Apa yang aku genggam dari dulu sampai sekarang, maksudnya detik ITU. Aku rasa aku dah boleh buang semua dan tidak lagi memandang dari atas tapi dah sama taraf dengan apa yang cukup dikejikan pada ketika dahulu sebelum waktu ITU. Semuanya cukup laju sama macam kelipan mata yang sekali sahaja. Bukan nikmat terindah lagi yang dirasa tapi suatu beban yang maha hebat untuk ditanggung simpan sendiri selama sampai masa tutup mata. Saksinya cuma berdua antara aku dan dirinya dan semua anggota kakitangan yang terlibat. Maknanya semua hamburan caci maki buat yang dibawah yang ditabur aku dari atas dulu dah boleh aku tadah sikit-sikit untuk aku pula yang telankan. Maka apa lagi yang tinggal untuk dipertaruhkan sepanjang tempoh mendatang buat aku. Kosong. Selayaknya tak perlu lagi perkongsian untuk keadilan agar tidak menimbulkan sebarang keributan persoalan yang hebat di masa hadapan. Jika termaktub di dalam buku aku bahawa memang pengakhiran aku nanti bersama dengan yang dimulakan itu maka alhamdulillah, Tuhan saja maha tahu apa isi buku aku. Walaupun sebahagian hati sudah punya perancangan dan harapan agar buku yang dimulai bersama juga akan ditutup dengan yang sama. Tapi sebahagian ruang pemikiran berfikir bahawa akan terjadikah semuanya apa yang direncana? Mungkin ya mungkin tidak dan kebarangkaliannya juga masih aku sendiri ragukan. Sedangkan gerak laku sudah tidak lagi seritma dengan perkataan dalam fikir dan pegangan. Cukuplah.
8sept2013,9sept2013.
shamelin,TktEmpat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan