Khamis, 20 Oktober 2011

Jamuan Terakhir

Jamuan terakhir untuk persatuan tahun ni, tahun depan takada dahh jumpa ahli persatuan yg gila2 ni. Jamuan yang sederhana,tp sangat bermakna.

Terima kasih kawan kawan.
Untuk semua kerja2 persatuan yg telah dibuat.
Dan terima kasih utk semua pengalaman yg dikongsi b'sama.

Isnin, 17 Oktober 2011

Biarkan laahh

Biarkan biarkan dan biarkan. Kita tunggu dan tengok jee. Sampai mana dia berlayar dengan kapal angan angan dia.

Masing masing ada matlamat hidup.

Dan tugas kita cuma usaha dan kerja keras.
Bekerjalah sementara kita masih muda dan kuat.

Kalau sakit dan tak berdaya nanti,
Taklah kita kesalkan sangat,
Sebab masa muda, kita tahu yang kita dah buat yang terbaik.

Kemalangan Jiwa

Petang itu yang sedang menuju separa malam, aku hanya dibaluti dengan kelelahan. Melepakkan diri yang keletihan mengejar dunia yang sementara. Sementara hawa telinga dibuai dengan lagu lagu yang pelbagai rentak.

Tiba tiba serpihan kenangan kenangan lama singgah di ingatan. Mengimbas kembali kejadian kejadian yang sudah berlaku, bersama mengiringi aku sepanjang aku mengenal kehidupan.
Tersenyum sendiri andai kenangan manis bersama teman seperjuangan singgah di benak fikiran sementara kenangan kenangan lain yang mencatat berbagai ragam remaja yang baru mengenal keseronokan dunia terus menyusul. 

Lalu, aku berasa menyesal kerana melayan kenangan kenangan yang tak mungkin dapat aku ulang semula. Kalau ya aku punya peluang untuk lakukan perkara yang sama semula, mungkin tidak akan sama seperti pertama kali aku laluinya. Aku terus hanyut bersama jiwa yang entah kemana menghilang. Tidak tahu dimana laluan yang aku lalui. 

Rindu tiba tiba datang, tapi aku tidak menyambut rindu kerana tidak mahu lagi mengenang semua yang telah aku hapuskan lama dulu. Tapi rindu seakan tak mengerti. Rindu masih tetap datang dan tidak mahu berganjak. Dan aku terpaksa menerima kehadirannya.

Rindu, ingin aku katakan bhw hati telah lama hilang mungkin juga telah kering dengan perasaan itu. Kalau kau masih hadir, aku tetap menerima hadirmu ttp kalau kau mengerti hati, tak mungkin kau datang dan datang untuk terus menyiksa hati kerana semua kenangan lama tak bererti lagi cuma terus diselimuti debu dalam stor memori yang telah lama aku campak jauh jauh dan jauh.

Ini mungkin kemalangan minda yang sementara tetapi cukup menyakitkan diri. Kerana jiwa dan minda saling menyoal. Dan aku ingin kemalangan jiwa ini berakhir. Segera .


Sabtu, 15 Oktober 2011

Kesukaran dalam satu kebenaran

Sukar untuk mencari akal,
Bagaimana untuk menyatakannya,
Tetapi sampai bila harus ditolak ke tepi,
Hanya kerana sedikit rasa bersalah,
Diri,
Tidak mahu menjadi orang itu,
Yang tidak berusaha memperbaiki sesuatu,
Sedangkan dia upaya untuk itu,
Mengharap kekuatan demi kebenaran,
Dan berharap tidak disalah erti.

Untuk Sesuatu

Inginkan sesuatu bukan mudah,

Kerana memerlukan sesuatu,

Sesuatu yang diperlukan pula,

Bukan sesuatu yang mudah diperoleh,

Justeru,

Perlu usaha untuk sesuatu.



Jumaat, 14 Oktober 2011

Hidup Kita Ada Pilihan

Memilih?

Terpilih?

Dipilih?

Diri kita sendiri yang menentukan semua tu.

Isnin, 10 Oktober 2011

Menjadi Orang Yang Sibuk


Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang utama, mana yang penting.
Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih dahulu, sibuk itu untuk apa? Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk atau menyibuk? Sebagai muslim, sibuk kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita berbaloi. Sebok kerana Allah.
Untuk mengatur prioriti pelajari atau telaah sedikit apa yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam fiqh aulawiyat. Insya-Allah, banyak panduan di sana. Ah, malu kita dengan para sahaba, masa yang diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, tetapi mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. 3/4 daripada mereka meninggal dunia di luar jaziratul Arab. Sampai ke Cyprus, India, China dan Asia. Tanpa kapal terbang, tanpa kemudahan IT dan alat-alat canggih seperti yang dimiliki kita hari ini. Sibuk, ya mereka sibu sekali.
Kita? Wah, berapa banyak masa di hadapan TV? Berapa banyak masa membaca Al-Quran berbanding membaca Koran (akhbar). Kalau nak dikatakan sibuk, memang sibuk. Ada diantara kita yang sambil memandu atau menunggang motosikal masih sempat ber'SMS'. Menguyah makanan sambil berbual di telifon bimbit. Yang berkerja sambil tidak sempat menziarah ibu-bapa di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar di IPT dan IPTA  'terlupa' menalifon ibu-bapa. Sibuk sANGAT
Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyibukkan kita. Ingat, musuh perkara yang 'lebih penting' ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan – "khilaful Aula".
Kekadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah dengan solat sunat, berdakwah dengan berniaga, berjihad dengan menuntut ilmu, antara yang baik itu, mana yang lebih baik mengikut masa, situasi dan kondisi. Mereka cintakan Allah, mereka disibukkan kerana Allah.
Dengar apa yang dirintihkan oleh Sayidina Umar Al Khattab, "aku tidak tidur di malam hari, bimbang urusan ku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur di siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai." Ertinya apa? Ya, Umar adalah individu yang paling "sibuk"sewaktu memimpin urusan umat Islam.
Ditengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sibuk, "pause" sebentar. Renungi dalam-dalam, panjang-panjang, apa yang sebenarnya kita sebokkan? Bimbang, kesebokkan kita ada satu "deraan" yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan Allah.
Stress, "tension", boring, adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, "peredaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."
Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setia setiap masa. Siapa temanmu dalam kesebokan waktu? Suara siapa yang sering berbisik di hatimu? Ilham dari para malaikat atau waswas yang datang daripada syaitan. Kasih-sayang Allah sesungguhnya masih sudi singgah di hati yang berdosa.
Kekadang "jemputan ke daerah kebaikan" singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, "sampai bila aku harus begini..." Kata hukama, "apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!"
Jangan berlengah lagi wahai diri, perhatikan kesibukan mu.  Untuk siapa, apa, kenapa dan ke mana? Jika ternyata, sudah tersasa, menghindarkan kesibukan kita di akhirat. Kesibukan di akhirat itu Neraka! Syurga itulah tempat rehat kita. Allahumma zukna. Amin.

Ikhlas Dalam Kehidupan


Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :
"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)
Allah S.W.T berfirman :
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)
Allahuakbar!
Saya cukup takut apabila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS, di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa-apa yang telah saya lakukan.
'Ikhlas ke aku buat tadi?'
Jika tidak, pasti saya akan dapat merasakan hati tidak tenang, lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan ialah Astagfirullahal'azhim!
Dan kita perlu sedar, segala apa yang kita lakukan, itu adalah kehendak dari-Nya jua, bukan sebab bagusnya kita! Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba antaranya :
"Ya Allah, aku mampu beribadah dengan kehendak-Mu jua ya Allah, siapalah aku jika tanpa-Mu ya Allah, Dikaulah tempatku bergantung, Dikaulah tempat ku berlindung!"
Keikhlasan yang bersungguh-sungguh, tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan.
Allahuakbar!
Susahkan? Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.
Teringat saya, slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3, ustaz ada menyatakan bahawa, Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riak.
Contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid, tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid, sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi, Insya-Allah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.
Kalau kita dahulu pun, jika solat perlu tunggu mak abah suruh dahulu baru hendak solat.
Solat kerana apa?

Kerana arahan ibu bapa, tetapi Alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu bapa di depan mata kita.
Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan:
'Eh, tak naklah derma, takut tak ikhlas.'
Memang terdapat manusia seperti ini. Jangan sampai macam tu pula pemikirannya, yang penting kita usaha ke arah ikhlas, ia memang bukan mudah, tetapi Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hamba-Nya.
Sedar tidak kita, bahawa jika kita tidak ikhlas, kita telah mensyirikkan Allah.
Nauzubillah!
Mana tidaknya, kita buat sesuatu sebab lain, sebab orang, sebab mahukan habuan dan sebagainya.
Allah! Takutnya.
"Ya Allah, mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untuk-Mu, hanya kerana-Mu, bukan sebab makhluk dan ciptaan-Mu ya Allah!"
Allah berfirman:
"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya! (Al-Kahfi : 110)
Kita memberi bukan untuk menerima menabur budi bukan untuk dianggap berjasa tulus, Putih dan murni hati kita memberi adalah kerana-Nya jua.
Tidak mengapa jika tidak dikenang asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan bukan kerana kelebihan kita.
Dalam samar mainan rasa, kekadang datang jua serpihan bangga,
Mengharap adanya balasan mendamba hadirnya kemasyhuran.
Bukan itu yang diburu sejak mula ditagih kasih rasa di depan-Mu,
Apabila terasa segalanya dari-Mu, rebahlah segala daripadaku yang hina.
TUHAN...
Dunia ini tidak panjang,
Tahun terasa detik di putaran usia,
Mengharap yang abadi,
Akan lenyap segala ilusi,
Bantulah aku dalam memahami rahsia itu.
(Di Mana DIA di hatiku, ustaz Pahrol)
Yaakub Maktuf berkata :
"Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya."

Dosa Bangun Subuh


Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.
Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.

Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.
Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.
Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.

Selasa, 4 Oktober 2011

Manusia manusia

Orang yang berilmu tak perlu kedekut dengan ilmu yang dia ada.
Sepatutnya kongsi dengan semua orang.
Barulah ilmu yang kita ada tu ada manfaat kat diri n orang lain.
Ini tak belum apa apa,
Dah riak semacam. Kata macam macam kat orang lain.
Padahal diri sendiri tu sama je dengan orang lain,
Cuma ada sedikit kelebihan Allah kurniakan dekat kau,
Sepatutnya kau bersyukur dan bimbing orang lain,
Ini semakin memburukkan orang,
Apa guna ilmu dan kelebihan kau,
Kalau suka membanggakan diri sendiri,
Memang kau rasa kau tak riak,
Tapi setiap perkataan kau,
Menggambarkan siapa diri kau,
Kau tak perasan semua tu sebab kau rasa kau dah sempurna,
Setiap manusia takkan sedar laa bila dia riak,
Cuma orang sekeliling je yang perasan perubahan seseorang.
Aku cuma mampu nasihatkan kau,
Kalau kau taknak dengar,terpulanglah.
Cuma jangan riak dengan ilmu kau,
Itu semua milik Allah,
Bila bila masa je DIA boleh tarik semua nikmat tu,
Jadi merendah diri tu lebih baik dari menunjuk2.
Kalau betul kau nak mengubah sikap kawan2 kau kearah kebaikan,
Buatlah, tapi gunakan dengan cara yang betul.
Tak perlu kata diri nak berjihad atau berperang.
Atau kau nak diamkan diri taknak cakap dengan siapa siapa.
Allah tak suka dengan orang yang riak dengan ilmu yg DIA kurniakan.
Tapi ALLAH tambah ilmu kau kalau kau share dgn orang lain.
Dan bimbing kawan kawan kau yang tak baik macam kau tu kan .. :)

*Setiap dari kita ada kekurangan, Namun melangkahlah dengan kelebihan yang kita ada, Dan letakkan kekurangan dihadapan sebagai peringatan.

Ahad, 2 Oktober 2011

Cukup Cinta Dalam Diam


"bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam .."

karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ..
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan hubungan yg tidak diredhai Allah SWT,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu ..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu ..

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ..

.............
karena dalam diammu tersimpan kekuatan ..
kekuatan harapan ..
hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ..
bukankah Allah SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya ??

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ..

jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

"aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg tak kan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM.. mnjdi caraku untuk mencintaimu..."

Dari Aisyah radhiyallahu anha, berkata: bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Menikah adalah sunnahku. Siapa yang tidak mengamalkan sunnahku, ia bukan termasuk ummatku. Menikahlah karena aku akan senang atas jumlah besar kalian di hadapan umat-umat lain. Siapa yang telah memiliki kesanggupan, menikahlah. Jika tidak, berpuasalah karena puasa itu bisa menjadi kendali” (Riwayat Ibn Majah, lihat: Kasyf al-Khafa, II/324, no. hadis: 2833)
http://nurkausar128.blogspot.com/2010/08/cukup-cinta-dalam-diam.html?spref=fb

Sabtu, 1 Oktober 2011

Asalkan Engkau Terus Melangkah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...

Aku Berlakon di Pentas Dunia


Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.
Tangan dihayun sambil mendada,


Berdiri megah umpama raja,


Semua jalan sudah dipeta,


Tersedia bekalan untuk bertapa.
Terus mendada sambil berkata,
"Tiada insan setanding saya",
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada Pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.
Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium Syurga.

Nukilan Rindu dan Sayang


Terpana jiwa, terkedu seketika
Bukan kerana terpaku dengan apa yang ada di hadapan mata
Sebak...
Mungkin itu yang terbaik untuk merungkai perasaan di jiwa
Mungkin kecil pada pandangan insan biasa
Tetapi tidak buat kau dan aku yang merasa.
Jangan kau menilai tanpa mengenali
Jangan kau mengagak tanpa merasai
Jangan kau berhenti tanpa mencari
Jangan kau menjauh tanpa membuka hati
Jangan kau menyangka perkara yang belum terjadi.
Bukan aku mementingkan hati
Cuma satu yang ku pinta dari diri
Izinkan aku untuk mengenali
Izinkan aku untuk merapati
Izinkan aku untuk menyayangi.
Perasaan itu bukan lah ku pinta mahupun paksa
Kerana ia anugerah dari yang Esa
Buat kau dan aku, untuk melihat dan menguji hamba-Nya
Ke mana dan bagaimana kita menggunakannya.
Bukan aku tidak mahu memahami peritmu
Bukan aku tidak pernah merasai keadaan itu
Bahkan berkali ganda mungkin lebih sakit darimu.
Tetapi aku tidak pernah serik untuk itu
Kerana aku cukup yakin dengan Maha Pemegang Qalbu
Ikhlaskan hati, tenang kan jiwamu
Nescaya Syurga-Nya yang satu bakal menantimu.
Dari segenap kehidupan ku yang lalu
Banyak yang telah mengajar diriku
Bukakanlah hatimu
Izinkan aku meninggalkan pesan buat mu
Jangan sesekali kau merasa serik dengan hatimu
Jangan sesekali kau merasa takut untuk meneruskan langkah mu.
Yakinlah dengan SANG PENCIPTA
Saat kau berduka
Jangan kau sangka itu adalah penghujung dunia
Sesungguhnya ALLAH itu tidaklah buta.
Ketahuilah sahabatku
Sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangimu
Walau seberat mana ujian yang dibekal padamu
Tidak pernah sedetik pun dari masa lalu
ALLAH meninggalkan mu sendirian
Kerana itu tandanya
ALLAH Merindui dan Mencintai mu.