Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Tinggal RAMADHAN .

Ramadhan akan berakhir dalam masa dua hari saja lagi. Bulan ramadhan tahun ini aku jalani dengan penuh kesabaran yang masih lagi boleh dipertahankan walaupun macam macam dugaan atau cabaran terjadi pada bulan yang mulia ini. RAMADHAN tahun ini juga mencabar diri aku dari segi kesabaran terutamanya kerana macam2 kerenah manusia aku hadapi di bulan mulia ini. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana aku semakin belajar mengenal erti persahabatan yang akan aku simpan memori tu sampai bila bila, InsyaAllah. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Allah swt amatlah murah buat aku dan keluarga,Alhamdulillah. RAMADHAN tahun ini juga aku semakin dekat dengan diriNya walau kadang kadang aku malas nak laksanakan perintahNya tapi aku berusaha ke arah itu. RAMADHAN tahun ini juga amat bermakna kerana aku dikelilingi oleh orang orang yang tersayang iaitu keluarga dan sahabat handai. RAMADHAN tahun ini juga mencabar diri aku sebagai seorang pelajar kerana tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan penting. Walaupun RAMADHAN tahun ini belum terlaksana dengan sempurnanya, aku ingin perbaiki kedatangan RAMADHAN seterusnya,InsyaAllah.

Mudahan mudahan umur panjang dan dimurahkan rezeki agar kita dapat bertemu di bulan RAMADHAN seterusnya,AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan