Sudah sepuluh bersama-sama didalam sebuah pertalian yang dulunya dianggap istimewa tetapi tidak lagi bila dihujung-hujung waktu itu tenggelam sedikit-sedikit maka pengakhirannya adalah karam terus ke dasar paling bawah. Semua isi tersurat dan tersirat sudah pun dijelaskan sebaik baik agar sampai dan lekat dalam pemahamannya. Walaupun tidaklah keseluruhannya dia mengertikan tetapi biarlah. Sudah aku anggapkan bahawa semuanya sudah tamat. Bermula dengan baik dan tamatlah juga dengan baik. Itu harapan aku. Dan telah pun terlaksana biarpun ada jiwa terkoyak. Itu adat mula dan tamat. Bukan selalu jalan-jalan yang dilalu sepasang kaki itu ditaburi bunga mekar dan tiada duri. Cuma terima kasih aku hulur untuk dari mula-mula sampailah di akhir-akhir ini. Semoga bahagia menjengah dan memeluk diri mu dengan erat lagi tanpa aku.
11sept2013, sepuluh tepat.
12sept2013, tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan