Jumaat, 12 Julai 2013
Rumit
Seperti kata-kata orang lain untuk situasi kini, tidak sama seperti apa yang aku mahukan. Betul sangkaan yang diberikan bahawa aku tidak lagi condong ke arah kekasih. Malah sudah jauh sekali perubahan yang dilakukan. Sepertinya aku tidak lagi punya apa-apa lagi nilai ukuran untuk apa yang pernah aku rasakan dulu. Tetapi lebih kepada ingin pertahankan apa yang sudah aku genggam sepanjang lapan. Katalah aku ini kejam dan sebagainya, selagi kau tidak duduk dan merasa sepanjang lapan yang aku genggam, jangan kau berikan apa-apa penilaian. Itu semua tidak sama sekali membantu situasi aku. Begitu juga kau kekasih, kerap kali aku katakan semuanya kepada diri kau buat pengetahuan kau, tetapi masih juga begitu. Apa daya aku jika kau masih kaku berdiri di situ sedangkan aku sudah lelah menarik kau mengikut aku untuk pergi dari tapak yang kau berdiri. Sedangkan di sangkaan kau bahawa aku ini langsung sikit pun tiada usaha demi kita hanya kerana sikap yang aku tonjolkan dalam segala perbualan. Dan tanpa kau sedari bahawa kau telah katakan bahawa aku punca semua keretakan dan kekurangan yang berlaku antara kau dan orang lain. Aku terima semuanya dengan keterbukaan yang luas sekali. Selagi mana kau perlu disedapkan hatinya, selagi aku mampu lakukan buat diri kau, akan aku perbuat sesuatu walaupun memakan segala isi hati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan