Selasa, 31 Disember 2013
25 yang ke 5
Setiap janji janji, semuanya aku ambil kira. Kau hidupkan aku dengan janji janji. Semoga di masa hadapan, aku akan terus hidup dalam janji janji kau. Kerana aku bersungguh inginkan kehidupan yang setiap manusia impikan. Jikalau Tuhan menjauhkan kau atau aku dari diri masing masing, itu adalah qada' & qadar dariNya. Selagi dalam perjalanan menuju kepadaNya di kehidupan ini, aku berusaha menjadi manusia sebaiknya. Kerana aku ingin miliki kehidupan kelak, bersama kamu. Insyaallah.
tiga belas
sepanjang januari ke disember, macam macam dah berlaku yang dari putih sampai hitam. yang paling baik sampai jahanam. yang paling bersih sampai kotor. yang paling suci sampai jijik. Angka 2013 ini kira terpaling ekstrem sepanjang kehidupan berusia belasan. Daripada orang baik sampai jahat, yang paling sopan sampai celaka semua ada. Tapi pengisian yang terpaling tetap masih kekal sampai sekarang adalah pengumpulan bersama kawan kawan sekolah. Tak kira macam mana bangang pun perancangan, tapi pengakhirannya tetap juga ada pengumpulan bersama. Itu yang paling tetap sampai sekarang walaupun masing masing dengan arah sendiri. Hala tuju masih sama sementara usia masih lagi belum masak. Nanti bila sampai masa masing masing mahu bekerjaya dan membina kehidupan, harapan aku masih sama iaitu tetap juga akan adanya pengumpulan. Buat sementara ini dalam hari terakhir 2013 rutin semuanya tetap lagi sama. Menginjak ke angka 2014 beberapa jam lagi, rutin akan kekal rutin. Cumanya peristiwa yang akan berlaku sahaja berbeza bagi setiap individu. Harapan akan kekal harapan dan usaha perlu ditingkatkan demi memiliki kehidupan yang baik dan selesa pada masa hadapan. Kalau nak dicoret semua sekali kejadian dalam tahun ini ke dalam taipan, tak akan ada cukupnya. Biarlah apa sahaja yang berlaku dari segi kebaikan, haruslah dipertingkatkan lagi di tahun baru nanti. Manakala dari segi segala keburukan dan kekurangan, semoga saja kita kuburkan dan jadikan pengajaran. Terus memandang ke hadapan dan menjaga sekeliling sebaik mungkin kerana setiap detik yang berlalu nilainya mahal dan tiada gantian. Semoga Tuhan tetapkan diri selalu berada dijalanNya. Kesilapan itu milik manusia manakala kesempurnaan adalah milikNya sahaja. Doa, usaha dan tawakal.
Langgan:
Catatan (Atom)