Sabtu, 6 Julai 2013

Teka silang kata

Biar aku mulakan sebaik yang boleh.

Masih aku ingat dengan tepat pada tanggal lima belas, aku memulakan semuanya.
Pada tanggal lapan belas aku mula duduk selesa.

Pada tanggal yang seterusnya selepas di atas aku mula lebih bergerak seiring dengan segala situasi yang berlaku sehinggalah pada ketika aku harus pergi untuk memulakan kembali sesi yang berterusan sehingga tahun 2015 itu.

Perkara pertama yang berlaku ialah pada suatu malam di mana di situlah segalanya telah bermula. Pada permulaannya ringkas tetapi tanpa disangka selang beberapa hari perkara seterusnya pula berlaku dan itu memberi kesan mendalam yang separuh penuh dalam diri. Ini bukanlah adegan mendatangkan dosa tetapi suatu realiti atau babak dalam kehidupan yang tak mampu aku tayang kembali di sini kecuali hanya di dalam minda sendiri sahaja. Baiklah, itu semua masih di tahap yang mampu dikawal dan tidak begitu mengesankan kerana aku sendiri telah siap-siap sejak awal melakukan pembentengan tinggi dan kukuh agar tidak runtuh. Supaya apa yang bakal mahu menembus untuk mengisi ruang dapat aku hindarkan sebaik yang boleh. Selasih Ku Sayang itu indah membuatkan aku terbuai-buai di sepanjang aku bersama angin-angin menempuh perjalanan singkat bersama, ya. Kemudiannya telah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa manusia sekeliling ini haruslah berbeza untuk saling berkenal dan menjalinkan sesuatu. Mencipta apa yang belum berlaku dan kemudian mengenangnya agar tertambat kuat dalam memori. Bukan sekadar terberhenti di situ malah masih lagi bersambungan prosesnya sehingga kini. Berani aku katakan keyakinan yang ada ini bukan sebenarnya yakin. Keraguan yang ada ini juga bukan sebenarnya ragu. Dengan kata mudah, masih di persimpangan. Dan situasi berdialog secara berhadapan ternyata terus mengunci mulut untuk terus membantah sebab keadaannya belum mengambil tempat dan jawapan sudah tentu tidak boleh disuakan. Sulitnya memiliki lebih daripada satu. Tuhan takdirkan buat aku untuk melalui proses yang pernah orang terdekat aku lalui dan kini aku sedang melalui. Konflik akan tetap berterusan. Antara dipilih dan terpilih aku tak mahu memilih kerana itu bakal mencacatkan situasi. Bakal merumitkan segala isi hati. Bakal negatif segala yang posititf. Atau lebih senang untuk menyenangkan, im just going with the flow. Whatever happens, happens.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan