Kehidupan selama seminggu tanpa sumber air sangat memberi tekanan hebat. Fizikal aku penat dengan segala kerja mengerah kudrat mengangkut air. Setelah seharian mental aku didera untuk menerima ilmu hasil penggalian selama dari mula terbit matahari sehingga terbenamnya bintang itu. Sungguh aku cuba seimbangkan emosi sebaik mungkin walaupun kadangkala aku terlepas sesuatu yang kurang baik. Maaf.
Seperti kata-kata mr.E yang masih lagi terngiang sampai sekarang, seorang pekerja kontrak itu tidak sepenat seorang pelajar kerana seorang pelajar bekerja menggunakan mental manakala seorang pekerja kontrak itu bekerja menggunakan fizikal. Walaubagaimanapun, bagi aku ini tugas dan tanggungjawab. Aku membawa harapan yang diletakkan dibahu. Supaya suatu hari nanti aku memberikan sesuatu istimewa buat orang tua. Justeru setiap masa harus diperkuat hati dan jiwa untuk menghadap realiti walau sesukar mana pun ia.
Sebenarnya keadaan di tempat lain juga sama seperti di tempat menuntut aku, tiada langsung air tetapi yang ada cuma bekalan dari pihak berkenaan. Seorang teman kata, takapa ini ujian menjadi seorang pelajar. Ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran seseorang kerana selama ini sudah terlalu menggunung nikmat yang dikecapi, ini Allah baru ambil sedikit jadi sabarlah, cuma sementara sekurangnya sabar itu pahala. Dan aku bersyukur kerana merasai pengalaman ketiadaan air dan bagaimana terjejas aktiviti seharian mereka iaitu penduduk setempat yang lain. Kami berkongsi rasa dan kepayahan yang sama.
Semoga semua urusan harian kami dipermudahkan dan berjalan lancar. SABAR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan