Isnin, 6 Jun 2011

Keyboard


Jari menari nari menyusun huruf,
Menari nari diatas kerboard yang tidak bernyawa,
Hanya mengikut rentak jari manusia,
Yang ingin meluah sebuah keluhan,
Yang terbit dari sanubari.

Hati menutur sesuatu,
Secara tiba tiba senyuman terukir,
Mengapa?
Persoalan yang tiada jawapan,
Malah tak mampu untuk diungkapkan.

Seikhlas senyuman diukir,
Sebagai tanda hati yang senang,
Namun tidak semua senyuman itu manis,
Kadangkala ia hanyalah pemanis bibir.

Ingatan mampu merakam,
Kenangan manis mahupun pahit,
Menjadi memori,
Untuk dikenang sepanjang hayat.

Hati penuh dengan persoalan,
Tetapi sukar untuk mencari jawapan,
Namun akan diteruskan pencarian,
Sampai kutemu jawapan itu.

ONE DAY I CAUGHT MYSELF,
SMILING FOR NO REASON,
THEN I REALIZED,
I WAS THINKING OF YOU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan