Khamis, 31 Mei 2012

Semoga jumpa

Hari ini, 31May2012.

Ehsan Group, selamat tinggal. Sahabat juga :)
Perasaan masing masing, diri sendiri lebih mengetahui semuanya.
Apa apa pun kita dah bersama 3bulan, tp bagaikan seumur hidup aku rasa kita bersama.

Bertemu, kemudian berpisah. Itu bukan pilihan dlm kehidupan. Tapi takdir kita.
Jalani kehidupan ini seadanya.
Hati kita cuma kita tahu. Hati tak pernah menipu :)
Aku akan teruskan kembara, sampai hujung nafas.
Insyaallah,
semoga pertemuan antara kita akan tercipta lagi.
Mengikut takdirNya. Hanya diatas sana Maha Mengetahui segalanya.


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan in

Selasa, 29 Mei 2012

kepada kau

kau,

kita terpaksa bina asas untuk lebih kukuh berdiri. itu sebab kita perlu berpisah. jalan kau&aku sama. cuma jenis jalan kita lalui berbeza. aku tahu kau mengerti semuanya, dan yang pasti satu masa nanti kita akan berjalan seiring, sama sama dengan yg lain, macam dulu.

aku tak pasti masa dan tempat kita akan bertemu,
tapi rasa aku kuat berkata, selalu.
sampai hujung jalan kita.


*Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

2 hari lagi

hari ni 29 may.
31may hari terakhir aku di EG.

hari hari yg berlalu pergi sblm ni, aku kosongkan hati. rasanya utk lebih kuat. bukan tak hargai orang dan perasaan sekeliling, tapi aku nak kuatkan hati aku je. rasa macam rapuh je nak tinggalkan apa yang aku ada sekarang. bukan semua tu hilang, ada, cuma terpaksa tinggalkan.

hari hari yang tinggal,
aku cuma berharap yg itu semua akan terpahat kemas dlm memori aku. taknak hilang sedetik pun, insyaallah. terima kasih semua warga EG, semuanya aku simpan dalam dalam, utk kotak ingatan aku.

Ahad, 27 Mei 2012

deras air tu

macam tahu aku merajuk, tp aku kool je :)

pernah janji,mungkir. aku faham. maklumlah ..
tiba tiba peluang jatuh betul betul depan, aku terus kutip.
berbaloi jugak satu setengah hari, macam2 ada.
penat pun hilang sendiri bila enjoy dgn kau.

pembentung besar tu,
lawaklah.
aku rasa masa tu paling best.

tiba tiba,
sampai satu masa kau bhenti kejap, kau ckp, kau nak patah balik situ.
kalau ada peluang, ulang semua.
masa depan, tak semestinya kita akan jumpa lagi.

terasa sangat.

rapat tp jauh

kita rapat tapi hakikatnya kita jauh.

aku cuma dekat dengan kau sbg peneman luah kau je.
tp muka kau bt aku korek balik semua kisah lama aku.
bayang laa apa aku korek tu pernah wujud dulu, skrg takada.
kadang2 rindu tu koyak koyak hati aku. tp aku chill.

bak kata kau, penat mcm mana pun, serabai cmna pun, kool je. kita rock !



*memang betul ada 7orang serupa kat dunia, serupa tp bukan sama 100%. tp alahaii susah nak ckp.

Rabu, 23 Mei 2012

tenggelam timboi

pernah dulu kau kata, tp aku diam. dalam diam pulak aku bergerak dgn niat. sekarang kau dah selesaikan tugas kau. apa pun terima kasih daun keladi kat hang. aku belajar banyak. lama tak dok sembang kan, hang pon lama takdak. tak pa laa, aku faham. nanti senang lenang mai la :D

Isnin, 21 Mei 2012

Selamat sahabatku

Hitunganmu tinggal beberapa saja lagi. selepas itu kau akan mulai semuanya sekali lagi. Semuanya akan baru disana. Aku disini hanya mampu memberi ucap selamat jaga diri, moga kau tak lupa KAMI disini. Hanya gambar menceritakan keakraban kita. Tiada kata lagi mampu aku atur ..


Semoga persahabatan KITA semua kekal hingga hujung perjalanan, AMIN.

Ahad, 20 Mei 2012

seksa malam

sepatutnya aku jalani malam itu penuh lena. tapi ada je halangan untuk buat begitu. macam2 aku buat, tak dapat jugak lelap. kejap kejap saja. rasanya, nak meraung tapi tak terluah. haihh.

penangan apa pun taktahu laa tiba tiba je. 
itu mula buat aku berfikir.

