Semuanya baru. Semuanya macam macam.
Rasa aku memberontak nak patah balik. Tapi bahu aku bawak harapan orang. Aku jumpa muka tu, perangai ni, gelagat tu, kepala otak ni. Perhati jelah, duduk diam diam buat hal aku, selagi orang2 tu tak kacau ruang aku. Buat masa ni aku hadap apa yg ada, berpuas hati apa adanya.
Kawan? sebilik aku alhamdulillah semuanya ok. Sekeliling aku pulak, biasa je agaknya. Ada yg getik, gedik, mengada, peramah, baik, macam macam spesis. Kadang aku rasa nak kedepan, berkata dan buat mereka berfikir. Manusia kan dicipta pelbagai.
Senior? Aku hormat. Tak kenal pun, tapi kita manusia beradab, jumpa senyum, bahasa paling mudah kat dunia ni.
5 hari aku, macam2, belum minggu, bulan, tahun seterusnya. Harap aku dapat emas, taknak sekadar besi buruk. Teruskan perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan