Jumaat, 10 Mei 2013
Susun atur sempurna
Hari ini Tuhan huraikan lagi kepada aku tentang kehidupan yang disusun olehNya. Aku jumpa huraian dalam bentuk yang mudah untuk aku kagumi. Aku jumpa kehidupan aku dalam kehidupan manusia lain. Bukannya aku kata tiada kehidupan yang sama di dunia yang indahnya penuh celaka ini. Tetapi hari ini Tuhan tunjukkan kepada aku sebuah cerita mengenai wujudnya manusia di sekeliling aku yang hidupnya barangkali serupa dan sama dengan apa yang dialami aku. Tetapi pendekatan mereka menangani sesuatu itu mungkin lebih baik di pihak aku. Bukan aku kata di pihak aku yang terbaik segala pendekatan yang diambil tetapi lebih sikit baiknya. Hari ini aku jumpa semua dan segala lebih dan kurang juga cacat dan sempurna manusia itu. Bukan keseluruhannya tetapi sedikit. Berlainan ugama tetapi konsep kehidupan harian yang sama. Berlainan Tuhan tetapi tetap tahap ketaatan yang dituntut itu sama tingginya. Jika salah maka berdosa jika betul maka pahala. Di satu sudut di kala aku ketawa senyum bersembang, aku seperti terdiam dan terduduk seketika mengenangkan betapa sempurnyanya kejadian Tuhan. Ya hari ini hari penemuan dan keterujaan dalam hari aku. Sungguh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan