Ahad, 5 Ogos 2012

Hampiri diri

Diam dan melayan rasa sendiri bagai tiada apa apa sedang air mukanya lain,
Aku hampirkan diri kepadanya krn aku ingin tahu.

Dia setuju kisahkan semuanya ke aku dan aku hanya mampu memandang dan mendengar segala apa yang diluah. Dalam kepala dia sekarang bercampur baur dengan macam macam rasa campur lagi dengan peristiwa peristiwa yang jadi. Buat dia tambah serabut.

Dia kisahkan,
Ada orang 'smash' dia, sedang orang itu tak mengerti dan tak berada dalam situasi yang dia alami, tapi kenapa orang tu nak 'smash' dia macam tu sekali bagaikan orang tu ada masa kejadian. Orang tu berkata macam macam, tapi dia diamkan saja. Bukan dia tak bangkit mempertahankan fakta, tapi buat apa ? Bila kata kata tu dia tahu akan hilang macam angin lalu saja.

Dia tahu, kebenaran hanya pada dirinya saja.
Orang itu takkan faham walau sebenarnya orang tu faham. Tapi dengan sengaja nak menyakitkan hati dia, jadi dia pun biarkan saja. Bagi dirinya, tak perlu nak berkata kata dengan orang yang nyata pemikirannya jatuh jauh ke bawah tapak kaki. 

Dia merasakan diam jalan terbaik, biarkan orang itu berkata apa saja sebab nanti bila penat akan diam juga. Dia kata lagi, inilah kehidupan. Tiada perjalanan tanpa duka dan kata kata yang menghiris rasa.

Baginya, ini caranya untuk dia lebih kuat menghadap dunia, dengan dugaan dan cabaran.
Biarkan mental diuji dan memang permulaannya pedih, tapi nanti bila sudah benar kuat dan kental, kritikan dan cacian itu bagai angin yang menyapa saja.

Aku terasa disapa dengan bunyi panggilan masuk iaitu seruanNya, lalu aku terus tinggalkan dia yang aku hampiri tadi tanpa berkata apa apa.Selepas selesai perbualan singkat yang buat aku rasa gembira berbual denganNya, aku toleh semula ke tempat aku tinggalkan dia tadi dan memanggilnya. Apa yang aku dapat lihat dia pergi tergesa gesa tanpa menyahut panggilan aku.

Baru aku sedar, dia itu aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan