Jumaat, 24 Januari 2014

enam genap

Bila berlalunya jam dua belas nanti, baru perjalanan tergenap enam. Sudah enam, rupa-rupanya dah macam-macam buat. Dan sehingga saat ini, ujian memberatkan jiwa dan perasaan. Tapi itu adalah ujian tanda kasih sayang, dan juga semoga kesakitan menjadi penghapus segala kekhilafan yang dilaku buat oleh kami si manusia. Semoga Tuhan memberi kesedaran kepada kami si manusia. Berbalik kepada perjalanan bersama, harapan dan impi tetap lagi sama. Cuma dimasa begini lebih sesuai jika siang itu lebih panjang dari malam, kerana itu sedikit sebanyak menenggelamkan diri masing-masing kedalam kesibukan. Walaupun cuma sibuk dengan hal remeh. Itu lebih baik mungkin daripada asyik terkenang dan mengenang perasaan sedangkan jasad jauh terpisah dan tidak berhadap muka. Semoga malam masih mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang lepas-lepas. Doa sentiasa mengiringi dirimu, dimana dan bagaimana sekalipun keadaan. Semoga Tuhan menguatkan hati si manusia berdua ini. rindu.

#habibi

Jumaat, 17 Januari 2014

idaman


Lagu/Puisi: AbdulAzizHM

menyentuh setiap rongga jiwa. Agar kelak nanti akan ada seseorang dendangkan buat hawa telinga ini sebagai juga memainkan peranan yang sama dalam lagu ini. Insyaallah.

Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan

Kerana kau isteriku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-permata-untuk-isteri-ku-kopratasa.html#ixzz2qdyiehSD

#kegemaran

Ikatan

Selirat lagi tali perasaan. Terlalu terburu atas kehendak manusia sendiri atau memang sudah atas ketetapan dariNya? Persoalan yang benar menghimpit setiap rongga jiwa. Ternyata perjalanan kehidupan ini penuh kejutan. Yang diimpikan dulu diletakkan jauh agar dicapai dulu segala kemahuan, tapi kini semuanya seakan hampir pasti. Jika berlaku atas izin Tuhan. Andai Tuhan memberikan jalan sebegini mudah maka dengan kerelaan dan redha dalam diri aku turut sertakan. Dan dengan itu, segala jenis macam duga pada kelak nanti, harus aku buka luaskan tangan dan kaki untuk sambut dan pikul. Tanggungjawab.

#kegemaran

Januari di '14

Selamat meraikan dewasa, alhamdulillah sebanyak ini umur dikurniakan oleh Tuhan kepada hamba hina ini. Semoga perjalanan setiap hari dimudahkanNya. Semoga jalan menuju bahagia sentiasa berada diatas jalan yang benar. Semoga segala cita dan impi bersama manusia sekeliling tercapai mudah berkat usaha dan sabar.

#kegemaran