Diam punya diam sekali disebut terus jadi perhatian.
Aku tak mahu itu, tak ingin. Ilmu itu luas aku tahu, kenapa mesti kedekut, itu juga aku tahu. Tapi aku bukan kedekut jauh sekali nak rasa itu lekat dengan aku tapi, aku cuma manusia.
Takut,
sebab ilmu itu aku perlu kongsi. Bukan takut ilmu aku habis dan aku tidak punya ilmu lagi, bukan !
Tapi, ilmu aku sebesar hama saja, atau lebih kecil lagi. Aku pun taktahu sebab aku bukan penilainya. Mereka memburu aku, sana sini. Aku nyatakan disini bukan aku riak, jauh sekali rasa itu, tapi ini rasa aku, aku mahu luah.
Resam hidup, bila perlu dicari bila tak diperlu lupa.
Mereka manusia, aku juga. Mereka tak sempurna, aku juga.
Jadi aku mula buka hati dan terus terima dan terima, apa pun.
Ilmu itu milik Allah, Takada satu pun milik kita.
Selagi aku tahu dan mampu, aku sedia memberi.
Itu saja.
Sabtu, 30 Jun 2012
NU
Hari ini hari mereka.
Buktikan semua ilmu yang dikutip untuk dipertontonkan kepada umum. Ilmu yang dicurah dari guru yang punya pengalaman.
Mulut dan hati berbicara macam macam, suka dan duka.
Tapi harus ditelan mentah demi ilmu. Demi seorang guru.
Mereka kuat, aku tahu. Ikhlas, mungkin. Kerana itu urusan hati mereka, niat. Tak perlu dipersoal.
Kesimpulan dari persembahan mereka hari ini, mereka terbaik. Dari mentah sampai jadi masak, tapi belum sempurna mungkin untuk dijulang. Cuba dan terus mencuba.
Pintu peluang masih luas terbuka, teruskan usaha.

Kezutan
Minggu ni macam macam hal.
Ini suratan ke kebetulan?
Tapi aku tetap yakin, ini takdirNya.
Jalan yang telah ditetapkan untuk hambanya.
Aku percaya dan akan terus percaya,
setiap dugaan itu ada hikmahnya. Ada sesuatu yang baik menanti dihujungnya.
Cuma kita harus diuji sebelum diberi sesuatu.
Ikhlas dan bersyukur menerima apa yang diberi walau kadang kita selalu mengeluh. Selalu.
Hari ini Allah uji kerana tak mahu kita leka, esok esok Allah beri lagi dan lagi ujian tanda krn Dia menyayangi kita.
Perlu kesabaran dan terus percaya. Sabar itu kunci segalanya. Ikhlas itu mulia.

Hye lagi
Hyee.
Hari ini sabtu. Esok ahad.
Pengulangan setiap minggu.
Tapi,
ceritanya lain lain, itu yang spesial.
Hari ini sabtu. Esok ahad.
Pengulangan setiap minggu.
Tapi,
ceritanya lain lain, itu yang spesial.
Ahad, 24 Jun 2012
Byee lagi
Selamat tinggal ahad, jumpa jumaat depan.
Insyaallah, semoga hari hari mendatang dipermudahkan segala urusan, amiin.

Jalan kita
Okay syggku,
dua minggu berturut turut kita tak jumpa secara realitinya.
Tapi secara maya kita selalu jumpa.
Jauh dekat, jiwa kita connect,
bak kata kau kannn. Hahaha.
Hari ini kita habiskan masa macam biasa dijalan kita. Jalan yang tak bernama tapi aku tahu kita sejalan.
Jaga diri, hati, makan, minum, tidur dan semua.
Jangan lupa buah&tangan untuk aku ;D

=)
Semoga niat kau dipermudahkan.
Jalan dah ada dan kau nak mulakan, semoga kekal.
Manusia tak lepas dari ke'galak'an.
Kerja kita, usaha. Dan kau akan nampak hasilnya, nanti.

Aku pandang
Dia cuma biasa. Tidak luar biasa. Sama, sama seperti yang lain. Cuma teman yang meneman teman temannya.
Aku,
sebagai yg ada. Juga teman kpd dia, mereka mereka yg bergelar teman aku.
Selagi mereka belum lupa title teman tu, aku juga begitu.
Jika sebaliknya, aku akan tetap disitu. Mana tahu teman teman aku itu akan ingat kembali titlenya.\
Keadaan sekeliling yang merubah manusia. Manusia terpengaruh.
Tiada yang sempurna, semuanya punya cacat dan cela.
*Aku juga.

Faham
Dah biasa,tapi terasa. hmm.
Rasanya dah dapat dah signal tu. Aku faham dan akan cuba.
Nanti lama lama biasa la. Cuma baru baru je terasa lainnya.

Mungkin,
permulaan ni nak mula jauh sikit sikit, nanti penghujung kalau mmg jauh tak terasa kot cuma berbekas.
Kena berpijak dan rasa yg sekarang ni aku sedang berjalan seorang.
Fahamkan, betulkan sistem ya.
Insyaallah
Terbaca dan nak kongsi.
Perkataan atau kalimah InsyaAllah rupanya ada perbezaan.
Perbezaan disini maksudnya si pengucap perkataan itu, sejauh mana janjinya.
Menurut seorang yg popular karyanya di fb,
insyaallah yg ditutur oleh mereka di timur tengah katanya insyaallah yg memang betul betul ditunai ataupun 100% betul. Di Malaysia, insyaallah yg ditutur mereka disini tidak sama seperti apa yg ditutur. Maksudnya, 80-20. Cuma kata insyaallah, tapi 99.9% belum tentu ditepati.
Insyaallah pun ada perbezaan, susah betul.
Tapi semuanya berbalik kepada situasi seseorang tu.

Jumaat, 22 Jun 2012
Ingat oh ingat
Sebab ingat pun kena bom sekali.
Penangan perkataan ingat kau lah yg buatkan dia luah habis, rasanya tu pun tak habis lagi. Dia pun taknak luahkan pun, siapalah kita.
Lepas ni buang perkataan ingat. Cuba buat sekaligus terus habis, tak perlulah nak ingat ingat ingat, lepas ni macam ni macam tu. Bila fikir balik 'orang kita' memang macam tu.
Sinonim, dah biasa dengan perkataan, tabiat tu.
Balik, muhasabah.
*Peringatan utk diri sendiri sekali. Terasa tempiasnya walau tak kena tepat.

Itu fakta
Fakta fakta yg Mr E lontarkan semuanya betul belaka, aku pun tak heran kalau dia nak kata apa pun, sebab itu fakta. Fakta yang tak akan pernah berubah sebab tak nampak pun usaha usaha untuk diubah.
Melayu akan terus dengan kemelayuannya. Pantang ditembak sikit terus menyerang.
Sedangkan tembakan demi tembakan itu bersebab, punya penjelasan sendiri.
Tapi belum apa apa dah diserang balik walaupun persiapan cuma ala kadar, nak taknak.
Apa apa pun, semua kata kata emas tu aku simpan kemas dalam peti karun. Semoga aku, kau atau mereka mampu mengubah. Satu hari nanti, mungkin.
Tak banyak, sikit pun jadi. Dari tak ada apa langsung yg disumbang.
Siapa nak tolong kalau bukan orang sendiri.

Ahad, 17 Jun 2012
Byee lagi
Byee lagi,
minggu depan jumpa lagi.
Harap masa cepat berlalu,
jumaat selalu aku nantikan selain dari hari hari biasa.
Harapnya semua jaga diri selalu.
Apa apa pun aku selalu ada :)
Jaga diri.

Pagi ini
Alhamdulillah hujan.
Rahmat dari Allah swt.
Jerebu yang tengah teruk melanda kota lumpur ni moga moga berkurangan.
Kalau tidak,
kesian hidung kami, paru paru kami.
Hirup udara tak segar.
Apa apa pun,
sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tidak ada satu pun milik kita,
semuanya milik Tuhan.

Fathers Day
Selamat Hari Bapa sedunia !
Happy Fathers Day to papa.
I will always love you.
Forever.
*Al-Fatihah
Happy Fathers Day to papa.
I will always love you.
Forever.
*Al-Fatihah
Sabtu, 16 Jun 2012
Sabar, teruskan
Dugaan tu harus kita hadap sebab itu, dugaan.
Terus kuat untuk hari esok, esok dan esok. Maaf, mungkin aku cuma pandai berkata. Tapi aku tak merasa. Itu dua perkara yg sangat berbeza. Cuma kau, lebih memahami segalanya.
Aku,
akan terus berkata bila kau meminta, bila kau merintih. Terus, ada untuk kau.
Kadang aku rasa taknak berkata lagi, sebab aku tak ada disituasi, keadaan kau. Tak layak untuk katakan pun.
Itu bukan aku, fikiran aku.
Fikir aku cuma untuk setia berkata dan berkata lagi selagi kau perlu aku. Kalau tak perlu pun, aku selalu ada. Available :) Sebab kita ada connection kan :D
Harap kau terus kuat,
paku, semua paku paku didinding yang seakan nak jatuh, tapi tak jatuh, capai penukul, dan paku. Sebab kau perlukan paku paku tu untuk gantung semua potret indah yg dah kau lukis bersama dia. Semuanya indah bila kau lihat dan selam balik kisah kisah yg tercipta antara kau dan dia.
Satu persatu,
senyum ketawa gembira sedih.
Bukan harap,
tapi aku nak kau kuat dan tahan.
buku lama ke baru
IA :)
dia ingat kau tu,
sebab tu satu panggilan dibuat kpd kau hahaha.
Dia, cuma watak yg ada pada bab lepas.
Buku baru sekarang ni, wataknya dah mati, bahasa lembut tamat.
Buku baru sekarang ni, wataknya baru baru.
Buku baru sekarang ni, pemainnya bagus lagi best.
Buku baru sekarang ni, terbaik tp tak jamin sampai bila.
Pada aku, aku suka buku baru aku. Aku nak bawa, genggam buku ni sampai hujung jalan aku, insyaAllah jika itu ditakdirkan jalan aku. Sebab aku tak tahu, lepas ni ke apa ke kena buka buku baru lagi ke.
Itu diluar kemampuan aku.
Itu semua kerja Tuhan aku.
Aku cuma hambanya, yg akan terus berjalan mengikut apa yg telah ditetapkan dengan usaha aku.

I'iz
Jaga diri, belajar dgn tekun.
Pandai pandai bawa diri kat tempat orang.
Terima kasih bagi aku kesempatan berkawan dengan kau.
Memang terbaik pengalaman yg kau dan semua bagi.
Takde apa pun rasanya aku nak pesan, cuma tu jelah. Pesanan biasa biasa.
Cuma harapan aku masih sama,
kekal sampai bila bila hubungan kawan tu, aku harap kau tak lupa kami kami kat sini :)
Selamat jaga diri, selamat merantau.
Pesal tah
Kenapa ni?
Sampahlah rasa ni, tapi tetap kat situ tak berganjak.
Pagi pagi dah macam ni. Kacaulah.
Sepoil je pagi aku.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Jumaat, 15 Jun 2012
Dia tu kan
Hmm, pasal dia la ni.
Okay,
dia peramah, baik. Boleh jadi kawan. Dah jadi pun. Dalam seminggu ni, kenal mengenali semua tingkah budak budak tu, aku rasa dia menonjol. Sebab dia suka ke depan dan bercakap apa saja, ajak main game, berbahas.
Tapi,
ada satu hari ni topik dia pasal bapaknya. Ada sedikit percanggahan kat situ. Aku faham pendapat masing masing berbeza, kita berbahas kita perlu saling hormat menghormati pendapat masing masing, sebab itu gunanya berbahas. Pendapatnya: Dia meletakkan semua gadis gadis zaman kini membelakangkan ayah,papa, abah etc.
Kat situ dah mula sana sini berbunyi. Semua anak tekak dalam kelas tu nak bersuara.
Aku cuma pemerhati, dengar je.
Itu perkara normal, setiap keluarga dibentuk oleh ibubapa masing masing.
Tapi silapnya, dia menghukum dan meletakkan pandangannya sbg benar belaka.
Kalau macam tu tak perlulah nak kongsi, pada nama je ajak bincang, hakikatnya ??
Dan, kehangatan mula reda dengan bermulanya kelas. Lega rasanya telinga aku.

Rumah
Alhamdulillah,
minggu ni balik ke rumah lagi. Mudah mudahan minggu seterusnya pun sama. Rindu yg menggunung pun terlerai bila tengok muka muka yg aku sayang bahagia dan akan kekal bahagia selamanya.
Malam ni aku mencatat dan aku seorang pencatat lagi, rindunya nak menaip.
Dekat bilik sana, ada cc, tapi kelembapannya kalah siput baby. Kalau dah macam tu gayanya, takde feel la aku menaip, dah laa jiran jiran sebelah kepalanya panjang sejengkal, tak selesa nak berkongsi. Macam main hendap hendap, tembak !
Hari ni sampai je terus anak anak ikan kecil aku melekat kat badan, katanya rindu shangat hahaha. Achik pun rindu shangat laa shayang shayang. Nanti kita bermanje manje ye. Sekarang ni achik kena hadap lappy ni :)

Ahad, 10 Jun 2012
Esah
Rindu aku ada connection kot, lepas tu dia receive. Memang best. Macam tahu je kan aku nak call kau tiba tiba tertera mesej kat skrin. Alang alang tu mesej jelah kann hehe.
Lama dah tak jumpa. 3tahun. Macam macam macam lah nak bercerita.
Harap harap bila dah ke selatan nanti, rajin rajin lah kau turun ke kota lumpur kami ya. Lagi pun kau pun dah merancang, harap menjadilah, insyaAllah :)
Boleh kita sambung memori, kenang kenang, mengenang. Hahaha.
Nak apa
Panasnya tengah hari ni, kejap kejap lagi minta mintalah dah redup.
Saja saja nak taip kat sini, tapi nak taip apa, takada apa pun nak kongsi. Tak mainlah kan kongsi sini, muka depan mukalah. Hahaha.

Sabtu, 9 Jun 2012
Wuhuu
Bosan.
Esok dah kena balik hostel. Isnin dah mula kelas. Sekolah dulu jadual datang sendiri, sekarang aku kena pergi cari. Huhu. Huarrh masa masa macam nilah baru nak ingat sekolah ya, dulu masa sekolah berangan nak ke kolej, hamek kau.
Jumaat, 8 Jun 2012
Renung panjang
Rindu, sayang nak tinggal apa yg pernah digenggam, semuanya sekadar sementara. Sekarang dah mulakan langkah, terasa berat mulanya, tapi sekarang rasa ringan tu sikit sikit datang. Aku langkah ikut jalan baru, takde siapa pun aku kenal.
Semuanya baru. Semuanya macam macam.
Rasa aku memberontak nak patah balik. Tapi bahu aku bawak harapan orang. Aku jumpa muka tu, perangai ni, gelagat tu, kepala otak ni. Perhati jelah, duduk diam diam buat hal aku, selagi orang2 tu tak kacau ruang aku. Buat masa ni aku hadap apa yg ada, berpuas hati apa adanya.
Kawan? sebilik aku alhamdulillah semuanya ok. Sekeliling aku pulak, biasa je agaknya. Ada yg getik, gedik, mengada, peramah, baik, macam macam spesis. Kadang aku rasa nak kedepan, berkata dan buat mereka berfikir. Manusia kan dicipta pelbagai.
Senior? Aku hormat. Tak kenal pun, tapi kita manusia beradab, jumpa senyum, bahasa paling mudah kat dunia ni.
5 hari aku, macam2, belum minggu, bulan, tahun seterusnya. Harap aku dapat emas, taknak sekadar besi buruk. Teruskan perjuangan.
Gelar aku
Alhamdulillah, 4JUN2012, dengan rasminya bergelar mahasiswi UiTM dibawah kolej bersekutu.
Pagi isnin, daftar. Tengah hari masuk hostel. Petang, mula orintasi.
Bermula hari isnin sampai jumaat,
macam macam aktiviti dijalankan sbg pengenalan kpd pelajar2 baru.
Ikrar pelajar, nyanyian lagu rasmi uitm, solat didataran, permainan, senaman, taklimat.
Tidur, cuma 2-3 jam sahaja.
Masa taklimat kepala macam spring, haha.
Mula menyesuaikan diri.
InsyaAllah, terus kuat.
Untuk hari hari akan datang.

Ahad, 3 Jun 2012
Aku taktahu
Permulaan, pertengahan dan pengakhiran.
Kalau aku ada pilihan jawapan, ABC, aku akan letakkan semuanya dalam kotak jawapan.
Kalaulah.
Cuma doa dan usaha akan tentukan semua. Apa apa pun semuanya berbalik kepada takdir, qada' dan qadar Allah. Kalau memang akan datang kita semua tak bertemu, redha. Sekurang kurangnya kita semua pernah bertemu, ketawa, sedih, makan, minum , macam macam lagi.
*Tak mampu nak teruskan taipan :'(

IA
Kau jaga diri.
Jagalah dari apa pun. Mata aku tak dapat perhati kau lagi. Mulut aku tak dapat tegur kau lagi kalau ada yg tak kena. Tangan aku tak dapat nak capai kau lagi. Dan pipi aku takada untuk kau cium cium lagi.
Jaga hati kau.
Sayang boleh dibahagi.
Perasaan boleh terbelah sana sini.
Tapi CINTA pastikan cuma satu.
Aku dah khatam hati kau. Jadi kalau ada apa apa, call je atau sms.
Aku ada.
Tak perlu bagi apa apa, sebab kau dah bagi aku erti sahabat. Itu dah lebih dari cukup :)
Dan,
kalau kalau kau rindu aku, kau baca laa skrin bisu ni.
Dan,
insyaAllah setiap minggu aku adakan masa untuk kau.

Beberapa saja
Sekarang 0945 malam.
Semua barang barang aku dah kemas dan siapkan. Cuma tinggal dokumen yg kena periksa sekali lagi. Yalah, nanti senang, lagi menyenangkan.
Nak makan, takada selera.
Nak minum, dah minum.
Sekarang online, twitter facebook.
Menaip.
Lepas ni tak pastilah akan menaip lagi atau tak.
Esok akan beralih rumah.
Aktiviti lagi.
Minta minta aku dapat sorotkan semuanya dalam ni, insyaAllah.

Kelak nanti
Dulu aku selalu nonton cerita cerita korea, kecik kecik suka mengikut telatah orang dewasa :) Dalam dialog dialog mereka selalu menyebut KELAK. Aku masih lemah bahasa masa tu, jadi aku biarkan saja perkataan tu dan terus ikut cerita mereka.
Sampai satu hari rasa aku desak aku utk bertanya, apa itu kelak. Tanya angah, angah pun jelaskan dengan terang dan aku pun faham, terima kasih dah memahamkan aku.
Sekarang ni, aku selalu sebut kelak, kelak dan kelak sampai aku pun jelak dgn diri aku.
Aku selalu impikan yg kelak nanti itu ini begitu begini. Padahal aku tahu, Allah dah susun takdir aku, dan aku cuma perlu berjalan saja. Tapi aku degil, kenapa aku tak serik untuk berkata kelak nanti macam macam.
Ya, ini aku.
Akan terus berharap itu ini, walau aku tahu cuma diatas sana maha mengetahui segalanya.
Aku rela jatuh terhempas lepas aku terbang tinggi dgn harapan kelak, daripada aku langsung tiada impian dan perancangan.
#Semoga Allah permudahkan, amin

