Hari ini hari mereka.
Buktikan semua ilmu yang dikutip untuk dipertontonkan kepada umum. Ilmu yang dicurah dari guru yang punya pengalaman.
Mulut dan hati berbicara macam macam, suka dan duka.
Tapi harus ditelan mentah demi ilmu. Demi seorang guru.
Mereka kuat, aku tahu. Ikhlas, mungkin. Kerana itu urusan hati mereka, niat. Tak perlu dipersoal.
Kesimpulan dari persembahan mereka hari ini, mereka terbaik. Dari mentah sampai jadi masak, tapi belum sempurna mungkin untuk dijulang. Cuba dan terus mencuba.
Pintu peluang masih luas terbuka, teruskan usaha.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan