Isnin, 28 Januari 2013

Rimas

Kau perlu buka seluasnya lagi pandangan kau yang ada sekarang ini. Ya kau sudah membukanya tetapi belum sampai yang seluasnya, kau cuma buka sikit saja daripada keseluruhannya. Yang sikit ini pula kau sudah mahu merengek itu ini saban hari setiap masa. Kebetulan akal aku masih waras dan kesabaran aku juga masih tinggi. Masa aku juga tidak mahu dibuang sebegitu saja semata-mata mahu dengar rengekan kau yang entah apa-apa. Kalau tidak dah lama aku diamkan mulut dan perangai kau yang entah apa-apa tu.

Semua yang kau cerita ke kami itu sikit belaka pelajaran yang baru kau belajar dari kehidupan ini. Kau tak melihat lagi selain daripada itu. Aku dah punya koleksi yang melimpah ruah tentang pelajaran-pelajaran yang aku belajar dulu dari semua teman.

Malas cakap banyak, kau perlu teroka lagi.
Itu saja.

Nak !

Sampai masa, akan dalam genggaman.


Semalam yang hangat

Semalam macam masih berlangsung dalam hari ini sebab aku masih lagi mahu memandang mahu mendengar segalanya tentang dia. Semalam macam ruangnya itu sempit walaupun pusat membeli-belah itu besarnya bukan main. Semalam macam masanya singkat walaupun banyak sekali dilakukan sama-sama. Baru aku sedar yang aku masih bersama dengan semalam. Semalam masih hangat dalam diri aku. Sungguh dalam dada aku masih terasa ada sisa rindu yang tinggal, belum langsai semua rupanya.

Persoalan yang masih berlegar dalam kepala sejak semalam hingga hari ini mengapa walau sudah mata bertemu mata mulut bicarakan tentang rindu dan lain-lain perkara, ternyata masih juga rindu itu mengambil tempat dalam segala rasa. Dan aku mula memahami bahawa jarak yang menjadi pemisah selama ini bukan masalah utama. Tetapi rasa yang tercipta antara aku dan dia yang memainkan peranan sebaiknya. Aku mengagak bahawa itulah yang mengundang rindu aku walaupun aku sudah ketemunya.

Terima kasih untuk semalam.
Semalam yang hangat.

#Sayang - Shae

Pelik

Dah jumpa setelah lamanya.
Walau mata depan mata.
Hati masing-masing,
Tetap lagi masih ada sisa,
RINDU.

# Sayang - Shae

Us

Semalam ahad.
Aku dan dia.
Iaitu kami.
Bersiar-siar.
Menonton.
Luang masa sama.
Makan-makan.
Jalan-jalan.

Pulang.

# Sayang- Shae

Ahad, 27 Januari 2013

Kemahuan

Isi-isian,
Bau-bauan,
Bunyi-bunyian,
Cuaca-cuaca,
Gelombang.

Rindu lautan luas. Tenang. Tapi sekali menghempas cukup untuk memusnahkan semua.

Jaga-jaga.

Eh

Memang lagak orang berkasih sayang sabarnya memang lebih, lain daripada biasa eh. Disuruh memang tengok-tengok dan jaga-jaga hati dia-nya agar tak bersepai lebur calar rabak koyak selalu eh. Supaya dia saja memanjang berkeadaan sedap selalu eh. Kalau itu kondisinya sabar lebih eh.

Onar

Kau tak boleh dengan cara aku.

Aku pun tak boleh dengan cara kau.

Tolong jangan bikin serabut dengan perkara mudah.

Penat ah !


Terpulang

Aku takkan faham dan takkan faham dan takkan faham kenapa segelintir atau kesemuanya manusia di sekeliling aku ketemu saban hari sering mengaitkan tentang politik dan politik bilamana sesuatu perkara dibincang ke arah negara. Bila masuk soal negara secara otomatiknya pasti bersangkutan dengan pemimpin-pemimpin negara dan kemudian politik.

Di kotak pemikiran mereka ini semua tentang politik dan mereka katakan "aku benci cakap pasal politik", "dah mula dah politik" dan yang lain-lain. Bila aku 'cakap' sikit mulalah nak kata itu-ini dan sebagainya. Kalau dah mula bunyi-bunyi aku ini mudah, cuma tamatkan saja. Bukan soal tidak sekepala atau seangkatannya, cuma golongan manusia ini takkan pernah mahu kalah dan mahu tetap saja dengan apa yang ada dikotak pemikiran mereka.

Tak tahu mahu kata apa dan bagaimana mengubah pemikiran 'orang kita'.

Sedangkan tanpa sedar atau sedar atau tidak mahu sedar atau tidak sedar diri, setiap inci dari kehidupan manusia ini semuanya berpolitik. Katakan dari sudut perlakuan mahupun perkataan yang dikeluarkan semuanya pasti ber-politik. Pasti ada !

Pembohonglah kalian kalau katakan tidak.

Mudahnya begini saja. Mengapa mahu sesakkan fikir sendiri jika mereka manusia jenis begini dan begitu tetap terus saja macam tu, biarlah mereka terus hanyut dengan tanggapan sebegitu.

Soalnya pula pada diri aku nanti, sampai bila ? sampai bila mahu dibiar hanyut selesa dan teguh dengan pemikiran yang sebegitu rupa ? sampai bila mahu 'orang kita' ini sinis keji dengan tanggapan tidak suka itu-ini berkaitan politik ?

Cakap banyak atau apa-apa sekalipun tiada gunanya andai DIRI dan mentaliti mereka manusia diatas ini masih mahu sebegitu rupa daripada awal kehidupan sehingga nanti berakhirnya kehidupan. Jikalau dipertengahan kehidupan mereka tersedar, mungkin sekali sudah menjadi bubur atau jikalau masih punya untungnya mungkin sekali baru mahu menyesal tidak 'fikir' dari awal.

Terpulanglah, nah menyampah !

Sabtu, 26 Januari 2013

Teringat

Perjalanan masa itu pantas sesungguhnya tidak terkejar oleh aku. Sedangkan dalam fikir aku masih lagi terbayang semua memori yang telah lepas seakan semuanya fresh lagi. Ahh ! Rindu !

Bakal tua

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menggapai nombor itu. Semoga saja perjalanan menuju ke nombor itu tercapai insyaallah. Kerana aku tidak tahu apa yang bakal terjadi esok dan selepasnya. Semoga saja aku masih punya kesempatan.

Peaca yaw !

Masa berubah seiringan juga dengan manusia yang berubah.
Perubahan itu dimana-mana.
Perjalanan hidup perlu terus.
Ketidakpuas hati dan seangkatannya itu makanan.
Tinggal lagi balik semula kepada diri sendiri.
Tabah dan kuat mengharung.
Menghadap realiti dengan sepenuh daya dan kasih sayang pada semua.

Pedulikan je

Kalau aku memuji kurniaan Tuhan pada manusia lain itu dianggap sebagai gatal dan lebih teruk lagi lalu bagaimana harus aku terjemahkan kuasa Tuhan aku itu dalam perkataaan atau melalui pandangan ? Kalau kau tidak pernah berbuat demikian tidak payah aku taipkan disini ketidak senangan hati aku terhadap kata-kata kau wahai manusia.

Aku percaya bahawa setiap daripada kita pernah memuji kurniaan Tuhan samada melalui terdetik dihatinya atau terkeluar perkataannya atau juga terbit difikirannya. Tidak mungkin tiada seorang manusia pun tidak melakukan itu.

Manusia itu lemah dan penuh dengan kekurangan.
Maka sama-sama perbaiki bukan mencaci maki.

Tempuh

Setiap kesusahan aku,
Adalah peringatan Tuhan,
Tentang kesenangan,
Yang menunggu aku,
Aku,
Cuma,
Perlu,

S A B A R :)

Habuks

Agak lama tak menaip dan tak buka laman ni. Kebelakangan ini sibuk sangat dengan segala test dan quiz bagai belum campur aktiviti lain.

Lama tak buka alam maya ni sebab tiada penghubungnya dan yang terhangat tak berapa isu video listen, tapi itu semua seminggu lepas dan baru hari ini aku buka Youtube sebab nak tengok apa benda laa isu pasal video tu. Kalau nak kata ketinggalan dalam isu semasa lebih kurang jugalah sebab dulu awal semester rajin beli surat khabar sekarang tak beli dah. 

Nak singgah perpustakaan yang ada pun tak cukup masa sebab dah penat dengan kelas dari pagi sampai petang, padatnya bukan main. Habis je kelas balik bilik tidur. Macam tu setiap hari kecuali hari ini bercuti dapatlah tengok tv sikit-sikit, selak-selak surat khabar. Tapi dah lama tak keluar jalan-jalan. Tapi yang tu kurang penting, yang penting apa yang aku nak capai untuk semester ini. Weehuu !

Sabtu, 12 Januari 2013

Diuji

Kehidupan selama seminggu tanpa sumber air sangat memberi tekanan hebat. Fizikal aku penat dengan segala kerja mengerah kudrat mengangkut air. Setelah seharian mental aku didera untuk menerima ilmu hasil penggalian selama dari mula terbit matahari sehingga terbenamnya bintang itu. Sungguh aku cuba seimbangkan emosi sebaik mungkin walaupun kadangkala aku terlepas sesuatu yang kurang baik. Maaf.

Seperti kata-kata mr.E yang masih lagi terngiang sampai sekarang, seorang pekerja kontrak itu tidak sepenat seorang pelajar kerana seorang pelajar bekerja menggunakan mental manakala seorang pekerja kontrak itu bekerja menggunakan fizikal. Walaubagaimanapun, bagi aku ini tugas dan tanggungjawab. Aku membawa harapan yang diletakkan dibahu. Supaya suatu hari nanti aku memberikan sesuatu istimewa buat orang tua. Justeru setiap masa harus diperkuat hati dan jiwa untuk menghadap realiti walau sesukar mana pun ia.

Sebenarnya keadaan di tempat lain juga sama seperti di tempat menuntut aku, tiada langsung air tetapi yang ada cuma bekalan dari pihak berkenaan. Seorang teman kata, takapa ini ujian menjadi seorang pelajar. Ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran seseorang kerana selama ini sudah terlalu menggunung nikmat yang dikecapi, ini Allah baru ambil sedikit jadi sabarlah, cuma sementara sekurangnya sabar itu pahala. Dan aku bersyukur kerana merasai pengalaman ketiadaan air dan bagaimana terjejas aktiviti seharian mereka iaitu penduduk setempat yang lain. Kami berkongsi rasa dan kepayahan yang sama.

Semoga semua urusan harian kami dipermudahkan dan berjalan lancar. SABAR.

Sebelas

Selamat SEBELAS :)

Dah harung dua purnama sama-sama. Pahit dengan manis tu hari-hari ditelan. Tiada harapan setinggi gunung atau keinginan untuk sesuatu istimewa seperti bulan dan bintang. Cuma pemahaman, kejujuran, kesetiaan dan segala yang baik dalam pertalian ini. Sungguh aku sayang dan rindu.

Sudah aku kata aku tak suarakan tapi dalam jiwa aku dah pahat rindu dan sayang. Rasa yang dikongsi ini semoga menjadi sumber kekuatan dan perkongsian sesama kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan corak warna yang luar biasa.

# SAYANG - SHAE

Ahad, 6 Januari 2013

Hermm

Kenapa eh kau tidak berikan sepenuh keyakinan kau ke aku? Kenapa eh aku rasa sangat terkoyak dengan semua luahan pandangan yang kau muntahkan ke aku? Kenapa eh aku rasa seakan aku mahu kembali semula menjadi aku yang dulu?

Dulunya aku cuma membawa hati dan akal aku untuk menimba dengan senangnya tanpa perlu aku berjaga-jaga dengan hati istimewa. Kini aku perlu berjaga-jaga dengan hati dan menjaga hati istimewa itu. Sungguh aku akui aku sayang penuh kepada kau tapi masih kiranya kau hilang dari pandangan dan kehidupan aku kelak, bagi aku itu bukan satu pengakhiran hidup. Seperti kata sahabat aku, berhentinya cinta dan sayang dari seorang lelaki itu tidak bermakna itulah titik akhir dalam kehidupan kita. Aku kunci kata-kata kau dan betul juga selama hidup ini itu yang aku genggam dan bawa dalam perjalanan hidup.

Kepada mu sahabat, aku mahu kau kuatkan hati walaupun cinta dan sayang kau sekarang ini sakit bersama sakitnya hati kau. Ini pelajaran hidup.

Sakitlah tapi bangkit.

Haihyo

Aku sudah mula kelas lagi dan sudah tinggalkan hari-hari sukaria dibelakang. Tapi seakan kurangnya hari tanpa semangat untuk belajar. Aku taktahu apa kurangnya diri. Setiap kali tukar gantinya hari aku masih juga disitu dengan sikap lemah yang sama. Taktahu kemana hilangnya satu spirit yang selama ini aku bawa ke kelas. Sumpah aku tak tahu.

Selasa, 1 Januari 2013

Latar dan kisah

Rasa itu berterusan dan akan terus menerus dirasa disatu sudut dalam hati. Walaupun realitinya tidak lagi bersama tetapi itu semua tidak menghalang akal untuk terus mengorek apa jua memori atau peristiwa yang telah dipahat bersama-sama insan sekeliling. Di beberapa ketika pasti kita terkenang-kenang seorang dan juga timbul semula segala rasa yang pernah wujud disatu ketika dulu.

Semoga ini semua tidak menjadi penghalang dalam diri kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semua orang yang kita jumpa itu punya pelbagai kisah dan latar untuk dikongsi bersama kita jadi anggap saja setiap pertemuan itu sebagai suatu tajuk baru dalam kehidupan, belajar memahami dan mendalami.

Setiap insan disekeliling kita punya kisah mereka yang tersendiri dan ini kisah diantara aku, kau dan dia.

1 JANUARI 2013

Selamat Tahun Baru.
Happy New Year.

Harini hari pertama di tahun 2013, 1 daripada 365 hari.
Tiada azam atau harapan, cuma semua peristiwa 2012 tak kira apapun rasanya semuanya aku semat kukuh dalam hati dan ingatan. Semuanya. Tahun yang berubah cuma pada angka semata tetapi diri kita masih juga sama. Semoga diri kita ditambah baik dari segala sudut. Semoga juga diri kita tidak alpa dengan segala kesenangan sahaja tetapi beringat tentang kesusahan juga.

Tentang pertalian yang terjalin sesama sahabat, keluarga dan saudara-mara kita perlu mantapkan lagi supaya ukhuwah yang terjalin antara sesama insan ini kekal terpelihara dan perlu sentiasa dipelihara. Tentang pelajaran dan kerjaya semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT dan diberi kejayaan serta kenaikan pangkat. Tentang hati dan rasa semoga semuanya gembira dan bahagia, dugaan dan cabaran itu perlu untuk menguji hati dan rasa. Semoga saja semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik untuk menghadap semua urusan mendatang.

Doa yang baik buat semua ditahun yang baru dan hari yang baru.
Semoga semuanya ikhlas dan sabar menghadap realiti 2013.