau apa terus menerjah dan hamburkan segala persoalan-persoalan berat yang ternyata aku sendiri bukanlah orangnya yang menjadi sasaran pihak si penghasad dengki dalam situasi itu ternyata sangatlah aku adalah bukan lagi seorang yang rasional dikala memberikan jawapan demi jawapan. Tanpa sedar aku menghamburkan perkataan yang pada fikir aku masih penuh adab dan sopan tetapi sebenarnya tersangat melukakan hati. Dan aku sendiri terasa sangat tercabar dipemikiran aku. Dan aku sendiri sangat terasa dengan keterlanjuran perkataan itu. Dan itu memuaskan hati aku sendiri diketika dan saat aku dapat mencalarkan rasa seseorang yang sangat aku jaga selama dalam perkenalan. Dan aku merasa sangat tidak patut membiarkan diri aku dikuasai nafsu amarah dan menghamburkan bulat-bulat kepada kau.
Terus aku istighfar demi mencari ketenangan semula dalam hati dan terutama akal.
Seperti yang aku suarakan dalam huruf secara bisu dilaman burung bahawa aku tidak akan menghulur bantuan untuk memulih semula rasa tercalar itu kerana pada perkiraan aku sendiri, masih tidak cukup ikhlas diri aku lakukannya. Dan pada ketika lainnya pasti sampai satu waktu yang entah bila akan tiba dengan tanpa disuruh-suruh atau dipaksa-paksa akan aku menjadi penghulur maaf paling dalam yang pernah kau temui atau saja sudah jelak kau alami. Dan tidak sekali-kali aku melupakan di detik itu bahawa aku telah tersangat melukakan seorang manusia yang hakikatnya tersangat aku jaga segala tutur dan laku demi kerana pertalian dan persefahaman yang tercipta dan terwujud.
Cukup sampai sini.
Kerana aku masih lagi belum rasional.
Titik.

Untuk kepuasan
jangan hirau lagi semua tentang apa yang pernah dilalui atau diketahui jika semua itu memuaskan hati lempar campak sejauh mungkin dan tolong beranggapan yang itu adalah mimpi semasa kau direaliti sedar.
salah
aku terlalu terbakar.
Unsurnya dari apa diluar pengetahuan.
Kau memulakan segala.
Silap masa dan ketika.
Unsurnya dari apa diluar pengetahuan.
Kau memulakan segala.
Silap masa dan ketika.
mudah
cuba semua huruf yang pernah kau bentuk menjadi perkataan itu yang dahulu dilempar ke orang lain jatuh semula ke muka kau dengan tepat tanpa sempat elak, apakah rasanya ?
Rasa.
Nanti cerita.
Rabu, 27 Februari 2013
Tak setanding
Segila-gila diri si engkau wahai manusia masih tidak mampu menandingi kegilaan yang telah aku kecap dulu bersama si gila yang aku kenali. Kerana proses menuju kegilaan yang serasi itu melalui ujian, pengorbanan, kesusahan, cabaran dan lain-lain.
Bukan semudah itu.
Bukan semudah itu.
Sungguh berkocak
Masih lekat kuat dalam ingatan,
Tujuh hari itu yang aku semadi kuat,
Segala rasa dan cerita aku dan kau,
Semua lagaknya biasa dan terbatas,
Aku sedar dimana aku,
Aku sedar siapa aku,
Tapi tujuh hari itu sangat melekat dalam aku.
Sehingga rasa dalam jiwa ini berkocak,
Boleh aku ibaratkan seperti,
Macam ada rama-rama dalam perut.
Soal
Jangan kata muka aku tak ke muka kau maka kau seakan tidak mampu berdiri tanpa adanya dinding untuk bersandar. Jika aku pinjam dinding aku ke kau maka pada apakah aku ingin bersandar ?
Fedap
Kalau tak lihat aku,
Kalau tak bicara aku,
Kalau tak membaca aku,
Kalau tak usik aku,
Memang akan berubah eh?
Kalau tak bicara aku,
Kalau tak membaca aku,
Kalau tak usik aku,
Memang akan berubah eh?
Bizi
Dah lama sangat rasanya tak menjengah ke sini mana tidaknya lalu saja sebentar pun tak punya kesempatan. Cuma dalam beberapa ketika bila sunyi sepi jadi selimut harian pada satu-satu masa, masa itulah baru teringat mahu kesini. Tapi masih saja tak terjejak ke mari.
Jadi aku hulur ucap selamat untuk semua.
HAI :)
Jadi aku hulur ucap selamat untuk semua.
HAI :)
Rabu, 13 Februari 2013
Tahniah
Alhamdulillah semoga dengan peluang yang datang awak manfaatkan sebaiknya. Saya selalu sokong dan akan beri dorongan untuk awak berjaya, dan untuk kita sama-sama berjaya satu hari nanti insyaallah :)
Sekarang kita berada di satu jalan yang sama dan awak akan mengerti bagaimana dan apa yang dilalui saya walaupun tempat dan keadaannya nyata berbeza. Tetapi tetap status awak dan saya itu sama dan itu tidak membezakan sama sekali. Saya cuma harapkan semoga semua ini tidak menjadi penghalang atau apa jua alasan untuk kita tetap seperti biasa. Cumanya masing-masing akan sibuk dan penat. Saya faham semua itu dan saya harap awak pun sama.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat berjaya dalam meniti hari-hari baru.
Saya selalu dibelakang awak.
Mendorong.
Menyokong.
Walau bukan disisi.
Tetap dalam hati.
#SHAE-SAYANG

Aku percaya
Aku bangsat celakakan semua fikiran yang bukan-bukan terhadap kau.
Kerana aku percaya setiap patah perkataan.
Kerana aku percaya setiap kujujuran.
Kerana aku percaya setiap kesetiaan.
Kerana aku percaya setiap keikhlasan.
Kerana aku percaya setiap kasih sayang.
Kerana aku percaya setiap curahan rasa.
Kerana aku percaya setiap segalanya dari kau.
Sungguh aku percaya dengan kau,
Aku mohon jangan dirosakkan.
TOLONG.

Banjir
Aku penat berair sendiri.
Diam-diam dalam jiwa aku berair.
Sungguh seksa dalam rasa aku yang bikin sendiri.
Setiap permulaan hari iaitu pagi akan aku ambil phone dan buka laman burung itu meneliti setiap perbualan kau dan dia. Ternyata perkenalan yang masih segar itu sangat membahagiakan kalian berdua. Aku sedar yang jiwa aku mula koyak setiap hari bermulanya detik perkenalan kalian sehingga saat ini dihadapan laman bisu ini. Aku bertambah terluka meneliti perbualan kau dan sahabat kau, jawapan yang kau beri ke sahabat kau semasa ingin bertemu mata aku cukup buat aku untuk berdiam sediamnya. Ditambah kemesraan yang kau dan dia binakan bersama didalam perbualan itu.
Aku seorang yang mudah.
Kalau mahu kata mahu.
Kalau tidak kata tidak.
Aku seorang yang mudah.
Aku suka pergi.
Senyap dan sunyi.
Begini disetiap hari aku terkoyak dan aku tampal sendiri. Aku terkoyak lagi dan aku tampal lagi. Dan aku tak mampu nak tampal senyum hari-hari dekat muka.

buat Sejiwaku
Pencinta SEJIWA tak sama dengan pencinta berlainan jantina.
Aku tahu dan aku rasa. Terima kasih atas pemberian. Setiap perkataan kau susun buat aku cukup buat aku terasa sampai dalam kerana aku sangat menghargai. Aku ingat warning kau :) Dan air tu cuma berhenti dalam mata dan aku tak biarkan ianya mengalir keluar tapi ada ketika aku mahu agar air tu lancar perjalanannya. Terima kasih aku tujukan buat kau atas pemberian dan sejujurnya bukan cuma untuk pemberian itu tetapi lebih kepada wujudnya kau yang ditakdirkan untuk menjadi sebahagian dalam hidup aku.
Aku taktahu sepanjang dan sejauh mana perjalanan yang akan kita tempuh sama-sama kelak nanti.
Tapi,
Aku tahu setiap apa yang kita lalui bersama sepanjang menuju dewasa ini.
Aku tahu setiap jatuh bangun kita.
Aku tahu setiap sedih gembira kita.
Aku tahu setiap tukar ganti manusia dalam hidup kita.
Aku tahu setiap gagal dan berjaya kita.
Aku tahu setiap rasa dan jiwa kita.
Aku tahu setiap soal jawab kita.
Aku tahu setiap masalah kita.
Aku tahu semua antara kita.
Dan mungkin juga aku taktahu apa-apa tentang kita.
Kau tahu bagaimana aku dan kau cukup memahami, begitu juga aku. Dan kejadian Tuhan dimuka bumi ini sangat sempurna segalanya. Alhamdulillah aku dan kau ditakdirkan untuk saling punya rasa dan memahami, SEJIWA.
Semoga saja harapan dan impian tidak menghalang pertalian yang kita jalinkan selama ini.

Pemberian SEJIWA
Disetiap pagi mata aku celikkan, alhamdulillah masih punya umur yang panjang. Kebiasaannya aku akan mencari 'handphone' disetiap kali aku mulakan pagi.
Dan hari ini aku bangun awal dan bersiap.
Dan aku menerima satu pemberian.
Dari SEJIWA buat SEJIWAnya.
*Terima kasih. *MAHAL
Dan hari ini aku bangun awal dan bersiap.
Dan aku menerima satu pemberian.
Dari SEJIWA buat SEJIWAnya.
Kalau baca
Aku menaip disini kerana aku merasakan bahawa diri aku akan mengeluarkan segala rasa yang berselirat dalam jiwa buat masa sekarang di laman bisu ini. Aku memilih menterjemah segala perasaan disini kerana aku tidak mahu merosakkan mood dan hari.
Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki hari.
Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki mood.
Bukan mudah untuk kita memiliki hari dan mood.
Kerana seolah-olah hari dan mood itu perlu dikejar dengan usaha yang jitu demi mengukir seulas senyum dan selonggok kebahagiaan dalam menempuh setiap helaian hari-hari kita.
Sebagaimana dirimu mengenali diriku kekasih, inilah aku orangnya yang serba kekurangan dalam mencurahkan rasa dalam jiwa buat dirimu dan inilah aku orangnya yang serba berkelebihan dalam mencurahkan jiwa kedalam taipan.
Aku cukup bengkak buat masa ini.
Cukup lebam jiwa dan rasa.
Sebagaimana aku katakan diatas bahawa aku tidak mahu merosakkan hari dan mood yang kita raih saban hari kerana bukan mudah mengatur segala perbualan. Aku selesa dan bahagia bilamana kau gembira. Walaupun aku tidak sebegitu tetapi untuk kau kekasih, aku berusaha dan ikhlas untuk berbuat demikian sebagaimana yang kau lakukan. Aku jernihkan semua rasa aku untuk kau kekasih kerana kau sebahagian cinta, kasih dan sayang aku.
Aku menukar fikiran untuk tidak memberi soalan-soalan kepada kau.
Biarlah jawapannya nanti aku sendiri yang temui.
Aku cuma ingin bahagia dan senyum disetiap bersama kau.
Walaupun bukan disisi.

Mahu kenal ?
Disini aku mulakan setiap apa yang aku rasakan kerana disini aku ternyata lebih terbuka. Kalau mahu membaca aku bacalah laman ini. Kalau mahu mengenali bagaimana rasa aku bacalah laman ini. Kalau mahu menilai aku bagaimana puitisnya diriku bacalah laman ini. Kerana setiap curahan rasa dalam jiwa aku cuma tumpahkan disini. Dan kau orang-orang semua takkan melihat aku disini sebagaimana aku yang diluar laman ini. Kerana ternyata walaupun kau gali sekuat tenaga dalam tempoh mengenali diri aku, kau orang-orang semua takkan jumpa aku disini sebagaimana aku yang kau orang-orang semua lihat aku yang diluar. Ternyata cuma mereka yang sudah jauh menempuh perjalanan panjang bersama aku saja yang tahu dan tahu dan tahu, AKU.
Kompleks kan
Sekeliling aku ada kata yang aku ini bukan seorang yang peduli kerana tidak kelihatan seperti aku orang yang peduli akan hal dan orang yang berada dikanan kiri depan belakang aku. Hakikatnya aku sangat peduli dan sangat peduli akan hal itu. Tapi aku bukan orangnya yang menterjemah semua apa aku rasa ke setiap laku dan perkataan.
Aku sungguh peduli dengan orang-orang bahkan orang yang punya tempat cinta, kasih dan sayang dalam hati aku. Dari keluarga ke sahabat sekalipun orang luar aku sangat peduli perihal mereka semua dan sekali lagi aku nyatakan bahawa aku bukan orangnya yang menterjemah semua apa aku rasa ke setiap laku dan perkataan.
Dan Sejiwa cuma, faham.

Biasa
Akhir-akhir ini hati dan perasaan langsung tak menentu.
Langsung tak menyedapkan diri aku menghadap hari-hari.
Tapi aku masih dan masih biasa.
Langsung tak menyedapkan diri aku menghadap hari-hari.
Tapi aku masih dan masih biasa.
Ahad, 10 Februari 2013
SEPULUH di Februari
Selamat ulang tahun yang ke SEMBILAN BELAS wahai diriku.
Di 19 ini aku bersyukur kepada yang diatas sana kerana memberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi ciptaannya sekali lagi. Syukur juga atas segala nikmat kurnia dariMu kerana telah memberikan aku keluarga, sahabat dan saudara. Syukur juga atas segala nikmat kesihatan, harta, ujian dan kasih sayang yang dipinjamkan kepada diriku. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah keluarga bersama segala ujian kesusahan dan kesenangan. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sahabat handai yang berada disekeliling aku menemani perjuangan setiap hari. Syukur kerana memberi pinjam ke aku seorang Sejiwa yang memahami. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah perasaan Cinta yang sedang aku jalani. Syukur sebesarnya diatas segala nikmat kurnia dariMu Tuhan.
Di 19 ini aku tidak membuat impian setinggi langit atau menginginkan warna ceria seperti pelangi untuk menghiasi setiap helaian hari yang aku tempuhi. Cuma dalam hati aku berharap agar segala ujian dari Tuhan aku mampu hadapi dengan sabar, matang dan sewarasnya. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh aku ke mereka yang disayangi semua ikhlas dan berkekalan. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh mereka untuk aku ikhlas dan berkekalan. Semoga segala pertalian keluarga dan sahabat semakin erat dan kukuh.
Tanpa ujian dan dugaan dariNya mana mungkin aku tahu akan apa itu Cinta, Kasih dan Sayang antara insan.
Terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah.
Semoga aku tidak terleka dalam perjalanan kehidupan.

