Sabtu, 11 Jun 2011

Pulau Sepi

Pulau Sepi, aku kembali. Membawa semua cerita duka dalam kehidupan. Kau masih sama. Tetap setia menanti aku yang pergi dan kembali. Aku sahaja yang leka dibuai keseronokan sementara. Aku mencari sinar harapan di pulaumu ini. Ingin menanam kembali semangat untuk menempuh hari esok. Namun tidak semudah itu untuk aku gagahkan diri ini kembali. Walau aku tersenyum, namun senyum itu hanyalah penghias bibir,walau aku tenang namun tetap bergelora. 



Pulau Sepi?
Aku ingin segera pergi dari pulaumu.
Kerana aku tidak ingin selamanya disini.
Tetapi aku seolah2 serik,
Kerana tidak mahu,
Arah tujuku selepas ini,
Ke Pulau Sepi kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan