Jumaat, 9 Mei 2014

rain

Hujan.
Sejuk.

Syukur

Kehidupan bercuti ini terasa panjang sekali apabila tiada berlaku apa-apa untuk dikerjakan. Ke sana ke mari mencari tetapi Tuhan tidak mentakdirkan untuk mengerah keringat dimana-mana. Hari demi hari berlalu dan keputusan peperiksaan menjengah keluar. Dengan rasa yang biasa dan tiada sebarang keinginan tinggi, seperti biasa email diterima ditengah hening pagi. Tiada apa yang diucapkan melainkan rasa syukur yang tinggi ke Tuhan. Rezeki paling besar dikurniakan juga ganjaran bertungkus lumus kerana berusaha. Pada aku, kejayaan ini sebahagiannya adalah berkat doa seorang ibu kepada anaknya. Tanpa doa dan sokongan mana mungkin kejayaan boleh digenggam. Bulatkan tekad dan mantapkan gerak kerja untuk semester baru. Itu adalah satu-satunya harapan yang ditanam. Semoga kejayaan tidak memberi leka kepada diri. Sesungguhnya ini cuma sekelumit sahaja hadiah buat bonda. Seharusnya lebih besar harus diberi sebagai hadiah istimewa. Doakan.

Mei

Kejernihan sudah mula menyelubungi persekitaran harian aku. Keruh-keruh telah beredar pergi meletakkan semula aku ke dalam diri dengan bersih. Syukur. Tuhan itu pemberi dan penerima. Doa dan usaha berpisah tiada. Maka semuanya tidak mustahil untuk dikecap semula. Selamat bergerak ke 10 untuk mei ini yang tidak diketahui menjanjikan aku apa. Selamat juga hari istimewa ibu. Hari-hari adalah penghargaan tertinggi untuk segala jiwa raga bonda. Bukannya hanya termaktub untuk sehari cuma.