19
Terima kasih yang sebanyaknya kepada sahabat-sahabat diluar sana yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan aku. Semoga segala doa kalian itu termakbul aminn insyaallah. Alhamdulillah syukur masih punya kesempatan melihat dan mendengar segala nikmat yang ada didunia hasil kurniaan Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Tiada harapan setinggi gunung atau keinginan seluas langit untuk mengharap kalian ucap selamat pada aku, tapi cukup sekadar aku masih lekat dalam ingatan kalian semua.
Terima kasih semua atas ucapan.
Sabtu, 9 Februari 2013
SeNaPas
Sejarah Nasib Lepas.
Aku suarakan keinginan untuk pergi ke stor itu dengan niat mahu menonton kerana seumur kehidupan aku lalui tidak pernah lagi kaki ku dijejak disitu. Hari ini tarikh ini pada jam 3 petang, akhirnya aku menjejak meninggal kesan tapak distor itu. Bersama aku seorang tenaga pengajar inggeris yang punya minat sama dan seorang teman yang mula berjinak menonton lakonan realiti.
Ternyata keberadaan aku disitu menyaksikan segala apa yang berlaku tidak sia-sia kerana persembahan mantap dibentangkan terus ke mata aku. Dan aku juga ketemu dengan seorang kakak yang pernah 4 tahun dahulu menjejak kaki disekolah racis aku mengadakan sebuah bengkel teater bersama teman yang lain. Aku ulang siarkan semula waktu 4 tahun itu kepadanya dan syukur dia masih ingat.
Syukur hari terakhir aku baik.
Terima kasih kalian memenuhi ingin aku.
Persembahan SeNaPas ini mengisahkan dua manusia yang terhalang cintanya dan akhirnya terhasil anak tidak berdosa Mahu tahu kebih, pergilah menonton membawa semua ayah ibu dan kutiplah pengajarannya.

Tak keluar
Pernah aku fikirkan untuk tidak menjadi si penurut sekeliling. Maksud aku menjadi seorang pengikut dalam sekeliling. Kerana seringkali dalam menurut kehendak dalam sekeliling itu tanpa sedar aku sendiri tercalar. Pernah juga terlintas mengapa menurut jika itu akan menjadi penyebab kepada mencalar berdarah hati, aku cuma mampu simpan segala huruf dan kemam perkataan.
Malam di sembilan Feb
Ini malam aku sedang berbaring separuh sedang mata menghadap skrin dan jari jemari membelai-belai papan kekunci. Aku sedang meniti hari-hari terakhir di dunia.
* Hari terakhir seorang Lapan Belas.
* Hari terakhir seorang Lapan Belas.
Salah aku
Kelmarin aku koyakkan hati kau. Dipenghulu hari aku minta supaya izinkan aku menampal semula segala koyakan itu. Ternyata kau memberi laluan dan dikemudian masanya perjalanan kita kembali lancar.
Aku hulur maaf.
Dan kau sambut.
# SHAE - SAYANG
nya
Aku menurut segala tuntutan yang aku rasakan mampu menyedapkan segala rasa hati_ . Aku membikin segala situasi tidak sulit supaya lancar segala rasa hati_ . Dalam segala hal pun semuanya adalah untuk kesedapan hati_ . Selagi aku mampu akan aku turutkan fikir dan cadang dari minda aku demi menyedapkan rasa_ dan situasi_ .
# SHAE - SAYANG
# SHAE - SAYANG
Ucap selamat dari MEREKA
Malam Rabu.
Sampai bilik lepas maghrib.
Mandi kemudian makan.
Semuanya senyap.
Bunyi keletik apapun tiada.
Hati aku terasa dengan suasana itu.
Ditambah cerita dari dugaan luar.
Hati lagi terasa sangat tak stabil.
Aku membikin segala kerja hingga siap.
Lelap.
Pagi Khamis, Februari lapan.
Bangun kemudian keluar.
Kehilangan sesuatu.
Biarkan, boleh dibeli.
Petangnya aku keseorangan.
Rasa-rasa semuanya serba tak kena.
Kemudian malam dan maghrib.
Masih juga aku sendiri termangu.
Kemudian disatu ketika.
Ketukan dipintu bertalu sekuatnya.
Aku diperlihatkan dengan segala barang yang hilang.
Aku lekas dan pantas tutup pintu.
Kemudian dijerit-jerit namaku.
Aku menduga memang mereka dalangnya.
Dan aku membuka daun pintu memberi izin masuk.
Secara sekilasnya aku memandang sesuatu.
Mereka menyerbu dan aku tergamam.
Terima Kasih kalian semua kerana memberi kejutan dan punya ingatan yang kuat terhadap aku. Bukan aku mahu menunjuk segala bagai. Aku kisahkan segalanya disini supaya kelak nanti aku punya cerita mahu dikenangkan.
Ini dari mereka semua.
Sabtu, 2 Februari 2013
Sibuk
Kena mula susun atur acara apa yang akan dilangsungkan sempena hari 'cuti' nanti. Macam banyak sangat perancangan dari sudut sana dan sini. Kena mula stabil dan sedia.
Penerangan yang erkk
Buku pasal apa tu, mama tanya.
Buku pasal puisi dan cerpen, aku kata.
Buku novel cinta ke, mama tanya.
Erm entah sebab belum selak tengok, aku kata.
*malam
Ini buku puisi, mama kata.
Ya, aku kata.
Ini buku puisi, mama kata.
Ya, aku kata.
Buku ini bosan, mama kata.
Itu buku puisi dan cerpen, aku kata.
Nak belajar baca puisi ke, mama tanya.
Taklah, aku kata.
Oh buku ini pasal remaja dan cinta, mama kata.
Ya, aku kata. *erkk
Feb '13
Baiklah minggu ini sudah bermula dengan bulan yang baru semestinya jadual harian aku padat setiap hari. Untuk menanti percutian selama seminggu tidak lama lagi sudah pasti dalam kalendar yang sudah aku setkan peringatannya bahawa minggu ini penuh sekali dengan kuiz dan test. Dan segala bahan bacaan yang aku dapatkan perlu ditinggal simpan dalam rak untuk sementara. Tapi kepuasan setelah aku dapatkan apa yang aku inginkan itu yang sebenarnya ingin disampaikan. Tapi juga bukan itu sahaja ingin diuar-uarkan disini malah selain daripada itu ternyata februari ini benar-benar bulan yang punyai segala rencah agendanya.
Ini bulan istimewa.
Semoga dipermudahkan semuanya.
Ini bulan istimewa.
Semoga dipermudahkan semuanya.
Dapat !
Kalau nak sesuatu mestilah berusaha untuk dapatkan. Walau dengan cara apa sekalipun dan hari ini aku telah genggam dan dapatkan, jyeahh !!
Pesta 1M
Di keramaian itu aku mencelah dan mencelah bersama para teman disisi. Aku diperkenalkan oleh si teman mengenai karya seorang yang punya bakat penulisan. Aku dengan segala kejujuran yang ada mengaku bahawa aku langsung tidak mengenali dan tahu wujudnya si penulis. Ini kerana aku belum menguasai semua selok-belok segala karya yang bersepah di pasaran. Dan aku memilih sebuah karya hasil tangan penulis PetakDaud, ini : MENUJU NAFAS TERAKHIR
Mudah dotkom
Semuanya menjadi mudah bila setiap rasa kau yang tercalar dek kata-kata aku, kau hambur terus keluar semua tanpa menyimpan sebagaimana sesetengah manusia lakukan dan pilih. Syabas kerana menjadi seorang insan yang memudahkan kepada seorang insan yang sulit segala rencah rasanya ini. Kerana apabila kau menyatakan terus tanpa berselindung maka semuanya menjadi mudah untuk aku memberi selonggok penjelasan ke kamu. Jadi semuanya akan berjalan dengan selicinnya diatas permukaan dunia yang serba kasar dengan dugaan.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
#Sayang - Shae
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
#Sayang - Shae
Maaf
Setiap kata setiap tingkah bukan setiap detik aku sedar.
Aku ini golongan manusia macam manusia lain-lain.
Jadi bagaimana mungkin untuk aku lari dari kesilapan.
Pastinya saban hari yang bertukar ganti,
aku ini pasti punya secalit dua kesalahan.
Maaf aku hulur ke kamu jika kata dan tingkah,
aku ini menggores dan mengoyak hati mu.

Isnin, 28 Januari 2013
Rimas
Kau perlu buka seluasnya lagi pandangan kau yang ada sekarang ini. Ya kau sudah membukanya tetapi belum sampai yang seluasnya, kau cuma buka sikit saja daripada keseluruhannya. Yang sikit ini pula kau sudah mahu merengek itu ini saban hari setiap masa. Kebetulan akal aku masih waras dan kesabaran aku juga masih tinggi. Masa aku juga tidak mahu dibuang sebegitu saja semata-mata mahu dengar rengekan kau yang entah apa-apa. Kalau tidak dah lama aku diamkan mulut dan perangai kau yang entah apa-apa tu.
Semua yang kau cerita ke kami itu sikit belaka pelajaran yang baru kau belajar dari kehidupan ini. Kau tak melihat lagi selain daripada itu. Aku dah punya koleksi yang melimpah ruah tentang pelajaran-pelajaran yang aku belajar dulu dari semua teman.
Malas cakap banyak, kau perlu teroka lagi.
Itu saja.

Semalam yang hangat
Semalam macam masih berlangsung dalam hari ini sebab aku masih lagi mahu memandang mahu mendengar segalanya tentang dia. Semalam macam ruangnya itu sempit walaupun pusat membeli-belah itu besarnya bukan main. Semalam macam masanya singkat walaupun banyak sekali dilakukan sama-sama. Baru aku sedar yang aku masih bersama dengan semalam. Semalam masih hangat dalam diri aku. Sungguh dalam dada aku masih terasa ada sisa rindu yang tinggal, belum langsai semua rupanya.
Persoalan yang masih berlegar dalam kepala sejak semalam hingga hari ini mengapa walau sudah mata bertemu mata mulut bicarakan tentang rindu dan lain-lain perkara, ternyata masih juga rindu itu mengambil tempat dalam segala rasa. Dan aku mula memahami bahawa jarak yang menjadi pemisah selama ini bukan masalah utama. Tetapi rasa yang tercipta antara aku dan dia yang memainkan peranan sebaiknya. Aku mengagak bahawa itulah yang mengundang rindu aku walaupun aku sudah ketemunya.
Terima kasih untuk semalam.
Semalam yang hangat.

Pelik
Dah jumpa setelah lamanya.
Walau mata depan mata.
Hati masing-masing,
Tetap lagi masih ada sisa,
RINDU.
# Sayang - Shae
Walau mata depan mata.
Hati masing-masing,
Tetap lagi masih ada sisa,
RINDU.
# Sayang - Shae
Us
Semalam ahad.
Aku dan dia.
Iaitu kami.
Bersiar-siar.
Menonton.
Luang masa sama.
Makan-makan.
Jalan-jalan.
Pulang.
# Sayang- Shae
Aku dan dia.
Iaitu kami.
Bersiar-siar.
Menonton.
Luang masa sama.
Makan-makan.
Jalan-jalan.
Pulang.
# Sayang- Shae
Ahad, 27 Januari 2013
Kemahuan
Isi-isian,
Bau-bauan,
Bunyi-bunyian,
Cuaca-cuaca,
Gelombang.
Rindu lautan luas. Tenang. Tapi sekali menghempas cukup untuk memusnahkan semua.
Jaga-jaga.
Bau-bauan,
Bunyi-bunyian,
Cuaca-cuaca,
Gelombang.
Rindu lautan luas. Tenang. Tapi sekali menghempas cukup untuk memusnahkan semua.
Jaga-jaga.
Eh
Memang lagak orang berkasih sayang sabarnya memang lebih, lain daripada biasa eh. Disuruh memang tengok-tengok dan jaga-jaga hati dia-nya agar tak bersepai lebur calar rabak koyak selalu eh. Supaya dia saja memanjang berkeadaan sedap selalu eh. Kalau itu kondisinya sabar lebih eh.
Onar
Kau tak boleh dengan cara aku.
Aku pun tak boleh dengan cara kau.
Tolong jangan bikin serabut dengan perkara mudah.
Penat ah !
Aku pun tak boleh dengan cara kau.
Tolong jangan bikin serabut dengan perkara mudah.
Penat ah !
Terpulang
Aku takkan faham dan takkan faham dan takkan faham kenapa segelintir atau kesemuanya manusia di sekeliling aku ketemu saban hari sering mengaitkan tentang politik dan politik bilamana sesuatu perkara dibincang ke arah negara. Bila masuk soal negara secara otomatiknya pasti bersangkutan dengan pemimpin-pemimpin negara dan kemudian politik.
Di kotak pemikiran mereka ini semua tentang politik dan mereka katakan "aku benci cakap pasal politik", "dah mula dah politik" dan yang lain-lain. Bila aku 'cakap' sikit mulalah nak kata itu-ini dan sebagainya. Kalau dah mula bunyi-bunyi aku ini mudah, cuma tamatkan saja. Bukan soal tidak sekepala atau seangkatannya, cuma golongan manusia ini takkan pernah mahu kalah dan mahu tetap saja dengan apa yang ada dikotak pemikiran mereka.
Tak tahu mahu kata apa dan bagaimana mengubah pemikiran 'orang kita'.
Sedangkan tanpa sedar atau sedar atau tidak mahu sedar atau tidak sedar diri, setiap inci dari kehidupan manusia ini semuanya berpolitik. Katakan dari sudut perlakuan mahupun perkataan yang dikeluarkan semuanya pasti ber-politik. Pasti ada !
Pembohonglah kalian kalau katakan tidak.
Mudahnya begini saja. Mengapa mahu sesakkan fikir sendiri jika mereka manusia jenis begini dan begitu tetap terus saja macam tu, biarlah mereka terus hanyut dengan tanggapan sebegitu.
Soalnya pula pada diri aku nanti, sampai bila ? sampai bila mahu dibiar hanyut selesa dan teguh dengan pemikiran yang sebegitu rupa ? sampai bila mahu 'orang kita' ini sinis keji dengan tanggapan tidak suka itu-ini berkaitan politik ?
Cakap banyak atau apa-apa sekalipun tiada gunanya andai DIRI dan mentaliti mereka manusia diatas ini masih mahu sebegitu rupa daripada awal kehidupan sehingga nanti berakhirnya kehidupan. Jikalau dipertengahan kehidupan mereka tersedar, mungkin sekali sudah menjadi bubur atau jikalau masih punya untungnya mungkin sekali baru mahu menyesal tidak 'fikir' dari awal.
Terpulanglah, nah menyampah !

Sabtu, 26 Januari 2013
Teringat
Perjalanan masa itu pantas sesungguhnya tidak terkejar oleh aku. Sedangkan dalam fikir aku masih lagi terbayang semua memori yang telah lepas seakan semuanya fresh lagi. Ahh ! Rindu !
Bakal tua
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menggapai nombor itu. Semoga saja perjalanan menuju ke nombor itu tercapai insyaallah. Kerana aku tidak tahu apa yang bakal terjadi esok dan selepasnya. Semoga saja aku masih punya kesempatan.
Peaca yaw !
Masa berubah seiringan juga dengan manusia yang berubah.
Perubahan itu dimana-mana.
Perjalanan hidup perlu terus.
Ketidakpuas hati dan seangkatannya itu makanan.
Tinggal lagi balik semula kepada diri sendiri.
Tabah dan kuat mengharung.
Menghadap realiti dengan sepenuh daya dan kasih sayang pada semua.

Pedulikan je
Kalau aku memuji kurniaan Tuhan pada manusia lain itu dianggap sebagai gatal dan lebih teruk lagi lalu bagaimana harus aku terjemahkan kuasa Tuhan aku itu dalam perkataaan atau melalui pandangan ? Kalau kau tidak pernah berbuat demikian tidak payah aku taipkan disini ketidak senangan hati aku terhadap kata-kata kau wahai manusia.
Aku percaya bahawa setiap daripada kita pernah memuji kurniaan Tuhan samada melalui terdetik dihatinya atau terkeluar perkataannya atau juga terbit difikirannya. Tidak mungkin tiada seorang manusia pun tidak melakukan itu.
Manusia itu lemah dan penuh dengan kekurangan.
Maka sama-sama perbaiki bukan mencaci maki.

Tempuh
Setiap kesusahan aku,
Adalah peringatan Tuhan,
Tentang kesenangan,
Yang menunggu aku,
Aku,
Cuma,
Perlu,
S A B A R :)
Adalah peringatan Tuhan,
Tentang kesenangan,
Yang menunggu aku,
Aku,
Cuma,
Perlu,
S A B A R :)
Habuks
Agak lama tak menaip dan tak buka laman ni. Kebelakangan ini sibuk sangat dengan segala test dan quiz bagai belum campur aktiviti lain.
Lama tak buka alam maya ni sebab tiada penghubungnya dan yang terhangat tak berapa isu video listen, tapi itu semua seminggu lepas dan baru hari ini aku buka Youtube sebab nak tengok apa benda laa isu pasal video tu. Kalau nak kata ketinggalan dalam isu semasa lebih kurang jugalah sebab dulu awal semester rajin beli surat khabar sekarang tak beli dah.
Nak singgah perpustakaan yang ada pun tak cukup masa sebab dah penat dengan kelas dari pagi sampai petang, padatnya bukan main. Habis je kelas balik bilik tidur. Macam tu setiap hari kecuali hari ini bercuti dapatlah tengok tv sikit-sikit, selak-selak surat khabar. Tapi dah lama tak keluar jalan-jalan. Tapi yang tu kurang penting, yang penting apa yang aku nak capai untuk semester ini. Weehuu !
Sabtu, 12 Januari 2013
Diuji
Kehidupan selama seminggu tanpa sumber air sangat memberi tekanan hebat. Fizikal aku penat dengan segala kerja mengerah kudrat mengangkut air. Setelah seharian mental aku didera untuk menerima ilmu hasil penggalian selama dari mula terbit matahari sehingga terbenamnya bintang itu. Sungguh aku cuba seimbangkan emosi sebaik mungkin walaupun kadangkala aku terlepas sesuatu yang kurang baik. Maaf.
Seperti kata-kata mr.E yang masih lagi terngiang sampai sekarang, seorang pekerja kontrak itu tidak sepenat seorang pelajar kerana seorang pelajar bekerja menggunakan mental manakala seorang pekerja kontrak itu bekerja menggunakan fizikal. Walaubagaimanapun, bagi aku ini tugas dan tanggungjawab. Aku membawa harapan yang diletakkan dibahu. Supaya suatu hari nanti aku memberikan sesuatu istimewa buat orang tua. Justeru setiap masa harus diperkuat hati dan jiwa untuk menghadap realiti walau sesukar mana pun ia.
Sebenarnya keadaan di tempat lain juga sama seperti di tempat menuntut aku, tiada langsung air tetapi yang ada cuma bekalan dari pihak berkenaan. Seorang teman kata, takapa ini ujian menjadi seorang pelajar. Ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran seseorang kerana selama ini sudah terlalu menggunung nikmat yang dikecapi, ini Allah baru ambil sedikit jadi sabarlah, cuma sementara sekurangnya sabar itu pahala. Dan aku bersyukur kerana merasai pengalaman ketiadaan air dan bagaimana terjejas aktiviti seharian mereka iaitu penduduk setempat yang lain. Kami berkongsi rasa dan kepayahan yang sama.
Semoga semua urusan harian kami dipermudahkan dan berjalan lancar. SABAR.

Sebelas
Selamat SEBELAS :)
Dah harung dua purnama sama-sama. Pahit dengan manis tu hari-hari ditelan. Tiada harapan setinggi gunung atau keinginan untuk sesuatu istimewa seperti bulan dan bintang. Cuma pemahaman, kejujuran, kesetiaan dan segala yang baik dalam pertalian ini. Sungguh aku sayang dan rindu.
Sudah aku kata aku tak suarakan tapi dalam jiwa aku dah pahat rindu dan sayang. Rasa yang dikongsi ini semoga menjadi sumber kekuatan dan perkongsian sesama kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan corak warna yang luar biasa.
# SAYANG - SHAE

Ahad, 6 Januari 2013
Hermm
Kenapa eh kau tidak berikan sepenuh keyakinan kau ke aku? Kenapa eh aku rasa sangat terkoyak dengan semua luahan pandangan yang kau muntahkan ke aku? Kenapa eh aku rasa seakan aku mahu kembali semula menjadi aku yang dulu?
Dulunya aku cuma membawa hati dan akal aku untuk menimba dengan senangnya tanpa perlu aku berjaga-jaga dengan hati istimewa. Kini aku perlu berjaga-jaga dengan hati dan menjaga hati istimewa itu. Sungguh aku akui aku sayang penuh kepada kau tapi masih kiranya kau hilang dari pandangan dan kehidupan aku kelak, bagi aku itu bukan satu pengakhiran hidup. Seperti kata sahabat aku, berhentinya cinta dan sayang dari seorang lelaki itu tidak bermakna itulah titik akhir dalam kehidupan kita. Aku kunci kata-kata kau dan betul juga selama hidup ini itu yang aku genggam dan bawa dalam perjalanan hidup.
Kepada mu sahabat, aku mahu kau kuatkan hati walaupun cinta dan sayang kau sekarang ini sakit bersama sakitnya hati kau. Ini pelajaran hidup.
Sakitlah tapi bangkit.

Haihyo
Aku sudah mula kelas lagi dan sudah tinggalkan hari-hari sukaria dibelakang. Tapi seakan kurangnya hari tanpa semangat untuk belajar. Aku taktahu apa kurangnya diri. Setiap kali tukar gantinya hari aku masih juga disitu dengan sikap lemah yang sama. Taktahu kemana hilangnya satu spirit yang selama ini aku bawa ke kelas. Sumpah aku tak tahu.
Selasa, 1 Januari 2013
Latar dan kisah
Rasa itu berterusan dan akan terus menerus dirasa disatu sudut dalam hati. Walaupun realitinya tidak lagi bersama tetapi itu semua tidak menghalang akal untuk terus mengorek apa jua memori atau peristiwa yang telah dipahat bersama-sama insan sekeliling. Di beberapa ketika pasti kita terkenang-kenang seorang dan juga timbul semula segala rasa yang pernah wujud disatu ketika dulu.
Semoga ini semua tidak menjadi penghalang dalam diri kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semua orang yang kita jumpa itu punya pelbagai kisah dan latar untuk dikongsi bersama kita jadi anggap saja setiap pertemuan itu sebagai suatu tajuk baru dalam kehidupan, belajar memahami dan mendalami.
Setiap insan disekeliling kita punya kisah mereka yang tersendiri dan ini kisah diantara aku, kau dan dia.

1 JANUARI 2013
Selamat Tahun Baru.
Happy New Year.
Harini hari pertama di tahun 2013, 1 daripada 365 hari.
Tiada azam atau harapan, cuma semua peristiwa 2012 tak kira apapun rasanya semuanya aku semat kukuh dalam hati dan ingatan. Semuanya. Tahun yang berubah cuma pada angka semata tetapi diri kita masih juga sama. Semoga diri kita ditambah baik dari segala sudut. Semoga juga diri kita tidak alpa dengan segala kesenangan sahaja tetapi beringat tentang kesusahan juga.
Tentang pertalian yang terjalin sesama sahabat, keluarga dan saudara-mara kita perlu mantapkan lagi supaya ukhuwah yang terjalin antara sesama insan ini kekal terpelihara dan perlu sentiasa dipelihara. Tentang pelajaran dan kerjaya semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT dan diberi kejayaan serta kenaikan pangkat. Tentang hati dan rasa semoga semuanya gembira dan bahagia, dugaan dan cabaran itu perlu untuk menguji hati dan rasa. Semoga saja semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik untuk menghadap semua urusan mendatang.
Doa yang baik buat semua ditahun yang baru dan hari yang baru.
Semoga semuanya ikhlas dan sabar menghadap realiti 2013.

Langgan:
Catatan (Atom)