Ahad
Teringin rasa hati nak mencoret sesuatu. Dah lama aku tinggalkan taipan taipan kosong ni. Ini mungkin tidak menjadi wakil isi hati, atau mungkin menjadi wakil isi hati. Cuma aku tahu.
Hari ini aku masih didepan skrin menaip, hari lain mungkin ya atau tidak.
Itu semua kekangan masa.
Tapi harapan aku cuma,
walau takde taipan lagi disini nanti, semua kisah nyata aku simpan, kemas kemas.
Sorokkan dalam hati dan memori.

Sabtu, 2 Jun 2012
EG geng
Dari kiri : Jai, Wan, Nashrul, Miyoi, aku, Liya, I'Iz, Rayhan, Fida, Salwa, Sarah, Norin
Tempat : Ehsan Group
Masa : 31JUN2012
Hari : Majlis Perpisahan
Kemas mengemas
Hari ni sabtu 2JUN2012 JAM 1405.
Kemas mengemas, susun susun dok-dok penting.
Boring.
Sepatutnya keluar, semua tak jadi.
Melayan blog sini kejap, kejap lagi sambung kerja.
Masa oh masa. Cepatnya berlalu.
Berlalulah masa secepat ini sewaktu aku dlm pengajian.
Nak berjalan kembali dgn teman teman semula.
Macam mula mula dulu :)
Dengan genggaman gulungan istimewa yg akan membuat semuanya bangga.
InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Jumaat, 1 Jun 2012
Nanti agaknya
Pilihan atau takdir?
Persoalan persoalan dan terus dengan persoalan. Jujur, aku takada jawapan. Belum jauh meneroka, agaknya. Yang aku kata cuma, MASA. Empat huruf ni je yang akan memberi semua jawapan, secara berperingkat, sabar lebih macam selalu ya :)
Nanti akan tiba satu masa, nanti. Itu pasti.
Dan,
Kalau kau ada jawapan dulu, silalah kongsi, mcm biasa :)
Dan,
Untuk soalan 'usaha',
aku pun belum punya jawapan, sbb aku pun sedang usaha cari jawapan.
Nanti agaknya, adalah tu :)

Keluaq laa
Secara realitinya sudah beralih ke fasa lain, tp secara mimpinya aku masih belum beralih. Masih sama macam sebelum sebelum ni.
Bangkitlah hari dah berlalu tarikh pun dah tukar.
Memang betullah kata abg long jai, dalam 2-3minggu ambik masa nak hilang rasa rasa yg ada. Tp aku, taktahu laa lama mana. Itu masa dia, masa aku lain walaupun jam & minit sama :) Rasa rasa yg dah diadun sebati menjadi satu, mmg cukup sebati. Cukup sempurna kalau jd kek.
Keluar laa, jgn tersekat.
Jun
Salam Jumaat.
Bulan Jun ini didahului dengan hari yg mulia, penghulu segala hari, JUMAAT.
Hari ini aku bangkit dengan hati yg sedikit tenang, mungkin. Semalam bersama insan insan seperjuangan, hari ini aku seorang. Tapi aku tahu, di belakang aku sangat ramai. Cuma waktu tak mengizinkan kita semua bersama.
Jangan patah semangat, kita semua menuju hala masing masing mencari kejayaan dalam kehidupan untuk dunia dan akhirat. Satu hari, satu masa, kita akan menjadi satu kembali, insyaAllah. Allah maha mengetahui semuanya.
Bukan satu tempat kita pijak, tapi akan datang banyak lagi.
Kita akan tinggalkan jejak disetiap destinasi tu. Aku harap persahabatan & silaturrahim yg terjalin erat antara kita semua akan kekal sampai hujung nafas, amin.
* Hanya lagu menjadi ingatan

Langgan:
Catatan (Atom)