Demam

Malam penuh kepanasan. Seksa.

Dengan kepala yg berdenyut macam bom nak meletup. Tahan.
Ini ujian dari tuhan.

Sakit tu kan nikmat. Nikmatilah.

Jumaat, 18 Mei 2012

kuat ya

kuatkan hati.

berhenti berfikir tentang kesedihan.
kalau tak kau cuma akan disitu.
jadikan ini cabaran. untuk sukses.

bersama sama yang lain, sukses.

kenapa ehh

saat pertama meluahkan rasa untuk detik perpisahan tu sangat perit, kenapalahh.

sedangkan kita masih akan berjumpa lagi. cuma perjumpaan nanti semakin berkurang. dan aku mengharapkan perjumpaan kita nanti akan tetap sama macam dulu, sekarang dan akan datang. selamanya sampai hujung perjalanan kita. sampai hujung.

tapi kita berjalan atas tali takdir,
kita tak tahu apa akan jadi esok. akan datang. sebab manusia berubah mengikut persekitaran dan manusia.
aku sangat berharap kita sekarang, akan sama dengan akan datang. semuanya masih sama.
cuma kematangan dan cara hidup membezakan kita. itu pasti.

KAU cuma satu.
kalau aku jumpa selain dr kau, itu cuma org lain. takkan pernah sama.

Malam kauaku

Malam tu,  status kau.

'Bersiap sedia dgn sayap kau dan terbang lahh tinggi mane kau nak pun . Jangan lupa , aku slalu tunggu kau bwk balek sgulung kertas beriben ;) '


'Jangan risau aku dah bersedia nak menapak dgn kaki sendri . Kita mungkin tak sejalan tapy masih bergerak seiring . Kau kejar ape yang aku nak kejar . Dua dua cari cara nak berjaya . Cuma haluan jer berbeza . Penamatnya nanti , kau bahagia mcm aku juga . '


aku tak mampu nak taip apa apa lagi. aku harap kekuatan kau meresap dalam jiwa aku. yg sekarang cuma tinggal separuh.

Cepat sgt

tak sangka.

aku tak rancang semua ni. aku rasa masih awal. aku rasa perancangan aku lama lg. ke masa tak pernah adil agaknya. bergerak macam air. laju sangat. ke aku masih dalam mimpi yg terus, taknak tersedar. bila dikejut tetiba macam ni, aku salahkan masa.

alahai hati, ikhlaslah. walau cuma separuh yg tinggal


Rabu, 16 Mei 2012

Hanya 3 hari

Hari ini,esok sama lusa.

Terbang lah not not kertas aku.
Tiada soalan terus jawapan aku dapat.
Apalah nak buat dalam jam jam berikutnya.

Tidur makan lagi. Bosan.

Selamat ya



Gambar boleh cerita semua kan. Selamat Hari Guru. Jasamu ku kenang ;)

Selasa, 15 Mei 2012

belum masa

kalau belum diucap bukan tanda tak ada balasan tapi dah kunci untuk kau sorang. dalam dunia bukan ada seorang, tapi ramai. 

Takdir yg tetapkan kau. Aku kuncilah. Nak bahagi dengan orang lain, tp aku kedekut. 

Isnin, 14 Mei 2012

Hijau warna

Macam macam.

Diam dari satu sudut. Perhati, rakam dan simpan.
Hingar bingar.

Sekarang rasa biasa, satu hari nanti rasa luar biasa.
Bila memori tu datang, rindu akan jadi latar.
Dari segala ceruk pun akan diingat.

EG :)

Halwa lain lain

Baru cakap sikit dah kata ceramah.

Yelah manusia halwa telinga lain lain. Salah orang pulak nak kongsi pendapat.
Hak engkau.

Macam biasa aku biarkan angin hilangkan telingkah yg berlaku.
Nak terima, simpan. Taknak, buang. Senang.

Nanti kaku

Masih samar tapi aku dah tangkap awal. Sebelum disampaikan.

Bagi aku itu hak engkau. Masing masing punya hak.
Dan aku berhak utk biarkan engkau. Nnt hilanglah tu. 
Hati tu kawal jangan salah jatuh. Pecah pulak karang.
Tak salah rasa tu wujud dalam hati engkau, cuma ada yg lebih baik menanti nun depan sana.
Dari teman kpd peneman, suasana kaku.

Kembara kita jauh lagi, teruskan berjalan.

Ajaran baru

Patah kaki bila kena sepak dengan kuat. Bukan luka lagi tapi patah. Patah tu boleh elok tapi tak mungkin sama dengan kuatnya tulang asal kita. Kekuatan lama dengan baru jauh beza. 

Boleh sembuh tapi tak pernah sama.
Bermula semula tulang baru kita mula lebih berhati hati untuk tak mematahkannya lagi. 

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu MAMA !


Tiada kata kata yang mampu menggambarkan rasa sayang dalam hati ini.
Cuma hati aku yang merasakannya.
Terima kasih atas segala pengorbanan mama selama ini.
Penat lelah, suka duka kita kongsi bersama.
Sayang bukan hanya untuk hari ini, tapi utk selamanya.
Tiada penggantimu, kau cuma satu dalam dunia.
:D


*Happy Mothers Day untuk semua yg bergelar ibu :)

Di sungai itu

12May2012.

Berkumpul dan mandi manda dengan kawan kawan.
Ada yang ada, ada yang takada.
Memang tak lengkap sebab ada bbrapa mlsh teknikal.
Sejuk menggigil,tenggelam,timbul,hanyut, macam2.




Hari ini kita tak malu untuk bergurau senda,tolak tolak,cubit cubit,sepak sepak macam2 lg.
10tahun lagi bila kita dewasa, semua itu hilang. Mesti malu malu segan segan :)
Satu lagi memori kita cipta bersama utk kita kenang :)

Jumaat, 11 Mei 2012

Saya tahu

Hawa bukan untuk hawa, hawa untuk adam :)

Aku tahu. bukan taktahu. bukan tak terima. tapi tolong jangan salah nilai. memang setiap orang ada pandangan. ya aku hormat sangat pandangan tu. Tapi agak terasa laa. Kenapa keluar statement tu?
Tanya dulu sebelum sesuka hati mulut nak bercakap. Baru beberapa hari kenal dan lihat, macam dah lama je.

Lain kali kenal lama dulu baru rasa dan baru bercakap :)
Aku pegang ni je, ada rasa kasih sayang sikit pun antara sahabat, pahalanya masyaallah. Inikan pulak kasih sayang tu berterusan dengan ikatan ukhuwah yang erat dan ikhlas. Allah redha dengan hambanya. Aku ikhlas sayang menyayangi. Aku pon ada rasa dengan kaum adam. Aku belajar agama :D

"Tidak beriman seseorang itu, hinggalah dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." Hadith Muttafaq 'Alaih

terima kasih, dah biasa dah.

Khamis, 10 Mei 2012

Sini jugak

Jauh mana pun pergi, sibuk mana pun hidup, kat sini jugak tempatnya.
Takada yang sesuai selain sini.

Sedihh :(

Semakin

Dekat dah beberapa je lagi. Sedar tak sedar dah hilang. Lepas tu tenggelam lepas tu timbul balik. Kalau masih punya kesempatan masih lagi bersama.  Tahu tahu dah beberapa tahun. Lepas tu dah hilang lagi. Teruss.



Masa macam air mengalir je. HIDUP.

Dahh agak

Dah tahu dah satu masa kau rasa jugak. Dan sekarang kann.
Macam yang lain.

Tak tahu apa lagi nak buat. Yang betul kata salah. Yang terang salah kata betul.
Mungkin kalau bersama yg sebaliknya itu baru membuktikan yg tanggapan orang salah.
Hahah. Itulah orang sekarang. Tak pernah faham konsep yg Allah redha. Niat pun dah besar pahalanya. Apa lagi kalau hubungan tu berterusan sampai bila bila.

Sabar, ada hikmahnya.





*dah biasa dah mulut orang

Isnin, 7 Mei 2012

Perjalanan ini

Hari ini mungkin jalan ini ditutup.

Tapi, jangan berhenti berjalan dan tutup mata.
Harus kita buka mata dan percaya ada jalan lain.
Kita berjalan atas takdirNya dan terus percaya ada hikmah disebalik semua.

Terus berdiri untuk berada sama tinggi dengan insan lain.
Usaha kerana masih ada jalan keluar.

keputusan

Keputusan dah keluar, dan tak ada rezeki.

Ada jalan lain lagi, jangan mengalah dan teruskan perjalanan.

Ahad, 6 Mei 2012

Cuma seketika

MAMA kata kita ni setiap minggu keluar, ada je aktiviti tu.

Kita pun senyum je.
Mama tak marah cuma suka menyiasat. Biasalah tu, semua ibu macam tu.

Tapi kita rasa, masa nilah masa terbaik untuk kita habiskan bersama kawan.
Nanti dah sambung belajar, masing2 dah tercampak jauh.
Memang takada masa. Biasalah masing2 sibuk.


Kita ini manusia biasa yang menyusun jalan hidup mengikut takdirNya

Hari yang hebat

Hari ni keluar pagi balik malam.

Pagi tu pergi pesta buku dgn cik siti dengan cik IA.
Lepas tu pergi MV pulak.

Teman IA berpacaran.
Pusing pusing beli barang cuci mata.
Lepas tu balik.

Merehatkan badan dan minda.
Untuk hari esok. Mencari rezeki :)

Sabtu, 5 Mei 2012

Tajuk apa sesuai

Tenang je suasana.

Tiba tiba dapat berita ada saudara meninggal. Siapa pun dia, dia adalah saudara.
Dahulu,
Kawan dari kecik satu kampung rapat dgn abg long. Masa beredar manusia bergerak.
Menyusun kehidupan dengan cara sendiri. Dan semua itu sedikit sebanyak menjarakkan silaturahim dahulu.

Hari ini,
dia yg dahulunya disayangi kerana Allah semata, berukhuwah juga krnNya,
pergi dahulu menghadap penciptaNya.
Bakti terakhir mampu dilakukan hanya berdoa agar saudara kita itu tenang disana. Aminn.

kematian

Muda Tua.

Untuk menghadapNya tidak kira masa. Tak kira keadaan.
Sesungguhnya kematian itu sangat menginsafkan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Amin.

Khamis, 3 Mei 2012

dari fikir sendiri

kita ada jalan sendiri untuk perkasakan minda.

bagaimana caranya itu bermula dari akal sendiri dan usaha yang kita taruhkan. kalau cara kita untuk berfikir lebih baik itu disalah tafsir, macam mana kita nak majukan diri.

Ilmu tiada harga yang setimpal untuk kita beli tapi kita perlu cari. gali dan gali. dari segala ceruk sekalipun.

bukan tak bergerak

aku bergerak. 

buktinya aku capai apa yang aku nak.
dari usaha sendiri.
hasil yang aku terima pada hari ini,
aku manfaat untuk kepuasan diri.

penat itu berbayar 

impian pun capai

Akhirnya :D
Balik keje tengok kat atas meja ada bungkusan. Senyum jelahh :)


Sebelum sebelum ni ada impian nak buku ni, tapi belum ada peluang. Sekarang ada peluang ada impian dan ada usaha alhamdulillah dah dapat walaupun dah setahun berlalu. 

Impian itu bagus.
Impian serta usaha itu lagi bagus.
Inilah hasil dari diri sendiri.
Rasa puas sangat :DD

Selasa, 1 Mei 2012

separa sakit

ada ke istilah separa sakit? adakan lah kalau tak ada pun ;)

kejap sejuk kejap panas kejap panas sejuk.
ni ke simptom simptom nak minta cuti esok? :D atau bahasa senang demam.

IA ni selsema rinduu kat aku hahahhaha aka istilah baruu :DD
aku punn lahh sekali separa demam rinduu kat kau ni haaa :D
sakit tu kan nikmat, nikmatilah.

ehem ehem

aku yang baru di kelilingi semua yang baru. baru segalanya. tapi aku masih kembali kepada yang lama, kerana lama itu berharga, lama itu dalam, lama itu masih segar dan lama itu sebenar segalanya. tidak ada yang baru jika tiada yang lama. 

jiwa dan makna yang lama itu sangat bermakna. daripada yang baru rasanya macam lama sangat sangat. 
kita kembali kepada yang lama dan itu tidak merubah kita yang baru sama sekali. tidak.

muzik. 

dari dalam

dalam kita cuma kita hanya kita sahaja. siapa kita apa kita dari mana kita, itu hanya kita tahu. jangan mereka salah sangka dengan kita. kasih sayang kita kepada dia cuma kita sahaja tahu.

kenapa mereka suka menjadi juri menilai kita, meletakkan hukuman kepada kita. kita hanya ingin menikmati nikmat kasih sayang yang dikurniakanNya dalam hati kita untuk dia. kerana kita hanya berpegang kepada salah satu seruanNya. kita berpegang Allah redha kepada mereka yg berkasih sayang keranaNya. tidak lebih dari itu tapi mereka lebih senang untuk terus menjadi si buta atau yg membutakan.

tapi kita terus, tetap teguh disitu. kerana hanya kita dan diatas sana sahaja yg mengerti segalanya.