Selasa, 31 Julai 2012

Sesak

Sesak,
Semakin dalam rasa itu,
Semakin tajam pandangku,
Seakan tak mampu diusir,
Bila rasa itu ingin aku singkir.

Ingin aku hambur,
Semua sekaligus,
Biar tepat terus,
Dihadapannya agar pudar semua,
Rasa rasa yang terpendam lama.

Kopi pes

Jarak bukan untuk menghukum, atau memisahkan. Tapi jarak lebih kepada penjagaan antara satu sama lain.

Isnin, 30 Julai 2012

penghubung

Aku tekan tekan sana sini.

Kadang kadang usap perlahan sebab sayang sangat.
Kadang kadang rasa nak buang jauh je.
Korek dalam dalam, gali keluar semua isi isi.
Tambah tambah yang berselirat rasa nak ganyang habis.

Tapi, sebab cuma itu je penghubungnya, aku sabar lagi.
Alahai modem.

Yang mana satu

Nampak macam semua nak kaut.
Jangan.

Ini bukan amaran, tapi ingatan.
Boleh je buat koleksi, tapi nanti semua hilang serentak satu habuk pun tak lekat.

Dah banyak cerita gini, ambiklah pengajaran ke masih belum belajar. Beringatlah.

Kau dah kenapa ?

Dah gaharu cendana pula.

Acah acah pulak, sejak bila ni? Nampaknya dah semakin jinak ya.
Senangnya jadi bahan, tak lama lagi nanti jadi apa pulak ?

Pandai pandai la yaa.

Nanti usahakan

Ada lagi mungkin.
Tapi taktahu dekat mana.

Kalau masih disitu, bagus.
Kalau dah hilang, tak bagus.
Tapi,
satu hari nanti pasti capai.

Nanti aku usahakan.

Kurang lebih

Rasa ada kekurangan, tapi apa.

Ada apa apa yang aku tertinggal ke.
Ada apa apa perkara atau orang yang sebelum ni aku biasa tapi sekarang tak biasa lagi.
Tapi apa?

Serabut cari jawapan.
Kembali pada Tuhan, itu saja penyelesaian terbaik.
Hmm.

come on la

Telinga, otak dan akal.
Penat.

Dengan seharian menghadap macam macam ragam, balik pulak kena tadah lagi halwa aku dengan rengek kau.

Perkara remeh, kenapa ambik sebagai berat?
Tolonglah.
Besarkan perangai sama macam usia tu.

Lelah sangat

Duduk duduk,

Berbual isi isi kosong,

Mata dah separuh lelap,
Tangan, jari masih ligat,

Tapi masih juga nak menghadap,
Semua borak kosong,
Semua laku pesong.

Aku penat !

Ahad, 29 Julai 2012

Selagi mampu

Hadir dengan tujuan,
Pergi dengan keuntungan,
Beli aku dengan senyuman,
Dengan keramahan.

Tapi aku tahu apa mahumu,
Aku tak sedungu fikirmu,
Aku tahu semua laku,
Semua tujuan kau itu.

Aku,
Masih tetap disitu,
Berharap agar ikhlas hatiku,
Berkongsi dan mengajar,
Walau kau masih kurang belajar.

Ahad, 22 Julai 2012

Memang manis

Ukhuwwah itu manis,
Bila kita isi dengan rasa kasih,
Bukan kerana belas,
Tapi rasa ikhlas semata.

Sabtu, 21 Julai 2012

Laungkan

Terima dan terima,
Simpan kemas semua,
Ke dalam jiwa sedalamnya,
Biar perit atau sungguh luka.

Realitinya tidak seindah kata,
Mimpi pula terbata bata,
Kejadian selalu diluar duga,
Tapi ditahan juga hati yang duka,
Kerana tahu Tuhan sedang menduga,
Sekalian hamba hamba,
Yang sering lemah dan kurang upaya.

Laungkan semua,
Segala apa yang mencengkam dada,
Agar terburai segalanya,
Supaya jiwa tidak lagi merana.

Memburu dan membelenggu,
Laungkan sekuat hatimu.

Jangan leka

Sekarang kau boleh berkata pada mereka, ini hidup aku, aku bukan budak kecil untuk kau tentukan apa yang boleh apa yang tidak boleh.

Dulu, mereka juga seperti kau. Atau mungkin jauh lebih baik. Lalu mereka diingatkan oleh orang orang yang sebelum mereka, dan sekarang mereka mengingatkan kau. Tapi kau meremehkan mereka. Kau anggap itu semua seperti membentuk budak kecil.

Kalaulah kau tahu,
Bagaimana kehidupan di kota lumpur ini serta yang lain, kau tak hidup disekeliling sini. 
Kau belum lagi mengerti.
Dan nanti aku pasti,
Kau akan ucap terima kasih di kemudian hari.

Kenapa dan apa tujuannya,
itu semua kerana punya alasan sendiri.
Bukan untuk konsep 'budak kecik' atau 'kecik lagi'.

Jangan menyalahkan kerana tugas aku dan mereka sudak jalan, kini tinggal diri kau.
Jangan leka, itu saja.

Nak, tapi

Aku nak, kesemuanya.

Tapi, ini bukan masa yang sesuai.
Kata pada diri, sabar lagi dan tambah usaha.
Jangan tamak, nanti rugi.

*Sabar lagi, nanti semua pasti dalam genggaman.

Hari ke-1

Hari pertama ramadhan,
terasa masa sangat cepat berlalu alih alih dah petang.

Sedangkan baru terasa pagi tadi bersahur.
Masa oh masa.

Salam ramadhan, semua :)

Shahir

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa :)

Poem

Minggu lepas mereka memilih aku sebagai calon mewakili kelas untuk pertandingan poem, hasil karya seorang pelajar dari kelas yang sama. Dan harinya ialah hari ini.

Hasil kerjasama semua termasuk lecturer yang banyak membantu,
Alhamdulillah, kamilah juara kesemua kategori.

Inilah namanya, usaha dan percaya. 
Terima kasih ya, semua.


PD OO3B

Twitbook
" Life is incomplete without social networks,
In the name of Twitter and Facebook,
The masters of all masters,
The beasts of all beasts,
The two lovers that cannot be separated "

and so on ..


Sabar

Kau kata sabar,
Dia kata sabar,
Mereka kata sabar,
Aku kata sabar, ke?

Kata sabar, sabar dan sabar.
Nanti datanglah balasannya.
Orang yang sabar itu pemenang,
Orang yang sabar itu juara,
Macam macam kata orang tu orang ni,

Haihh,
Sabar jelah.

*Sabar lagi -_-

Golongan kamu juga

Sarungkan muka kau topeng,
Nanti senang untuk berdongeng,
Kepada sekalian manusia,
Golongan kamu juga.

Sembunyikan rautmu,
Jelmakan sisi gelap dirimu,
Kepada sekalian manusia,
Golongan kamu juga.

Berpuralah,
Selagi gagah.

Khamis, 19 Julai 2012

Bukan Bukan

Bila aku kata bukan bukan,
Orang memandang aku dengan pandangan bukan bukan,
Bukan aku campak jauh semua kesopanan,
Tapi manusia yang bagi aku dorongan,
Jadi apa perlu lagi ketertiban,
Bilamana tiada istilah layanan.

Bila aku kata bukan bukan,
Habis hilang semua erti kebaikan,
Yang mana pernah aku taburkan,
Yang mana pernah aku tunjukkan,
Yang mana pernah aku buktikan,
Apa lagi yang tinggal selain ketinggalan.

Itulah dunia,
Selalu membuat aku terluka,
Manusia itu tak sempurna,
Kenapa masih mahu mencacat cela ?

Rabu, 18 Julai 2012

Usaha dan percaya

Bila kau taburkan keringat usaha,
Percayalah nanti kau peroleh sesuatu,
Sertakan kesabaran dalam berusaha,
Pasti kepuasan menjalar dalam dirimu.

Usaha,
Siang malam memerah keringat,
Percaya,
Sesuatu akan menantimu didepan sana.



Selasa, 17 Julai 2012

Hujan

Hari ini hari untuk hujan.

Bersyukurlah selagi langit itu pemurah.
Alhamdulillah dengan nikmat Allah.

Kalau kau mengerti

Pengertian itu lahir sendiri,
Hasil dari usaha ingin memahami,
Jika engkau sendiri berlari,
Usah berangan akan diberi erti.

Berharaplah agar dirimu seorang yang mengerti,
Makna kehidupan didunia ini,
Hidup sementara cuma disini,
Yang kekal selamanya cuma diatas sana nanti.

Sedang mereka diluar sana berlumba ingin mendalami,
Apatah lagi kau yang hampir disini.

Biarkan

Kesejukan menjalar ke seluruh tubuh,
Aku biarkan saja urat sendi saling selingkuh,
Menahan embun malam yang dingin,
Membiarkan seluruh tubuh dibuai angin.

Kepala dibiar kosong dari segalanya,
Agar bisa melayan segala rasa,
Jiwa dan hati saling menyoal,
Sisa sisa persoalan yang tinggal,

Untuk dilayan bersama angin malam ini,
Mencari makna dan erti sendiri.

Isnin, 16 Julai 2012

Sendiri

Ada masa perlu menyendiri,
Mencari makna hidup dan hati,
Bukan sengaja menyepi,
Tetapi ingin masa buat diri.

Dunia sering mengunci jiwa,
Kadang membuat aku terluka,
Biarkan aku manfaat waktu yang ada,
Sementara merawat duka,
Untuk terus kuat mengharung dunia.

Masih jauh

Bila melihat kebesaran ciptaan Tuhan,
diri terasa sangat kecil sebesar zarah saja jika nak dibandingkan dengan ciptaanNya yang lain. Hati menjadi sayu mengetahui bahawa diri ini seringkali lari dari tanggungjawab.

Sejauh mana manusia berjalan membawa diri, segembira atau sesedih mana diri seorang manusia itu, Dia masih setia diatas sana.Manusia itu kekurangan serba serbi. Cuma mencari Dia bila dilanda sesuatu, cuma meminta bila tidak mendapat.

Meminta, meminta dan terus meminta, Tanpa berfikir berapa kali saja kita memberi.

Terus demi mereka

Situasi itu pengaruh terbesar emosi.

Kadang tak mampu untuk terus senyum, untuk terus ketawa.
Tapi demi mereka yang disayangi, tersenyum dan tertawa itu merupakan hadiah untuk mereka.
Itu yang membuat aku terus tegar untuk mereka.

Biar hati dan perasaan kita simpan didalam demi mereka.
Kerana bagi aku itu suatu pekerjaan.
Pekerjaan yang mulia, mudah.
Hidup ini indah jika kita menikmatinya, jadi nikmatilah :)

Ahad, 15 Julai 2012

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata 
Yang indah untuk diabadikan 
Tiap wajah berkisah 
Tiap madah bererti 
Manakah ilhamku 

Cahaya di matamu 
Senyum di bibirmu 
Mengukir seribu tanda pertanyaan 
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan 
Di saat begini aku merindukan 

Berhelai-helai surat 
Terbiar di depanku 
Tak dapat aku utuskan 
Ku ramas semua 
Dan ku buangkan 
Jauh dari pandangan 

Lalu aku kesal 
Ku kumpul semula 
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa 
Jika engkau tahu di dalam hatiku 
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku 

Dengarkanlah panggilanku 
Dengarkanlah lagu untukmu 
Angin lalu kau sampaikan 
Rasa rindu yang membara 
Kepadanya 

Warna-warna cintaku 
Kian pudar bersama 
Malam yang gelap gelita 
Entahkan kau rasakan 
Apa yang aku rasa 
Atau kau tak endah 

Tapi ku percaya 
Semua telah tertulis 
Dan niat suciku takkan disiakan 
Dan di suatu masa 
Di hari yang indah 
Ku hulur tanganku 
Lalu kau terima




*Fav :D !!

Hmmmm

Rasa lain, sangat.

Takde jawapan untuk persoalan yang ada.
Kenapa ya?

TakeCare ye yayang :)

Sabtu, 14 Julai 2012

Potret


Tempat: Memori sendiri
Masa: Sepanjang hayat

Potret itu indah, seindah memori yang dipahat. Biarkan potret itu terus kaku bersama dengan kisahnya. Andai kelak nanti mereka lupa aku, mereka itu tetap serupa pada aku sebagaimana aku mengenal mereka didalam potret itu :)

Berairlah wahai sepasang kelopak

Kadang ada yang tak terungkai dihati,
Saat menempuh sehari yang berduri,
Bilamana tiada siapa yang memahami rasa ini,
Sekalipun mereka mereka yang disayangi,
Terasa perih sekali rasa hati,
Membuat aku tewas bersama emosi,
Membuat aku berair sendiri,
Aku bangkit mengadu pada ilahi,
Agar dihilangkan semua rasa ini.

Tidak semuanya senang seperti disangkakan,
Bilamana aku berusaha sehingga kelelahan,
Ada saja yang memperkecilkan,
Saat itu diri terasa melakukan kesalahan,
Maka jiwa aku pun mengajak hanyut bersama perasaan,
Dan aku hanya mampu menguntum harapan,
Agar mereka ditunjukkan oleh Tuhan.

Menangis itu perlu,
Bilamana perasaan itu menggunung pilu,
Saat dimana dunia memandang sebelah mata kepadamu,
Saat dimana dunia meminggirkan dirimu,
Biarkan sepasang kelopak berair pilu.

[2228]
[140712]
Menghadap frame FRIENDS.

Selamat Pagi

Selamat pagi semua.

Nikmati pagi ini dan hari ini sebaiknya. Hari yang baik bermula dengan penyerahan diri pada waktu pagi.
Selamat pagi.

Lebih kental didalam

Jumaat, kelas bermula seperti biasa.
Aku dengan caraku, mereka dengan cara mereka. Masih lagi dalam bayangan katil dan lena yang singkat, tergantung gitu. 

Masuk pencurah ilmu, ruang mula kaku tanda menghormati, itu adat melayu. Dua helai kertas yang telah tercatat isi isi untuk pertandingan dikeluar, aku mula mengerti. Itu tanda kertas yang punya isi terpilih. 

Dia, isinya yang diluah terpilih. Melankolik lontaran rasanya.
Aku pernah merasa apa yang dia rasa tapi situasi berbeza cuma konsep yang sama. Lontaran kata kata digabung dengan muzik pilihan menjadikan sepasang kelopaknya kalah dengan emosi.

Salut untuk dia dari aku kerana dia akur dengan emosinya. Dia hayati jiwanya, lebih mudah kerana itu rasanya yang realiti bukan ciptaan.

Tugas itu untuk aku seharusnya, tapi aku serah kepada yg lebih layak.
Jiwa tiada bagaimana mahu menjiwakan penonton nanti.

Semoga berjaya kepada si layak.

Cuma partikel kecil

Melihat kepada bangsaku aku sayu.
Kiri kanan keliling atas aku semuanya nampak pilu.
Tidak semudah berkata kata untuk mengubah realiti itu.

Lidah senang bicara apa pun, selancar menarik punat pistol lalu keluar peluru.
Memikir cara mengubah saja akal ku mula kaku.

Pandang jauh ke depan tapi mata nanti jatuh juga ke dalam diriku.Kerana apa?
Kerana untuk mengubah perlu berubah diri dulu.
Baru kena dengan apa yang ingin digubah itu.

Aku cuma sebesar zarah habuk, yang masih lagi terbang di awang awang mencari arah tuju.


Jumaat, 13 Julai 2012

Mungkin, memang begitu

Naturalnya memang macam tu, begitu.

Memang, perwatakannya dia straight forward. Terus muntahkan ke muka orang tu apa yang dia tak suka. Hati dia terasa sangat cepat. Lepas tu, mula dengan luah rasa-rasa tak berpenghujungnya tu. 

Bagus, memang bagus macam tu.
Lebih lebih lagi kena pada orang yang memang tak reti menerima pandangan, luahan pendapat dari akal lain. Muka dah licin sesedap mata yang memandang, tapi sikapnya tak semenggah dengan rupa. Sayang kann :)

Balik kepada yang memang begitu,
anda berhak luah apa saja kerana itu rasa anda tapi nanti jangan kata makan tuan. 
Mulut bisa itu perlu tp jaga juga hati hati yang berkenaan walau takda yang jaga hati anda.
Apapun, teruskan usaha murni untuk berkongsi ilmu. 

Khamis, 12 Julai 2012

Cita dan Impi

Citakan dan impikan angan,
supaya nanti langkahmu kan lebih teratur.
Bila sudah bermisi pasti jalan pun mudah,
kerana tahu apa yang dimahu.

Citakan dan impikan angan,
walau didepan nanti nyata ada sukarnya.
Bersama teman kaki melangkah,
awal atau lewat bukan penghalangnya.

Citakan dan impikan angan,
hulur tanganmu dan satukan denganku,
bila sudah menjadi satu genggam,
kita melangkah sama, tapi jangan lupa asal.

[1444]
[120712]
Atas lantai.

Sayu

Sayu jadi latar. Kenapa?

Tiada sebab musabab jelas untuk dirungkaikan.

Rabu, 11 Julai 2012

Dia

Satu masa sebelum ni, dia bukan pilihan untuk digemari.

Tapi, selepas beberapa kisah terjadi maka dari situ rasa menyukai dan mula tersayang. Lumrah manusia selepas dah terngadah baru nak tersedar. Dia nasihati, dia membimbing.

Selepas beberapa ketika, kesedaran aku mula meninggi.

Dahulu dia yang bukan piihan, beberapa detik selepas itu dia digemari malah ucapan terima kasih untuk dia aku sampaikan kini. Walaupun budi yang ditabur tidak meminta balasan, jauh disudut hati dia penghargaan dan kejayaan anak didiknya sudah cukup untuknya.

Maka, satu hari nanti kalau punya peluang dan ruang, umur dan rezeki, aku akan tunjukkan tanda penghargaan aku untuk dia, insyaAllah :)

*Ilmu itu tiada jika tiada insan insan sepertinya, semoga jasa kalian Allah SWT membalasnya.

Selasa, 10 Julai 2012

Tulis

Kita menulis.

Tulisan yang terhasil itu interpretasi rasa jiwa, rasa hati.
Tidak ramai diluar mengerti cuma diri kita yang memahami.

Biar apa tanggapan mereka, teruskan.
Sebab ini taipan kita, rasa kita bukan mereka. 
Selagi tidak masuk konsep menyakiti, jangan berhenti.


*Kembara selagi mampu

Di petang

Petang ini petang biasa.

Seperti petang yang sudah sudah, tidak ada yang luar biasa.
Petang yang kesudahannya nanti diganti malam.

Lalu aku pun bangkit untuk menyambut malam, seperti hari hari yang sudah.
Selamat petang, kalian :)

Isnin, 9 Julai 2012

Murahnya

Kata kata ada nilai.

Tapi berapa ramai yang memaknakan kata kata ?

Ya,
kita tidak tahu hati mereka mereka. Siapa kita untuk menjadi penilai sedangkan diri sendiri pun belum layak untuk dipersembah untuk dinilai. Tapi keyakinan aku tinggi mengatakan ramai yg tidak memaknakan kata kata.

Kata kata dijual sana sini, murah. Kata kata dikata dengan sesuka hati.
Sebenar, kata kata itu bernilai cuma tinggal penutur kata itu sama ada dia memaknakan apa yang dikatakan atau cuma omong kosong.

Murah, murah dan terus terusan murah.

Diam dan perhati

Diam dan perhati itu bukan kerja mudah.

Bila diam, kita perhati dan langkah seterusnya kita kaji dalam kepala. Proses seterusnya kita fikir dan rumuskan.
Betulkan, bukan semudah itu diam dan perhati.

Kerana,
kita berperang dengan perasaan, dengan hati.
Tiada siapa ditepi belakang kita mendengar jeritan.
Jeritan dari dalam jiwa dan hati kita. Jeritan yg punya perlbagai makna.

Yang mengerti jiwa kita cuma dua, iaitu kita dan Tuhan kita.
Tiada siapa selain DUA diatas.

Kepercayaan

Entah.

Kalau kita berbuat kebaikan kepada orang, maka kebaikan juga orang akan beri kepada kita.

Tapi,
kepercayaan aku terhadap pernyataan diatas sama sekali semakin berkurang.
Kebaikan dibalas kebaikan? Benar ke? Tidak ke?
Jawapan aku cuma, entah.

Kadang aku setuju, kadang aku tidak setuju. Sebab keadaan yang meletakkan kepercayaan aku semakin bertambah atau berkurang. Keadaan itu keadaan ini. Semuanya keadaan.

Aku cuma percaya satu.
Jika kita berbuat baik kepada manusia, Allah SWT akan membalas kebaikan kita.
Kalau tidak didunia ini, diakhirat sana pasti.

Menaip lagi

Minggu minggu belakangan ini masa aku kurang.
Penuh hari hari aku dengan hal dunia.

Jadi,
hari ini aku punya kesempatan sebentar.
Aku rebut dan aku luah.

Ahad, 8 Julai 2012

Kejap je

Masa tu memang tak boleh beli ya?
Tak ada jual ya?

Tapi petang ni dapat jugak curi masa kejap :D
Tak puas tapi lepas sikit laa rindu.
Hmm insyaAllah aku akan cari masa.

Terima kasih :D

Jumaat, 6 Julai 2012

Akan rinddu

Babee,
akan rinduu kau sangat.

Nanti kita jumpa ye, hmm.
Mungkin ini permulaan terciptanya jarak antara kita :)
Mula jinak jinak biasakan diri.
Hehe.

Jaga diri ye
Love yaa .

Hyee

Assalamualaikum :D

Hari ini hari pertama sampai awal kat rumah sebab takde kelas.
Kejap lagi bertolak ke Lumut.
Cuci mata, tukar angin sekejap.

Tinggalkan semua masalah masalah yg ada,
nikmati panorama indah sepanjang jalan, mungkin.
Selamat tinggal Kota Lumpur.

Jaga diri semua.

Ahad, 1 Julai 2012

Bye

Jumpa jumaat nanti.

Setiap hari itu peluang.
Setiap hari itu rezeki.

Teruskan usaha, dan senyum.
Selamat ya semuanya.
TakeCare.

Pilihan atau dipupuk

Kecoh teriak sana dan sini, sokong ini sokong itu. Sana salah yang sini betul.

Masing masing nak jadi jaguh kampung memenangkan pihak masing masing.
Yang menjadi tanda dlm kepala aku, itu pilihan mereka, dipupuk keluarga, rakan atau keadaan sebenar?
Dari muda ke tua, dah ada parti sendiri.

Jawapannya, diminda sendiri.

*Dah menyampah hari hari jadi bahan bacaan aku.

Kantok

Jarum dalam jam bulat 0135.

Rasa mengantuk sangat. Tapi tak dapat lena. Tengah terik sangat ni tambah lagi riuh rendah sekeliling ni. Tak dapat nak lelap. Hmmm.

Harapnya mata aku tutup sendiri nanti tanpa dipaksa, phew !

Tak faham

Bukak tab baru, tutup tab lama. Bukak web baru, baca apa apa yang tertayang disitu kemudian tutup kemudian bukak lagi sekali.

Tekan lagi papan kekunci yang ada A sampai Z ni tapi apa je yang aku nak sampaikan, kosong. 
Tak ada isi macam selalu yang berisi.

Kenapa ni, malam yang lain ke orang yang menaip yang lain atau melainkan.
Sama saja fikiran dari tadi macam takada yang nak difikir tapi aku buat memikir mikir.

Ohh ..
Rupanya baru aku dapat tangkap, itu tanda lena aku dah memanggil manggil.
Selamat malam, kalian.