Khamis, 2 Julai 2015

Sepanjang Dua

Hari ini 15 ramadhan 1436H bersamaan 2 Julai 2015. Esok 16 ramadhan 1436H bersamaan 3 Julai 2015. Maka bakal genap 2 tahun ikatan janji yang diikat bersama madah-madah yang dimain olah. Aku masih ingat dan ingatan aku masih segar tentang ucap lamar pada hening pagi 16 ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013, apabila dia ingin memberi hatinya untuk dicantum sebelah bersama aku, disaat itu aku sedar bahawa jawapan yang akan aku berikan kepadanya adalah yang terbaik juga untuk aku. Selama bersama dan hampir dua tahun, aku sedar bahawa bukan mudah mengikat hati dan janji, bukan lurus dan lancar setiap perjalanan menuju impi dan mencapai mimpi. Ternyata sudah termaktub dalam hati bahawa ini semua adalah pelajaran menuju dewasa. Aku setuju dengan rencana Tuhan walau kadangkala apa yang ditempuh itu bukan semua manis dan indah. Tapi itulah fitrah kehidupan di mana manusia itu tidak semuanya teguh pada pegangannya samada pada manusia atau Tuhannya. Semoga, kurnia umur yang dianugerah pada kami ini mampu menjadikan kami sebagai sesuatu yang menuju paras kehidupan yang lebih baik. Cinta dan sayang aku pada insan kini lebih berpelajaran. Setiap kesusahan dan kesenangan mahu aku kecap bersama selagi diizin Tuhan. Walaupun tempoh ini seakan muda, tetapi cukup untuk aku belajar dan mengerti apa itu permainan dunia juga manusia. Pelbagai macam peristiwa dan duga dilukis dalam perjalanan 2 tahun ini, tapi itu semua kami hadapi dengan sabar dan tabah. Semoga apa yang dilakar kami ini berpanjangan sehingga mampu mengikat suatu ikatan yang halal dan menuju kembali kepada Tuhannya. Ingin aku bayar setiap usaha dan airmata dengan sesuatu yang lebih bermakna. Semoga jalinan ini menuju kepadaNya sepertimana doa-doa yang dilantun kami bersama disetiap ketika.

#Habibi
#16 ramadhan 1436H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan