Sabtu, 31 Disember 2011

Menung panjang

Lenguhnya kaki belum hilang, lelahnya badan tak habis lagi.

Aku tersandar lesu, masih mencari cari apa yang nak diluahkan. Sementara menunggu game loading.Tergaru garu kepala yang tak gatal, kesejukan ditiup angin pagi bangunan setinggi 14 tingkat. Jem sekejap otak ni, kosong. 

Tiba tiba teringat tentang kerja, 
Ruang dan peluang, tolong beri aku waktu untuk menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Aku bukan robot yang siap diprogramkan untuk terus memberi khidmat. Aku hanya separuh siap atau mungkin masih mentah sangat. 

Syukur sangat, kerana kawan kawan sangat memahami dan sering memberi sokongan, nasihat dan tunjuk ajar. Kawan kawan perlu ada, untuk membimbing sesama sendiri. Sabar selalu disisi, menemani aku. 





*Belajar sabar dari setiap kesilapan yang dibuat, bukan membenci membuat silap.

Tahun baru Masihi

Tahun baru Masihi 2012 akan tiba beberapa jam dari saat ni.

Selamat tinggal 2011,
Semua perkara atau peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 akan aku bawa bersama.
Tanpa tercicir walau satu pun :)

Dunia pekerja

Alhamdulillah,
27 Disember 2011 dah mula kerja.
Penat adat bekerja, kalau takde usaha takkan ada hasil.
Macam tu jugak bekerja, mesti kerjakan sesuatu untuk mendapat pulangan.

Setiap hari belajar dan belajar, macam macam kerenah dan pengalaman aku dapat. Tu semua sangat berharga. Memang betul, menuntut ilmu tu perkara wajib dalam hidup dan menuntut ilmu itu berterusan tiada henti.

Dan sekarang ni, setiap hari aku pergi menuntut ilmu :)

Selasa, 27 Disember 2011

Berhenti, sekolah dihadapan !

Sekolah oh sekolah,
Tak kira pulak dah berapa lama tak sekolah, hehe.

Minggu depan mereka mereka yang bersekolah akan mula bersekolah. Bulan cuti pun dah nak habis dah. Selamat bersekolah korang :)

Bukan niat nak memerli, tapi kadang ada juga berniat :D
Korang korang yang bersekolah tu, belajarlah rajin2 dari awal tahun atau lebih jelas bulan pertama dan bulan bulan seterusnya.

Fokus dalam kelas tu penting kalau balik rumah korang taknak belajar.
Pada mereka yang akan ada periksa penting tahun 2012, buat yang terbaik :)





*Sangat sangat rindu dengan S E K O L A H ! :)

macam macam lahh

Manusia ni macam macam jenis, berjenis jenis, setiap jenis berbeza beza. Kadang kadang aku pun tak faham.

Tapi terpaksa faham atau pura pura faham. Bukan untuk jaga hati atau apa apa je, tapi memang dituntut untuk memahami. Jadi memang kena fahamkan lahh.

Bukan untuk cakap pasal faham kat sini,
Cuma nak kongsi apa aku rasa. Pelikkan, upload gambar lepas tu kata buruk. Haha, lawak pun ada. Dah tahu tu kenapa upload jugak, nak orang puji awak ke?

Aku pernah baca satu kolum ni,
Memang mengancam lahh apa yang ada dalam kolum tu, pasal orang orang yang aku cakap tadilah. Memang sakit hati kalau kena kat orang2 berkenaan, tapi tu lah kenyataan. Masih ulang benda yang sama.

Tak tahu lah apa motif orang orang macam tu, mungkin nakkan pujian. Tapi taktahu lahh, mungkin diorang berniat atau tak berniat. Kita pun taktahu isihati atau fikiran orang lain.



*Biarkan je, aku x kisah pun sebenarnya, masing masing punya hal lah kan :)

Rasa rasa

Hmm, dah lama tak share macam macam dengan kau.
Masing masing pun sibuk kan.
Takpe lah aku faham
Kadang kadang aku pun takde untuk kau.



*Dah mula kerja, fokus ! :)

Jumaat, 23 Disember 2011

Fahaman yang semakin pesong

Dengan meletakkan "tekan like ya kalau sayang Allah", "Sebarkan kalau sayang ISLAM", "Dengan sebarkan artikel islam ini mampu mendapat kesenangan".

Itulah antara ciri ciri fahaman yang semakin hari melambak lambak dalam FB atau SMS. Adakah kalau kita tak sebarkan atau 'like'/'share' kita tak sayang Allah dan Islam??

Persoalannya, kenapa manusia seakan akan percaya bulat bulat benda benda ni?

Tak salah kalau kita ringan tangan nak kongsi ilmu tapi kenapa dipenghujung ayat mesti ada ayat2 di atas tu? Tepuk dada tanya minda :)



*Dunia semakin canggih, manusia semakin rakus :D

Ada apa dengan Jaga Diri

"Jaga diri", orang selalu kata jaga diri, jaga daripada apa?

Sampai sekarang aku masih terfikir jaga diri bagaimana, ada tak cara-cara jaga diri yang betul atau jaga diri tu cuma falsafah basa-basi saja.

Adakah orang yang menuturkan 'jaga diri' tu menjaga dirinya sebelum berkata 'jaga diri' kepada orang lain?
Atau 'jaga diri' tu dikatakan untuk mengingati orang lain sekaligus peringatan ringan untuk diri sendiri.


*Bila aku mampu menjaga diri sendiri? Jaga diri yaa :DD

Nak jerit !

Nak jerit jerit jerit !
Boleh takk?

Orang kata rasa suka tu sekejap je, sayang sementara dan cinta selamanya.

Agaknya yang mana satu ye?
Kompius kompius kompius :DD



*Jangan letakkan harapan menggunung, cukuplah secubit rasa je :)

Yaaaahoooo !!

Aww Aww Aww <3<3<3
Terkezuttnya !

Akhirnya, yess !!
Tak sangka diam2 ada isi.

*bak kata P. Ramlee 'Hai senangnya dalam hati' !! :D

Khamis, 22 Disember 2011

Dah dapat dah

Akhirnya,
Keputusan sebulat hati.
Yakin dan kini terus melangkah ke hadapan.

*Lupakan apa yang tertinggal di belakang. Terus mara untuk hari esok :)

Al Fatihah :)

Hari ni 22disember genap 9tahun papa pergi :)
Apa apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat selalu dan ditempatkan dikalangan orang orang soleh.

Aminn :)

*Kakak selalu ingat dan rindu dekat papa. Cuma doa je yang mampu kakak kirimkan. Semoga papa tenang disisiNya.

Rabu, 21 Disember 2011

Pencatat setia

Kalau aku diberi peluang, ingin sekali aku rebut. Sepantas kilat.

Aku ingin menjadi seorang pencatat setia.

Yang siap mencatat setiap isi perjalanan hidup.
Peristiwa atau perkara yang berlaku.
Kegembiraan mahupun kesedihan.
Pahit dan manis.
Susah dan senang.
Barangkali semuanya yang berlaku setiap detik.

Agar aku dapat membaca dan menilai semula setiap apa yang berlaku.


*Entah bila akan menjadi seorang pencatat yang setia :)

Dari sudut hati

Kadang kadang, merasakan diri sendiri tidak sehebat manusia lain, yang mampu memiliki atau mencapai apa sahaja yang diingini.
Kadang kadang, merasakan diri sangat penat berbanding manusia lain yang bersenang lenang.
Kadang kadang, merasakan diri susah berbanding manusia lain yang senang.

Hakikatnya, semua tu membantu aku untuk berfikir sejauh mana ketidakhebatan,kepenatan dan kesusahan.
Hakikatnya, semua tu membantu aku untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat kurniaan Allah SWT.

My Space

Fuhh, lenguh jari2 ni.
Baru je tadi bersihkan semua sarang2 kat Myspace.
Dah lama tak bukak web tu.
Yelaa kan, sekarang femes FB, dulu yelaa myspace.
Buruk buruk myspace pun,web tu jugak dulu orang gilagila kan.
Apa apa pun, perubahan teknologi nampaknya semakin pesat.
Dan pandai2 lah kita fikir dan tentukan mana yang membawa kebaikan dan keburukan.
Yang penting janganlah salah gunakan semua kemudahan tu untuk kepentingan diri semata mata :)


*Dah mcm karangan bm pulak, erghh! Sumpah, rindu nak sekolah :(

Sabtu, 17 Disember 2011

Beeesssttt

Bukan sajak untuk teman

Aku merasakan kosongnya hari tanpa telatah jengkelmu teman. Gelagatmu juara di hatiku. Jengkelmu itu penghibur setia. 

Tiadakah perkataan yang lebih hebat dari "sumpah", untuk aku menggambarkan betapa dalamnya rasa rindu, adakah perkataan lain yang mampu aku gantikan "rindu" itu, supaya ia sesuai dengan rasa ku sekarang?

Sehelai demi sehelai aku selak helaian kenangan,tiba tiba rasa.. Ingin aku sepak jauh jauh itu semua, terajang semua memori agar ia lunyai. Semua tu sangat menyeksakan !

Tapi aku sangat tidak mampu. Takkan sampai bila bila :'(


Perang yang sarat

Perang pun bermula. Datangnya bergolek,terjatuh dan berterbangan. Datangnya dari setiap sudut. Jatuh atau berterbangan bagai tiada graviti.

Aku yang dalam kekosongan tiada senjata, tergelabah dengan keadaan itu. Sekejap, tenangkan diri cari akal.

Tapi .. Mana? Tiada satu akal pun melekat hingga sekarang, ya saat ini. Buntu !
Akal tolong aku buat keputusan. Masa semakin suntuk.

Sajak untuk suara tu

Aku rindu suara tu,
Jua pemilik suara tu,
Suara penuh nasihat,
Suara penuh pengajaran.

Aku rindu suara tu,
Sang pemilik suara juga aku rindu,
Rindu yang tidak pasti,
Kepada suara tu atau pemilik suara tu.

Yang pasti aku rindu suara tu,
Suara,
Kembali kepada aku,
Hadir di halwa telinga ku,
Aku perlukan suaramu saat ini.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pandangan

Pada pandangan pertama, kita sering lemparkan sesuatu yang negatif tanpa kita ketahui sebenarnya itu bukanlah pandangan sepatutnya.

Pandangan demi pandangan, hingga berterusan akhirnya masih tiada huraian.

Tapi kita masih ingin meletakkan pandangan walau secara amnya itu bukanlah pandangan sebenarnya.
Mencari kebenaran dalam pandangan pertama sahaja tidak mencukupi, sebaliknya letakkan pandangan itu dengan sesuatu sebab atau alasan yang kukuh.

Barulah kita selayaknya melemparkan pandangan demi pandangan.

Selasa, 13 Disember 2011

Cuti Cuti Malaysia

Tarikh: 10-12 December 2011
Tempat: Pulau Pinang

Masuk ni dah dua kali pi Penang, cuti-cuti dengan family. Dah lama tak bercuti macam ni last pun pergi Indonesia tahun lepas :)

Dulu dulu selalu bercuti, semua negeri dah pergi cuma Sarawak n Sabah je belum. Nanti ada rezki sampai laa kott :) 

Memang best cuti cuti lepak tepi pantai, buat istana pasir, kena tanam dalam pasir, telan air kolam dengan macam2 lagi laa. Rindu dengan laut pun dah terlepas cuma tak puas lagi. Laut memang best !




Rabu, 7 Disember 2011

berfikir tapi tiada fikir

Jari jari nak sangat melukis macam macam terjemahan rasa kepada huruf. Lukisan yang nak dibentuk pula sedang difikir fikirkan.

Tapi bila berfikir selalu tiada fikir, kenapa ya?

Fikir dan fikir, lepas tu melayang layang macam layang layang.
Takada arah tuju yang jelas.

Apa apa pun, berfikir tapi tiada apa yang difikir, kadang kadang membuahkan hasil yang tak dijangka.

suka hati ikut hati lah

"Akak punya diari umum ni pasal cinta n kawan je laa apa laa"

Ehh, suka suka hati dia je nak berkata kata. Takapa, teruskan lah. Dah mulut dia, memang lah nak berkata kata, hehe.

Suka suka hati akak lah ye adik. Suka suka ikut hati akak lah. Nama pun diari, kann ? Adik punya pun sama je. Jadi sama sama lah kita ikut suka hati kita :)

Haluan seterusnya ?

Permohonan dah terbukak dengan luasnya. Tinggal nak buat pilihan je. Mana satu ni nak pilih ?

Takapa, lepak lepak dulu, benda tu nanti pilih.
Sekarang fikirkan macam mana nak buat $$$ :D

Korang terrrbaik !

Ceritanyaa..
Pagi ni pukul 11 dah terpacak kat kantin.
Agendanya nak pulangkan buku2 text.
Rupa rupanya pukul 1 baru kaunter bukak.
Sabar jap,
Lepak2 kat situ balut buku2.
Sebelum tu budak2 sume gi makan.
Lepas makan nak gi skola,
Otw selipar aku pulak putus.
Beli japp then gerak.
Sampai skola motor lak bt hal.
Kejap okay kejap takk.
Lepak lagi, wira n wira2 gi setelkan.
Tak boleh jadi gak, biar je laa dulu.
Dah pukul1, gi kaunter buku.
Macam sardin busuk dalam lab tu.
Sumbat selagi boleh bagi penuh kaw2.
Lama nak mati, tp kalo kaki selit kejapp je kann :D
Motor?
Wira dgn WIRA2 setelkan.
Tolak pakai 3 motor sampai rumah.
Kesian dorang penat tp, semangat KAWAN tinggi tu, tadahal laa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam, abang2 pulak tengok2 kan keldai tu.
Aku dah penat dah nak menye-start, Haha !
Rupa rupanya, Konklusinya,
Minyak takada. Ngeng !
Mati2 aku ingat rosak,
Bak kat WIRA2 "bateri rosak tu" "power tak sampai" "minyak ada, takleh start je"
PADAHAL, minyak habis. Hahahahahaha !


*terima kasehh banyak banyak dan banyak kat korang :) budi tak terbalas, PENGALAMAN yg sangat berharga untuk dikenang sampai bila bila :D

Selasa, 6 Disember 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, semuanya dah selesai.

Alhamdulillah,
Allah permudahkan semua urusan kami calon2 SPM 2011.

Tawakal je lah selepas berusaha sebaik mungkin :)

Isnin, 5 Disember 2011

Kemerdekaan Sementara

Yeahh!!
Selepas 12 tahun berhempas pulas,
Akhirnya,
Esok hari terakhir peperiksaan SPM.
Dan hari terakhir bergelar pelajar sekolah :)


Selamat Tinggal sekolahku (KBian cemerlang)

Sabtu, 3 Disember 2011

Pura dan Pura

"Berpura-pura mampu hilangkan kesedihan dan jalani hidup seperti biasa"

Memang kita mampu untuk berpura-pura,
Tapi mampukah kita berpura-pura selamanya?

Terimalah hakikat kita tak mampu menipu diri. Jangan menanti sesuatu yang tak pasti. Sedangkan sesuatu yang tak pasti tu dah mendapat kebahagiaan sendiri.

Datang dan Pergi

Dulu kau datang, sekejap. Secara kebetulan je. Beberapa lama kemudian, kau datang lagi. Bukan lagi kebetulan. Sekarang kau masih datang, taktahu secara apa. 

Tapi yang aku tahu kau datang dan pergi. Pergi sekejap kemudian datang kembali. 

Pergi kau kerana perjuangan, datang kau kerana hentian sementara. 
Cara halus kau berjaya hadirkan rasa halus dalam hati.

Biar masa menentukan, aku hanya lalui kehidupan dengan peredaran masa yang tak pernah berhenti.
Malas untuk bermain dengan cara kau. 

Soal Hati

Biarkan semuanya berlalu mengikut masa,

Takada apa yang perlu dikesalkan,

Hakikatnya,

Pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.

Surat Cinta

Seumur hidup,

12 November pertama kali dapat.

Pengalaman berharga.

Terima Kasih =)


*Belajar dari PENGALAMAN.

DIA

Aku tahu kau dah dapat tangkap sapa orang tu.
Saja je taknak bagitahu.
Sebab pedih untuk cerita semua tu.


Bayangkan,
Di sisi kita adanya insan yang serupa dengan yang dah tiada,
Terasa dia masih hidup, hakikatnya ..
Taktahu kenapa,
Aku pulak yang terpilih untuk rapat dengan dia.
Dengar semua cerita dia,
Semuanya sama dengan apa yang aku pernah buat untuk dia yg dah tiada.
Sebab tu aku sayang dia.
Sayang sebab dia lebih kurang sama.
Dan aku sayang dia sebab diri dia.

*Tiada hari hari yang berlalu, tanpa aku berasa RINDU.

Minggu SPM

SPM ?
Dah 3minggu berlalu.
Tinggal 2 subjek jee lagi.
Lepas tu habis.

Selamat tinggal buku.
Selamat tinggal sekolah.
Selamat tinggal guru.
Selamat tinggal semua kenangan disekolah.
Selamat tinggal teman.
Bermulanya mencipta haluan sendiri.

*Untukmu teman-teman:
Tiada hari yang berlalu nanti, tanpa AKU berasa RINDU !