Kamu,
Sudah aku terang sepanjangnya.
Sudah aku jelaskan sejelasnya.
Kalau dipihak kamu itu masih samar,
aku tidak tahu mahu kata apa.
Kini aku simpulkan bahawa sepanjang sembilan,
yang difahamkan oleh kamu cumanya kosong.
Bukan cela kamu mahu aku telanjangkan,
cuma penjelasan yang diberi ke aku itu hari,
Kata kamu baru kini mahu memahami aku,
maka sepanjang sembilan itu apa ada di kefahaman kamu,
Sungguh itu semua buat aku luluh lebih dari sebelum,
meski kekosongan lama sudah memenuhi sebahagian.
Apabila setiap hari ditanamkan,
lama kelamaan tumbuhnya meliar.
Sama juga jarak yang diisi dengan kosong,
akhirnya terpenuhkan oleh yang lain.
Kamu masih mahu menggenggam kita,
sedang aku sudah hayun tangan sendiri.
Tiada madah lagi yang tersisa buat aku kamu,
kini haluan yang ada cuma kesendirian.
Keleraian itu bukan lagi pilihan yang ada,
tetapi keutamaan buat aku selebihnya kamu.
Sudah aku tinggalkan sedang kamu masih tegak,
menatap rasa lama dengan harap pulih semula.
Tidak tegar aku berbohong semata demi menjaga,
hati kamu.
Bangkitlah dan pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan