Hari ini 15 ramadhan 1436H bersamaan 2 Julai 2015. Esok 16 ramadhan 1436H bersamaan 3 Julai 2015. Maka bakal genap 2 tahun ikatan janji yang diikat bersama madah-madah yang dimain olah. Aku masih ingat dan ingatan aku masih segar tentang ucap lamar pada hening pagi 16 ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013, apabila dia ingin memberi hatinya untuk dicantum sebelah bersama aku, disaat itu aku sedar bahawa jawapan yang akan aku berikan kepadanya adalah yang terbaik juga untuk aku. Selama bersama dan hampir dua tahun, aku sedar bahawa bukan mudah mengikat hati dan janji, bukan lurus dan lancar setiap perjalanan menuju impi dan mencapai mimpi. Ternyata sudah termaktub dalam hati bahawa ini semua adalah pelajaran menuju dewasa. Aku setuju dengan rencana Tuhan walau kadangkala apa yang ditempuh itu bukan semua manis dan indah. Tapi itulah fitrah kehidupan di mana manusia itu tidak semuanya teguh pada pegangannya samada pada manusia atau Tuhannya. Semoga, kurnia umur yang dianugerah pada kami ini mampu menjadikan kami sebagai sesuatu yang menuju paras kehidupan yang lebih baik. Cinta dan sayang aku pada insan kini lebih berpelajaran. Setiap kesusahan dan kesenangan mahu aku kecap bersama selagi diizin Tuhan. Walaupun tempoh ini seakan muda, tetapi cukup untuk aku belajar dan mengerti apa itu permainan dunia juga manusia. Pelbagai macam peristiwa dan duga dilukis dalam perjalanan 2 tahun ini, tapi itu semua kami hadapi dengan sabar dan tabah. Semoga apa yang dilakar kami ini berpanjangan sehingga mampu mengikat suatu ikatan yang halal dan menuju kembali kepada Tuhannya. Ingin aku bayar setiap usaha dan airmata dengan sesuatu yang lebih bermakna. Semoga jalinan ini menuju kepadaNya sepertimana doa-doa yang dilantun kami bersama disetiap ketika.
#Habibi
#16 ramadhan 1436H
Kongsi Cerita =)
Khamis, 2 Julai 2015
Khamis, 20 November 2014
November: Suatu Malam
"Nanti sendiri cari ah kalau rasa nampak lagi. Kalau buta aku boleh tolong hantar mata. Itupun kalau aku ada hati nak tolong sebab sebelum jatuh tak pandang kiri kanan, pandang satu je,silap sendiri ah."
Aku rasa dah lama sangat kau buku kan dalam hati sampai macam ni sekali kau ludahkan dekat muka aku. Tembak aku guna machine gun. Koma pun tak sempat terus kena soal dengan mungkar & nakir. Teruk sangat agaknya pandangan aku terkabur sampai kau, aku tak nampak langsung. Padahal itu lah dia orangnya yang paling dekat yang aku letakkan dalam hidup selepas keluarga. Maaf pun tak cukup nak jernih bersih macam sebelumnya, sekadar cukup untuk cuci.
Khamis, 31 Julai 2014
Habibi
Perjalanan yang dijalani bersama untuk setiap jatuh bangun, sudah dua belas bulan enam hari. Syukur kepada Dia untuk kurnia rasa istimewa ini.
Hari akhir di Julai
Ini hari ke-empat syawal.
Dah macam-macam perkara, objek atau hal yang lekat dalam tubuh dan jadi sampah lalu membusuk didalam. Sebab aku rasa tong sampah entah dimana aku letakkan ataupun dah lama ditinggal jauh ke belakang di suatu tempat yang tidak ketahui, langsung.
Macam-macam yang aku guna pakai disini bermaksud pelbagai. Dari hal hujung rambut sekecil zarah sehingga hujung kaki sebesar sesuatu yang munasabah. Ramadhan berjalan lancar, alhamdulillah syukur pada ilahi kerana masih diberi peluang oleh Tuhan untuk merasa dahaga lapar. Syawal 1435H pula lebih kepada sesuatu yang diluar kebiasaan. Aku cuma memerhati di ruang sosial keluarga/sahabat dimana kegembiraan dan kemeriahan dirai bersama yang tersayang. Dan aku pula memilih untuk berada disatu ruang lingkup yang dekat dengan sekeliling demi sesuatu yang segala manusia kejar untuk kehidupan. Bukan itu keutamaan, tetapi adalah keperluan untuk aku dapatkan semata-mata kerana perancangan yang bakal dilaksana jika punya umur dan peluang.
Syawal ini juga punya lohong dalam yang tersendiri. Tertebuknya kekosongan itu kerana pilihan dan masing-masing memahami. Ujian juga mendampingi dekat sekali tanda diuji kesabaran dan kenikmatan yang selama ini enak dirasai.
Cuma doa dan syukur dipanjat kepada Ilahi untuk segala yang berlaku.

Jumaat, 9 Mei 2014
Syukur
Kehidupan bercuti ini terasa panjang sekali apabila tiada berlaku apa-apa untuk dikerjakan. Ke sana ke mari mencari tetapi Tuhan tidak mentakdirkan untuk mengerah keringat dimana-mana. Hari demi hari berlalu dan keputusan peperiksaan menjengah keluar. Dengan rasa yang biasa dan tiada sebarang keinginan tinggi, seperti biasa email diterima ditengah hening pagi. Tiada apa yang diucapkan melainkan rasa syukur yang tinggi ke Tuhan. Rezeki paling besar dikurniakan juga ganjaran bertungkus lumus kerana berusaha. Pada aku, kejayaan ini sebahagiannya adalah berkat doa seorang ibu kepada anaknya. Tanpa doa dan sokongan mana mungkin kejayaan boleh digenggam. Bulatkan tekad dan mantapkan gerak kerja untuk semester baru. Itu adalah satu-satunya harapan yang ditanam. Semoga kejayaan tidak memberi leka kepada diri. Sesungguhnya ini cuma sekelumit sahaja hadiah buat bonda. Seharusnya lebih besar harus diberi sebagai hadiah istimewa. Doakan.
Mei
Kejernihan sudah mula menyelubungi persekitaran harian aku. Keruh-keruh telah beredar pergi meletakkan semula aku ke dalam diri dengan bersih. Syukur. Tuhan itu pemberi dan penerima. Doa dan usaha berpisah tiada. Maka semuanya tidak mustahil untuk dikecap semula. Selamat bergerak ke 10 untuk mei ini yang tidak diketahui menjanjikan aku apa. Selamat juga hari istimewa ibu. Hari-hari adalah penghargaan tertinggi untuk segala jiwa raga bonda. Bukannya hanya termaktub untuk sehari cuma.
Selasa, 15 April 2014
Body
Hari ini aku bangun dengan niat hati yang jernih. Menjernihkan semua yang keruh. Tapi semua itu terbantut. Seakan akan membunuh semua rasa sekaligus. Aku taktahu apa yang tidak kena, sama ada pada diri atau sekeliling. Atau subjeknya hanya aku. Aku tak faham. Langsung secara keseluruhannya tidak ada satu pun yang dapat aku simpulkan. Dengan segala manusia yang mempunyai kaitan juga seolah olah aku merasa tersangat kecewa. Pada erti sebuah kematian dan kesendirian aku letakkan diri. Kosong. Dan aku sedar segala kejatuhan dan kesusahan dalam hati, jiwa dan sekeliling ini adalah ujian dariNya. DIA yang telah terlalu lama ditinggalkan. Tapi masih juga aku. Tiada gerak.
Sabtu, 5 April 2014
Campak balik
Ambil satu beg yang berisi barangan kenangan. Dari si pemberi yang pelbagai. Pemberi yang amat dekat dengan jiwa dengan pemberian pemberian yang bermakna. Membelek setiap helaian kertas yang tercatat huruf huruf bermaksud tersendiri. Membelek setiap barangan yang punya peristiwa tersendiri kenapa dihulur dan bertukar tangan. Terbaca helaian surat yang membuatkan senyuman diukir, dalam, lama. 'well after this he will feel lonely without his sayang beside him'. Lama dan berulang aku baca. Teringat semula dimasa kejadian, apa dan kenapa dicatat sebegitu kepada aku. Lalu dengan spontan didalam hati terdetik 'i am his lonely, the one who is with him now.'
Khamis, 3 April 2014
April
Lama meninggalkan ruangan. Sepi.
Hari ini teringin sekali mencatat segala perjalanan sepertimana sering dilakukan dahulu. Pada suatu dahulu yang kosong. Sekarang setiap hari hanya dipenuhi kesibukan. Sibuk yang berada dalam definisi tersendiri. Sungguh, masa itu amat pantas berlalu meninggalkan manusia. Ini bulan april, bulan keempat dalam kalendar masihi. Peristiwa bakal tercoret mengikut takdir Tuhan. Manusia hanya mampu menunggu dan mencorak kehidupan. Sabar dan tabah itu kunci. Semoga bulan ini dipermudahkan segala urusan, dijauhkan segala kesusahan dan didekatkan kesenangan. Selamat menjalani hari.

Langgan:
Catatan (Atom)