Jumaat, 15 Jun 2012

Dia tu kan

Hmm, pasal dia la ni.

Okay,
dia peramah, baik. Boleh jadi kawan. Dah jadi pun. Dalam seminggu ni, kenal mengenali semua tingkah budak budak tu, aku rasa dia menonjol. Sebab dia suka ke depan dan bercakap apa saja, ajak main game, berbahas.

Tapi,
ada satu hari ni topik dia pasal bapaknya. Ada sedikit percanggahan kat situ. Aku faham pendapat masing masing berbeza, kita berbahas kita perlu saling hormat menghormati pendapat masing masing, sebab itu gunanya berbahas. Pendapatnya: Dia meletakkan semua gadis gadis zaman kini membelakangkan ayah,papa, abah etc.
Kat situ dah mula sana sini berbunyi. Semua anak tekak dalam kelas tu nak bersuara.

Aku cuma pemerhati, dengar je.
Itu perkara normal, setiap keluarga dibentuk oleh ibubapa masing masing.
Tapi silapnya, dia menghukum dan meletakkan pandangannya sbg benar belaka.
Kalau macam tu tak perlulah nak kongsi, pada nama je ajak bincang, hakikatnya ??

Dan, kehangatan mula reda dengan bermulanya kelas. Lega rasanya telinga aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan