Khamis, 5 Januari 2012

Kembali ke S E K O L A H !

Hari ni dah mula musim persekolahan, dari umur 5-17 tahun dah mula ke sekolah, untuk melaksanakan tugas seorang murid iaitu menimba ilmu. Bukan orang yang bergelar murid sekolah je yang menuntut ilmu, tapi setiap manusia di muka bumi ini menuntut ilmu.

Dari sekecil kecil perkara sampai sebesar besar perkara semuanya berilmu.

Pagi tadi, tengok anak anak sedara pergi sekolah, comelnya..
Tak sabar sabar diorang nak pergi sekolah, yang masuk tadika, takada kerja rumah lagi, balik je dah mula nak menconteng buku buku baru tu. Yang sekolah rendah pulak, masuk darjah satu, tanya aku hari tu,

"Makcik, kenapa sekolah mula hari rabu, tak mula hari isnin, lambatnya cikgu tu bukak sekolah"
Hahaha, semangat betul budak budak ni nak ke sekolah, aku pulak takada pilihan jawapan, jawab jelah apa apa pun, diorang pun iye kan aja. Haha!

Yang paling kecik pulak, dah sibuk sangat nak ke sekolah, padahal bukan dia yang nak sekolah, tapi dah siap mandi pagi pagi, pakai beg baru kartun feveret dia dengan kasut. Lepas tu dapat tahu dia cuma hantar abang2 dia je ke sekolah, mulalah menangis taknak balik, nak duduk kat sekolah jugak. Hahaha!

Macam macam lah, pening kepala tengok budak budak ni.





*Dah lama tak rindu kat sekolah, dah lupa ke? :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan