Bulan Jun ini didahului dengan hari yg mulia, penghulu segala hari, JUMAAT.
Hari ini aku bangkit dengan hati yg sedikit tenang, mungkin. Semalam bersama insan insan seperjuangan, hari ini aku seorang. Tapi aku tahu, di belakang aku sangat ramai. Cuma waktu tak mengizinkan kita semua bersama.
Jangan patah semangat, kita semua menuju hala masing masing mencari kejayaan dalam kehidupan untuk dunia dan akhirat. Satu hari, satu masa, kita akan menjadi satu kembali, insyaAllah. Allah maha mengetahui semuanya.
Bukan satu tempat kita pijak, tapi akan datang banyak lagi.
Kita akan tinggalkan jejak disetiap destinasi tu. Aku harap persahabatan & silaturrahim yg terjalin erat antara kita semua akan kekal sampai hujung nafas, amin.
* Hanya lagu menjadi ingatan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan