Ahad, 24 Julai 2011

Fikirkan ..

Masa sekolah sekarang ni kita dah jarang jumpa, nanti lepas dah habis SPM lagi laah susah nak jumpa kan. Masa selalu je takada. Ke kita selalu buang masa, ke kita terlampau mengejar masa, kadang kadang sampai lupakan orang dekat sekeliling kita. Memang kita boleh kata, takpe lepas sekolah nanti kita boleh contact lagi, tapi kalau sekarang ni masa yang ada kita jarang nak jumpa apatah lagi msg/kol, jangan fikir sangat laah apa jadi nanti lepas sekolah. Entah entah kita semua terputus hubungan, berapa tahun kemudian baru jumpa.


 InsyaAllah kalau umur panjang kita semua akan berjumpa, kalau takdir dah tentukan siapa siapa antara kita tak ada, jangan masa tu menyesal sudah. Bukan mendoakan sesuatu terjadi, tapi kalau Allah dah tetapkan macam tu, kita kena terima dan redha walau seberat mana pun ujian tu. Sebab tu luangkanlah masa walaupun sekejap untuk eratkan lagi hubungan antara sahabat atau keluarga. Join semua aktiviti yang dibuat dekat mana mana pun yang melibatkan keluarga atau sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan