Isnin, 22 April 2013
Suatu proses
Sebenarnya aku ke sini semata-mata melepas rindu untuk menatap laman ini. Ruang yang boleh aku katakan separuh perasaan aku disini, kalau bukan separuh lalu semuanya. Sekarang pula aku merasa situasi itu berubah dan menghalang aku untuk selalu mencurah disini. Mungkin cukup untuk aku simpan sendiri dulu dan bawa bersama dalam perjalanan menuju dewasa. Sungguh aku katakan laluan untuk berada bersama para dewasa yang lain begitu sukar. Memang terbukti kebenaran tentang kata-kata para guru atau orang tua yang menyatakan yang hidup ini semakin lama semakin sulit bukannya semakin mudah. Dan aku sedang dalam perjalanan untuk merasainya. Benar rumit. Cuma bagi kanak-kanak atau remaja-remaja dikala usia belasan mentah seperti aku dulu merasa ghairah untuk dewasa. Serupa juga aku dulu yang ghairah mahu menuju dewasa. Apabila aku sedang melaluinya adakala aku berharap alangkah bagusnya kalau aku cuma si kecil tanpa masalah. Tapi ini kehidupan. Manusia itu kompleks kitaran kehidupannya. Pelbagai duri ranjau perlu ditempuh sama ada secara individu atau berkumpulan demi menjadi seorang 'orang'. Alhamdulillah aku bersyukur dengan segala nikmat kurnia dari yang atas. Segala kekurangan dan kelebihan itu aku ambil sebaik mungkin untuk menjadi seorang dewasa yang bermanfaat kepada keluarga, sahabat dan sekeliling.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan