Sabtu, 29 Disember 2012

Padat

Sempena Natal 2012 yang dirayakan oleh golongan kristian, pusat menuntut aku juga pusat menuntut yang lain telah diberikan cuti. Pusat pengajian yang lain aku tidak pasti berapa lama cutinya tetapi pusat menuntut aku memberikan hari percuma selama seminggu.

Didalam hari-hari yang sudah, ternyata hari-hari aku punya isi dan berisi sekali tambah lagi bersama-sama dengan 'sweetheartssssss', ramai. Cuma yang istimewanya beberapa orang terpilih sahaja.

Setiap hari penuh.
Kebosanan?
Sikittt.
Selebihnya, penuh.
Penat yang berbaloi.

Sedar tak sedar hari minggu tiba dan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
Cuti habis.

Kembali semula ke tempat menuntut dan memulakan rutin harian.
Fokus kembali kepada lambakan ilmu yang belum lagi habis digali.
Semua isi-isi cuti kali ini aku tinggal sebentar.
Sambungannya nanti bila cuti tiba lagi.

Ternyata percutian sempena Natal 2012 ini meriah.
Bersama mereka yang baru.
Memori semestinya yang terbaru.

Terima kasih buat semua kerana ternyata Natal aku tahun ini tidak sunyi ;)
Bermakna.

Bukan diri cuma

Untuk memiliki, bukan cuma pada si 'diri' semata-mata tetapi kepada seluruhnya.

Benar ini semua perkongsian singkat antara sesama diri tetapi ini semua suatu proses pembelajaran untuk jangka panjang. Menilik dan memerhati semuanya.

Mendahulukan yang utama.
Mengetepikan yang kurang utama.

Kalau itu berat atau seangkatan dengannya, aku sudah mampu menguasai semua tingkahmu.

Khamis, 27 Disember 2012

Cukuplah

Kemesraan dan perkongsian dipetang 'dulu' itu aku anggap sebagai permulaan. Ya, permulaan kepada suatu pertalian yang lebih erat lagi. 

Sangka aku.

Beberapa ketika aku mula merasakan itu semua sebagai perkenalan sedikit jahanam. Kau sempurna dari penilaian luaran, mungkin juga dalaman selama pengamatan dari jauh. Selepas itu lirikan dan segalanya yang berkaitan pasti ada hubung kait antara semua dan aku mula mengerti.

Kau sangka aku tak mengamati sepertimana pengamatan yang kau lakukan, ternyata sangkaan kau meleset jauh. Jahanamlah dengan semua yang jadi sebelum-sebelum tu sebab sangka aku kau juga sama, se-spesis. Tiba-tiba kau suarakan semuanya dan bermulanya saat itu aku lebih faham dan benar semua tekaan dan soalan yang ada selama ni.

Lihat,
kau tahu bahawa bukan semua disekeliling kau menyenangi diri kau.
Lihat,
kau tahu bahawa bukan semua disekeliling kau sedar yang sebenarnya ada yg sebaliknya akan 'kau'.

Sesingkat mana pun perjalanan yang ditempuh, aku sudah faham.
Khatam.

Ternyata penonjolan diri kau dari masa ke masa semakin galak, tahniah.
Buruk tingkah mu.
Menayang dan mungkin juga bakal melayang.

Tapi itu semua bergantung dan berbalik kembali pada diri, sejauh mana dan diposisi manakah yang kau mahu letakkan diri kau. Terpulang.

Seperti hari-hari sudah, aku cuma akan terus memandang.
Memerhati setiap gerak langkah disekeliling.
Mengambil pelajaran baru dan dijadikan pengajaran.

Sebagai benteng dalam kehidupan.

Mulut jaga

Pagi-pagi,
Siang-siang,
Malam-malam,
Ada penghantaran,
Ada pembalasan,
Ayat manis,
Ayat lemak,
Ayat mahal,
Ayat gatal,
Ayat-ayat,
Tiba-tiba,
idea gila suatu pagi,
tekan-tekan hantar,
Tiba-tiba dikata,
Itu pesanan dari si gila,
Entah dari mana.
Hoii,
Inilah si gila yang kau puja.
Jaga kau !

Cuma ..

Mahu berborak-borak,
Bukannya sakit menyakitkan,
Bukan luka melukakan,
Atau juga tinggal-tinggalkan.
Cuma mahu beri pandangan, tukar pemikiran.
Bukannya berniat atau secara jelas menyatakan.
Cuma menegakkan pendirian.
Tak salah kan ?

Selasa, 25 Disember 2012

Bukan memuja

Lihat mendung dan hujan yang menjadi penghias hari, aku seakan masih terasa basahnya diri disimbah hujan dengan awan yang gelap pekat petang itu.

Tapi diwaktu itu, aku dan beberapa lagi manusia sedang mahu bersuka ria dengan si pasangan.
Baru mengenali dan mahu membina kemesraan. Kami keluar dari perkarangan melepak dan mencari suatu tempat dan akhirnya membuat keputusan ke taman terdekat sahaja. Dalam perjalanan menuju sana hujan turun kilat sabung menyabung tapi kami si muda yang tidak tahu akan ketakutan tetap meneruskan niat dan langkah.

Aku ingat lagi, sampai saja kami dan kami berpisah. Dia dan si dia dan aku dengan si dia. Terasa lagi basahnya diri dan diselubungi kesejukan. Aku taktahu saitan apa yang menyuruh dan aku ikutkan saja. Lama pula keberadaan kami ditaman tapi tidak pula menampakkan yang hujan akan reda lalu keputusannya kami redah hujan dan kegelapan sekitar untuk pulang.

Aku ingat lagi suasana yang tercipta antara kami, mesra. Hanyut dengan janji itu adat berpasangan. Jangan kata tiada atau tidak pernah membelai mesra atau terbuai dengan kata-kata manis masing2 yang menjanjikan segunung harapan dan impian.

Bukan niat aku untuk memuja memori,
tetapi ini ingatan buat aku agar aku tidak leka dan lalai sebagaimana aku yang dulu. Bukan niat aku untuk membuat kamu si sayang terasa tetapi ini pelajaran buat aku.
Bukan niat aku untuk memuja memori,
tetapi ini ingatan yang akan selalu bersama aku disepanjang kehidupan ini.

Ya, ini bulannya dimana semuanya berakhir.

Disember ini yang sering mengingatkan aku tentang kisah-kisah lama yang tercipta. Disember ini juga yang membawa aku jauh ke hadapan.

Terima kasih ingatan, yang masih ingat.

sigh

Taktahu kenapa rabak sangat rasa ni bila teringat balik bualan dan luahan kau, sumpah tak boleh hilang dan padam sejak aku tahu. Sampai sekarang ini semuanya tersimpan lagi dalam jiwa tunggu masa nak keluarnya soalan tu. Pendam lama pun macam rasa kena langgar lori.

Sakit bodoh !

Berjenis

Setiap hari yang kita hadap sekarang ini wujudnya dua jenis manusia.
Satunya yang sedar satunya lagi tak sedar. Manusia yang 'sedar' tu bilamana mereka berada dalam keadaan duka. Golongan ini mencari sesiapa sahaja yang dipercayai mampu membantunya dalam usaha untuk memulihkan hari dan hati mereka. Manusia yang 'tak sedar' tu bilamana mereka berada dalam keadaan suka. Golongan ini hanya menumpukan kepada orang yang memberi suka kepada mereka, sahaja. Pada masa yang sama golongan ini langsung tidak menyedari wujudnya sebahagian lagi manusia yang sedang tercalar. Dah nama golongan yang 'tak sedar' atau leka, memang takkan menyedarilah apa yang terjadi. 

Jadi, lupakan saja.

Ilmu mereka

Lakukan yang baik-baik saja untuk kehidupan.
Menyenangkan sekeliling dan disenangi sekeliling.
Makan hati sendiri.
Pujuk hati sendiri.
Semuanya sendiri.
Menjaga bukan dijaga.
Memahami bukan difahami.
-------------------------------------------
Itu yang aku belajar dari tulisan dan bacaan.
Itu yang aku peroleh dari sang penulis.
Itu yang aku peroleh dari sang pemuisi.
Mereka memberi semua jiwa puas,
Mereka memberi semua jiwa pemahaman tinggi,
Biarpun hati mereka tidak dilihat atau dijaga,
Biarpun jiwa mereka mati sendiri,
Itu suatu pengorbanan besar.
Bukan semua orang mampu dan mahu.
Jiwa dan rasa dihantar dalam tulisan.
Mereka interpretasikan semuanya disitu.
Diatas sehelai kertas atau sebuah lagu.
Bertebaran semuanya bila diluahkan.
Bukan hilang semua tapi pudar segenapnya.
Sekurangnya terpadam sedikit bebanan, tanggungan.
Aku?
Kini sedang menyenangkan hati.

Isnin, 24 Disember 2012

Mendapat

Padankan muka sendiri, padan padan padan. Sekarang baru kau tahu rasa dah kemaruk tapi semuanya macam celaka, keadaan dan orangnya. Arghh !!!

Arghh double !

Celakanya rasa yang ada sekarang ini, celaru aku dibuatnya. Tak peduli macam mana pun tetap rindu aku takkan berhenti membara dalam diam-diam tetap berjalan. Celakanya rasa yang ada sekarang ini, kusut aku dibuatnya. Masa inilah penghubung nak jatuh nak rosak tambah lagi keadaan yang macam haru, sikittt je. Lantakkan semua ke tepi, nak tinggal semua sementara. Katalah apapun, kalau mahu lagi kau tahu macam mana caranya.

Aku nak cari ruang nafas walaupun rindu aku dah uzur sangat ni.
Sakit.

Arghh

Rosak dah penghubung,
macam kena pulak dengan  rasa yang rosak,
itulah kalau nak rosak,
biar semuanya sekali,
bukan satu bukan dua.

Adil.
Padan muka.

Kosong

Semalam, ahad.
Harini isnin.

Semalam hari warna tapi bukan pelangi.
Harini hari kosong macam hitam putih.
Cuma penuhkan hari dengan aktiviti sempena natal 2012.

Jumaat, 21 Disember 2012

Buntu sendiri

Hari hari aku tengok sekeliling aku,
Aku teliti kalau kalau aku kurang sesuatu,
Secara rutinnya aku masih sama laku,
Jadi sebolehnya aku tak mahu hilangnya sesuatu.
Setiap hari aku menjaga,
Memelihara semua pandang dan rasa,
Aku tidak mahu seorang pun terasa,
Sekalipun terusiknya jiwa,
Pendam dan padam itu biasa.
Kata hati aku yakin semua,
Bahawa itu sudah sempurna,
Jadi bagaimana lagi cara,
agar kau selalu dalam bahagia ..


Cerakutu

Dah pagi tapi aku masih lagi menatap skrin. Aku membelasah mata aku secukupnya saban hari tapi aku tak peduli. Selagi aku masih punya kemampuan menatap dan melihat semuanya, aku akan tetap saja. Selagi aku punya pandangan tidak dihalang sesiapa, aku akan tetap saja.

Sehinggalah aku tidak mahu lagi memandang semua, dan pergi saja.

Ada ke

Kau suruh aku lihat terasa kau,
Kau suruh aku teliti luka kau,
Kau suruh aku baca rasa kau,
Kau kata perasaan kau sunyi,
Kau kata perasaan kau calar,
Kau merasa telah dilanyak secukupnya,
Kau merasa telah sakit sesakitnya,

Lalu,
bagaimana pula aku,
ada aku suruh,
ada aku kata,
ada aku rasa,
tentang hati aku,
Ada ?

Khamis, 20 Disember 2012

Ceraku

Rindu. Kerinduan aku sarat. Ibarat awan yang sarat, Hanya menunggu untuk memuntahkan isinya, Lalu jadilah hujan yang membasahi bumi. Tapi ini aku bukan mahu cerita tentang hujan. Ini semuanya tentang CINTA, Kasih dan sayang.

Dia beri aku berus,
Aku pula memiliki warna.
Tugas bersama adalah untuk mencorak.
Lukis dan lukisan.

Aku mahukan sebuah lukisan yang boleh diabadikan selamanya. Aku mahukan sebuah lukisan itu bukan sekadar lukisan tetapi sebuah 'potret'. Aku mahu lukisan itu menjadi sesuatu yang indah bila ianya termasuk dalam kenangan, jika ianya ditakdirkan untuk menjadi kenangan. Aku mahukan sebuah lukisan yang wujudnya pasang surut rasa. Aku mahukan sebuah lukisan yang memiliki segalanya.

Sempurna.

Tetapi ini sebuah kehidupan. Dimana bukan semuanya bakal dan akan indah lama dan selamanya. Aku sedar dan menyedari semua dan semuanya. Justeru, aku cuma berusaha memberi apa yang termampu dari segi rasa dan juga corak warna supaya aku nanti menerima sebuah lukisan atau potret yang indah.

Suatu hari nanti, bakal.

Aku temu

Sembang borak sembang borak,
Saban hari sejak mengenali,
Bicara aku dengan dia bukan mesra,
Sebagai kenalan baru seadanya,
Sangka aku jauh apatah lagi untuk menduga,
Dia punya kecenderungan yang serupa aku,
Ini aneh.

Ya aneh,
Untuk berjumpa apatah lagi terjumpa,
Manusia yang condongnya serupa,
Barangkali ini takdir,
Ya takdir.
Ini percaturan hidup,
Dalam kehidupan aku,
Supaya aku sedar bahawa tidak ada yang mustahil untuk aku temui.

Rabu, 19 Disember 2012

Rutin

Tenggelam dalam rutin harian itu hidup masa kini. Pagi keluarnya menuntut tengah hari berehat sebentar kemudian sambung semula sesi menuntut sehingga labuhnya tirai petang bertukar malam. Keesokan harinya tenggelam lagi sehingga tiba masanya kembali terapung.

Belanja masa dan ringgit, hasilnya nanti lumayan. Baru setimpal.

Atas bawah

Peralihan masa dalam ketidaksedaran diri membuat fikir mengimbau sebenarnya wujud disatu sudut kekecewaan. Dulunya mereka dibawah, hanyut dengan nafsu dan leka keseronokan. Kemudian disatu titik mereka sudah berada diatas. Tahniah kepada mereka yang sudah beralih dirinya.

Kini bila direnungi kembali, dalam ketidaksedaran itu sebenarnya ada beberapa mereka yang mengambil alih kedudukan yang pernah diisi mereka yang kini sudah beralih dirinya. Aku tidak pasti atau mengetahui apakah semua ini berlaku sebagaimana yang ditetapkan Tuhan. Roda? Sekali dibawah sekali juga diatas. Mungkin. Tapi jujurnya rasa kecewa itu bertandang dalam jiwa, tersentak.

Tanpa mata kasar menilai dengan jelas, perlahan-lahan situasi itu berlaku dan masih berlangsung. Sampai bila ini semua berlaku, itu ketentuan dariNya. Cuma sebagai hamba cuma senjata doa aku tembakkan buat mereka. Sedarlahhh ..

Psstt

Ada apa dengan rasa bilamana rasa itu tandus.
Kesunyian dalam keriuhan suasana.
Ada apa lagi dengan rasa ?

Bukan sorang

Aku cuma akan berada disekeliling mereka yang reti akan erti kehilangan. Bukannya hadir ditengah tengah mereka yang tidak punya rasa kekurangan. Jika mereka tidak miliki rasa itu, bermakna aku bukan untuk mereka dan mereka jauh sekali aku tinggalkan. Biarpun minggu, bulan dan tahun silih berganti.

Hubungan antara sesama insan ini akan terikat bila ada tali bernama rasa. Saling sedar bila tiada. Memerlukan dan diperlukan. Meletakkan kepentingan diri yang terakhir. Hidup ini bukan hanya hidup seorang tetapi bersama. Justeru saling berkongsilah. 

Sabtu, 15 Disember 2012

Mingguan

Hari minggu aku macam sama semuanya tapi nampak sedikit perubahannya. Berkenaan dengan orang dan tempat yang biasa aku buat dihujung minggu, sekarang ni semuanya berubah. Minggu aku penuhkan dengan terperap dalam rumah kecuali punya destinasi untuk dituju.

Hujung minggu aku juga buat hari rehat untuk otak dan fikir aku. Setelah lima hari bertungkus lumus menyimpan semua data penting untuk dicurah dihari peperiksaan kelak, hujung minggulah cutinya. Semuanya berkenaan hujung minggu, kadang ada warna kadang tak.


Jumaat, 14 Disember 2012

Nanti saja

Mula mula saja semuanya akan menyapa atau bertanyakan khabar berita, lama kelamaan itu semua terhapus. Aku sendiri tak pasti apa puncanya tapi yang pastinya itu semua benar. Keadaan ini berlaku dengan jelas tanpa selindung lagi.

Ini suatu budaya atau suatu keadaan yang berlaku kerana faktor kesibukan atau tekanan aku sendiri kurang pasti. Jawapan itu muncul disaat bila nanti aku sendiri berada dalam keadaan ini.

Nanti aku berikan jawapan.

Semoga

Dia dulu tidak berapa dulu pernah menyapa. Senyumnya indah sehingga kini masih lagi dikenang kenang. Kami bertegur sekadar saja, sehingga kini begitu. Kadang saling menyapa dan ternyata lakunya masih sama. Dulu tidak mampu lagi diputar, tidak akan kehadapan. Kini sedang dihadap dan bawa bersama memori dulu.

Macam rumit

Semuanya macam rumit, macam.

Tapi kerumitan yang bagaimana tu aku kurang pasti tapi aku kenalpasti ianya sebagai rumit. Keadaan sekarang ni seolah olah tidak berpihak dibahagian aku. Benar semuanya kelihatan sempurna atau smooth je, itu semua benar. Tapi disebalik semua tu sebenarnya ada sesuatu yang kurang.

Kekurangan yang bagaimana tu aku tak dapat nak jelaskan. Rasa ini bukannya boleh dizahirkan macam itu saja. Sekeliling dan seluruhnya seakan memberikan suatu impak kepada diri dan emosi, rumit.

Rabu, 12 Disember 2012

Ingatan

Bukan semua perkataan yang kau hamburkan kemuka aku terima dengan sepenuh hati. Didalam situasi apa pun keadaanmu berada cuma beringatlah kau sedang melontarkan perkataan bersama segala rasa yang tidak dapat dibendung, kerana amarah dan benci sedang menguasai minda juga hati. 

Walaupun beribu kebaikan yang ditaburkan kepada dirimu, cuma akan dilihat sebesar hama saja bila kau berada dalam keadaan suhu yang meningkat. Beringatlah ..

Isnin, 10 Disember 2012

Benar rindu

Imissurvoice.

Pesan, nasihat, teguran, ingatan, dorongan, kata semangat, inspirasi,
hampir,
seluruh,
semuanya.
Yang pasti,
aku mahukannya lagi.
Sekali lagi mungkin jika punya ruang dan peluang.
Sekali lagi mungkin jika masih lagi disini.
Aku sangat dan sangat,
mengharapkan,
kau ada,
sehingga aku selesai menuntut.

Hello

Aku tak mahu ucapkan Hello lagi pada hati,
Tapi aku ucap juga,
Kerana aku kasih pada hati,
Hati berasa terusik dgn sogokan rasa,
Lenggok lenggok rasa seakan mengalir diseluruhnya,
bila aku beri Hello pada hati,
Hati rasa indah.
Hati rasa bewarna semula.

Kemudian,
aku merasa langkah aku sumbang,
cuma kerana,
sesuatu,
dan,
seakan,
semua bakal,
selamat tinggal

terima semua

Jika diam bakal jernih segalanya, itu pilihan di ketika ini. Biarkan saja semuanya berlalu. Biarkan disembur dengan perkataan, biarkan saja. Jika itu melegakan semua amarahmu dan ketidakpuasan rasa, lepaskan saja. Menjadi seseorang yang ikhlas memberi kasihnya memang perlu duga sebesar kasihnya juga, adil bukan kalau begitu.

Insan itu lemah,
Terima seseorang yang sedang membengkok itu sebagaimana kita menerima mereka sewaktu mereka sedang melurus.

Kata-Kata

Bila tidak diperlukan, mana mungkin akan dicari.
Tunggu saja bila datang pilu atau resahnya,
Apakah insan ini yang akan ditemui.
Masa itu pasti diri sudah dibawa pergi,
bersama hati dan juga segala rasa.
Biar kau pula merasa pilunya,
Biar kau pula merasakan tiada bergunanya diri.

Umph

Dah lama tak berkongsi.
Rasa aku dah membuak.

Tapi,
sini,
sana,
mana mana,
simpan.

Fikirr

Kalau nak cakap apa apa atau apa sahaja tolong fikir dulu sama ada semua perkataan yang dikeluarkan tu akan menyakiti atau membuatkan seseorang tu terasa atau tidak. Tolong fikir, jangan sampai terlambat atau dah jadi apaapa baru nak berfikir atau menyesal atau yang seangkatan dengannya.

Tolong.

Jumaat, 30 November 2012

Sedua ucap

Selamat dan tahniah dapat menyambung, tak kira apa pun yang berlaku ingat yang kau dah menggalas tanggungjawab yang berat. Kau melangkah untuk memulakan sesuatu yang serius demi masa hadapan. Kau membuka jalan baru dalam kehidupan.

Kekuatan itu ada cuma kebiasaan itu yang tiada setelah kau memilih untuk maju setapak ke hadapan, untuk membina kekuatan kau perlu masa dan juga semangat. Aku tahu kau mampu menghadap semua, semoga kuat dan terus kuat.

*Aku dan kau dah terbang, semoga sayap yang kita punya ini kuat sehingga ke destinasi tujuan kita.

Harap dan tanggung

Pergi bukan kosong tapi membawa harapan dan menggalas sebuah tanggungjawab, harapnya permulaan kali ini dipermudahkan dan dipenghujungnya nanti kemanisan yang aku dapat. Hendakkan sesuatu kita perlu berkorban dan kini aku sedang :)

*3dis bermulanya kelas :D

Caku

Kau cuma tahu katakan apa yang kau rasa benar sedangkan diri kau terlalu jauh dengan apa yang kau katakan. Kau mempelajari itu dan ini agar nanti kau mampu katakan sesuatu bila diajukan dengan persoalan atau permasalahan.

Kau berikan segala jalan keluar sedangkan kau masih juga terperangkap dijalan sendiri, masih jauh dari pintu keluar yang seharusnya kau jumpa sebelum yang lain. Kau seharusnya mencari, memperbetul dan menambah baik segala kekurangan yang wujud dalam diri. Tercipta atau yang dicipta sendiri.

Tanpa sedar kau sebenarnya sangat memerlukan sesuatu.
Sesuatu yang tidak pasti apa dan kau perlu mencari demi memperbaiki diri.
Seharusnya kau pergi berguru, bukannya menjadi guru yang tanpa sedar memesongkan anak muridnya.
Seharusnya kau perlu dipandu, bukan menjadi orang yang memandu orang lain.

Keluar dari diri kau, belajar erti kesyukuran belajar erti menghargai segalanya yang kau punya. Mungkin kau masih lagi mempunyai kekurangan yang dalam disitu. Atau kau masih belum sedar, belum cukup belajar.



Ahad, 25 November 2012

Matlamat

Aku seorang yang tidak meletakkan arah dalam perjalanan aku, tetapi aku cuma berjalan dan menghadap apa jua perkara yang datang singgah mengisi kehidupan. Aku bukan seorang yang tiada matlamat, tapi aku tidak punya sesuatu titik untuk aku kejar tapi aku sedang mengejar sesuatu.

Susah dan payah untuk menjelaskan, cuma sejiwa yang memahami :))

Minggu mendatang

Penghujung cuti yang manis untuk diabadikan,
dalam kotak ingatan,
sedar tidak sedar,
tiga puluh hari lebih dijalani,
dengan rasa yang bercampur,
diadun sebaiknya,
sehingga membuahkan satu rasa istimewa,
RINDU.

Berapa jam saja

Tinggal beberapa jam lagi, semua dah siap cuma tinggal beberapa je. Dan cuma lagi kena tambah sikit untuk persediaan mental dan fizikal :) Dan sesudah itu bersedia untuk menyambung semula tanggungjawab ditempat mencari :D

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Khamis, 22 November 2012

politikus

takk berminat untuk komen sana sini, cuma aku menunggu masa kuasa tu sampai ditangan dan itulah masanya untuk menentukan calon calonnya :)

Ahad, 18 November 2012

Di negri derita

Disana tanah penuh debu, berdarah.
Cuma doa yang mampu aku kirimkan.

Aku sedar

Aku tahu,
Aku sedar,
Semua.
Kadang,
Aku sengaja,
Kadang,
Aku tidak sengaja,
Meninggalkan,
Aku mahu memberi pelajaran,
Supaya kau belajar,
Kerana,
Sampai masanya,
Akan jadi begitu,
Akan jadi begitu,
Akan jadi begitu.

Maaf.
Aku sedia terima akibatnya.

Satu titik

Biar dicaci dimaki,
Aku suka,
Biar dihina dikutuk,
Aku suka,
Kerana,
Bila aku refleksi diri,
Aku jumpa sesuatu,
Sesuatu yang membina,
Iaitu,
Kekuatan.

Rasai

Aku tidak menjanjikan suatu perjanjian,
Aku tidak menaburkan segala kata kosong,
Untuk memberikan kepada kau satu harapan menggunung,
Atau apa jua yang baik selalu dalam perjalanan ini.

Aku cuma menyusuri sahaja segalanya selagi punya jiwa kurnia dariNya.

Sabtu, 17 November 2012

tiyangg

Aku ada tiang tempat bersandar.

Aku pun rasa yang semua orang punya tiang sendiri tempat mereka bersandar dan berasa selesa. Tiang aku tempat aku berkongsi segala rasa, aku rasa punya keserasian yang tinggi bersamanya. Mungkin aku dan dia sahaja yang mengerti semua yang terjadi disekeliling kami.

Apapun yang berlaku dan sejauh mana langkahan aku dalam kehidupan ini, aku dapat rasa yang aku akan tetap kembali bersandar kepada tiang aku. Tapi takdir Tuhan siapa mengetahui, tapi yang pasti nanti apapun yang berlaku aku pasti dan sudah menetapkan yang aku akan kembali bersandar. Pasti.

Dua puluh enam

Semua dokumen atau yang berkaitan masih belum disiapkan lagi, tapi rasa nak pergi semula ke tempat mencari dah membuak buak. Taktahu kenapa, sedangkan dulu rasa terpaksa dan terbeban sangat nak ke situ. Aku ingat lagi semua rasa dalam jiwa yang aku pendam masa tu, Tuhan saja yang tahu.

Rasa yang dicari untuk bangkit semula sangat memakan masa, tapi akhirnya aku berjaya sekadar saja, mempunyai semangat untuk teruskan apa yang sepatutnya dilakukan disana. Akhirnya, sekarang aku sendiri dengan rela dan ikhlas ingin kembali semula kesana dan teruskan pencarian.

Ilmu yang tiada penghujungnya untuk ditimba. Juga kejayaan yang aku idamkan suatu hari nanti untuk digenggam bersama seulas senyum, aku akan pastikan semangat ini terus membara :)

*menghitung hari

Selasa, 13 November 2012

Kemaruk

Masih terngiang ngiang segala dialog yang ditutur juga segala gerak lakon yang dipersembahkan oleh mereka, sungguh belum terlerai segala rindu.

Atau lebih tepat aku masih kemaruk nak menonton lagi.

si Ultraman ultragus

Mana pun arah yang kau tuju, alhamdulillah setakat ini kita semua masih bertemu dan memberi khabar. Aku tak mengharap setinggi langit selama mana situasi ini berterusan, kerana itu semua ketentuan dariNya. Kau sama lagi.

Masih mengenang yang lama walaupun dah ramai kau berkenalan, tetap juga kau masih mengenang dan terus mengenang. Dalam sayang kau padanya, sedangkan dia entahkan masih ingat entahkan tidak. Aku sedia mendengar dan menjadi pendengar kepada kau. Walau apa sekalipun ceritanya apapun rasanya aku sedia mendengar segala butir bicara kau.

Perkongsian itu suatu penjalin rasa kepada rasa, walaupun tidak menghadap realiti yang sama tetap rasa itu sampai. Aku merasainya :)

Isnin, 12 November 2012

Berteater


Ahad, 11/11 pergi menonton, setelah dah lama tak pergi menonton rasa macam terubat rindu dengan pementasan, dengan kecanggihan alatan, pentas dan sistem bunyi. Superbb ! Sejujurnya macam tak habis lagi rindu, kekaguman yang sangat macam tak cukup nak digambarkan. Apa sekalipun, segala isi dari pementasan tersebut aku semat dalam hati. Insyaallah nanti kalau rezeki datang lagi, pasti duduk dan menonton lagi.

Jasad kita satu, nafasnya perjuangan - Tribute Tun Dr Siti Hasmah

Kagumss

Aku takkan berhenti mengagumi para pejuang selagi mereka berada dijalan perjuangan, kerana para pejuang itu punya cerita mereka sendiri, punya rasa mereka sendiri. Kita disini yang memerhati tidak merasa segala rasa yang dirasa mereka. 

Kerana kita tidak menghadap realiti yang dihadap mereka, kita punya realiti masing masing untuk dihadap. Lalu jangan kita mudah menjatuhkan hukum. 

Aku juga mengagumi segala anak seni. 
Mereka punya kurnia terindah dari Tuhan, menjadi pelakon bukan mudah kerana kita sememangnya seorang pelakon, menjadi seorang penyanyi juga bukan mudah kerana kita juga seorang penyanyi, dalam kehidupan.

Akhir sekali, aku cuma berdiri disudut seorang pengkagum seni. 
Lekat kuat dalam jiwa sampai bila bila.


Di teratak

Cuma dirumah sahaja sebelum harinya tiba untuk pergi semula mencari. Disebabkan sebab sebab tertentu mungkin ada rezeki yang lain nak tiba tapi itu hanya menurut aturanNya.

Dah selesai berkhidmat, dan ini kelibat terakhir disana.
Semua gelagat semua karenah aku simpan kemas, sekemasnya dalam kotak memori. Semua yang mengenal dan dikenal harap terus tekun bekerja.

Yang pasti, terima kasih semua

Kini punya rasa

Percaya dan memegang rasa, situasi kini.

Baru mula menapak, harap lancar tapi aku tahu geloranya pasti tiba bila saat tu tiba nanti.
Harap kuat segala rasa.

Jumaat, 9 November 2012

Timbang

Masih menimbang.
Masih kira kira dari segala sudut, kini dan akan datang.
Hakikatnya susah nak lepas susah jugak nak tangkap.

Nombor

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dariNya :)

Semoga apa yang dikurniakan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan, 386 jadi kegemaran :D

Jumaat, 2 November 2012

Dua alam

Seorang abang mengatakan alam sekolah alam bersama kawan kawan, tengok nanti selepas tamatnya alam sekolah baru kau tahu dimana sebenarnya letaknya kawan. Saksikanlah cerita sebenar kehidupan. 

Aku rasa semakin menguasai semua pengalaman abang itu, semua kata kata dia hampir benar dan seakan semakin benar. Aku juga semakin menguasai segala rasa yang pernah dia rasakan. Itu semua kebenaran yang hanya akan disaksikan oleh mereka yang sudah menempuhnya. 

Tapi ini bukan kekecewaan, ini adalah proses kematangan. Suatu proses kehidupan berjumpa dan meninggalkan ataupun terus kekal bersama jika tiada halangan.

Takdir, percaya dan redha.

Dunia dewasa

Aku semakin memahami kenapa seorang dewasa sering mengatakan dunia ini tidak mudah.

Semakin meningkat umur, sebenarnya tanggungjawab semakin besar. Tidak kira dari segi apa pun, kesimpulannya dari setiap aspek kehidupan manusia serba serbi semuanya semakin rumit. Cuma tinggal lagi seorang dewasa ini mampu menghadap realiti dengan kuat atau berundur sebelum tiba waktunya.

Pilihan ditangan setiap dewasa.

Aku gerun untuk menjadi seorang dewasa, walaupun hakikatnya aku sedang dalam perjalanan kesana. Bakal menempuh kehidupan yang semakin sukar setiap hari, semakin rumit setiap masa. Bakal menjadi seseorang yang diuji daya tahannya didalam kehidupan, bakal segalanya.

Yang pasti, aku takut untuk menghadap realiti.
Sekarang masih punya sekeliling yang menjadi kekuatan.
Masa hadapan nanti, adakah masih ada sekeliling atau cuma aku.

Huh ! T__T

Pengukir, pilih sendiri.

Setiap kali bertemu dengan manusia sekeliling, jangan pernah sekalipun anda tidak ukirkan seulas senyum dibibir mereka walau dengan apa cara sekalipun. Walau keadaan diri anda yang sedang gundah atau apa sahaja yang berlaku, jangan pernah anda menjadi seorang yang gagal membuat mereka tersenyum.

Itu pemahaman dari pembacaan aku, aku huraikan.

Itu suatu kebenaran, berjumpa dan menjadi seorang pengukir mungkin mudah mungkin juga sukar. Kau memilih menjadi pengukir bahagia atau pengukir yang sebaliknya.
Pilihan.

Tapi biarlah setiap kali terciptanya pertemuan, jadilah seseorang yang pernah meninggalkan seulas senyum diwajah orang2 yang ditemui. Setiap pertemuan pengakhirannya ialah perpisahan, kita tidak mampu meramal sama ada perpisahan yang terjadi di masa seterusnya masih punya kesempatan berjumpa lagi atau tidak.

Lalu pilihlah untuk menjadi sebab mengapa timbulnya seulas senyum diwajah keluarga atau sabahat, walaupun kau masih mencari cari siapakah pengukir seulas senyum diwajah sendiri.

Langsai

Lega, itu rasa yang menguasai. Mungkin hutang rasa aku langsai disini setelah sekian lama laman ini ditinggalkan tanpa sebab sedangkan punya masa dan punya rasa.

Lega.

Khamis, 1 November 2012

Terus berbakti

Aku seolah olah melepas geram dengan segala huruf yang ada, esok tiada lagi kemudahan papan kekunci ini dan tiada lagi skrin untuk ditatapi. Dah seminggu aku berdamping semula dengan kemudahan syarikat ini, tapi hari ini hari terakhir bersama kemudahan ini.

Esok, kemudahan ini bertukar tangan, pergi meneruskan khidmatnya kepada manusia lain yang memerlukan kemudahan siber masa kini.

Begitu juga manusia, mencurah segala kudrat selagi punya daya selagi merasa diri mampu meneruskan segala kerja walau apapun yang berlaku. Hujan panas diredah, susah senang ditempuh demi mencari rezeki. Aku juga begitu, meneruskan harapan mahu mencurah segala kudrat selagi punya daya.

Selagi diperlukan.

Jangan jemu memahami

Bila menjalani kehidupan, kita perlu belajar memahami tanpa jemu. Jangan mengharap agar orang lain memahami diri kita, mencari tahu keinginan kita, sedangkan kita hanya tahu mengharap dan terus berharap. 

Jangan jemu untuk terus memahami dan juga memberi, walau dengan sepenuh kudrat kita sekalipun kita
harus memberi dan mencari pemahaman yang tinggi untuk terus memahami, teruskan. Jika itu semua memberi kebahagiaan atau kesenangan kepada sekeliling.

Bukan mudah mencari kefahaman atau memahami setiap manusia, lain manusia lain caranya.

Ini kita

Kehidupan ini untuk menyaksikan, memerhati seterusnya mempelajari. Kita belajar dari kehidupan setiap orang, belajar dari segala kejadian yang berlaku disekeliling lalu dijadikan iktibar untuk kehidupan kita. Sama ada untuk masa kini atau masa hadapan nanti.

Hidup perlu menyoal, perlu mencari jawapan.

Begitu seharusnya menjalani kehidupan ini. Tapi aku dan juga mereka diluar lebih kepada golongan yang mengikuti. Ikut sahaja apa yang benar dan menentang apa yang salah tanpa kita fikir, seharusnya kita ini perlu keluar daripada keadaan biasa dan mencipta sesuatu yang baru.

Tapi inilah kita setelah sekian lama, ini kita yang seadanya.
Kita.

Kelak seorang tua

Kelak nanti kalau dah tua, aku mahu menjadi seorang tua yang baik dan benar, bukan nanti seorang tua yang diperbetulkan oleh orang lain. Bukan tidak boleh dibetulkan jika membuat kesilapan, cuma aku mahu menjadi seorang tua yang punya sifat rasional yang tinggi, seorang tua yang mampu membimbing yang muda.

Untuk menjadi si tua yang benar, perlu menjadi seorang muda yang benar juga. Agar kelak nanti aku adalah seorang tua yang dihormati dan diteladani.

Selasa, 30 Oktober 2012

Terus tabah

Harap semoga kau kuat dan terus tabah menghadap realiti seterusnya menerima takdir dengan hati terbuka. Jaga kesihatan walau kau tak selera nak menjamah apa apa sebab diri kau penat dengan kesedihan. Ajal dan maut itu pasti.

Suatu hari nanti kita juga pasti bersamanya disana kelak, al fatihah.

Tenang, akan selesai

Memandang masalah sebagai masalah untuk sekian lama, takkan menjadi apa apa melainkan kita bangkit. Keluar dari permasalahan dan menjalankan tanggungjawab seharian seadanya, maka masalah yang tadi dipandang secara tak langsung bukan lagi masalah.

Memandang dari luar, duduk dilingkungan bahagia.

Percayalah bahawa masalah yang akan mengejar minta diselesaikan, bukan kita yang mengejar mengejar masalah malah kusut memikirkan bagaimana untuk diselesaikan.

BergerBurn

Dah seminggu terperap dalam rumah, tak sihat. Semalam lepak makan burger boroi belanja. Hilang jugak kengidaman aku hehe, thx boroi.


Koyak sendiri

aku rasa kau semakin hilang kewarasan atau mungkin kesantunan kau semakin berkurangan. Dan sekarang kehormatan yang dulu menggunung tinggi aku letakkan pada kau seakan pudar. Hilang bersama dengan kata kata yang kau lontarkan. Walaupun tak terus pada aku, melalui yang lain, tapi hati aku turut merasa.

Ini remeh untuk aku kenangkan sepanjang masa, buat jiwa aku sakit sendiri buat apa, jadi aku biarkan. Tapi ini semua buat kebencian aku mula berputik dekat kau, semakin hari semakin bertambah. Aku tak inginkan ini semua, jauh sekali dari permintaan. Tapi ini semua apa, aku memandang sebagai dugaan.

Dugaan yang harus aku telan, setiap kali aku terkoyak sendiri setiap kali itu aku telan ubat aku sendiri. Sungguh aku matikan jiwa aku utk menghadap dugaan, aku penat meleleh untuk sesuatu yg aku sendiri terpaksa letakkan sebagai remehtemeh, demi menjaga hati sendiri.

Isnin, 29 Oktober 2012

permata yang dicari

hadirnya tanpa kusedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan ilahi

-------------------------

Dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki

--------------------------

stuck

kau datang, kemudian pergi. macam satu permainan. jarang sangat jumpa boleh hitung dengan jari. tapi perhubungan tu masih tetap, aku pun tak jangka akan kekal macam ni. cuma kau kadang kadang mencampakkan rasa, tempiasnya aku rasa.

tapi bukan keseriusan, cuma kebiasaan. tapi perkataan perkataan kau selalu buat aku terbang sama sama dengan kau, cepat cepat aku patah balik sebab takut terlanggar awan. aku biarkan je kau tetap terbang. tapi kau tetap kau dan malam ni kau lain. kau tinggalkan aku mencari jawapan untuk setiap soalan yang kau tinggalkan, aku sahut itu semua.

cuma lagi, tinggal soalan satu ini je aku sendiri kelu nak beri jawapan takut aku yang memberi harapan pada diri sendiri, atau membina harapan dalam diri aku atau cuma ingin tahu apa sebenarnya didalam hati kau. susah sangat nak baca kau, susah. sampai saat ini pun kita masih sama, atau aku yang lambat baca.

aku taktahu, stuck habis.

Ahad, 28 Oktober 2012

Diam dalam

takkan setiap rasa nak dizahirkan, tak perlulah. Penat. Lelah. Macam apa yang jadi ada je. Bukan meletakkan hukuman sebab dalam beberapa keadaan selalu jadi tapi bila saat penting tak jadi. Apa yang jadi sebenarnya, ini uji atau duga atau apa.

kadang kadang salah sendiri menghukum cuma dari satu situasi sedangkan banyak banyak situasi semuanya baik baik je. perlu mengubah pemikiran sendiri, perlu lagi memahami dan mendalami. supaya sekeliling berasa senang.

ini realiti pedih. telan.

Tetap sabar

Kosong, rasa aku kosong. Dah taktahu macam mana lagi nak letakkan rasa aku dibahagian mana. Aku tengok kau cukup kuat, tapi aku tahu dalam kau tak macam tu. Kau dah lali, cukup lali. Ujian selalu datang tapi kau rasanya dah lali.

Jangan berhenti bersabar.

Ujian dari Dia

Ditembak berkali dengan kata kata,
Jatuh kemudian bangkit bersama hina dan cerca,
Tak toleh belakang tapi terus mara,
Tetap jalani kehidupan apa adanya,
Sendiri memikul segala amanah dari Dia,
Sedangkan punya ketua mengepala,
Tapi takdir penentu lebih berkuasa,
Bersendiri melunas segalanya.

Jangan lelah.

Berat

Panas, sakit. Tak pernah rasa seberat ni. Tak pernah alami yang macam ni. Alhamdulillah sekarang makin baik, belum pulih. Menunggu, harap semuanya kembali macam biasa.

Hargai waktu sihat, nikmati waktu sakit.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Hm

Setiap orang pandai memberi pendapat atau apa jua pandangan dengan harapan agar orang orang yang menjadi penerima pandangan mempraktikkan atau berbuat sesuatu.

Walhal, bila berbalik kepada diri sendiri kita semua belum cukup mampu untuk menasihati diri sendiri. Berfikir untuk diri sendiri.

Itu semua selalu terjadi, sampai satu tahap aku rasa berdiam tu lebih baik.

Posisi sendiri

Kita, ada posisi sendiri dalam kehidupan.

Macam macam jenis, terus letakkan diri dalam posisi sehingga betul betul keadaan mendesak untuk mengubah. Pilihan selalu ada selagi kita belum memilih.

Berfikir secara tenang, pastikan dalam pilihan tak wujud penyesalan.

Teruskan menyayangi

Tak sangka raut kau yang nampak tenang dan seakan bahagia sebenarnya ada tersembunyi suatu kisah. Sedih. Mungkin aku tak mampu rasakan semua rasa kau, tapi tak banyak sikit pun aku tetap merasa. Ini kisah yang ditentukan untuk dihadap oleh engkau.

Dan engkau tabah menghadap realiti walaupun sangat pahit.
Aku percaya lepas ni mesti kau akan berjumpa semula dengan orang yang kau sayang, bukan sekarang tapi kelak nanti. Sabarr.

Ini semua duga dari Tuhan, ditentukan untuk dihadap oleh engkau dan keluarga kerana Tuhan tahu kau dan semua cukup kuat untuk menghadapinya.


Warnakan

Warnakan kehidupan dengan macam macam. Macam macam itu yang banyak menyumbang kepada kematangan. Cara berfikir seterusnya bertindak.

Pahit manis kita tempuh walau hakikatnya tak semudah yang diucapkan tapi itu semua warna, suatu proses kematangan.

Lakar,
Warnakan.

Beriadah

Harini bersantai di taman, beriadah.

Dah lama sangat tak melonggarkan segala urat sambil cuci mata :D
Best.

Isnin, 15 Oktober 2012

Beza sekali

Teori.

Praktikal.

Nyata berbeza sama sekali. 
Beza.

Ingat ini

Aku tak lagi menganggap atau beranggapan kawan.

Kepada semua aku nak khabarkan yang kau bukan sekadar itu, tapi melebihi segalanya. Harapan berharap supaya ukhuwwah yang terjalin ini utuh dan kekal selamanya.

Cuma ini,
kalau kelak nanti jejak kau melangkah jauh dan pandangan kau melihat sesuatu yang lebih dari aku, ingat bahawa aku pernah ada.

Bayangan

Setiap kisah pasti ada aku, taktahu kenapa kan tapi itu benar unik.

Mungkin pada yang lain lain juga wujud tapi itu semua diluar pengetahuan jadi aku biarkan. Tapi ini memang benar sekali luar biasa. Seakan setiap gerak langkah pasti ada bayang yang mengekori.

Tapi ini bayang bayang yang kekal.
Mungkin.
Jika takdir untuk kita.

Dan apa keadaannya nanti bila tiada lagi bayang walaupun sedikit,
bukan lagi sekejap atau barang seketika,
tapi langsung tiada,
aku rasa kau cukup mampu untuk teruskan langkah.
Yakin.
Pasti.

Dari sudut pemerhatian kala ini.

Sudah memilih

Ada waktu tak perlukan apa untuk melakukan sesuatu.
Redah.
Tempuh.

Bila dah melakukan atau melalui,
kemudian nanti baru merasai atau mendapat.
Setelah itu nanti baru aku jumpa sebabnya.
Mungkin.

Aku yang memilih.
Tepat atau tidak itu bukan pilihan lagi.
Jadi jangan tanya kenapa yang ini bukan yang itu.
Sedangkan aku sudah pun memilih.

Sudah.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kegemaran

Kegemaran : Dari ruangan burung biru

Ami : Sumpah sekarang aku cepat terasa. Mungkin aku dah tak kebal, keadaan sekeliling tak sesuai dengan jiwa aku sekarang.


*Ini situasinya sekarang, Aku hmm.

Lambakkan

Lambakkan keikhlasan,
Lambakkan kasih sayang,
Lambakkan kerinduan,
Bukan pembalasan sebagai permintaan,
Tapi ini suatu pemberian,
Yang bukan semuanya akan menerima,
Tetapi mereka mereka yang terpilih sahaja,
Yang gagah dan cekal berjalan,
Mengharung dan menghadap realiti kehidupan,
Bersama sama dari mula sampai tibanya dipengakhiran.

Aku mengulang

Akal aku melambakkan pilihan,
Antara pilihan demi pilihan,
Aku memilih pengulangan,
Ini jauh sekali suatu permintaan,
Ini jauh sekali suatu penolakan,
Tetapi ini takdir Tuhan,
Untuk diri aku kembali berada dijalan,
Jalan yang pernah aku jalankan,
Bersama orang orang kesayangan.

Jalan ini aku lalui kembali,
Tapi sekeliling tak sama,
Seperti mana aku mulakan dahulu,
Tapi tetap aku syukuri masih punya peluang.

Di Oktober ini

Tamat semester, duduki peperiksaan dan bercuti. Selamat tinggal sementara status pelajar. Tak sangka sekejap je semuanya.

Sekarang kembali bertugas di kampeni lama bersama dua orang tersayangg :D Di Oktober ini, harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.

Ahad, 30 September 2012

Luntur sikit sikit

Kebelakangan,
semua macam luntur,
mana hilang keutuhan itu,
yang disemat lama dengan utuh,
bila sesuatu itu kembali,
semua macam luntur,
biarpun kata akrab tak pernah lekat,
entah kenapa dalam sekejap,
mampu melunturkan yang dah lama utuh,
atau keutuhan itu tak pernah wujud,
atau pernah wujud,
atau juga semakin sensitif,
atau juga terlebih lebih,
yang pasti semakin hari semakin jelas kelunturannya.

Malas

Banyak sangat dah rendam dalam dalam sampai lupa sesetengah bahagian. Yang aku tahu terbiasa sudah dengan lagak biasa biasa. Biarkan keadaan terus dengan keadaan dan masa terus dengan masa. Malas seakan dah sebati betul dengan sikap dan cara.

Sebetulnya penat dengan semua sekeliling.

Terasa nak melayang jauh dari semua tapi perlu tinggalkan sesuatu, sesuatu yang tak mungkin untuk ditinggalkan kecuali sampai masanya ditinggalkan. Sekali lagi, aku malasss !

Hallo

Tak kira dah berapa hari ditinggalkan, tapi aku sedar dah lama. Dan esok, berlangsungnya final exam untuk semester ni. Tapi malam ni aku dihadapan sini menekan papan kekunci.

Semoga esok semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan :)

Isnin, 17 September 2012

Bye

Tamat percutian mingguan, perlu kembali ke asalnya. Semoga jaga diri selalu, jaga juga hati dan hati disekeliling. Kalau masa tak cemburu dan punya ruang, akan ada lagi taipan akan datang.

Sampai jumpa lagi, salam rindu selalu.

Langkahan usaha

Dihadapan itu wujudnya persoalan,
Dimana setiap langkah kaki membawa kepada jawapan,
Jadi aku konklusikan aku perlu teruskan langkahan,
Walaupun berat dan penuh kesusahan,
Getir dengan pelbagai ujian dari Tuhan,
Tetapi jika itu menjawab segala persoalan,
Tekad aku ingin terus gagah berjalan.

Kehidupan ini sebuah perjudian,
Untung nasib menyandang kemenangan,
Untung nasib menderita kekalahan,
Cuma tinggal lagi manusia itu membuat pilihan,
Ingin kekal usaha atau hanya menunggu datang imbuhan.

Manusia bersama usaha tak mungkin dipisahkan,
Tinggal lagi ingin terus lalai atau penuhi impian.

Muda dan takdir

Tak terasa pun nak berborak tentang topik 'berat' tapi dah terlajak dan dilayan pulak memang akan menjadi. Aku pun terkejut sebenarnya, taktahu yang mama terbuka sangat sampai macam ni. Caranya betul, umur makin meningkat jadi pendedahan ke arah tu sebenarnya perlu. Bukan lagi untuk ditutup tutup.

Bukan mencari kesempurnaan, tapi semestinya setiap orang nakkan yang terbaik demi masa depan. Tak salah kita berfikir dari sekarang dan mula rencana semua. Dan mama kata kalau takdir, nak atau tak, sedia atau tak, kena menerima dan teruskan perjalanan.

Rezeki, ajal dan maut semua kerja Dia. 
Kita manusia hanya seorang perancang juga seorang peng-usaha. Kalau benar nakkan sesuatu, usaha. Pada aku, 'kita semua' masih muda belum sampai situ lagi pemikirannya. Buat masa ni lebih baik kita nikmati kehidupan seadanya.

Tapi sebetulnya, itu semua kembali semula kepada diri sendiri bagaimana mencorak kehidupan yang kita inginkan.

Refleksi diri, mudah.

Penseldanpemadam


Sabtu, 15 September 2012

Dalam kurungan

Dalam beberapa keadaan sebenarnya kau meletakkan 'kita semua' dihadapan tanpa kau melihat sebenarnya 'kita' juga perlukan ruang untuk berbicara sesama sendiri dan tak pernah pun satu ketika kau meletakkan diri 'kau' sebagai yang utamanya.

Sebab bagi kau, 'kau' bukan yang utama tapi sekeliling kau. Itu semua murni.

Tapi keluar dari ruang lingkup kau dan letakkan diri 'kau' sebagai yang utama. Terlalu menjaga sekeliling pun tak boleh, ibarat kau tak adil pada jasad sendiri.

Aku memandang sekeliling dan ada satu ketika aku meletakkan 'kita semua' sebagai fokus, tapi aku juga perlukan ruang untuk 'kita', terlalu memerlukan sebenarnya. Itu yang sebenarnya kalau kau gali kenapa semua ni seakan kaku. Dan pada ketika ini aku lebih senang meletakkan 'aku' sebagai segalanya dari terus memandang sekeliling dan berasa terasa untuk sesuatu yang tak sepatutnya pun.

Meletakkan 'aku' dihadapan tak bermakna aku selfish.
Jauh dalam hati,
Pada masa sama aku turut mengambil berat tentang 'kita' dan 'kita semua'.
Terlalu.

Life

Life is always unfair.




*mr e.

Moving On

I've dealt with my ghosts and I've faced all my demons
Finally content with a past I regret
I've found you find strength in your moments of weakness

For once I'm at peace with myself

I've been burdened with blame, trapped in the past for too long

I'm movin' on

I've lived in this place and I know all the faces

Each one is different but they're always the same

They mean me no harm but it's time that I face it

They'll never allow me to change

But I never dreamed home would end up where I don't belong
I'm movin' on

I'm movin' on
At last I can see life has been patiently waiting for me
And I know there's no guarantees, but I'm not alone
There comes a time in everyone's life
When all you can see are the years passing by
And I have made up my mind that those days are gone

I sold what I could and packed what I couldn't
Stopped to fill up on my way out of town
I've loved like I should but lived like I shouldn't
I had to lose everything to find out
Maybe forgiveness will find me somewhere down this road
I'm movin' on

I'm movin' on
I'm movin' on

Tak lunas

Rasa rasa aku semua macam tak lunas, simpan kemas semua. Tak macam minggu minggu sebelum. Semuanya macam lain. Macam berubah sikit sikit, mungkin aku yang belum sedar keadaan sebenarnya dah berubah. Tapi aku ?

Masih berdiri tegak, mengharap semuanya sama dan masih sama.

Selasa, 11 September 2012

Kasihnya ibu

Kasihnya ibu

Membawa ke syurga

Kasihnya saudara

Masa berada

Berkorban raga

Rela binasa

Berkorban nyawa

Tanda kasihnya

Perlu masa mungkin

Salam takziah buat semua ahli keluarga.

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNya. Cuma yang hidup perlu lebih tabah dan kuat menghadap hari hari mendatang tanpa insan yang disayangi. Yang pasti inilah kehidupan, setiap nyawa itu pinjaman dari Tuhan.

Cuma yang mengalami mengerti rasa itu. Harap kau sabar dan tenang menghadapi semuanya, dan mungkin juga kau perlu waktu untuk berkongsi semua itu, aku mengerti.


*Al-Fatihah.

Duga dari Dia

Terasa sayu sangat tanpa orang orang yang aku sayang, tak jauh pun mereka tapi taktahu kenapa rasa rindu tu macam menebal sangat sangat. Bila semuanya ditanggung seorang diri, kesakitan tu rasa terbeban sangat dan mungkin itu yang membuat rindu aku makin kuat. 

Tapi Tuhan itu adil. Dia wujudkan pula semua teman yang saling tolong menolong, aku bersyukur.

Biarpun rasa aku membuak nak balik sekarang, tapi aku punya tanggungjawab yang belum selesai sebelum harinya. Kesakitan itu betul betul menguji setiap hambanya dan mengingatkan diri sendiri supaya hargai waktu sihat dan bermuhasabah. 

Perlu kuat untuk hidup.

Mainan tidur

Sampai saat ini aku masih memikirkan semua, semua tu betul betul mengganggu.

Aku taktahu bila dan dimana akan berlaku semuanya kerana itu semua perancangan dari Dia. Tapi aku betul betul rasa tersentak dengan mimpi aku. Aku rasa macam aku perlu lebih banyak menghabiskan masa semaksimum mungkin bersama pencurah kasih dan sayang untuk aku.

Tapi sebetulnya, kalau benar dan betul semua itu akan terjadi suatu masa nanti aku redha sebab perkara itu sesuatu yang pasti bagi setiap manusia cuma sejujurnya aku belum bersedia mahu menghadap realiti seorang diri, sendiri. Biarpun masih punya sekeliling yang menyayangi aku, itu semua takkan sama.

Sekeliling punya kehidupan sendiri, nanti cuma akan tinggal aku seorang yang perlu belajar kuat dan tabah menghadap semua duga dari Dia. Walaupun hakikatnya aku tak mahu semua itu terjadi sebelum aku sempat membalas semua jasa dan bakti.

Benar benar belum siap sedia.

Isnin, 10 September 2012

Konsep jaga hati

Konsep jaga hati ini semakin memberi erti dan sekarang aku dapat rasakan yang aku dah berjaya kuasai konsep tu. Susah nak memahami situasi jika belum sampai masanya untuk mendapat rasa memahami tu.

Sekarang, situasi dah menjelaskan semuanya.

Ini konsep penting yang perlu difahami sedalamnya sebelum meletakkan apa apa tanggapan. Ini juga konsep yang perlu dikuasai supaya tak salah langkah atau tersilap percaturannya nanti. Maaf kalau sebelum sebelum ni pernah meletakkan tanggapan buruk atau apa je, sebab mungkin masih kurang pemahamannya.

Tapi yang penting sekali, aku sayang pertalian yang terjalin antara kita semua.
Harganya mahal.

Mungkin terbinanya cuma sekali ini dan selepas itu terlerai macam tu saja.
Mungkin juga terbina lagi selepas terlerai, tapi itu takkan sama dengan apa yang dibina bersama sejak pertama kali terbinanya ia,

Satu penghargaan buat semua.

Ini pengakhiran atau permulaan

Kehidupan ini dijalani sama saja setiap hari dan berulang. Tapi sampai satu masa ada masanya kita mengubah sedikit dengan acara atau agenda tersendiri. 

Kadang kadang disesetengah situasi aku merasakan ini permulaan aku. 
Kadang kadang disesetengah situasi aku merasakan ini pengakhiran aku.

Dimana titik sebenarnya aku berada aku keliru kadang kadang, ini kerana situasi sering meletakkan aku didalam keadaan yang sebegitu rupa.

Aku taktahu samada ini cuma 'kehidupan' aku sahaja, atau ianya memang benar realiti dimana semua orang alaminya, sebetulnya aku juga masih mencari.

Irama rasa

Tak reti menterjemah rasa,
Lalu biarkan semua rasa biasa,
Jika irama dan lagu mampu mengundang rasa,
Akan aku biarkan ianya beralunan mesra.

Saling kait mengait sesamanya,
Biar sampai membuai segalanya,
Mungkin itu buat aku rasa selesa,
Dan aku pun terus lagukan semuanya.

Bait bait lagu seringkali menepati segala rasa,
Itu istimewanya irama bersama rasa.

Momen

Biarkan hari hari datang tanpa masalah dan berlalu begitu sahaja. Tapi janganlah memori itu berlalu dengan sepantasnya kerana itu momen momen indah yang ingin aku kenang dan bawa bersama ke mana saja.

Simpan lagi

Okay, minggu ni memang masa cemburu sangat sangat kepada kita semua.

Jadi, segala cerita atau rasa akan dibekukan untuk disimpan lagi. Minggu depan, atau mungkin ke depan lagi atau lagi. Taktahu.

Tapi yang pasti, jaga diri dan hati.
Sampai jumpa lagi.

Perasaan kau perasan

Minggu ni dijalani macam biasa tapi dengan sedikit kejanggalan.

Kau pun nampaknya makin terasa dengan perubahan orang sekeliling. Aku tahu tu, boleh nampak sangat. Tapi itu semua bersebab bukan saja saja. Harap semuanya ok ok je. Aku pun tak suka dengan kejanggalan yang tercipta ni.

Memang betul, bukan semua hati boleh dipuaskan. Tapi, tak banyak sikit pun jadilah berubah. Masa masih berbaki.

Ahad, 2 September 2012

Sebenarnya rasa

Bersilaturrahim dan berkasih sayang sesama saudara itu kunci kebahagiaan.

Berada disekeliling mereka yang saling sayang menyayangi dan mencurahkan kasih sayang kepada insan lain itu terasa amat berharga. Terasa kebahagiaan itu selamanya dan akan kekal. Walaupun hakikatnya akan datang pasti ada duga dari Dia.

Tapi rasa ini teramat bersyukur kerana berada diantara mereka mereka yang ikhlas berkasih sayang. Dan syukur kepada Tuhan, pemberi segala nikmat.

Semoga terus kekal dalam bahagia.
Jaga diri, hati. Sampai jumpa lagi.

Ruang

Kehidupan selalu ada ruang ruang atau apa saja untuk dijadikan persoalan, kemudian perlu jawapan. Disitu mula usaha selongkar segalanya. Tapi sebenarnya tak perlu dan biarkan saja ianya kosong, kerana masa itu penentu segalanya. Pasti sesuatu itu akan tiba bila tiba masa.

Tapi kita, kita, dan kita takkan berhenti dari memikirkannya, dan mulalah nak menyingkap semua kenangan, harapan, kegembiraan, kesedihan, sejarah dan apa saja pernah dilalui dan diharungi demi mencari jawapan. Tapi sebetulnya tak perlu.

Cuma biarkan saja semua hilang dalam rutin kita, atau pembalasan akan datang nanti atau dalam kebodohan diri yang dicipta sendiri. Ia memang dicipta begitu, yang kesudahannya nanti tak mungkin juga kita ketemu akan jawapannya. Inilah persoalan.

Kata mudah

Rimas,

Ditindas,

Sembunyi,

Dalam,

Puisi,

Dan,

Kias.

Ini dia

Sebetulnya ini telah terjadi, segala apa yang pernah berlaku juga dilakukan pasti berulang atau terjadi kembali. Disatu sudut dulu, aku perhati dan sudah membayangkan semua. Jadi tak perlu aku terasa seakan terkejut dengan mengejut saat semua ini dibicarakan.

Dipihak diri aku, aku cuma berdiam.

Pandangan usia aku siapa ambil kira kerana pandangan mereka yang berusia kepada yang baru nak membina usianya, lain pandangannya. Konon baru nak mengenal dunia, ya itu tepat. Tapi tidak dari sudut fikiran juga pandangan.

Ini kehidupan dan itulah manusia,
Kenapa perlu aku herankan semua,
Kerana kepercayaan aku masih tetap,
Inilah kehidupan.

Bicaralah

Tanpa soalan dan jawapan,
Huraikan semua kekusutan,
Aku tetap seorang peneman, 
Aku pasti kau punya sesuatu untuk dibicarakan,
Sama ada duka atau gembira,
Sekecil atau sebesar apa,
Yang pasti segalanya,
Walau kadang suatu rasa itu ada,
Menghalang dirimu daripada menutur kata,
Tapi aku tahu jiwamu memberontak ingin menyatakan rasa.

Bicarakan isi hatimu,
Dan berbicaralah kamu.

Tiada tajuk

Saat masih mampu tersenyum ceria,
Itu tanda masih bahagia,
Walau selalu terluka dek manusia,
Aku tetap percaya itu duga dari Dia.

Hidup ini putaran, 
Wujudnya kedukaan juga kegembiraan,
Manusia datang juga pergi,
Silih berganti saban hari,
Harus terus gagah mengharungi,
Segala cabaran duniawi.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Mahal

Bila rasa tu ikhlas, itu yang mahal. Rasa tak pernah bohong kerana itu fitrah manusia, kurnia paling mahal, bukan semua dapat anugerah macam tu.

Khamis, 30 Ogos 2012

JamuanRaya EG

30.8.2012

Jamuan raya bersama sama keluarga EG. Tak sangka dapat berkumpul ramai ramai macam dulu. Hari ni kami semua berkumpul, gembira. Sekeliling penuh dengan rasa kasih sayang. Takkan aku lupa memori yang tercipta hari ini :)

Datang, kemudian pergi

Ini kehidupan, aku kau dia dan mereka.

Setiap insan punya kehidupan tersendiri, dimana pada satu ketika pasti ada insan lain yang memasuki ruang kehidupan kita. Disaat insan itu mula dikenali, kita mula melahirkan rasa atau persepsi terhadapnya. Dan tanpa sedar, kasih juga sayang mula memenuhi jiwa kita. Kasih dan sayang itu universal, semuanya berbalik kepada hati sendiri. Dimana dan bagaimana kita ingin letakkan rasa itu kerana rasa itu pelbagai.

Datang itu mudah. Mengenali juga mudah. Tetapi pergi dan melepaskan itu susah.

Dalam rasa ingin pergi itu, wujud lagi rasa dalam rasa, bercampur baur. Bermulanya titik ini, bagaimana untuk kita melepaskan diri? Sedang beribu batu melangkah atau sejauh mana menetap, rasa itu tetap sebati dalam diri. Lekat.

Ya, ini kitaran kehidupan.
Persoalan yang perlu dicari jawapan.
Dari tafsiran diri sendiri.

Ahad, 26 Ogos 2012

1 minggu

Percutian percuma selama seminggu aku penuhkan dengan macam2, walaupun tak sepenuhnya penuh, ada juga hari hari kosong. Hari ni ahad, hari untuk balik semula ke 'tempat mencari'. Harap semuanya ok dan macam biasa, jaga diri jaga hati.

Selamat tinggal, sampai jumpa lagi :)

Sabtu, 25 Ogos 2012

Hanya dengan harap

Aku memilih untuk tidak mengenangkan masalah masalah yang takde kaitan dengan aku secara langsung, tapi secara tak langsungnya ia ada kaitan dengan penimbang di akhirat nanti. Setiap masalah ada jalan keluar tapi sejauh mana dan sedalam mana usaha yang famili kau lakukan, aku pun taktahu.

Aku tak mahu memandang orang orang luar dan mengkritik dahulu, sebab dikalangan sekeliling aku sendiri pun belum sempurna kehidupannya, juga aku. Tapi aku ini manusia, takkan terlepas dari berkata kata secara langsung atau didalam hati saja. Aku cuma berharap yang 'semua' titik hitam yang kamu orang cipta akan segera dihentikan. Aku hanya berharap sebab itu saja yg termampu, kerana usaha atau apa2 langkah sekalipun semuanya ditangan 'kau orang', bukan aku.

Harapnya semuanya akan diubah secepat mungkin. Aku takmahu ada efek dari perbuatan kalian, bukan pentingkan diri, tapi inilah hakikatnya. Tuhan takakan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk berubah.

Morrrrnig

Dah pagi, seminggu dah macam ni. Macam mana ni ?

Nanti balik semula ke sana macam mana nak bangun Pagi, sedangkan pagi sini dengan pagi sana berbeza sangat :DD Tapi kan, kena stabilkan balik mata dan masa untuk tidur kalau tak, memang parahlah nak bangun hmm.

Makin rosak mata hari hari hari macam ni hu hu hu.

Tragisnya pun

Duhhh aku tak larat dah nak tahan, tapi sakit pulak nak menahan. Sebenarnya terasa kesian bercampur baur semuanya dah pun. Tapi disebabkan rasa ketawa aku lebih kuat nak meletus, tu aku biarkan je.

Kalaulah aku ada peluang nak sampaikan benda ni kat kau. Tapi kan rasanya takkan kot, tapi kan rasa aku ni macam berulang, macam rasa yang sama aku rasa kat manusia yang lepas ni. Aku dapat rasa yang kita boleh ngam kot tapi kan macam takada kemungkinan pun ya, tapi macam ada pun ya.

Apa apa pun, biar masa jelah tentukan sebab itu semua bergantung pada masa.

Tapi kau pun dah 'tweet' kata akan jadi lebih pro dan takakan melibatkan apa apa lagi, tapi kalau dah nak sangkut juga apa boleh buat, memang akan tersangkut jugak. Itu bukan kesilapan, rasa tak pernah silap sebab rasa tu ikhlas, kecuali direka. Kadang rekaan pun akan bertukar ikhlas, sebab kita ni 'manusia'.

Takpelah kau, aku tengok dari maya sini sebab di realitinya pasti beza sangat sebab status memisahkan. Semoga berjaya :D

Koje

Sekarang tak boleh tidur lagi, tapi tak membosankan sebab ada benda nak buat :D

* kerja baru

Jumaat, 24 Ogos 2012

Lemauuu

Dah pagi, tapi aku dah jenuh nak memaksa mata aku untuk melelapkan matanya sendiri. Jadi aku singgah sini, tempat biasa :)

Aku jalan jalan dalam alam maya ni, baca sikit sikit rencah hidup orang lain dalam dan luar 'tanah'. Macam macam aku fikir tapi akhirnya hilang lenyap macam tu sebab aku tak lekatkan dalam kepala otak ni, nanti terbeban pulak lagipun bukan ada kaitan hehe.

Tapi degil juga mata, tetap tak mengantuk =,='


Argh !

Tak boleh tidur =,='

Khamis, 23 Ogos 2012

Kecewa

Kalau berada jauh itu lebih baik dan menyenangkan semua pihak, baik tetap disana saja. Tak perlu kembali dan mula membangkitkan perasaan 'terasa' dalam setiap hati disekeliling kau. Kalau terasa tu cuma ada pada orang yang tak penting, aku okay je. Tapi bila terasa tu ada dalam hati orang yang penting, memang rasa kecewa tu membekam dalam hati.

Tinggi mana pun kita berada, tetap ingat dimana asal kejadian kita.

Tapi seakan-akan nilai tu takada dalam diri kau, dan aku baru mula kenal kau walaupun tak perlu mengenali pun. Takapa, aku cuma berdoa agar satu hari nanti aku bukan spesis kedua selepas kau. Itu saja.

Rabu, 22 Ogos 2012

Terapunglah

Terapunglah dikau manusia,
Dilautan dunia yang sementara,
Tolak tepi semua hal yang mengganggu,
Agar selesa dirimu itu.

Buangkan segala saudara juga teman,
Yang membuat kau rasa terbeban,
Nikmati setiap inci kemewahan juga kesenangan,
Selagi kau punya kemahuan.

Sealpa mana dirimu manusia,
Qada' dan Qadar akan menjelma,
Aku percaya akan janji Tuhan,
Setiap perbuatan pasti ada pembalasan,
Dimana dan bagaimana biar hanya dikau dan Tuhan.

Teruskan terapung. Nanti tenggelam, aku hanya mampu memandang.


Selasa, 21 Ogos 2012

Jamals

Bersenda untuk mereda duka kau yang kecewa,

Disebalik senyum sepi terlindung,

--------------------------------

Malam semua

Senyum dan tersenyum. Itu saja yang mampu aku ukir kecuali aku penat dan tanpa punya sebab lagi untuk berbuat. Tapi sekarang ni sumpah aku penat dah, jom tidur T.T

Kosong, malas

Kosong hari hari,
Bagai tiada isi,
Sedangkan ini hari cuti,
Seharusnya punya misi dan visi,
Untuk aku penuhi.

Otak fikir itu ini,
Lalu hantar mesej pada hati,
Juga perlukan respon dari diri,
Tapi asyik ternanti nanti,
Sebab tiada apa yang nak diberi.

* Bilalah nak bermula bila rasa macam dah berakhir je semua kerja =,=

Isnin, 20 Ogos 2012

Bahagia

Kelihatan wajah wajah mereka ceria,
Terhias dengan seulas senyuman,
Hari yang bernama raya,
Mengumpul setiap dari mereka untuk merayakan.

Untuk bahagia bila bila masa,
Untuk berduka juga tak kira masa,
Kebahagiaan mereka penguat jiwa,
Itu membuat hati aku berasa suka.

Syawal cuma sehari,
Hari berikutnya cuma hari hari biasa,
Inilah masa untuk ziarah menziarahi,
Sesama teman juga saudara,
Untuk kita erat lagi ukhuwah yang terbina,
Agar kekal bersemadi terus dalam jiwa.

Ahad, 19 Ogos 2012

1st Raya

Malam raya, tidur jam 0300 pagi. Bangun jam 0600. Kemas2, pergi pusara papa&angah, balik makan makan, melayan semua tetamu yang datang. Sekarang depan lappy upload gambar2 raya2012. Tambah 2,3 hari lepas tidur 2-3 jam je.

Honestly, damn exhausted, phisically and mentally T.T


Sabtu, 18 Ogos 2012

Jumaat, 17 Ogos 2012

Syawal

Hari kemenangan akan tiba,
Setelah sebulan menahan lapar dahaga,
Manusia pula berkira kira,
Tentang jumlah yang dibelanja,
Untuk segala galanya,
Bagi diperaga pada hari bernama raya.

Syawal akan tiba dan itu pasti,
Adakah kita akan bersama syawal atau masih jauh lagi,
Dari erti sebenar raya itu sendiri.

Pemergian ramadhan

Ramadhan tiba,
Mengejut umat manusia,
Untuk segera mengejar pahala mengurang dosa,
Tinggalkan yang merugikan,
Kejar pula yang menguntungkan.

Manusia hanya pada nama,
Tiada yang sempurna,
Serba serbi kekurangan pada amalnya,
Namun bulan mulia inilah tiketnya,
Bagi memudahkan jalan menambah pahala.

Sementelah Ramadhan hampir berlalu pergi,
Adakah diri sudah diperbaiki,
Atau masih juga begitu begini,
Jawapan itu hanya pada diri dan hati.

Khamis, 16 Ogos 2012

warna sama duga

Warna warni itu indah,
Memberi keceriaan kepada kehidupan,
Dugaan dan cabaran itu payah,
Tetapi itulah proses pendewasaan.

Jalan ini panjang, lebar dan luas.
Susuri ia dengan cara seharusnya,
Bukan cacatkan dengan cara sebaliknya.


Selasa, 14 Ogos 2012

kata emas Malique

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,

Kita tak terlepas dari terkena tempias,

Rimas, ditindas sembunyi dalam puisi dan kias,

Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,

Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,

Bila dunia seolah tak memahami,

Kau sudi selami dalami dan mengalami.

Satu panggilan

Terkejut.

Mamat ni dah lama senyap macam tu je, pergi suka suka macam tak pernah kenal atau ada kawan kawan kat sini. Sekali aku sound setepek terus diam.

Hahaha.
Apa apa pun selamat jaga diri ditempat orang, jangan lupa kawan kat sini kalau dah ada kawan baru, kursus yang kau ambil tu sesuai sangat dengan watak kau yang memang ada sebahagian ciri ciri dalam diri kau. Harap kau tak lupakan kami semua kat sini :D Nanti kalau dah berjaya dan jejak kaki kat timur tengah, harap persahabatan kita semua tak terbatas dengan beradanya kau kat sana. Walaupun masa yang akan tiba tu lambat lagi, tapi masa sekarang macam air, kejap je habis.

Jadi aku kat sini nak ucapkan selamat jaga diri dan ukhuwah yang terbina antara kita, selamat ya :)

Isnin, 13 Ogos 2012

Adele

When will I see you again,

You left with no goodbye.

--------------------------

When was the last time you thought of me,

Or you have completely erased me from your memory.

When will I see you again ?


Awie

Sekadar berhasrat,

Berlindung dalam lena,

Pejamkan mata untuk ku lupakan sengsara,

Berapi kerdipan,

Melaraskan jiwa,

Menyusuk ke arah asalku.

Samsons

Saat terindah saat bersamamu,

Begitu lelapnya aku pun terbuai.

--------------------------------

Segenap hatiku luluh lantak,

Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu.

---------------------------------

Ingin kuyakini cinta takkan berakhir,

Namun takdir menuliskan kita harus berakhir.

Zamani

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika,

Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua,

Engkaulah permata di dalam genggaman tidak kusedari,

Kaca yang bersalut keemasan terus kucari,

Tertutup pintu hati minda tak berfungsi diketika itu,

Tak tahu menilai mana yang tulen mana yang palsu.

Test - ing

Dalam kiraan jam aku, menunjukkan baki baki masa yang tinggal hanya 1 jam sahaja dan aku masih kat depan komputer menaip disini. Inilah padahnya bila masalah berat dipandang ringan dan yang ringan diberat beratkan.

Test !
Tolonglah aku kali ini,kejap lagi aku belajar :D




* Wish me luck :)

Bengang

Wahai talipong,
boleh tak kau tak buat aku rasa nak baling dan pijak pijak kau.

Dah lama berbakti nak rasa makan kaki ke -,-
Grrrr !!

Ahad, 12 Ogos 2012

Izinkan

Suka dengan sekeliling aku,
Kadang juga rasa terluka,
Ingin aku kata itu mahu aku,
Jawab aku bukan aku minta,
Kerana itu jalan yang tersedia,
Dan aku ini hanya mengikuti saja.

Kehidupan,
Wujudnya pemberi juga penerima,
Tertarik dan juga menolak,
Persoalan dan jawapan,
Kebaikan dan keburukan,
Dan lain lain yang ada pro dan kontranya.

Sering disogok dengan kata kita ini pengembara dan sedang dalam pengembaraan.
Disini persinggahan cuma yang penuh dengan macam macam dugaan cabaran.
Kadang kadang aku jemu menghadap realiti.
Kerana aku dan mereka diluar ingin berfantasi.
Izinkan ya :)


*kalau itu mampu terjadinya seulas senyum, teruskan !

Angan angan

Sebelum ini, didalam angan aku 'create' sebuah kisah untuk dijadikan sesuatu yang realiti di masa hadapan, dengan harapan itu mungkin kebahagiaan yang sebaiknya. Sampai jadi mainan tidur tapi cuma sekali. Tapi harapan aku tetap, dimana aku inginkan juga adanya keajaiban bahawa benda tu akan berlaku.

Dan aku sedar semula, ini kerja Tuhan. Setinggi mana angan kita, jika bukan itu jalan yang sebenar yang diatur untuk kita, tetap juga itu bukan jalan yang akan kita jumpa dan berada.

Tapi seringkali di alam sedar ini, ada perkara perkara yang berlaku seperti pernah hadir dalam mimpi mimpi. Aku rasa macam pernah benda ini jadi dan seakan berulang, apa ya yang sebenarnya. Hmm.

Terimas dan terberi

Memberi dan menerima dua perkara berbeza.

Jika ingin menerima selalulah harus memberi, tapi sekarang ni memberi macam mana sekalipun, penerimaan yang diharap seakan tak berbaloi dengan pemberian. Kita ini bukan peminta atau penadah tangan meminta minta, tapi sampai satu tahap si pemberi ingin juga berada dan merasa di posisi penerima.

Jika misi untuk berada di posisi penerima belum digapai, mungkin diri belum mencapai tahap 'penerima' yang selayaknya atau juga sebaliknya. Dan mungkin usaha memberi itu harus digiatkan lagi.

Hermm

Mata nak katup, hidung terseksa, kepala nak letak aje.

Inilah padahnya segar sangat malam tadi.
Siang siang ni tak larat langsung.
Padankan muka sendiri ^_^

Wow

Longgarkan sedikit demi sedikit,
Tarik sampai nampak semua,
Rasa teruja menyelubungi,
Tak sabar sangat,
Tambah lagi di pagi yang sunyi dan tenang,
Kenikmatan yang akan didapati mungkin sukar untuk dicari lagi,
Dilain waktu dilain hari,
Kerana semua yang berlaku cuma rasa sekali.

Cepat cepat teruskan niat,
Masukkan perlahan lahan, 
Takut sakit nanti,
Nikmat.

Aiskrim kacang yang dah lama dinanti nantikan, sedappnya ! Ummph !

Disukat dengan apa

Tua atau muda malam itu biasanya kita kita ini ramalkan dengan detik waktu yang tertera di jam tangan atau jam dinding. Tua atau muda malam itu dikira juga dengan kadar kecerahan dan kegelapan walaupun hakikatnya malam itu, hitam dan gelap.

Aku pulang dipagi hari, tapi belum tentu mata aku terbuka di pagi yang cerah :)
Selamat malam di pagi dingin ini.


Jumaat, 10 Ogos 2012

Fav !

'.. Hamba juga pandai kecewa dan merasa hiba .. cuma belum pandai berkongsi punca dan ceritanya .. oh .. ini sangat menghiris ..' - Khir Rahman

Nice sayings.

Selasa, 7 Ogos 2012

Agaga

Ikutkan hati yang bengkak, memang taknak langsung beransur dan bertolak.
Ikutkan hati mati ikut rasa binasa.

Ikutkan kepala sendiri bermalam berminggu kat sini pun takapa biar sampai rasa ikhlas tapi bukan sama erti tak ikhlas kalau balik nanti. Nak rajuk panjang pun susah -,-

Manusia kan perlukan ruang, tolong bagi ruang sikit boleh ?
Kan hilang baru tercari, ok apa.



* Terbelah lagilah terbahagi bahagi

Tensien

Lintang pukang dengan kertas berterabur sana sini tambah nota nota test akan datang, sesak !

Tambah dengan forum antara pelajar, berkerut nak menghafal huh !
Serabut !

hem

Kalau nanti deria dengar disapa soalan atau kata kata atau apa apa, biarkan saja perkara itu pergi.

Kerana jawapan atau segala persoalan semua ada di aku.
Di luar sana hanya tahu menilai dan menimbang.
Sampai sesuatu waktu ni, aku sendiri terjatuh jauh ke dalam, sendiri.
Dan aku percaya, ada yang hampir rasanya dengan aku lebih mengenali.

Lebih dari mereka.


* Selamat tidur, kalian.

Isnin, 6 Ogos 2012

Kenapa

Jangan bertanya kenapa manusia itu berubah, kerana pasti dia punya alasan sendiri.

Kadang manusia memerlukan ruang dan peluang.
Untuk memperbaiki kekurangan atau kelebihan.
Yang mungkin baik yang mungkin kurang baik.
Kerana manusia itu tetap manusia, sama.
Tapi tidak serupa.
Sesetengah memerlukan masa mengasing diri jauh dari sekeliling.
Sesetengah mampu terus menghadap realiti dengan seadanya.



* Teman itu adakalanya melurus, dan teman itu adakalanya membengkok.Bersedia di saat ia membengkok, kerana pasti dia punya alasan sendiri.

JAGA DIRI.

Pak Romli

Dengarlah hai teman,

Dengarkan bersama,

Aku menulis bukan kerna nama,

Kerna sifat kasih,

Pada sesama insan,

Dan menyatakan kasih sayangmu,

Kita sama semuanya sama,

Apa yang ada hanyalah kehidupan.

Ahad, 5 Ogos 2012

Kembali semula

Akan kembali ke tempat mencari dan menimba.

Mungkin akan tetap disana sehingga tiba untuk bercuti 1syawal, masih dalam pertimbangan. Permintaan agar menghadirkan diri ke tempat dijanjikan masih dalam kira kira, insyaAllah ada rezeki akan berjumpa. Kalau tak dapat hadir, tak membawa makna apa apa atau mungkin ada halangan atau apa apa je.

Jaga diri dan hati, jaga makan dan minum, jaga jaga juga dari segala bahaya. Jumpa lagi.



*Hari minggu yg terencat.

Utama

Mengutamakan apa yang tidak kurang pentingnya, turut punya cacat cela.
Mengutamakan apa yang sememangnya sentiasa menjadi keutamaan, juga turut ada kurangnya.

Apa lagi cara yang terbaik untuk mengutamakan, biar semuanya merasa sama, biar semuanya rasa menjadi keutamaan dan yang terutama tidak merasa terkurang atau terlebih. Terkadang ada rasa meninggalkan semuanya biar semua rasa sama, tiada siapa lagi yang terasa.

Tapi itu bukan jalan terbaik, kerana tiada jalan keluar jika pintu juga tiada.
Inilah adat manusia, hanya menghargai dan meratapi bila sudah tiada dan hanya memandang sekilas bila ada.


* bawakkan diri sementara

Pengganti pasti ada

Mendung cuaca seakan sama rentaknya dengan hati,
Segala rasa yang bercampur datang mengelilingi,
Kalaupun ianya memahatkan luka,
Luahkan saja kepada Dia segala duka.

Walaupun hari ini terasa gelap,
Tidak mungkin esok juga masih sama,
Percaya bahawa nanti akan pudar segalanya,
Dengan terbitnya cahaya yang mengusir hari gelap.

Mendungnya dihati tidak mungkin selamanya,
Semalam yang menyesakkan,
Hanyalah pengalaman cuma,
Supaya hari ini menunduk sujud kepadaNya,
Meluahkan segala rasa dijiwa.

Ketahuilah wahai diri,
Mendung akan pergi,
Cahaya akan tiba sebagai pengganti,
Teruskan berjalan lagi,
Kerana perjalanan belum berhenti,
Untuk menabur segala budi,
Kepada yang lebih mengerti.
Juga memahami isi hati.

Hampiri diri

Diam dan melayan rasa sendiri bagai tiada apa apa sedang air mukanya lain,
Aku hampirkan diri kepadanya krn aku ingin tahu.

Dia setuju kisahkan semuanya ke aku dan aku hanya mampu memandang dan mendengar segala apa yang diluah. Dalam kepala dia sekarang bercampur baur dengan macam macam rasa campur lagi dengan peristiwa peristiwa yang jadi. Buat dia tambah serabut.

Dia kisahkan,
Ada orang 'smash' dia, sedang orang itu tak mengerti dan tak berada dalam situasi yang dia alami, tapi kenapa orang tu nak 'smash' dia macam tu sekali bagaikan orang tu ada masa kejadian. Orang tu berkata macam macam, tapi dia diamkan saja. Bukan dia tak bangkit mempertahankan fakta, tapi buat apa ? Bila kata kata tu dia tahu akan hilang macam angin lalu saja.

Dia tahu, kebenaran hanya pada dirinya saja.
Orang itu takkan faham walau sebenarnya orang tu faham. Tapi dengan sengaja nak menyakitkan hati dia, jadi dia pun biarkan saja. Bagi dirinya, tak perlu nak berkata kata dengan orang yang nyata pemikirannya jatuh jauh ke bawah tapak kaki. 

Dia merasakan diam jalan terbaik, biarkan orang itu berkata apa saja sebab nanti bila penat akan diam juga. Dia kata lagi, inilah kehidupan. Tiada perjalanan tanpa duka dan kata kata yang menghiris rasa.

Baginya, ini caranya untuk dia lebih kuat menghadap dunia, dengan dugaan dan cabaran.
Biarkan mental diuji dan memang permulaannya pedih, tapi nanti bila sudah benar kuat dan kental, kritikan dan cacian itu bagai angin yang menyapa saja.

Aku terasa disapa dengan bunyi panggilan masuk iaitu seruanNya, lalu aku terus tinggalkan dia yang aku hampiri tadi tanpa berkata apa apa.Selepas selesai perbualan singkat yang buat aku rasa gembira berbual denganNya, aku toleh semula ke tempat aku tinggalkan dia tadi dan memanggilnya. Apa yang aku dapat lihat dia pergi tergesa gesa tanpa menyahut panggilan aku.

Baru aku sedar, dia itu aku.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Tidur

Antuk dan kuap, masa untuk tidur.

Selamat malam, kalian.
Tidur agar lupa semua hari ini, esok mula hari baru :)


*Salah dengan apa yang jadi, lepaskan je pergi.

Khas

Kecamuk rasa aku. 
Dah campur dengan macam macam hari ini, tidur nanti mungkin hilang :)

Tapi sebelum nak tidur, aku singgah sini buat kerja sikit. Selak selak taipan lama. Aku suka baca kembali yang lama supaya selalu segar dalam ingatan dan rasa aku. Baru aku perasan, ada satu entry tu, ada 'manusia' namanya mengintai dan beri maklum balas. 

Buat pengetahuan 'manusia', aku juga selalu singgah di laman kau, kata kata yang kau catatkan semuanya teratur dan kemas. Tak seperti aku, masih jauh ketinggalan. Ini laman bisu, hanya huruf huruf jadi perantara setiap rasa untuk diluahkan, dan disini aku ekspresskan semuanya. Kau pun macam tu kan, sebab tu wujudnya halaman kau sendiri.

Ini entry ucap terima kasih kepada kau 'manusia' :) Salam kenal.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Mulut dan orang

Tak mati hidup dengan mulut berisi umpatan orang. Semakin kita maju semakin galak sekeliling mengejek merendah menjatuhkan kita.

Itu bermakna aku semakin jauh ke hadapan.

Aku mendongak bukan sama erti aku bongkak sebab aku masih bongkok merendah mencium bauan tanah yang aku pijak, dimana itu tempat asal. Kenapa kena bersantun lagi dan menyantuni orang sedang balasan lagi setimpal dasyat dari itu dari mereka mereka.

Semoga Tuhan tunjukkan mereka.
Sabar itu kuncinya walau kadang emosi kuasai jiwa.

Gegarrr

Bergegar jiwa raga dalam dada,
Nak menjerit tapi jeritan apa,
Nak ke tempat kosong,
Boleh aku luah rasa yang terkongkong,
Bukan lama benda pendam,
Tapi macam dah lama diperam.

Siot !!

Besarkan otak

Asal nak apa apa, mintak.
Tunggu orang sua apa apa yang kau mintak.

Benda remeh temeh je rengekkan apa ingat orang orang sekeliling mak bapak kau, telinga kena tadah je dengar suara kau. Kalau kena buku ruas sedap, tapi silap bukan dengan aku.

Sekian.

Pagi belum sepi

Pagi ini sunyi,
Tapi belum lagi sepi,
Masih riuh lagi dengan teriak dan sorak,
Entah apa yang mereka rasa galak dan gelak.

Pagi ini sunyi,
Tapi belum lagi sepi,
Dengan tukul yang masih memukul,
Tak tahu apa yang nak diperbetul,
Dengan hilai tawa yang masih bergegar,
Entah apa yang kelakar.

Tapi ada sepasang kelopak yang masih ligat dengan taipan dan rasa ingin terbitkan sesuatu untuk sesuatu.
Selamat tidur, kalian :)

Padan

Dah pagi.
Beberapa jam lagi aku perlu bangkit, itupun kalau aku tidur.

Esok ada assestment, perlukan otak yang segar untuk berfikir, tenaga yang cukup untuk melakukannya. Tapi mata masih belum nak lelap. Mungkin ini penangan balas dendam siang tadi konon nak bayar cash hutang tidur tiga hari.

Sekarang mata yang menghukum masa tidur aku.
Huh, padankan muka sendiri -,-
Tak sabar nak jumpa. Akhirnya sampai jugak masa ini kan, yang sebelum sebelum ni kita asyik sebut sebut. Rindu sangat nak berkumpul macam sebelum2 ni, sekali lagi.


Semoga perjalanan kau dipermudahkan :)

Rabu, 1 Ogos 2012

Bermakna

Segala apa dugaan kita tempuh,
Dengan daya yang separuh,
Inilah namanya kehidupan,
Perjuangan untuk terus ke hadapan,
Membina impian dan cita cita,
Hanya berbekal kudrat tak seberapa.

Bergerak dengan sisa tenaga,
Ingin melangkah dengan kadar segera,
Memastikan diri diantara,
Manusia yang punya rasa usaha.

Sabar dan ikhlaskan

Aku dah sedar lama, bukan baru. Mungkin baru kini kita saling berkongsi kerana tak punya masa. Diam bukan kosong tapi tak mungkin aku nak kongsi.

Kau buat aku rasa hidup kembali ke suasana dulu yang aku pernah punya, tapi bagi aku dulu dan kini, aku pilih dulu. Datang dan pergi seseorang takkan pernah mengubah apa apa. Dalam kamus hidup kau pun begitu kan, aku tahu apa kau rasa, manusia sama cuma rupa membezakan.

Bagi aku, apa kita kongsikan tadi dapat ringankan sikit rasa kat hati kau, walaupun bukan hapus habis.
Itulah manusia, dari sudut pandang yang kita lihat. Cuma apa aku boleh kata, selagi mampu ikhlaskan hati membantu, teruskan. Biar nanti satu masa, dia sendiri akan menilai tindakan dia sekarang.

Sebaik dan serapat mana kawan, aku percaya kepada kata kata emas :
Kadang2 musuh sebenar kita adalah teman kita sendiri.

Bukan semua macam tu, hati kita mampu menilai.
Tapi semuanya berbalik kepada diri sendiri :)
Tabah dan terus ikhlas ya

Tekad

Pagi keluar mencari,
Petang kembali menimbang,
Tambah atau kurang,
Nanti akan diperbaiki.

Selalu tanam dalam hati,
Didalam diri sendiri,
Jangan kalah sebelum berjuang,
Jangan keluh jika itu peluang,
Tapi jadikan ia sebagai lawan,
Agar satu masa nanti dapat ditawan.

Rutin aku sama,
Berulang setiap masa,
Ku akui jemu menghadap,
Tambah dengan cuma sebelah sayap,
Namun itu bukan penghalang,
Buat aku daki gunung ganang,
Berisi sebuah cita dan impi.

Selasa, 31 Julai 2012

Sesak

Sesak,
Semakin dalam rasa itu,
Semakin tajam pandangku,
Seakan tak mampu diusir,
Bila rasa itu ingin aku singkir.

Ingin aku hambur,
Semua sekaligus,
Biar tepat terus,
Dihadapannya agar pudar semua,
Rasa rasa yang terpendam lama.

Kopi pes

Jarak bukan untuk menghukum, atau memisahkan. Tapi jarak lebih kepada penjagaan antara satu sama lain.

Isnin, 30 Julai 2012

penghubung

Aku tekan tekan sana sini.

Kadang kadang usap perlahan sebab sayang sangat.
Kadang kadang rasa nak buang jauh je.
Korek dalam dalam, gali keluar semua isi isi.
Tambah tambah yang berselirat rasa nak ganyang habis.

Tapi, sebab cuma itu je penghubungnya, aku sabar lagi.
Alahai modem.

Yang mana satu

Nampak macam semua nak kaut.
Jangan.

Ini bukan amaran, tapi ingatan.
Boleh je buat koleksi, tapi nanti semua hilang serentak satu habuk pun tak lekat.

Dah banyak cerita gini, ambiklah pengajaran ke masih belum belajar. Beringatlah.

Kau dah kenapa ?

Dah gaharu cendana pula.

Acah acah pulak, sejak bila ni? Nampaknya dah semakin jinak ya.
Senangnya jadi bahan, tak lama lagi nanti jadi apa pulak ?

Pandai pandai la yaa.

Nanti usahakan

Ada lagi mungkin.
Tapi taktahu dekat mana.

Kalau masih disitu, bagus.
Kalau dah hilang, tak bagus.
Tapi,
satu hari nanti pasti capai.

Nanti aku usahakan.

Kurang lebih

Rasa ada kekurangan, tapi apa.

Ada apa apa yang aku tertinggal ke.
Ada apa apa perkara atau orang yang sebelum ni aku biasa tapi sekarang tak biasa lagi.
Tapi apa?

Serabut cari jawapan.
Kembali pada Tuhan, itu saja penyelesaian terbaik.
Hmm.

come on la

Telinga, otak dan akal.
Penat.

Dengan seharian menghadap macam macam ragam, balik pulak kena tadah lagi halwa aku dengan rengek kau.

Perkara remeh, kenapa ambik sebagai berat?
Tolonglah.
Besarkan perangai sama macam usia tu.

Lelah sangat

Duduk duduk,

Berbual isi isi kosong,

Mata dah separuh lelap,
Tangan, jari masih ligat,

Tapi masih juga nak menghadap,
Semua borak kosong,
Semua laku pesong.

Aku penat !

Ahad, 29 Julai 2012

Selagi mampu

Hadir dengan tujuan,
Pergi dengan keuntungan,
Beli aku dengan senyuman,
Dengan keramahan.

Tapi aku tahu apa mahumu,
Aku tak sedungu fikirmu,
Aku tahu semua laku,
Semua tujuan kau itu.

Aku,
Masih tetap disitu,
Berharap agar ikhlas hatiku,
Berkongsi dan mengajar,
Walau kau masih kurang belajar.

Ahad, 22 Julai 2012

Memang manis

Ukhuwwah itu manis,
Bila kita isi dengan rasa kasih,
Bukan kerana belas,
Tapi rasa ikhlas semata.

Sabtu, 21 Julai 2012

Laungkan

Terima dan terima,
Simpan kemas semua,
Ke dalam jiwa sedalamnya,
Biar perit atau sungguh luka.

Realitinya tidak seindah kata,
Mimpi pula terbata bata,
Kejadian selalu diluar duga,
Tapi ditahan juga hati yang duka,
Kerana tahu Tuhan sedang menduga,
Sekalian hamba hamba,
Yang sering lemah dan kurang upaya.

Laungkan semua,
Segala apa yang mencengkam dada,
Agar terburai segalanya,
Supaya jiwa tidak lagi merana.

Memburu dan membelenggu,
Laungkan sekuat hatimu.

Jangan leka

Sekarang kau boleh berkata pada mereka, ini hidup aku, aku bukan budak kecil untuk kau tentukan apa yang boleh apa yang tidak boleh.

Dulu, mereka juga seperti kau. Atau mungkin jauh lebih baik. Lalu mereka diingatkan oleh orang orang yang sebelum mereka, dan sekarang mereka mengingatkan kau. Tapi kau meremehkan mereka. Kau anggap itu semua seperti membentuk budak kecil.

Kalaulah kau tahu,
Bagaimana kehidupan di kota lumpur ini serta yang lain, kau tak hidup disekeliling sini. 
Kau belum lagi mengerti.
Dan nanti aku pasti,
Kau akan ucap terima kasih di kemudian hari.

Kenapa dan apa tujuannya,
itu semua kerana punya alasan sendiri.
Bukan untuk konsep 'budak kecik' atau 'kecik lagi'.

Jangan menyalahkan kerana tugas aku dan mereka sudak jalan, kini tinggal diri kau.
Jangan leka, itu saja.

Nak, tapi

Aku nak, kesemuanya.

Tapi, ini bukan masa yang sesuai.
Kata pada diri, sabar lagi dan tambah usaha.
Jangan tamak, nanti rugi.

*Sabar lagi, nanti semua pasti dalam genggaman.

Hari ke-1

Hari pertama ramadhan,
terasa masa sangat cepat berlalu alih alih dah petang.

Sedangkan baru terasa pagi tadi bersahur.
Masa oh masa.

Salam ramadhan, semua :)

Shahir

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa :)

Poem

Minggu lepas mereka memilih aku sebagai calon mewakili kelas untuk pertandingan poem, hasil karya seorang pelajar dari kelas yang sama. Dan harinya ialah hari ini.

Hasil kerjasama semua termasuk lecturer yang banyak membantu,
Alhamdulillah, kamilah juara kesemua kategori.

Inilah namanya, usaha dan percaya. 
Terima kasih ya, semua.


PD OO3B

Twitbook
" Life is incomplete without social networks,
In the name of Twitter and Facebook,
The masters of all masters,
The beasts of all beasts,
The two lovers that cannot be separated "

and so on ..