Selasa, 30 Ogos 2011

K A W A N !!

KAWAN KAWAN !!

Aku rinduuu laa kat korang :D

Terutama A R T I S aa. Bhaha!!

Korang dah blaja ?

Aku langsung tak bukak buku :(

Agak2 boleh tak jawab ??

Pandai pandai aa kan nnt, hee :D

1 Syawal

ASSALAMMUALAIKUM !!!
Hari ni 1 Syawal ! :D
Hari ni pagi pagi da bangun, pasang langsir sbb malam tadi penat so tetidur.
Lepas tuh, Pagi pukol 3pg gerak Jalan TAR.
Wahh, ramai lagi orang, ingatkan semua da balek kg.
Beli barang cket, lpas tuh balek.
Tido pukul 6pagi.
Lepass tuh bangun pukul 7pagi.
Memang pedih gile laa mata nie,
Dah laa demam x hilang lagi.
Mmg sedapp aa!
Kemas kemas, mandi, isi kuehh,
Bermaafan dulu, makan,
Pegi umah makcikk kutip duet raya 1family,
Lepas tuhh, Last minit,
Abg Long kata "Jom, Singapore"
Okay jee laa, ikotkan malas sangat2,
Tapi mama mtak teman, pegii jee laa =)
Balik kemas kemas,
Yati pulak satu family datang(m'rapatkan silaturrahim laa katakan)
Aku pulak kemas kemas baju,
Mama sembang2 dengan bakal besan ehh,
Aku?
Tengah type type kat blog nie laa,
Tgh tunggu diorang balek,
Kemas2, Lepas tuh baru gerak S I N G A P O R E.
Nanti dah balik sini aku story story lagi, CHOW!

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri akan menjelma dalam dua hari lagi. Bahang Aidilfitri itu semakin hangat dalam kita menghitung hari untuk menunggu pagi syawal yang mulia itu. Setiap keluarga pasti akan pulang ke kampung halaman dan berjumpa saudara mara serta sahabat handai yang dah lama tak jumpa. Buat keluarga yang kehilangan insan tersayang, pasti mereka akan pergi menziarahi pusara terlebih dahulu tanpa melupakan mereka yang telah tiada. Sebelum syawal tiba, pasti macam macam persiapan untuk lebaran tu disiapkan terutamanya membeli kelengkapan baru. Tapi harus ingat berbelanja boleh tapi jangan sampai membazir. Ingatlah masih ada lagi mereka yang kurang berkemampuan yang seharusnya kita salurkan duit itu kepada mereka agar mereka juga dapat menikmati kemeriahan dan kebahagiaan syawal yang tiba.
Di kesempatan ni, nak mohon ampun dan maaf andai sebelum ni terlanjur bicara atau tingkah laku yang mengguris perasaan semua,halalkan semua makan dan minum serta segala apa yang tidak berkenan di hati, dengan serendah hatinya mohon ampun dan maaf. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR&BATIN.

Selamat Tinggal RAMADHAN .

Ramadhan akan berakhir dalam masa dua hari saja lagi. Bulan ramadhan tahun ini aku jalani dengan penuh kesabaran yang masih lagi boleh dipertahankan walaupun macam macam dugaan atau cabaran terjadi pada bulan yang mulia ini. RAMADHAN tahun ini juga mencabar diri aku dari segi kesabaran terutamanya kerana macam2 kerenah manusia aku hadapi di bulan mulia ini. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana aku semakin belajar mengenal erti persahabatan yang akan aku simpan memori tu sampai bila bila, InsyaAllah. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Allah swt amatlah murah buat aku dan keluarga,Alhamdulillah. RAMADHAN tahun ini juga aku semakin dekat dengan diriNya walau kadang kadang aku malas nak laksanakan perintahNya tapi aku berusaha ke arah itu. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana aku dikelilingi oleh orang orang yang tersayang iaitu keluarga dan sahabat handai. RAMADHAN tahun ini juga mencabar diri aku sebagai seorang pelajar kerana tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan penting. Walaupun RAMADHAN tahun ini belum terlaksana dengan sempurnanya, aku ingin perbaiki kedatangan RAMADHAN seterusnya,InsyaAllah.

Mudahan mudahan umur panjang dan dimurahkan rezeki agar kita dapat bertemu di bulan RAMADHAN seterusnya,AMIN.

Khamis, 25 Ogos 2011

Luluh


Saat terindah saat bersamamu
Begitu lelapnya aku pun terbuai
Sebenarnya aku tlah berharap
Ku kan memiliki dirimu selamanya
Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu
Tuk meredam kepedihan hatiku
Untuk merelakan kepergianmu
Ingin kuyakini cinta ta kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir
Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu tuk meredam kepedihan hatiku
Untuk merelakan kepergianmu
Ohh…ohh…
Ku tak sanggup merelakanmu..
Ohh…ohh…ohh..
Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu
Tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Making Love Out Of Nothing At All


I know just how to whisper
And I know just how to cry
I know just where to find the answers
And I know just how to lie
I know just how to fake it
And I know just how to scheme
I know just when to face the truth
And then I know just when to dream
And I know just where to touch you
I know just what to prove
I know when to pull you closer
And I know when to let you loose
And I know the night is fading
And I know the time’s gonna fly
And I’m never gonna tell you everything I gotta tell you
But I know I gotta give it a try
And I know the roads to riches
And I know the ways to fame
I know all the rules and then I know how to break ‘em
And I always know the name of the game
But I don’t know how to leave you
And I’ll never let you fall
And I don’t know how you do it
Making love out nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love)
Out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
Every time I see you all the rays of the sun are all
Streaming through the waves in your hair
And every star in the sky is taking aim at your eyes
Like a spotlight
The beating of my heart is a drum and it’s lost
And it’s looking for a rhythm like you
You can take the darkness from the pit of the night
And turn it to a beacon burning endlessly bright
I’ve gotta follow it ’cause everything I know
Well it’s nothing till I give it to you
I can make the runner stumble
I can make the final block
And I can make every tackle at the sound of the whistle,
I can make all the stadiums rock
I can make tonight forever
Or I can make it disappear by the dawn
And I can make you every promise that has ever been made
And I can make all your demons be gone
But I’m never gonna make it without you
Do you really wanna see me crawl
And I’m never gonna make it like you do
Making love out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love)
Out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love, love)

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sekian Lama

Disingkap masa lalu,
Bermacam laku dan perkataan ditempuh,
Walau dengan sedar,
Tetapi masih ingin terus hadapi,
Kerana sekeping hati yang tak pernah puas.
Kini semakin sedar dengan kekhilafan itu,
Kini bangkit untuk menjadi lebih baik.
Sangat berharap hati ini kuat,
Untuk kekal dijalanMu,
Kerana bahagia ada di situ,
Setelah sekian lama hanya merasai kekosongan.
Teman dan keluarga tulang belakang,
Hanya mereka menjadi kekuatan.

Mana Mak?


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Isnin, 22 Ogos 2011

Berbuka Puasa Bersama

Semalam 21Ogos. 
Semalam ramai ramai keluar shoping. 
Berbuka puasa sekali. 
Pergi satu tempat je sebab masa tuh hujan. 
Tak jadi nak pergi tempat lain. 
Budak budak tuh beli baju+kasut+seluar. 
Kita-orang pun beli baju jugak.
Sama pulak tuh. COMEL.
Memang penat sangat. 
Malam baru sampai rumah. 
Tapi apa apa pun best dapat keluar ramai ramai sebab dah lama tak keluar. =)

*Thx KAWAN !! 

Seminit Bermuhasabah di Bulan Ramadhan


Kita sebenarnya....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya....Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi-Nabi Allah..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalammua'laikum..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan..

Kita sebenarnya....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita..

Kita sebenarnya....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka...

