Selasa, 25 Disember 2012

Bukan memuja

Lihat mendung dan hujan yang menjadi penghias hari, aku seakan masih terasa basahnya diri disimbah hujan dengan awan yang gelap pekat petang itu.

Tapi diwaktu itu, aku dan beberapa lagi manusia sedang mahu bersuka ria dengan si pasangan.
Baru mengenali dan mahu membina kemesraan. Kami keluar dari perkarangan melepak dan mencari suatu tempat dan akhirnya membuat keputusan ke taman terdekat sahaja. Dalam perjalanan menuju sana hujan turun kilat sabung menyabung tapi kami si muda yang tidak tahu akan ketakutan tetap meneruskan niat dan langkah.

Aku ingat lagi, sampai saja kami dan kami berpisah. Dia dan si dia dan aku dengan si dia. Terasa lagi basahnya diri dan diselubungi kesejukan. Aku taktahu saitan apa yang menyuruh dan aku ikutkan saja. Lama pula keberadaan kami ditaman tapi tidak pula menampakkan yang hujan akan reda lalu keputusannya kami redah hujan dan kegelapan sekitar untuk pulang.

Aku ingat lagi suasana yang tercipta antara kami, mesra. Hanyut dengan janji itu adat berpasangan. Jangan kata tiada atau tidak pernah membelai mesra atau terbuai dengan kata-kata manis masing2 yang menjanjikan segunung harapan dan impian.

Bukan niat aku untuk memuja memori,
tetapi ini ingatan buat aku agar aku tidak leka dan lalai sebagaimana aku yang dulu. Bukan niat aku untuk membuat kamu si sayang terasa tetapi ini pelajaran buat aku.
Bukan niat aku untuk memuja memori,
tetapi ini ingatan yang akan selalu bersama aku disepanjang kehidupan ini.

Ya, ini bulannya dimana semuanya berakhir.

Disember ini yang sering mengingatkan aku tentang kisah-kisah lama yang tercipta. Disember ini juga yang membawa aku jauh ke hadapan.

Terima kasih ingatan, yang masih ingat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan