Ahad, 27 Januari 2013

Terpulang

Aku takkan faham dan takkan faham dan takkan faham kenapa segelintir atau kesemuanya manusia di sekeliling aku ketemu saban hari sering mengaitkan tentang politik dan politik bilamana sesuatu perkara dibincang ke arah negara. Bila masuk soal negara secara otomatiknya pasti bersangkutan dengan pemimpin-pemimpin negara dan kemudian politik.

Di kotak pemikiran mereka ini semua tentang politik dan mereka katakan "aku benci cakap pasal politik", "dah mula dah politik" dan yang lain-lain. Bila aku 'cakap' sikit mulalah nak kata itu-ini dan sebagainya. Kalau dah mula bunyi-bunyi aku ini mudah, cuma tamatkan saja. Bukan soal tidak sekepala atau seangkatannya, cuma golongan manusia ini takkan pernah mahu kalah dan mahu tetap saja dengan apa yang ada dikotak pemikiran mereka.

Tak tahu mahu kata apa dan bagaimana mengubah pemikiran 'orang kita'.

Sedangkan tanpa sedar atau sedar atau tidak mahu sedar atau tidak sedar diri, setiap inci dari kehidupan manusia ini semuanya berpolitik. Katakan dari sudut perlakuan mahupun perkataan yang dikeluarkan semuanya pasti ber-politik. Pasti ada !

Pembohonglah kalian kalau katakan tidak.

Mudahnya begini saja. Mengapa mahu sesakkan fikir sendiri jika mereka manusia jenis begini dan begitu tetap terus saja macam tu, biarlah mereka terus hanyut dengan tanggapan sebegitu.

Soalnya pula pada diri aku nanti, sampai bila ? sampai bila mahu dibiar hanyut selesa dan teguh dengan pemikiran yang sebegitu rupa ? sampai bila mahu 'orang kita' ini sinis keji dengan tanggapan tidak suka itu-ini berkaitan politik ?

Cakap banyak atau apa-apa sekalipun tiada gunanya andai DIRI dan mentaliti mereka manusia diatas ini masih mahu sebegitu rupa daripada awal kehidupan sehingga nanti berakhirnya kehidupan. Jikalau dipertengahan kehidupan mereka tersedar, mungkin sekali sudah menjadi bubur atau jikalau masih punya untungnya mungkin sekali baru mahu menyesal tidak 'fikir' dari awal.

Terpulanglah, nah menyampah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan