Isnin, 28 Januari 2013

Semalam yang hangat

Semalam macam masih berlangsung dalam hari ini sebab aku masih lagi mahu memandang mahu mendengar segalanya tentang dia. Semalam macam ruangnya itu sempit walaupun pusat membeli-belah itu besarnya bukan main. Semalam macam masanya singkat walaupun banyak sekali dilakukan sama-sama. Baru aku sedar yang aku masih bersama dengan semalam. Semalam masih hangat dalam diri aku. Sungguh dalam dada aku masih terasa ada sisa rindu yang tinggal, belum langsai semua rupanya.

Persoalan yang masih berlegar dalam kepala sejak semalam hingga hari ini mengapa walau sudah mata bertemu mata mulut bicarakan tentang rindu dan lain-lain perkara, ternyata masih juga rindu itu mengambil tempat dalam segala rasa. Dan aku mula memahami bahawa jarak yang menjadi pemisah selama ini bukan masalah utama. Tetapi rasa yang tercipta antara aku dan dia yang memainkan peranan sebaiknya. Aku mengagak bahawa itulah yang mengundang rindu aku walaupun aku sudah ketemunya.

Terima kasih untuk semalam.
Semalam yang hangat.

#Sayang - Shae

Tiada ulasan:

Catat Ulasan