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

يٰقَومِ إِنَّما هٰذِهِ الحَيوٰةُ الدُّنيا مَتٰعٌ وَإِنَّ الءاخِرَةَ هِىَ دارُ القَرارِ

مَن عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجزىٰ إِلّا مِثلَها ۖ وَمَن عَمِلَ صٰلِحًا مِن ذَكَرٍ أَو أُنثىٰ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ يُرزَقونَ فيها بِغَيرِ حِسابٍ

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Kelebihan Tidak Meninggalkan Solat Subuh&Asar


Tidak akan memasuki Neraka, mereka yang tidak meninggalkan solah Subuh dan Asar. ” Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari)
Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah sembahyang fardhu Subuh dan Asar)
“Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.” Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.
Dua malaikat yang ditugaskan menjaga sembahyang manusia bertukar “syif” mereka juga pada dua waktu sembahyang ini”
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:”Kalangan malaikat berkumpul pada saat solah Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”
Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solah Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:” Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab:”Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solah dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solah, ampunilah mereka pada hari kiamat.”

Sabtu, 13 Ogos 2011

Impian Gila

Pertama kali kenal INSAN ni,dia biasa je takada apa pon yang menarik. Dia okay laa, pandai tarik perhatian orang. Semua orang pon suka kat dia sebab dia peramah. Dari segi luaran dia biasa je, sangat SIMPLE. Mula mula tak rapat pon,biasa biasa je. Dah beberapa bulan tu, rapat la jugak tu pun biasa je.

Tapi, bermula tahun ni, disebabkan beberapa kejadian, kita-orang semakin rapat. Lebih rapat daripada hubungan sepatutnya. Setiap kali jumpa,ada je benda nak kongsi atau bergurau apa apa je. Setiap kali jumpa INSAN ni, daripada takada mood,tiba tiba je okay. Gembira je. =)

Pernah beberapa kali jugak aku fikir atau buat permintaan yang bukan bukan. Aku nak dia jadi sebahagian daripada hidup aku n berada kat sekeliling aku. Haha. Tak ada perkataan atau ayat yang boleh menghuraikan apa yang aku rasa. Tapi satu perkara yang aku tahu, aku SAYANG kat INSAN ni. Dan kehadiran dia kat sisi aku buat aku rasa sangat GEMBIRA.

Tapi kalau apa yang aku impikan tu jadi kenyataan kan bagus. Haha! Macam cerita dongeng pulak. Kalau betul pon lagi tersangat bagus.

CNFS

Siapa kawan kita hari ini akan menentukan siapa kita pada hari esok. 

CNFS yang kata macam ni hari tu. Dia kata benda ni memang betul dan bukan AUTA tapi FAKTA. Betul laa tuh kan. Dan akhir akhir ni CNFS selalu bagi nasihat. Setiap masa tak pernah lupa. Tapi memang setiap nasihat yang CNFS bagi tu memang bagus aa. Boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Contohnya yang kat atas ni. Memang terasa. Sebab hari tu ada laa benda dia tanya pasal kawan. Lepas tu esoknya dia cakap macam ni. Memang terasa laa kan. Tapi takpa, terima kasih banyak untuk nasihat tu CNFS.

  

Jumaat, 12 Ogos 2011

Mata Oh Mata

Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. Dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia, kau nak tengok?
Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).
Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu... tengah jalan ramai-ramai depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?
Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt Minah Saleh tu... Tak solehah langsung...!
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la.. betul lah cakap kau...
Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik.''
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [Surah Al-Mulk :12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

Hidup Perlukan Semangat


Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.
Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.
Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.
Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.
Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentias mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilalukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.
Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda.
Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

Diam Itu Lebih Baik


Kenapa asyik membuka mulut
berkata-kata kosong
tanpa manfaat sedikitpun,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa sibuk mengatakan
keburukan orang lain
dengan tidak henti-henti mengumpat,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa mulut tidak penat
mengeluarkan kata-kata kesat
meskipun kepada rakan-rakan,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa masih tidak insaf
berkata-kata buruk
dengan mengutuk orang lain,
bukankah diam itu lebih baik?

Kenapa agaknya mulut itu
tidak boleh dikunci walaupun
untuk masa yang singkat,
bukankah diam itu lebih baik?


Saya ingin menceritakan mengenai tabiat diam. Ramai yang mengatakan bahawa orang yang pendiam ini, sombong, pemarah, tidak mahu berkawan dengan orang lain. Betul ke? Kenapa kita suka sangka buruk kepada orang yang begitu. Kenapa kita tidak berasa bahawa orang seperti itu sebenarnya lebih baik dari orang yang suka bercakap tidak tentu pasal. Kita seolah-olah membenci orang yang melakukan kebaikan dan kalau boleh mahu mengajaknya untuk menjadi orang yang suka bercakap kosong atau dengan kata yang lebih jelas lagi, untuk mengajaknya melakukan dosa. Kita tidak berasa begitukah? Tidak salah untuk berkata-kata, tetapi kata-kata itu mestilah yang baik-baik. Jika tidak ada perkara yang hendak dicakap, lebih baik kita diam.Orang yang suka berdiam diri atau pendiam itu lebih baik dari orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan baik. Kedua-dua sifat ini merupakan sifat yang baik dan tidak susah untuk melakukannya asalkan hati menyuruh tuan empunya diri berbuat demikian.Jika seseorang itu tidak mampu berkata baik, lebih baiklah dia mendiamkan diri. Jangan kita suka mengisi masa dengan mengumpat orang lain, mengutuk dan sebagainya yang boleh menyebabkan diri bertambah dibenci orang dan tuhan.Manusia berbicara setiap masa. Pagi, petang dan malam. Baik dan buruk. Bicara yang baik dapat menjamin keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Diri lebih dihormati dan disayangi masyarakat dan tuhan. Tetapi jika bicaranya tidak mengikut adab dan tuntutan agama, dia akan merana di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia dibenci orang dan di akhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain menyebabkan kita diseksa di Neraka. Lidah yang dikurniakan Allah bukan dicipta untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan kalimah-kalimah yang berhikmah. Oleh sebab itulah, diam merupakan benteng kepada lidah kita dari berkata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia. Orang suka berdiam diri itu tidak bermakna dia bodoh, orang yang suka berbicara itu tidak pula bermakna dia cerdik kerana kecerdikan itu merupakan buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak berbicara.

“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah tempat paling layak baginya”

Wallahu-A’lam..

Rabu, 10 Ogos 2011

5 sekawan

Pagi pagi dah sampai sekolah, masa tu pukul 7.10 am. Terus je duduk sebab perhimpunan pon nak mula daa.
Tengah tengah duduk tu, mata ni terpandang pulak kat sekelompok manusia ni. Kat situ nampaklah 5 orang kawan. Semua perempuan. Tingkatan tiga. Tiba tiba, teringat pulak kenangan aku dgn kawan2 dulu masa ting3.

Kitorang pon 5 sekawan. Pegi mana mana pun sama2, makan sama2, kongsi cerita sama2, semua benda laa asalkan sama sama. Hehehe. Masa tu kalau sedih or gembira semuanya dikongsi bersama. Masalah yang ada pun sama sama. Rindu sangat semua tu. 

Sekarang?
Semua cerita atau perkara tu dah jauh ditinggalkan atau dah berkubur. 
Semua cerita atau perkara tak mungkin sama walaupun diulang semula.

Sekarang?
Masing masing dengan haluan masing masing.
Masing masing dah terpisah.
Masing masing dengan cerita kehidupan sendiri.
Tak ada lagi perkongsian antara semua.
Tak ada lagi sekelompok 5 sekawan berjalan bersama.
Semuanya tgh b'kerja keras.
Untuk?
SPM

Walaupun perangai,penampilan atau sikap kita semua,
B E R U B A H,
Atau kita semuanya J A U H,
Kita tetap dgn satu matlamat,
Berjaya dalam kehidupan.
Itu impian kita semua kan kan ??

Ciri Ciri Sahabat Sejati


Apakah kita merupakan seorang sahabat sejati???


 PERSAHABATAN DALAM ISLAM


Sahabat merupakan insan yang senantiasa mendampingi diri kita di mana sahaja kita berada. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup bersama dengan kita sewaktu kita berada dalam kesenangan, apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Persahabatan yang terjalin perlu mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Islam supaya persahabatan tersebut diredai oleh ALLAH di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Persahabatan itu HALAL selagi tidak diselangi dengan perkara-perkara maksiat kepada ALLAH. Wallahu’alam bissowab.

Firman Allah:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu (bukan lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Amat Mengetahui, lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
- Surah al-Hujuraat ayat 13. 


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.

Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.