Sabtu, 31 Disember 2011

Menung panjang

Lenguhnya kaki belum hilang, lelahnya badan tak habis lagi.

Aku tersandar lesu, masih mencari cari apa yang nak diluahkan. Sementara menunggu game loading.Tergaru garu kepala yang tak gatal, kesejukan ditiup angin pagi bangunan setinggi 14 tingkat. Jem sekejap otak ni, kosong. 

Tiba tiba teringat tentang kerja, 
Ruang dan peluang, tolong beri aku waktu untuk menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Aku bukan robot yang siap diprogramkan untuk terus memberi khidmat. Aku hanya separuh siap atau mungkin masih mentah sangat. 

Syukur sangat, kerana kawan kawan sangat memahami dan sering memberi sokongan, nasihat dan tunjuk ajar. Kawan kawan perlu ada, untuk membimbing sesama sendiri. Sabar selalu disisi, menemani aku. 





*Belajar sabar dari setiap kesilapan yang dibuat, bukan membenci membuat silap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan