Tiba tiba je berbunyi chat box ni, terkedu jap, ehh nama dia, hmm aku kenal.
Dari situ aku dah dapat tangkap apa isi hati yang dia nak sampaikan. Pertanyaan pertanyaan terus yang akan aku bagi jawapan selamat semata mata. Entahlah demi keselamatan apa, yang aku tahu itu je yang aku mampu.
Itu sebelum sebelum ni. Tapi sekarang aku rasa aku taknak lagi ambik tahu, ehh yeke aku taknak ambik tahu sedangkan selama ni aku lah orangnya yang selalu ambik tahu. Entahlah, susah untuk jadi seorang pencari jawapan kepada seorang pelontar soalan. Ecehh, dah macam apa pulak rasanya, haha.
Hmm, senyap je dia ni. Takjadi ke nak lontar soalan kau, aku dalam keadaan siap tak siap je ni. Yelah, kalau boleh aku kena siap sedia untuk sambut soalan soalan kau, manalah tahu terjatuh tergolek pulak nanti aku kalau kau lontarkan soalan soalan yang berat lagi memeningkan.
Kalau kau nak tahu yang sebenar, aku taknak dikata kata lagi. pedih. Rasa macam terbodoh sangat bila dikata oleh mereka mereka. Pedih je hati, ada mereka mereka tahu atau nak tolong? Takada. Yang mereka tahu hati dan situasi mereka sahaja yang perlu elok selalu. Hati atau masalah kami kami yang menjadi si tengah tengah keadaan ni, dirawat sendiri je.
*Pedih untuk menjadi bahan yang diperkatakan :I
*Kalau lah aku seorang pengarah, dah lama aku arah manusia ni bersikap dengan sikap sepatutnya mereka punya sikap :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan