Selasa, 15 April 2014

Body

Hari ini aku bangun dengan niat hati yang jernih. Menjernihkan semua yang keruh. Tapi semua itu terbantut. Seakan akan membunuh semua rasa sekaligus. Aku taktahu apa yang tidak kena, sama ada pada diri atau sekeliling. Atau subjeknya hanya aku. Aku tak faham. Langsung secara keseluruhannya tidak ada satu pun yang dapat aku simpulkan. Dengan segala manusia yang mempunyai kaitan juga seolah olah aku merasa tersangat kecewa. Pada erti sebuah kematian dan kesendirian aku letakkan diri. Kosong. Dan aku sedar segala kejatuhan dan kesusahan dalam hati, jiwa dan sekeliling ini adalah ujian dariNya. DIA yang telah terlalu lama ditinggalkan. Tapi masih juga aku. Tiada gerak.

Sabtu, 5 April 2014

Campak balik

Ambil satu beg yang berisi barangan kenangan. Dari si pemberi yang pelbagai. Pemberi yang amat dekat dengan jiwa dengan pemberian pemberian yang bermakna. Membelek setiap helaian kertas yang tercatat huruf huruf bermaksud tersendiri. Membelek setiap barangan yang punya peristiwa tersendiri kenapa dihulur dan bertukar tangan. Terbaca helaian surat yang membuatkan senyuman diukir, dalam, lama. 'well after this he will feel lonely without his sayang beside him'. Lama dan berulang aku baca. Teringat semula dimasa kejadian, apa dan kenapa dicatat sebegitu kepada aku. Lalu dengan spontan didalam hati terdetik 'i am his lonely, the one who is with him now.'

Khamis, 3 April 2014

April

Lama meninggalkan ruangan. Sepi.

Hari ini teringin sekali mencatat segala perjalanan sepertimana sering dilakukan dahulu. Pada suatu dahulu yang kosong. Sekarang setiap hari hanya dipenuhi kesibukan. Sibuk yang berada dalam definisi tersendiri. Sungguh, masa itu amat pantas berlalu meninggalkan manusia. Ini bulan april, bulan keempat dalam kalendar masihi. Peristiwa bakal tercoret mengikut takdir Tuhan. Manusia hanya mampu menunggu dan mencorak kehidupan. Sabar dan tabah itu kunci. Semoga bulan ini dipermudahkan segala urusan, dijauhkan segala kesusahan dan didekatkan kesenangan. Selamat menjalani hari.