Jumaat, 20 Mei 2011

Aku Mula Belajar ..

Aku mula belajar tentang kehidupan .
Kehidupan ibarat sebuah cerita .
Cerita yang dilakonkan oleh manusia ciptaan Allah .
Allah mencipta segalanya yang tak mampu dilakukan oleh manusia yang maha kerdil .

Aku mula belajar mengenal erti rasa, hati dan perasaan .
Perasaan yang tak pernah ada ketetapan .
Tiada pengakhiran bagi setiap rasa .
Ianya akan pergi dan hilang bersama waktu yang berlalu pergi .

Aku mula belajar mengerti akan sebuah ikatan persahabatan .
Sahabat yang pergi dan kembali .
Sahabat yang setia disisi .
Sahabat yang lancang berkata kata .
Dan sahabat yang pelbagai ragam dan kerenah .

Aku mula belajar tentang kebahagiaan bersama keluarga .
Keluarga mampu menceriakan hati yang gundah .
Keluarga mampu membuat hati terasa bergelora .
Namun keluarga jugalah tempat kita meluahkan segalanya .

Aku mula belajar tentang cinta . 
Cinta itu sebenarnya sebuah cerita .
Kitalah pengarah cerita cinta .
Kita arahkan ia dengan warna suka mahupun duka .
Kita arahkan cinta di jalan nafsu mahupun iman .
Kita arahkan cinta itu permulaan mahupun pengakhiran .
Dan akhirnya cerita cinta itu kita simpulkan menjadi pengalaman .
Pengalaman buat kita mengarah cerita cinta seterusnya .

Aku mula belajar tentang impian .
Guruku pernah  berbicara tentang impian .
Tanamlah impian kamu .
Bajailah impian kamu .
Siramilah impian kamu .
Tetapi jangan kamu lupa ,
impian hanya akan tumbuh pabila kamu berusaha .

Aku mula belajar tentang manusia .
Manusia ini ibarat pelangi .
Pelbagai warna .
Begitu juga manusia .
Pelbagai tingkah .

Aku mula belajar mengenal diri .
Diri ini yang banyak kekurangan .
Diri ini yang sentiasa terlanjur menutur kata .
Diri yang kadangkala terlepas laku .
Namun aku punya tekad .
Untuk mengubah diri menjadi lebih baik .

SEKIAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan