Jumaat, 12 Julai 2013
Syukur
Mungkin Tuhan mahukan aku belajar sesuatu dengan setiap hadirnya manusia dalam kehidupan. Yang datang dan tetap di situ, yang datang dan tidak lagi kembali dan yang datangnya bila sulit dan perginya bila mudah. Mungkin Tuhan inginkan aku membina kekuatan hati sendiri dengan memberikan peluang merasa cinta, kasih dan sayang. Alhamdulillah setakat setiap hembus tarik nafas aku selama dalam kehidupan, aku bersyukur dengan segala manusia yang singgah memberi pelajaran dan pengalaman kepada aku. Sungguhpun hati manusia itu bukan selamanya berada dalam genggaman aku, tetapi dapat aku genggam sebentar sahaja dan merasakan cinta, kasih dan sayang itu semua sangat memadai.
Rumit
Seperti kata-kata orang lain untuk situasi kini, tidak sama seperti apa yang aku mahukan. Betul sangkaan yang diberikan bahawa aku tidak lagi condong ke arah kekasih. Malah sudah jauh sekali perubahan yang dilakukan. Sepertinya aku tidak lagi punya apa-apa lagi nilai ukuran untuk apa yang pernah aku rasakan dulu. Tetapi lebih kepada ingin pertahankan apa yang sudah aku genggam sepanjang lapan. Katalah aku ini kejam dan sebagainya, selagi kau tidak duduk dan merasa sepanjang lapan yang aku genggam, jangan kau berikan apa-apa penilaian. Itu semua tidak sama sekali membantu situasi aku. Begitu juga kau kekasih, kerap kali aku katakan semuanya kepada diri kau buat pengetahuan kau, tetapi masih juga begitu. Apa daya aku jika kau masih kaku berdiri di situ sedangkan aku sudah lelah menarik kau mengikut aku untuk pergi dari tapak yang kau berdiri. Sedangkan di sangkaan kau bahawa aku ini langsung sikit pun tiada usaha demi kita hanya kerana sikap yang aku tonjolkan dalam segala perbualan. Dan tanpa kau sedari bahawa kau telah katakan bahawa aku punca semua keretakan dan kekurangan yang berlaku antara kau dan orang lain. Aku terima semuanya dengan keterbukaan yang luas sekali. Selagi mana kau perlu disedapkan hatinya, selagi aku mampu lakukan buat diri kau, akan aku perbuat sesuatu walaupun memakan segala isi hati.
Terima Kasih
Cukup sekadar apa yang aku dan kau jalinkan selama ini. Pertalian yang tak punya sebarang halangan malah masing-masing berada di tempat yang selesa untuk sebarang komunikasi atau perkongsian. Sebelum kau khabarkan ke aku semuanya, aku lebih dulu sudah membaca semua. Jangan ditanya bagaimana aku mampu untuk menafsir rasa kau, kerana itu semua semulajadi anugerah Tuhan. Walau kau katakan bahawa kau akan menjaga sehingga tiada lagi nafas, terima kasih tidak terhingga aku berikan kepada kau. Seperti aku katakan dan kongsikan, cukup sekadar apa yang kita miliki sekarang. Kalau Tuhan akan jadikan kau atau aku buat diri masing-masing, percayalah bahawa itu semua bakal berlaku dengan kehendakNya. Bahagia perlu dicari, semoga berjaya dalam pencarian. Selamat buat kau sahabat.
Khamis, 11 Julai 2013
Kencang
Selama mana masa ini dihabis bersama,
Selama itu juga rasa itu diikat,
Kesamaran tidak lagi bersama,
Tetapi keyakinan mula merapat,
Hari-hari tanpa bersua muka,
Rasanya kurang sesuatu buat rasa,
Rasanya hari itu tidak sempurna,
Masih lagi benteng itu dipertahan,
Semoga masih belum tembus penuh,
Walaupun angin halus mula mencuri masuk.
#Ghindu kek wargo omeh !!
Sabtu, 6 Julai 2013
Lapan
Bakal lapan dalam perjalanan hari menuju yang kesebelas di julai.
Setakat ini yang kita perlihatkan pencapai berdua, jelas.
Kekurangan dan kelebihan itu dari masing-masing.
Memperlihatkan dengan nyata kebersamaan dalam jauh.
Cuaca yang terik di luar masih juga ada mendungnya bila tiba masa.
Begitu juga di dalam pertalian antara manusia dengan manusia.
Di selama mana mampu bertahan akan dipertahan.
Di setiap cabaran yang mendatang itu menguatkan.
Walaupun di ketika aku mencatat ini berlaku kedinginan.
Semoga bakal lapan yang akan dimiliki tidak lama lagi,
bermanfaat buat diri dan juga sekeliling.

Yang dikenen
Walau sekejapan kau singgah dan memberi pengalaman juga isi di dalam kehidupan, itu semuanya tiada ukuran dalam nilai. Semoga perpindahan ke sana bakal memberi sebuah lagi erti dalam kehidupan. Semoga berjaya aku hulur dari jauh.
Terima kasih.
esm, 20686.
Misteri
Tidak dijangka sesempurna ini aturanNya.
Di dalam sesingkatnya waktu bergerak,
Boleh bergaulan sempurna manusia itu,
Seperti sedarah dan sedagingnya,
Sedikit yang berbuah ke banyak,
Pengakhiran yang tidak jelas,
Masih samar dalam menuju,
Semoga selamat hendaknya.
Dead
Sayang,
kalau kau tahu,
apakah kau masih mahu?
Atau akan segera berlalu tanpa aku.
Jika itu pilihanmu,
aku sudah siap.
kalau kau tahu,
apakah kau masih mahu?
Atau akan segera berlalu tanpa aku.
Jika itu pilihanmu,
aku sudah siap.
Teka silang kata
Biar aku mulakan sebaik yang boleh.
Masih aku ingat dengan tepat pada tanggal lima belas, aku memulakan semuanya.
Pada tanggal lapan belas aku mula duduk selesa.
Pada tanggal yang seterusnya selepas di atas aku mula lebih bergerak seiring dengan segala situasi yang berlaku sehinggalah pada ketika aku harus pergi untuk memulakan kembali sesi yang berterusan sehingga tahun 2015 itu.
Perkara pertama yang berlaku ialah pada suatu malam di mana di situlah segalanya telah bermula. Pada permulaannya ringkas tetapi tanpa disangka selang beberapa hari perkara seterusnya pula berlaku dan itu memberi kesan mendalam yang separuh penuh dalam diri. Ini bukanlah adegan mendatangkan dosa tetapi suatu realiti atau babak dalam kehidupan yang tak mampu aku tayang kembali di sini kecuali hanya di dalam minda sendiri sahaja. Baiklah, itu semua masih di tahap yang mampu dikawal dan tidak begitu mengesankan kerana aku sendiri telah siap-siap sejak awal melakukan pembentengan tinggi dan kukuh agar tidak runtuh. Supaya apa yang bakal mahu menembus untuk mengisi ruang dapat aku hindarkan sebaik yang boleh. Selasih Ku Sayang itu indah membuatkan aku terbuai-buai di sepanjang aku bersama angin-angin menempuh perjalanan singkat bersama, ya. Kemudiannya telah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa manusia sekeliling ini haruslah berbeza untuk saling berkenal dan menjalinkan sesuatu. Mencipta apa yang belum berlaku dan kemudian mengenangnya agar tertambat kuat dalam memori. Bukan sekadar terberhenti di situ malah masih lagi bersambungan prosesnya sehingga kini. Berani aku katakan keyakinan yang ada ini bukan sebenarnya yakin. Keraguan yang ada ini juga bukan sebenarnya ragu. Dengan kata mudah, masih di persimpangan. Dan situasi berdialog secara berhadapan ternyata terus mengunci mulut untuk terus membantah sebab keadaannya belum mengambil tempat dan jawapan sudah tentu tidak boleh disuakan. Sulitnya memiliki lebih daripada satu. Tuhan takdirkan buat aku untuk melalui proses yang pernah orang terdekat aku lalui dan kini aku sedang melalui. Konflik akan tetap berterusan. Antara dipilih dan terpilih aku tak mahu memilih kerana itu bakal mencacatkan situasi. Bakal merumitkan segala isi hati. Bakal negatif segala yang posititf. Atau lebih senang untuk menyenangkan, im just going with the flow. Whatever happens, happens.

Julai
Hari ini hari yang bulannya Julai. Baru sekarang aku mencatat Julai di dalam laman kerana kesuntukkan masa dan terhadnya capaian talian ke maya. Semoga julai berjalan lancar ditambah dengan penyeri bulan ini di mana sekalian manusia islam akan berpuasa bermula sepuluh julai. Semoga kedatangan bulan mulia ini bermanfaat buat semua. Semoga bulan mulia ini akan aku lunaskan sebaiknya berbanding tahun yang terlepas. Semoga saja ramadhan ini memberikan sejuta pahala kepada segala umat Muhammad SAW. Berharap dengan harapan bahawa segala semoga yang aku taipkan disini akan tercapai semoganya di mana saja yang Tuhan tentukan buat semoga itu.
Salam bulan Julai, Salam awal untuk Ramadhan.
Salam bulan Julai, Salam awal untuk Ramadhan.
Langgan:
Catatan (Atom)