Ahad, 10 Februari 2013

SEPULUH di Februari

Selamat ulang tahun yang ke SEMBILAN BELAS wahai diriku.

Di 19 ini aku bersyukur kepada yang diatas sana kerana memberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi ciptaannya sekali lagi. Syukur juga atas segala nikmat kurnia dariMu kerana telah memberikan aku keluarga, sahabat dan saudara. Syukur juga atas segala nikmat kesihatan, harta, ujian dan kasih sayang yang dipinjamkan kepada diriku. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah keluarga bersama segala ujian kesusahan dan kesenangan. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sahabat handai yang berada disekeliling aku menemani perjuangan setiap hari. Syukur kerana memberi pinjam ke aku seorang Sejiwa yang memahami. Syukur kerana memberi pinjam ke aku sebuah perasaan Cinta yang sedang aku jalani. Syukur sebesarnya diatas segala nikmat kurnia dariMu Tuhan.

Di 19 ini aku tidak membuat impian setinggi langit atau menginginkan warna ceria seperti pelangi untuk menghiasi setiap helaian hari yang aku tempuhi. Cuma dalam hati aku berharap agar segala ujian dari Tuhan aku mampu hadapi dengan sabar, matang dan sewarasnya. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh aku ke mereka yang disayangi semua ikhlas dan berkekalan. Semoga juga cinta, kasih dan sayang yang dicurah oleh mereka untuk aku ikhlas dan berkekalan. Semoga segala pertalian keluarga dan sahabat semakin erat dan kukuh.

Tanpa ujian dan dugaan dariNya mana mungkin aku tahu akan apa itu Cinta, Kasih dan Sayang antara insan.
Terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah.

Semoga aku tidak terleka dalam perjalanan kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan