Isnin, 17 Oktober 2011

Kemalangan Jiwa

Petang itu yang sedang menuju separa malam, aku hanya dibaluti dengan kelelahan. Melepakkan diri yang keletihan mengejar dunia yang sementara. Sementara hawa telinga dibuai dengan lagu lagu yang pelbagai rentak.

Tiba tiba serpihan kenangan kenangan lama singgah di ingatan. Mengimbas kembali kejadian kejadian yang sudah berlaku, bersama mengiringi aku sepanjang aku mengenal kehidupan.
Tersenyum sendiri andai kenangan manis bersama teman seperjuangan singgah di benak fikiran sementara kenangan kenangan lain yang mencatat berbagai ragam remaja yang baru mengenal keseronokan dunia terus menyusul. 

Lalu, aku berasa menyesal kerana melayan kenangan kenangan yang tak mungkin dapat aku ulang semula. Kalau ya aku punya peluang untuk lakukan perkara yang sama semula, mungkin tidak akan sama seperti pertama kali aku laluinya. Aku terus hanyut bersama jiwa yang entah kemana menghilang. Tidak tahu dimana laluan yang aku lalui. 

Rindu tiba tiba datang, tapi aku tidak menyambut rindu kerana tidak mahu lagi mengenang semua yang telah aku hapuskan lama dulu. Tapi rindu seakan tak mengerti. Rindu masih tetap datang dan tidak mahu berganjak. Dan aku terpaksa menerima kehadirannya.

Rindu, ingin aku katakan bhw hati telah lama hilang mungkin juga telah kering dengan perasaan itu. Kalau kau masih hadir, aku tetap menerima hadirmu ttp kalau kau mengerti hati, tak mungkin kau datang dan datang untuk terus menyiksa hati kerana semua kenangan lama tak bererti lagi cuma terus diselimuti debu dalam stor memori yang telah lama aku campak jauh jauh dan jauh.

Ini mungkin kemalangan minda yang sementara tetapi cukup menyakitkan diri. Kerana jiwa dan minda saling menyoal. Dan aku ingin kemalangan jiwa ini berakhir. Segera .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan