Ahad, 29 Mei 2011

Suka?


Kali pertama bertemu,
Hanya senyuman ku hulur,
Namun pertemuan seterusnya,
Hanya diam membisu,
Hanya berkata kata bila perlu,
Saat pertama kali duduk di sisinya,
Tiada rasa aneh,
Namun hari ini,
Dia memulakan bicara,
Saat melihat dirinya,
Hati terasa lain,
Senyumannya lain hari ini,
Tiba tiba hati bergetar,
Satu rasa aneh menyerangku,
Namun aku hanya berdiam,
Masih berteka teki,
Mahu melayan perasaan,
Atau hanya biar ia pergi.

Suka?
Rasanya.

SEKIAN.

Kita Semakin Jauh =(




Kawan?
Kita semua semakin jauh.
Kawan?
Aku tak pasti kenapa.
Kawan?
Kita semua byk dah bawa haluan sendiri.
Kawan?
Kita semua dah tak macam dulu.
Kawan?
Mana korang semua.
Kawan?
Aku rindu saat saat dulu.
Kawan?
Kalaulah kita tak terpisah.
Kawan?
Mengapa mesti ada perpisahan.
Kawan?
Aku tak tahu apa dah jadi.
Kawan?
Apa punca semua ini.
Kawan?
Aku sentiasa sayang korang.
Kawan?
Walaupun dah lama tak contact korang.
Kawan?
Tak bermakna aku lupa.
Kawan?
Aku percaya akan ada satu saat.
Kawan?
Kita dapat berkumpul kembali.
Kawan?
Bersama berkongsi cerita.

Aku percaya kita semua akan bersatu kembali.

SEKIAN.

Apa beza suka,sayang dan cinta ??



Suka?
Saat anda menyukai seseorang,
anda ingin memilikinya,
tetapi itu hanya untuk keegoan sendiri.
Sayang?
Saat menyayangi seseorang,
anda ingin membuatnya bahagia,
dan itu bukan untuk diri sendiri.
Cinta?
anda akan melakukan apa pun,
walaupun harus mengorbankan diri sendiri.

Suka?
Saat berada disampingnya,
anda akan bertanya,
"Bolehkah aku menciummu?"
Sayang?
Saat berada disampingnya,
"Bolehkah aku memelukmu?"
Cinta?
Saat berada disampingnya,
anda akan menggenggam erat jari jemarinya.

Suka?
Saat ia menangis,
"Sudahlah jangan menangis"
Sayang?
Saat ia menangis,
menangis bersamanya.
Cinta?
Saat ia menangis,
sedia menghulur bahu,
berkata mari selesaikan bersama.

Suka?
Saat melihatnya,
Cantik/Tampan.
Sayang?
Saat melihatnya,
melihat dari hati bukan dari mata.
Cinta?
Saat melihatnya,
dia adalah anugerah terindah Tuhan berikan buat dirimu.

Suka?
Saat dia menyakitimu,
maka anda marah/tidak mahu lagi berbicara.
Sayang?
Saat dia menyakitimu,
anda akan menangis untuknya.
Cinta?
Saat dia menyakitimu,
Anda berkata "Biarlah,dia tidak mengerti apa yg dilakukan".

Suka?
Saat menyukainya,
anda akan memaksanya menyukai diri anda.
Sayang?
Saat anda sayang kpdnya,
Biarkan dia memilih.
Cinta?
Saat anda cintakannya,
anda selalu menantinya dengan setia dan tulus.

Suka?
adalah menemaninya bila ia menguntungkan.
Sayang?
menemaninya di saat dia memerlukan,
Cinta?
menemaninya dan tidak peduli tentang diri sendiri.

Suka?
Adalah hal yang menuntut.
Sayang?
Adalah memberi dan menerima.
Cinta?
Adalah memberi dengan rela.

Jumaat, 27 Mei 2011

Taman Budaya

26 Mei 2011 tercatatlah sejarah kat SMK Kepong Baru. Kumpulan Puisi dan Lagu sekolah yang dianggotai oleh saya, Ilya athira,Asma Faiza,Goh Jian Wei,Min li,How ming,Kenneth dan zheng jie telah berjaya membawa pulang trofi tempat kedua daripada 5 kedudukan yg diperuntukkan hadiah. Uncle Lan@Roslan jadi jurulatih sekolah.Berkat usaha gigih semua pihak dapatlah kumpulan kami bawa pulang trofi kemenangan tmpat ke-2. Walaupun johan itu lebih baik,tapi rezeki tidak berpihak kepada kami. Terima kasih diucapkan buat En Asrul yg jadi guru pengiring,Pn Radziyah,Cik Nadia dan pihak sekolah kerana menyokong kami. Anda semua terbaik. Cuba lagi tahun depan. =)







Jurulatih:Uncle Lan






Makan Time












Sahabat



Aku mencintai sahabatku dengan sepenuh jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku,
dan menjaga maruah baikku ketika hidup/mati,
ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan,
kerana aku akan merasa senang,
semakin ramai sahabat,
aku makin percaya diri,
aku selalu berharap mendapat sahabat sejati,
yang tidak luntur dalam suka/duka,
jika aku dapat aku ingin setia padanya.
(Imam Shafie)


Rabu, 25 Mei 2011

S E M A L A M

Semalam sudah berlalu,
kisah itu ku pahat teguh,
dalam memori,
tak kan ku lupa walau secebis.

Semalam cerita yang bercorak,
sangat indah untuk dikenang,
kita lukis bersama,
menari nari jemari kita.

Semalam itu dah berlalu,
tak perlu ditangisi perginya,
kerna kau tak mampu putar kembali,
momen momen emas itu.



PAGI

Pagi akan menjelma,
pagi memberi seribu makna,
pagi memberi inspirasi baru,
pagi membuka setiap jalan kehidupan.

Pagi permulaan semula hari ini,
pagi mencatat kisah berlainan,
pagi memberi seribu bentuk emosi,
pagi memberi sinar baru.

Pagi menggantikan malam,
pagi permulaan hidup,
pagi mencatatkan bermacam senario,
pagi sentiasa ada.

Namun masih adakah pagi untukku bermulanya esok?

Selasa, 24 Mei 2011

Novel lagi ..


Wahh! Dapat novel lagi. Bez ouh exam dah habes den minggu ni las sekolah n minggu depan lak dah cuti. Wahh! Bez ouh. Boleh ar baca novel. =)

Jumaat, 20 Mei 2011

Group Malaysia Ala Ala Korea

Iys , tak faham betul laa dengan korang semua ni. Korang tak ada identiti sendiri ker? Korang sebenarnya orang malaysia ker orang korea ? Sekarang ni macam macam orang kita punya idea. Melimpah ruah. Tapi idea diorang ni semua ke laut. Agak agaklah pun nak tiru macam korea. Diorang tu badan ketak ketak+hensem semulajadi. Yang korang nie? haih. Pikirlah sendiri ..











Aku Mula Belajar ..

Aku mula belajar tentang kehidupan .
Kehidupan ibarat sebuah cerita .
Cerita yang dilakonkan oleh manusia ciptaan Allah .
Allah mencipta segalanya yang tak mampu dilakukan oleh manusia yang maha kerdil .

Aku mula belajar mengenal erti rasa, hati dan perasaan .
Perasaan yang tak pernah ada ketetapan .
Tiada pengakhiran bagi setiap rasa .
Ianya akan pergi dan hilang bersama waktu yang berlalu pergi .

Aku mula belajar mengerti akan sebuah ikatan persahabatan .
Sahabat yang pergi dan kembali .
Sahabat yang setia disisi .
Sahabat yang lancang berkata kata .
Dan sahabat yang pelbagai ragam dan kerenah .

Aku mula belajar tentang kebahagiaan bersama keluarga .
Keluarga mampu menceriakan hati yang gundah .
Keluarga mampu membuat hati terasa bergelora .
Namun keluarga jugalah tempat kita meluahkan segalanya .

Aku mula belajar tentang cinta . 
Cinta itu sebenarnya sebuah cerita .
Kitalah pengarah cerita cinta .
Kita arahkan ia dengan warna suka mahupun duka .
Kita arahkan cinta di jalan nafsu mahupun iman .
Kita arahkan cinta itu permulaan mahupun pengakhiran .
Dan akhirnya cerita cinta itu kita simpulkan menjadi pengalaman .
Pengalaman buat kita mengarah cerita cinta seterusnya .

Aku mula belajar tentang impian .
Guruku pernah  berbicara tentang impian .
Tanamlah impian kamu .
Bajailah impian kamu .
Siramilah impian kamu .
Tetapi jangan kamu lupa ,
impian hanya akan tumbuh pabila kamu berusaha .

Aku mula belajar tentang manusia .
Manusia ini ibarat pelangi .
Pelbagai warna .
Begitu juga manusia .
Pelbagai tingkah .

Aku mula belajar mengenal diri .
Diri ini yang banyak kekurangan .
Diri ini yang sentiasa terlanjur menutur kata .
Diri yang kadangkala terlepas laku .
Namun aku punya tekad .
Untuk mengubah diri menjadi lebih baik .

SEKIAN.

Khamis, 19 Mei 2011

WoW!!

Hye korang? Entry kali ni nak share laa dengan korang pasal minat aku kat motor berkuasa tinggi. Sumpah dow aku suka gila2 ar kat motor motor macam nie. Impian aku satu hari nanti dapat laa aku beli sebijik antara motor motor berkuasa tinggi ni. Sebab memang motor motor ni semua feveret aku. Impian aku laa kiranya kan. Insyaallah akan tercapai jugak impian aku satu hari nanti. Lepas tu boleh pergi pusing pusing satu Malaysia ni. Hahah. =)










SEKIAN

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Entry kali nie nak citer pasal Hari Guru yang akan disambut tak lama je lagi. Hari Guru yang disambut 16 Mei setiap tahun memang  akan diadakan sambutan kat setiap sekolah. Tapi tak tahu laa sekolah korang buat apa kan. Lupa pulak nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua Guru guru kat Malaysia terutama sekali Guru guru kat SMK Kepong Baru,Selamat Hari Guru cikgu! Heheh. Jasa cikgu-cikgu semua tak akan dilupakan seumur hidup and nak ucapkan jugak kat guru2 yang mengajar masa sekolah rendah n tadika dulu. Selamat Hari Guru!! Jasa cikgu cikgu semua amat besar sangat tak terbalas seumur hidup. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan semoga berkat ilmu yang anak murid cikgu nie dapat. Heheh. Selamat Hari Guru!!


SEKIAN

Selasa, 10 Mei 2011

Hati Dan Rasa

Hari ni rasanya berjalan dengan lancar. Cuma hati ni jer rasa tak sedap. Entah lah kenapa. Aku masih berfikir dan terus berfikir. Aku tak boleh fokus jawab exam. Kejap kejap ada je benda aku nak fikir. Tiba tiba rasa semacam. Entah lah kenapa. Hati aku tak kuat lagi macam dulu. Rasa pulak kosong. Aku pon tak tahu apa sebenarnya yang tak kena. Haih .. =(

SEKIAN.

Isnin, 9 Mei 2011

Dia

Hari ini aku pergi sekolah macam biasa. Jawab exam dengan persediaan biasa. Sampai loceng waktu rehat. Aku pergi rehat macam biasa. Aku makan macam biasa. Tapi hari ni, hari yang tak menggembirakan bagi aku. Dia lain hari ni. Dia macam tak ada mood. Dah habis makan aku tanya kenapa. Dia kata belum sampai masa nak cerita kat aku. Ok lah tak apa aku tak paksa. Ambiklah lama mana pon kau nak. Tapi aku rasa tak puas hati. Aku tanya lagi kenapa. Lepas tu baru dia cerita. Aku terkejut. Tapi aku tak salahkan dia. Aku tahu benda tu semua bukan kehendak dia. Aku faham situasi dia. Sebab aku pon terperangkap dengan benda yang sama.Kesian kau. Aku faham. Tapi entah lah kenapa aku masih tanya lagi rasa macam tak percaya.Entah lah kenapa aku rasa nak menangis tadi bila kau sebut pasal tuhan n famly n apa yang kita dah buat selama ni. Aku susah sangat nak rasa sedih n menangis macam tadi. Tapi hari ni aku kalah dengan diri aku sendiri bila kau sebut pasal perubahan. Tentang jalan yang kita lalui sekarang dengan jalan yang kau pilih b'mula dari saat kesilapan kau buat dan kau mula sedar. Aku dah lama fikir pasal apa yang kau fikir. Tapi aku tak mampu nak ubah diri aku. Sebab aku tahu aku akan ulang balik semua yang aku buat. Aku tak nak nanti benda jadi macam satu bahan saja saja je. Lepas kita taubat kita buat balik. Aku tak nak. Tapi sejak kau cakap mulai hari ni, aku mula sedar. Aku sedar jalan mana yang kita lalui sebelum ni. Sikap kita dan macam macam lagi. Tapi aku sedih bila kau kata kau nak tinggalkan semua macam kawan,kehidupan kau sebelum ni dan macam2 lagi lah. Kau kata rasa tak nak pergi sekolah je tapi sebab exam kau datang. Agaknya kalau x ada exam, kau dah tak datang kan. Mungkin betul agaknya apa yang mak kau kata. Kau patut tinggalkan kawan2 kau. Dunia kau sekarang n fokus dekat study jer. Kalau kau dah buat keputusan macam tu, bagi tahu aku sebab aku akan pergi dulu tinggalkan kau sebelum kau tinggalkan aku. 
SEKIAN.

Jumaat, 6 Mei 2011

E.X.A.M

Exam!! 
huh .. minggu nie exam.
start esok.
3minggu pulak tuh.
aku malas nak belajar. tak tahu kenapa.
padahal tahon nie spm dowh.
haih! lagi2 esok paper sejarah.
tensen laa.
kenapa tak paper bm dulu ??
adoyy.
k laa. tu jer. nak pegi belaja laa nie.
walau pon malas.
tapi usaha kan tangga kejayaan ??
so belajar laa sikit sikit.
janji ada. 


S.E.K.I.A.N

10 Bahasa tubuh wanita membuat lelaki tergoda

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Selasa, 3 Mei 2011

Lagu dan Puisi

Jiwa 1Malaysia


Di bumi kedamaian ini kita bersatu
Semarakkan jiwa satu Malaysia
Padam segala bara sengketa
Erat ukhuwah sehati sejiwa
Berpadu tenaga menjana negara
Dengan wadah 1Malaysia


Kau dan aku bersama berpadu tenaga
Kau dan aku seiringan menggapai cita


1Malaysia kita jayakan
Menjunjung wawasan negara
Hulurkan tangan sambut kemesraan
Pasti harmoni di bumi merdeka
Bahagia sentosa


Kau dan aku berbumbungkan langit yang satu
Disini syurga milik kita bersama


1Malaysia 1Negara
Sumpah setia kita bersama
Teguh jati diri aspirasi negara
Kukuhkan perpaduan
Visi kita bersama






*Utk p'tandingan 26Mei. Takut.

Pelukan Cinta



 Haih! Tak sabar nak baca. Novel yang menarik. Tapi kena sabar dulu sebelum boleh baca. Tunggu lepas exam mid year nanti baru baca. Huh ..=(

3 Mei

Dahulu kau mencintaiku 

Dahulu kau menginginkanku
 
Meskipun tak pernah ada jawabku
 
Tak berniat kau tinggalkan aku
 
Sekarang kau pergi menjauh
 
Sekarang kau tinggalkan aku
 
Disaat ku mulai mengharapkanmu
 
Dan kumohon maafkan aku
 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
 
Dan biarkan memilih yang lain
 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
 
Pasti itu terbaik untukmu
 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 

Aku bukanlah untukmu 

Meski ku memohon dan meminta hatimu
 
Jangan pernah tinggalkan dirinya
 
Untuk diriku
 
Sekarang kau pergi menjauh
 
Sekarang kau tinggalkan aku
 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 

Dan kumohon maafkan aku
 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 

Dan biarkan memilih yang lain
 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 

Pasti itu terbaik untukmu 

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
 
Aku bukanlah untukmu
 
Meski ku memohon dan meminta hatimu
 
Jangan pernah tinggalkan dirinya
 
Meski ku memohon dan meminta hatimu
 
Jangan pernah tinggalkan dirinya
 
Untuk diriku