Aku menaip disini kerana aku merasakan bahawa diri aku akan mengeluarkan segala rasa yang berselirat dalam jiwa buat masa sekarang di laman bisu ini. Aku memilih menterjemah segala perasaan disini kerana aku tidak mahu merosakkan mood dan hari.
Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki hari.
Bukan mudah untuk aku dan kau memiliki mood.
Bukan mudah untuk kita memiliki hari dan mood.
Kerana seolah-olah hari dan mood itu perlu dikejar dengan usaha yang jitu demi mengukir seulas senyum dan selonggok kebahagiaan dalam menempuh setiap helaian hari-hari kita.
Sebagaimana dirimu mengenali diriku kekasih, inilah aku orangnya yang serba kekurangan dalam mencurahkan rasa dalam jiwa buat dirimu dan inilah aku orangnya yang serba berkelebihan dalam mencurahkan jiwa kedalam taipan.
Aku cukup bengkak buat masa ini.
Cukup lebam jiwa dan rasa.
Sebagaimana aku katakan diatas bahawa aku tidak mahu merosakkan hari dan mood yang kita raih saban hari kerana bukan mudah mengatur segala perbualan. Aku selesa dan bahagia bilamana kau gembira. Walaupun aku tidak sebegitu tetapi untuk kau kekasih, aku berusaha dan ikhlas untuk berbuat demikian sebagaimana yang kau lakukan. Aku jernihkan semua rasa aku untuk kau kekasih kerana kau sebahagian cinta, kasih dan sayang aku.
Aku menukar fikiran untuk tidak memberi soalan-soalan kepada kau.
Biarlah jawapannya nanti aku sendiri yang temui.
Aku cuma ingin bahagia dan senyum disetiap bersama kau.
Walaupun bukan disisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan