Rabu, 27 Februari 2013

Suka

Aku suka sana,
Aku suka sini,
Aku suka situ,
Aku suka semua.

Tetap aku suka.

Tak setanding

Segila-gila diri si engkau wahai manusia masih tidak mampu menandingi kegilaan yang telah aku kecap dulu bersama si gila yang aku kenali. Kerana proses menuju kegilaan yang serasi itu melalui ujian, pengorbanan, kesusahan, cabaran dan lain-lain.

Bukan semudah itu.

Sungguh berkocak

Masih lekat kuat dalam ingatan,
Tujuh hari itu yang aku semadi kuat,
Segala rasa dan cerita aku dan kau,
Semua lagaknya biasa dan terbatas,
Aku sedar dimana aku,
Aku sedar siapa aku,
Tapi tujuh hari itu sangat melekat dalam aku.
Sehingga rasa dalam jiwa ini berkocak,
Boleh aku ibaratkan seperti,
Macam ada rama-rama dalam perut.

Soal

Jangan kata muka aku tak ke muka kau maka kau seakan tidak mampu berdiri tanpa adanya dinding untuk bersandar. Jika aku pinjam dinding aku ke kau maka pada apakah aku ingin bersandar ?

Fedap

Kalau tak lihat aku,
Kalau tak bicara aku,
Kalau tak membaca aku,
Kalau tak usik aku,

Memang akan berubah eh?

Bizi

Dah lama sangat rasanya tak menjengah ke sini mana tidaknya lalu saja sebentar pun tak punya kesempatan. Cuma dalam beberapa ketika bila sunyi sepi jadi selimut harian pada satu-satu masa, masa itulah baru teringat mahu kesini. Tapi masih saja tak terjejak ke mari.

Jadi aku hulur ucap selamat untuk semua.
HAI :)

Rabu, 13 Februari 2013

Tahniah

Alhamdulillah semoga dengan peluang yang datang awak manfaatkan sebaiknya. Saya selalu sokong dan akan beri dorongan untuk awak berjaya, dan untuk kita sama-sama berjaya satu hari nanti insyaallah :)
Sekarang kita berada di satu jalan yang sama dan awak akan mengerti bagaimana dan apa yang dilalui saya walaupun tempat dan keadaannya nyata berbeza. Tetapi tetap status awak dan saya itu sama dan itu tidak membezakan sama sekali. Saya cuma harapkan semoga semua ini tidak menjadi penghalang atau apa jua alasan untuk kita tetap seperti biasa. Cumanya masing-masing akan sibuk dan penat. Saya faham semua itu dan saya harap awak pun sama.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat berjaya dalam meniti hari-hari baru.
Saya selalu dibelakang awak.
Mendorong.
Menyokong.

Walau bukan disisi.
Tetap dalam hati.

#SHAE-SAYANG

I yem fain





Aku percaya

Aku bangsat celakakan semua fikiran yang bukan-bukan terhadap kau.
Kerana aku percaya setiap patah perkataan.
Kerana aku percaya setiap kujujuran.
Kerana aku percaya setiap kesetiaan.
Kerana aku percaya setiap keikhlasan.
Kerana aku percaya setiap kasih sayang.
Kerana aku percaya setiap curahan rasa.
Kerana aku percaya setiap segalanya dari kau.

Sungguh aku percaya dengan kau,
Aku mohon jangan dirosakkan.

TOLONG.

Banjir

Aku penat berair sendiri.
Diam-diam dalam jiwa aku berair.
Sungguh seksa dalam rasa aku yang bikin sendiri.

Setiap permulaan hari iaitu pagi akan aku ambil phone dan buka laman burung itu meneliti setiap perbualan kau dan dia. Ternyata perkenalan yang masih segar itu sangat membahagiakan kalian berdua. Aku sedar yang jiwa aku mula koyak setiap hari bermulanya detik perkenalan kalian sehingga saat ini dihadapan laman bisu ini. Aku bertambah terluka meneliti perbualan kau  dan sahabat kau, jawapan yang kau beri ke sahabat kau semasa ingin bertemu mata aku cukup buat aku untuk berdiam sediamnya. Ditambah kemesraan yang kau dan dia binakan bersama didalam perbualan itu.

Aku seorang yang mudah.
Kalau mahu kata mahu.
Kalau tidak kata tidak.
Aku seorang yang mudah.
Aku suka pergi.
Senyap dan sunyi.

Begini disetiap hari aku terkoyak dan aku tampal sendiri. Aku terkoyak lagi dan aku tampal lagi. Dan aku tak mampu nak tampal senyum hari-hari dekat muka.

buat Sejiwaku

Pencinta SEJIWA tak sama dengan pencinta berlainan jantina.

Aku tahu dan aku rasa. Terima kasih atas pemberian. Setiap perkataan kau susun buat aku cukup buat aku terasa sampai dalam kerana aku sangat menghargai. Aku  ingat warning kau :) Dan air tu cuma berhenti dalam mata dan aku tak biarkan ianya mengalir keluar tapi ada ketika aku mahu agar air tu lancar perjalanannya. Terima kasih aku tujukan buat kau atas pemberian dan sejujurnya bukan cuma untuk pemberian itu tetapi lebih kepada wujudnya kau yang ditakdirkan untuk menjadi sebahagian dalam hidup aku.

Aku taktahu sepanjang dan sejauh mana perjalanan yang akan kita tempuh sama-sama kelak nanti.
Tapi,

Aku tahu setiap apa yang kita lalui bersama sepanjang menuju dewasa ini.
Aku tahu setiap jatuh bangun kita.
Aku tahu setiap sedih gembira kita.
Aku tahu setiap tukar ganti manusia dalam hidup kita.
Aku tahu setiap gagal dan berjaya kita.
Aku tahu setiap rasa dan jiwa kita.
Aku tahu setiap soal jawab kita.
Aku tahu setiap masalah kita.
Aku tahu semua antara kita.

Dan mungkin juga aku taktahu apa-apa tentang kita.

Kau tahu bagaimana aku dan kau cukup memahami, begitu juga aku. Dan kejadian Tuhan dimuka bumi ini sangat sempurna segalanya. Alhamdulillah aku dan kau ditakdirkan untuk saling punya rasa dan memahami, SEJIWA.

Semoga saja harapan dan impian tidak menghalang pertalian yang kita jalinkan selama ini.

Pemberian SEJIWA

Disetiap pagi mata aku celikkan, alhamdulillah masih punya umur yang panjang. Kebiasaannya aku akan mencari 'handphone' disetiap kali aku mulakan pagi.

Dan hari ini aku bangun awal dan bersiap.
Dan aku menerima satu pemberian.
Dari SEJIWA buat SEJIWAnya.


*Terima kasih. *MAHAL

Kalau baca

Aku menaip disini kerana aku merasakan bahawa diri aku akan mengeluarkan segala rasa yang berselirat dalam jiwa buat masa sekarang di laman bisu ini. Aku memilih menterjemah segala perasaan disini kerana aku tidak mahu merosakkan mood dan hari.

Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki hari.
Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki mood.
Bukan mudah untuk kita memiliki hari dan mood.

Kerana seolah-olah hari dan mood itu perlu dikejar dengan usaha yang jitu demi mengukir seulas senyum dan selonggok kebahagiaan dalam menempuh setiap helaian hari-hari kita.

Sebagaimana dirimu mengenali diriku kekasih, inilah aku orangnya yang serba kekurangan dalam mencurahkan rasa dalam jiwa buat dirimu dan inilah aku orangnya yang serba berkelebihan dalam mencurahkan jiwa kedalam taipan.

Aku cukup bengkak buat masa ini.
Cukup lebam jiwa dan rasa.

Sebagaimana aku katakan diatas bahawa aku tidak mahu merosakkan hari dan mood yang kita raih saban hari kerana bukan mudah mengatur segala perbualan. Aku selesa dan bahagia bilamana kau gembira. Walaupun aku tidak sebegitu tetapi untuk kau kekasih, aku berusaha dan ikhlas untuk berbuat demikian sebagaimana yang kau lakukan. Aku jernihkan semua rasa aku untuk kau kekasih kerana kau sebahagian cinta, kasih dan sayang aku.

Aku menukar fikiran untuk tidak memberi soalan-soalan kepada kau.
Biarlah jawapannya nanti aku sendiri yang temui.

Aku cuma ingin bahagia dan senyum disetiap bersama kau.
Walaupun bukan disisi.

Mahu kenal ?

Disini aku mulakan setiap apa yang aku rasakan kerana disini aku ternyata lebih terbuka. Kalau mahu membaca aku bacalah laman ini. Kalau mahu mengenali bagaimana rasa aku bacalah laman ini. Kalau mahu menilai aku bagaimana puitisnya diriku bacalah laman ini. Kerana setiap curahan rasa dalam jiwa aku cuma tumpahkan disini. Dan kau orang-orang semua takkan melihat aku disini sebagaimana aku yang diluar laman ini. Kerana ternyata walaupun kau gali sekuat tenaga dalam tempoh mengenali diri aku, kau orang-orang semua takkan jumpa aku disini sebagaimana aku yang kau orang-orang semua lihat aku yang diluar. Ternyata cuma mereka yang sudah jauh menempuh perjalanan panjang bersama aku saja yang tahu dan tahu dan tahu, AKU.

Kompleks kan

Sekeliling aku ada kata yang aku ini bukan seorang yang peduli kerana tidak kelihatan seperti aku orang yang peduli akan hal dan orang yang berada dikanan kiri depan belakang aku. Hakikatnya aku sangat peduli dan sangat peduli akan hal itu. Tapi aku bukan orangnya yang menterjemah semua apa aku rasa ke setiap laku dan perkataan.

Aku sungguh peduli dengan orang-orang bahkan orang yang punya tempat cinta, kasih dan sayang dalam hati aku. Dari keluarga ke sahabat sekalipun orang luar aku sangat peduli perihal mereka semua dan sekali lagi aku nyatakan bahawa aku bukan orangnya yang menterjemah semua apa aku rasa ke setiap laku dan perkataan.

Dan Sejiwa cuma, faham.

Biasa

Akhir-akhir ini hati dan perasaan langsung tak menentu.
Langsung tak menyedapkan diri aku menghadap hari-hari.
Tapi aku masih dan masih biasa.

Ahad, 10 Februari 2013

SEPULUH di Februari

Selamat ulang tahun yang ke SEMBILAN BELAS wahai diriku.

Di 19 ini aku bersyukur kepada yang diatas sana kerana memberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi ciptaannya sekali lagi. Syukur juga atas segala nikmat kurnia dariMu kerana telah memberikan aku keluarga, sahabat dan saudara. Syukur juga atas segala nikmat kesihatan, harta, ujian dan kasih sayang yang dipinjamkan kepada diriku. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah keluarga bersama segala ujian kesusahan dan kesenangan. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sahabat handai yang berada disekeliling aku menemani perjuangan setiap hari. Syukur kerana memberi pinjam ke aku seorang Sejiwa yang memahami. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah perasaan Cinta yang sedang aku jalani. Syukur sebesarnya diatas segala nikmat kurnia dariMu Tuhan.

Di 19 ini aku tidak membuat impian setinggi langit atau menginginkan warna ceria seperti pelangi untuk menghiasi setiap helaian hari yang aku tempuhi. Cuma dalam hati aku berharap agar segala ujian dari Tuhan aku mampu hadapi dengan sabar, matang dan sewarasnya. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh aku ke mereka yang disayangi semua ikhlas dan berkekalan. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh mereka untuk aku ikhlas dan berkekalan. Semoga segala pertalian keluarga dan sahabat semakin erat dan kukuh.

Tanpa ujian dan dugaan dariNya mana mungkin aku tahu akan apa itu Cinta, Kasih dan Sayang antara insan.
Terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah.

Semoga aku tidak terleka dalam perjalanan kehidupan.

19

Terima kasih yang sebanyaknya kepada sahabat-sahabat diluar sana yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan aku. Semoga segala doa kalian itu termakbul aminn insyaallah. Alhamdulillah syukur masih punya kesempatan melihat dan mendengar segala nikmat yang ada didunia hasil kurniaan Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Tiada harapan setinggi gunung atau keinginan seluas langit untuk mengharap kalian ucap selamat pada aku, tapi cukup sekadar aku masih lekat dalam ingatan kalian semua.

Terima kasih semua atas ucapan.

Sabtu, 9 Februari 2013

SeNaPas

Sejarah Nasib Lepas.

Aku suarakan keinginan untuk pergi ke stor itu dengan niat mahu menonton kerana seumur kehidupan aku lalui tidak pernah lagi kaki ku dijejak disitu. Hari ini tarikh ini pada jam 3 petang, akhirnya aku menjejak meninggal kesan tapak distor itu. Bersama aku seorang tenaga pengajar inggeris yang punya minat sama dan seorang teman yang mula berjinak menonton lakonan realiti.

Ternyata keberadaan aku disitu menyaksikan segala apa yang berlaku tidak sia-sia kerana persembahan mantap dibentangkan terus ke mata aku. Dan aku juga ketemu dengan seorang kakak yang pernah 4 tahun dahulu menjejak kaki disekolah racis aku mengadakan sebuah bengkel teater bersama teman yang lain. Aku ulang siarkan semula waktu 4 tahun itu kepadanya dan syukur dia masih ingat.

Syukur hari terakhir aku baik.
Terima kasih kalian memenuhi ingin aku.

Persembahan SeNaPas ini mengisahkan dua manusia yang terhalang cintanya dan akhirnya terhasil anak tidak berdosa  Mahu tahu kebih, pergilah menonton membawa semua ayah ibu dan kutiplah pengajarannya.

Tak keluar

Pernah aku fikirkan untuk tidak menjadi si penurut sekeliling. Maksud aku menjadi seorang pengikut dalam sekeliling. Kerana seringkali dalam menurut kehendak dalam sekeliling itu tanpa sedar aku sendiri tercalar. Pernah juga terlintas mengapa menurut jika itu akan menjadi penyebab kepada mencalar berdarah hati, aku cuma mampu simpan segala huruf dan kemam perkataan.

Malam di sembilan Feb

Ini malam aku sedang berbaring separuh sedang mata menghadap skrin dan jari jemari membelai-belai papan kekunci. Aku sedang meniti hari-hari terakhir di dunia.

* Hari terakhir seorang Lapan Belas.

Salah aku

Kelmarin aku koyakkan hati kau. Dipenghulu hari aku minta supaya izinkan aku menampal semula segala koyakan itu. Ternyata kau memberi laluan dan dikemudian masanya perjalanan kita kembali lancar.

Aku hulur maaf.
Dan kau sambut.

# SHAE - SAYANG

nya

Aku menurut segala tuntutan yang aku rasakan mampu menyedapkan segala rasa hati_ . Aku membikin segala situasi tidak sulit supaya lancar segala rasa hati_ . Dalam segala hal pun semuanya adalah untuk kesedapan hati_ . Selagi aku mampu akan aku turutkan fikir dan cadang dari minda aku demi menyedapkan rasa_ dan situasi_ .

# SHAE - SAYANG

Ucap selamat dari MEREKA

Malam Rabu.
Sampai bilik lepas maghrib.
Mandi kemudian makan.
Semuanya senyap.
Bunyi keletik apapun tiada.
Hati aku terasa dengan suasana itu.
Ditambah cerita dari dugaan luar.
Hati lagi terasa sangat tak stabil.
Aku membikin segala kerja hingga siap.
Lelap.

Pagi Khamis, Februari lapan.
Bangun kemudian keluar.
Kehilangan sesuatu.
Biarkan, boleh dibeli.
Petangnya aku keseorangan.
Rasa-rasa semuanya serba tak kena.
Kemudian malam dan maghrib.
Masih juga aku sendiri termangu.
Kemudian disatu ketika.
Ketukan dipintu bertalu sekuatnya.
Aku diperlihatkan dengan segala barang yang hilang.
Aku lekas dan pantas tutup pintu.
Kemudian dijerit-jerit namaku.
Aku menduga memang mereka dalangnya.
Dan aku membuka daun pintu memberi izin masuk.
Secara sekilasnya aku memandang sesuatu.
Mereka menyerbu dan aku tergamam.

Terima Kasih kalian semua kerana memberi kejutan dan punya ingatan yang kuat terhadap aku. Bukan aku mahu menunjuk segala bagai. Aku kisahkan segalanya disini supaya kelak nanti aku punya cerita mahu dikenangkan.

Ini dari mereka semua. 

Sabtu, 2 Februari 2013

Kisah benar

Dikisahkan semua.
Pasang telinga sebaiknya.
Huh !!!

Seram.

Amacam

Ada sesuatu dari dalam.
Mahu dicurahkan keluar.

Boleh terima ke nanti?
*Fikir-fikir

Sibuk

Kena mula susun atur acara apa yang akan dilangsungkan sempena hari 'cuti' nanti. Macam banyak sangat perancangan dari sudut sana dan sini. Kena mula stabil dan sedia.

Penerangan yang erkk

Buku pasal apa tu, mama tanya.
Buku pasal puisi dan cerpen, aku kata.
Buku novel cinta ke, mama tanya.
Erm entah sebab belum selak tengok, aku kata.
*malam
Ini buku puisi, mama kata.
Ya, aku kata.
Buku ini bosan, mama kata.
Itu buku puisi dan cerpen, aku kata.
Nak belajar baca puisi ke, mama tanya.
Taklah, aku kata.
Oh buku ini pasal remaja dan cinta, mama kata.
Ya, aku kata. *erkk

Feb '13

Baiklah minggu ini sudah bermula dengan bulan yang baru semestinya jadual harian aku padat setiap hari. Untuk menanti percutian selama seminggu tidak lama lagi sudah pasti dalam kalendar yang sudah aku setkan peringatannya bahawa minggu ini penuh sekali dengan kuiz dan test. Dan segala bahan bacaan yang aku dapatkan perlu ditinggal simpan dalam rak untuk sementara. Tapi kepuasan setelah aku dapatkan apa yang aku inginkan itu yang sebenarnya ingin disampaikan. Tapi juga bukan itu sahaja ingin diuar-uarkan disini malah selain daripada itu ternyata februari ini benar-benar bulan yang punyai segala rencah agendanya.

Ini bulan istimewa.
Semoga dipermudahkan semuanya.

Dapat !

Kalau nak sesuatu mestilah berusaha untuk dapatkan. Walau dengan cara apa sekalipun dan hari ini aku telah genggam dan dapatkan, jyeahh !!


Pesta 1M

Di keramaian itu aku mencelah dan mencelah bersama para teman disisi. Aku diperkenalkan oleh si teman mengenai karya seorang yang punya bakat penulisan. Aku dengan segala kejujuran yang ada mengaku bahawa aku langsung tidak mengenali dan tahu wujudnya si penulis. Ini kerana aku belum menguasai semua selok-belok segala karya yang bersepah di pasaran. Dan aku memilih sebuah karya hasil tangan penulis PetakDaud, ini : MENUJU NAFAS TERAKHIR


Mudah dotkom

Semuanya menjadi mudah bila setiap rasa kau yang tercalar dek kata-kata aku, kau hambur terus keluar semua tanpa menyimpan sebagaimana sesetengah manusia lakukan dan pilih. Syabas kerana menjadi seorang insan yang memudahkan kepada seorang insan yang sulit segala rencah rasanya ini. Kerana apabila kau menyatakan terus tanpa berselindung maka semuanya menjadi mudah untuk aku memberi selonggok penjelasan ke kamu. Jadi semuanya akan berjalan dengan selicinnya diatas permukaan dunia yang serba kasar dengan dugaan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
#Sayang - Shae

Maaf

Setiap kata setiap tingkah bukan setiap detik aku sedar.
Aku ini golongan manusia macam manusia lain-lain.
Jadi bagaimana mungkin untuk aku lari dari kesilapan.
Pastinya saban hari yang bertukar ganti,
aku ini pasti punya secalit dua kesalahan.
Maaf aku hulur ke kamu jika kata dan tingkah,
aku ini menggores dan mengoyak hati mu.

#Sayang - Shae

Baki

Kita lagi.
Berdua.
Dalam keramaian.
Tapi masih lagi,
ada sisa kerinduan.

#Sayang - Shae

Sulit

Mulanya sulit.
Kemudian sulit.
Akhirnya sulit.