Khamis, 4 Ogos 2011

Kesabaran ada hadnya

Kawan? Aku dah penat dengan drama yang korang lakonkan. Stop laa benda benda ni semua. Kita dah okay kan? apa lagi yang tak puas hati. Cakap je depan depan. Luah je semua yang kau simpan. Tak payah kau nak kumpul banyak banyak laa. Aku dah bosan dengan keadaan macam nie laa. Aku rasa tertekan gila.

Tapi takkan aku nak bagi tahu, x ada maknanya pon bagi korang. Aku cuma diam n diam. Kesabaran manusia ada hadnya laa. Jangan nanti aku dah bosan kita lupakan je persahabatan kita yang dah bertahun lamanya ni. Pedih laa nak cakap macam ni tapi aku takada pilihan dah.

Aku penat dengan keadaan macam ni. Aku juz luah kat blog tak bernyawa yang tak tahu apa apa ni. Aku rasa jalan terbaik kita berdepan je. Cakap semuanya x payah kau nak sorok sorok, tak payah nak malu malu laa. Kita dah kawan lama. Even aku masih cari kekuatan nak berdepan dengan korang semua. Sebab aku tak sampai hati nak sakitkan hati orang yang aku sayang dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut ni. Sebab orang kata sebab mulut badan binasa.

Fikir fikirkan atau lupakan je semua hubungan antara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan