Rabu, 27 April 2011

Puisi

Andai waktu itu hadir lagi. Ingin ku luahkan kata hati ku. Namun kini, semua itu hanya tinggal memori semata. Walau ku cuba putar kembali masa namun tak akan ku jumpa perasaan serupa itu lagi. Perasaan yang terlalu indah untuk diluahkan. Perasaan yang enak dibuai cerita kehidupan yang berwarna warni ibarat indahnya susunan warna pelangi. Berkali kali ku cuba menghurai makna perasaan namun sering kali kecundang. Tidak pernah ku temui jawapannya walau hanya sedetik masa yang singgah dalam kehidupan. Peluang? Sering ada namun entah dimana kesilapan yang meletakkan aku jauh dari peluang itu. Kini ku hanya ingin menikmati kehidupan. Walau tak punya perasaan itu lagi namun tidak pernah terlintas di hati untuk berhenti mempunyai perasaan yang indah itu walau di bibir selalu ku tutur tidak mahu hati ini diisi lagi. Hati? Sering meronta inginkan perasaan itu hadir lagi. Kehidupan tidak pernah kejam tetapi manusia yang menjadikan kehidupan itu kejam.

Sekian. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan