Ahad, 10 Mac 2013

nahh!

Sumber hati yang terasa dimakan itu aku ketahui sungguh. Bengkoknya besi yang dulunya melurus itu puncanya sangat aku kuasai.

*diam

Diketika itu kau tiba-tiba datang menolak pintu tanpa salam atau apa terus menerjah dan hamburkan segala persoalan-persoalan berat yang ternyata aku sendiri bukanlah orangnya yang menjadi sasaran pihak si penghasad dengki dalam situasi itu ternyata sangatlah aku adalah bukan lagi seorang yang rasional dikala memberikan jawapan demi jawapan. Tanpa sedar aku menghamburkan perkataan yang pada fikir aku masih penuh adab dan sopan tetapi sebenarnya tersangat melukakan hati. Dan aku sendiri terasa sangat tercabar dipemikiran aku. Dan aku sendiri sangat terasa dengan keterlanjuran perkataan itu. Dan itu memuaskan hati aku sendiri diketika dan saat aku dapat mencalarkan rasa seseorang yang sangat aku jaga selama dalam perkenalan. Dan aku merasa sangat tidak patut membiarkan diri aku dikuasai nafsu amarah dan menghamburkan bulat-bulat kepada kau.

Terus aku istighfar demi mencari ketenangan semula dalam hati dan terutama akal.

Seperti yang aku suarakan dalam huruf secara bisu dilaman burung bahawa aku tidak akan menghulur bantuan untuk memulih semula rasa tercalar itu kerana pada perkiraan aku sendiri, masih tidak cukup ikhlas diri aku lakukannya. Dan pada ketika lainnya pasti sampai satu waktu yang entah bila akan tiba dengan tanpa disuruh-suruh atau dipaksa-paksa akan aku menjadi penghulur maaf paling dalam yang pernah kau temui atau saja sudah jelak kau alami. Dan tidak sekali-kali aku melupakan di detik itu bahawa aku telah tersangat melukakan seorang manusia yang hakikatnya tersangat aku jaga segala tutur dan laku demi kerana pertalian dan persefahaman yang tercipta dan terwujud.

Cukup sampai sini.
Kerana aku masih lagi belum rasional.
Titik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan